malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jan 24, 2023 8:59 AM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata PH belum mengadakan perbincangan rasmi dengan BN berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu pada PRN di enam negeri akan datang.
Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi PH berkata tiada halangan untuk pimpinan parti itu di peringkat negeri bagi mengadakan perbincangan dengan BN berhubung perkara tersebut.
"Perbincangan pembahagian kerusi dengan BN secara rasmi belum, walaupun saya tidak menghalang pimpinan di peringkat negeri mengadakan perbincangan, perbincangan secara rasmi itu belum dimulakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PH dan BN telah mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
Sabtu lepas, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata PH sudah memulakan perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dalam PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi tetapi ia berlangsung secara tidak rasmi.
Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak akan mencampuri urusan PAS yang mahu menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan DUN di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya PRN di tiga negeri ditadbir PAS tidak diadakan serentak dengan tiga negeri yang ditadbir PH (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan), ia mungkin menyebabkan kos keseluruhan PRN di keenam-enam negeri berkenaan meningkat.
"Itu hak mereka masing-masing dan dia rujuk dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bukan urusan saya, cuma kos untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan itu tentunya akan jauh meningkat," katanya.
Baru-baru ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS akan menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.