Monday, August 7, 2023

Kalau ikut Sejarah Melayu pengkhianat mesti kena sula - Anwar

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 7, 2023 8:53 AM
Pakatan Harapan (PH), bukan sekadar mahu menang di Hulu Klang, tetapi mahu gabungan parti itu menghukum bekas ahlinya yang mengkhianati parti.

Berucap pada program ceramah mega DUN Hulu Kelang di Taman Permata, di Gombak malam tadi, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengingat pengundi supaya tidak menjadikan Sejarah Melayu tentang kisah Raja Mendeliar dan Si Kitol sebagai pengajaran.
"Saya kenang sejarah Melayu yang menyebut orang yang khianat harus pertama sekali dihukum mati dengan disula.

"Anak muda mungkin tidak tahu apakah hukuman sula. Buluh diambil dan cucuk daripada bawah sampai ke mulut, sula sampai mati, selepas itu rumah dibakar hangus dan tapak tanah rumah itu dicangkul serta dicampak ke laut," katanya.

Anwar berkata, pengajaran daripada hukuman itu ialah dalam sejarah Melayu, anak Melayu diajar tidak melayan dan melarang pengkhianat dalam kalangan mereka.

"Jadi, sesiapa yang melompat parti (mengkhianat), kita akan lingkupkan (kalahkan) mereka," katanya.
Juwairiya Zulkifli
Tanpa menyebut sebarang nama, dia menggesa pengundi di DUN Hulu Kelang supaya menolak ‘pengkhianat’ itu dan memilih calon PH, Juwairiya Zulkifli pada 12 Ogos nanti.

Juwairiya berdepan dengan cabaran oleh calon Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali yang adalah bekas timbalan presiden PKR dan disebut sebagai dalang Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH pada 2020.

“Kita hantar pemimpin wanita, saya fikir tempat ini kena menang. Saya letak tokoh mudah untuk patahkan Azmin.

“Saya bagi arahan kepada Amir (Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari) letak Juwairiya. Saya nak Hulu Kelang ajar bagaimana jadi dekat Gombak,” katanya.
Kemunculan Anwar ke Gombak dilihat sebagai kesungguhan PH untuk menewaskan Azmin yang pernah menikam mereka.

Program lewat malam tadi adalah acara ketiga dihadiri Anwar. Sebelum ini perdana menteri juga turun berkempen di Taman Medan dan Ampang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-