Monday, September 16, 2024

‘Mengaku rakyat Malaysia tapi musuh dalam selimut’

harakahdaily.net
September 16, 2024
Afnan mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia ke-61 pada hari ini, 16 September 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: “Sepanjang tempoh 61 tahun, negara berdepan dengan beberapa isu negara yang sungguh mendebarkan tetapi malangnya,ada segelintir yang mengaku rakyat Malaysia tetapi rupanya musuh dalam selimut.”

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden berkata, negara pernah melalui konfrontasi dengan Indonesia, juga melalui darurat akibat insiden 13 Mei 1969, bergelut dengan permintaan Kesultanan Sulu…ini ialah fasa-fasa penting dalam menentukan keputusan negara.

“Sejarah pembentukan Malaysia merupakan satu garis yang begitu panjang. Melalui detik-detik yang sulit dan menegangkan.

“Sepanjang tempoh ini, malangnya masih ada segelintir yang mengaku sebahagian daripada rakyat Malaysia namun, bersikap sebagai musuh dalam selimut dengan bertindak mengucar-kacirkan ketenteraman yang ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, walaupun semua sudah mengetahui tentang perkara sensitiviti yang melibatkan raja, agama dan kaum (3R), namun golongan ini acap kali mengulangi kesilapan yang sama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menegaskan bahawa adanya sikap ‘double standard‘ kerajaan dalam menangani isu-isu yang sentiasa berlegar di bumi Malaysia.

“Adakah 3R hanya tertakluk buat pembangkang?

“Atau adakah entiti di dalam kerajaan adalah kebal apabila mempersenda perkara 3R?” soalnya.

Dalam kenyataan tersebut juga, Afnan menyelitkan ungkapan yang berbunyi, “Jika tiada angin, manakan pokok bergoyang!”

“Selamat menyambut Hari Malaysia ke-61,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-