Tuesday, September 5, 2023

Mana suara reformis bila Zahid dilepas, soal Zaid

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 
05 Sep 2023

Bekas menteri undang-undang mendakwa ‘demonstrasi besar-besaran’ akan berlaku jika Zahid Hamidi dilepas jika di bawah pentadbiran BN.
Zaid Ibrahim berkata, ‘hujah mulia’ yang dibangkit pada bicara Najib Razak berkait proses undang-undang tidak boleh disalahguna, antara lain tidak didengar dalam kes Zahid Hamidi semalam.

PETALING JAYA: Zaid Ibrahim mendakwa “demonstrasi besar-besaran” akan diadakan jika Zahid Hamidi dilepaskan mahkamah semalam andai perkara itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Merujuk Zahid sebagai “VVVIP”, bekas menteri undang-undang itu menumpukan kepada timbalan perdana menteri itu selepas dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam hantaran panjang lebar di Twitter (kini X) sambil membandingkannya dengan perbicaraan kes SRC International Najib Razak, tahun lalu.

Zaid berkata “hujah mulia” dibangkitkan bagi mewajarkan tindakan menghalang bekas perdana menteri, Najib, menukar peguamnya, tidak kedengaran dalam kes Zahid semalam.

“Naratifnya adalah sistem keadilan tidak membenarkan perubahan pada saat akhir, proses tidak boleh disalah guna, wang pembayar cukai tidak boleh dibazir, dan bicara perlu berlangsung mengikut jadual walaupun tanpa peguam,” katanya.

“Semalam, idea murni keadilan yang bersungguh didakap ramai orang di negara ini terdedah untuk semua melihat sendiri apa yang berlaku.

“Saya pasti jika insiden ini terjadi di bawah pentadbiran BN (Barisan Nasional), akan berlaku demonstrasi besar-besaran. Ramai pihak akan menyoal di mana keluhuran undang-undang dan sama ada perdana menteri perlu letak jawatan.

“Namun, sejak kita ada pemimpin reformis mengetuai kerajaan, disokong kuat DAP, anda tidak mendengar sesiapa membuat kecoh.

“Beritahu penyokong apa yang berlaku adalah masalah diwarisi yang kita akan selesai selepas pilihan raya umum seterusnya. Sekarang ini, nikmati kuasa dan kelebihan yang ada sementara boleh.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-