Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

Monday, September 16, 2024

‘Mengaku rakyat Malaysia tapi musuh dalam selimut’

harakahdaily.net
September 16, 2024
Afnan mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia ke-61 pada hari ini, 16 September 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: “Sepanjang tempoh 61 tahun, negara berdepan dengan beberapa isu negara yang sungguh mendebarkan tetapi malangnya,ada segelintir yang mengaku rakyat Malaysia tetapi rupanya musuh dalam selimut.”

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden berkata, negara pernah melalui konfrontasi dengan Indonesia, juga melalui darurat akibat insiden 13 Mei 1969, bergelut dengan permintaan Kesultanan Sulu…ini ialah fasa-fasa penting dalam menentukan keputusan negara.

“Sejarah pembentukan Malaysia merupakan satu garis yang begitu panjang. Melalui detik-detik yang sulit dan menegangkan.

“Sepanjang tempoh ini, malangnya masih ada segelintir yang mengaku sebahagian daripada rakyat Malaysia namun, bersikap sebagai musuh dalam selimut dengan bertindak mengucar-kacirkan ketenteraman yang ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, walaupun semua sudah mengetahui tentang perkara sensitiviti yang melibatkan raja, agama dan kaum (3R), namun golongan ini acap kali mengulangi kesilapan yang sama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menegaskan bahawa adanya sikap ‘double standard‘ kerajaan dalam menangani isu-isu yang sentiasa berlegar di bumi Malaysia.

“Adakah 3R hanya tertakluk buat pembangkang?

“Atau adakah entiti di dalam kerajaan adalah kebal apabila mempersenda perkara 3R?” soalnya.

Dalam kenyataan tersebut juga, Afnan menyelitkan ungkapan yang berbunyi, “Jika tiada angin, manakan pokok bergoyang!”

“Selamat menyambut Hari Malaysia ke-61,” katanya. 

Saturday, September 16, 2023

Polis: Kami memudah cara perhimpunan 'Selamatkan Malaysia'

malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri & Cha Zhi Ting
Diterbitkan: Sep 16, 2023 7:01 PM
Polis berkata pihaknya bertindak sebagai pemudah cara bagi perhimpunan 'Selamatkan Malaysia" anjuran PN hari ini, yang menyaksikan kira-kira 1,000 peserta berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke sekitar pusat beli belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata, semua tindakan berkaitan diambil berdasarkan undang-undang dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan ketika perhimpunan berlangsung.

Perhimpunan itu berlangsung kira-kira sejam dan hadirin bersurai dengan aman pada kira-kira jam 3.30 petang.

"Seramai 16 pemimpin memberikan ucapan...Polis telah mengambil segala tindakan termasuk memudahcarakan perhimpunan," kata Allaudeen.
Allaudeen Abdul Majid
Antara pemimpin dan aktivis PN yang berucap adalah Dr Afif Bahardin, Badrul Hisham Shaharin dan Tun Faisal Ismail Aziz dari Bersatu dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi.

Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini berunding dengan polis bagi penganjuran perhimpunan, tidak dilihat dalam acara hari ini.

Sementara itu, Allaudeen mengesahkan penganjur gagal mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), termasuk memberi notis lima hari sebelum perhimpunan.

"Ia bukan sekadar menghantar surat (kepada polis), dan itu dianggap memadai," katanya.

Dia menegaskan syarat di bawah PPA akan membantu polis mengendalikan mana-mana perhimpunan, bukan untuk penganjur sahaja namun semua pihak terlibat, termasuk pihak di sekitar perhimpunan.

"Selepas ini kita akan melihat apa tindakan susulan yang akan diambil," katanya ketika ditanya jika polis akan memanggil penganjur untuk siasatan.

"Kita akan panggil sesiapa sahaja untuk membantu siasatan," katanya, sambil memaklumkan sebanyak 22 laporan dibuat terhadap perhimpunan hari ini.
Sementara itu, Allaudeen berkata pihaknya turut menerima laporan yang dibuat Tun Faisal berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan ke atasnya - yang menjadi tema utama perhimpunan hari ini.

Walaupun penganjur menyatakan perhimpunan ini untuk menyambut Hari Malaysia, tumpuan utamanya adalah berhubung keputusan tersebut.

Dua lagi tuntutan utama yang disuarakan adalah agar tiada campur tangan eksekutif dalam Pejabat Peguam Negara dan SPRM serta pelaksanaan prinsip kedaulatan undang-undang terhadap semua rakyat.

[Baca berita asal]

Thursday, September 16, 2021

'Bulatkan tekad bina Malaysia utuh, aman, merdeka' - Ismail Sabri

bharian.com
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my
 - September 16, 2021 @ 10:51am
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat membulat tekad, memperkukuhkan azam serta membugarkan semangat perpaduan dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang bersatu hati sebagai sebuah keluarga yang berjaya dan dihormati, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara.

"Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia yang tercinta ini penuh dengan lembaran yang berwarna-warni.

"Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta," katanya menerusi Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata, biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan, namun penyatuan bersama Sabah dan Sarawak membina satu negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dalam semangat harmoni.

Katanya, Keluarga Malaysia hari ini diwarnai dengan pelbagai warna yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi.

"Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia," katanya.

Tuesday, September 29, 2015

Kemenangan buat Umno atau permulaan kehancuran BN?

oleh Khoo Kay Peng

SUARA LANTANG: Tentunya satu tindakan bodoh dan naif bagi Umno dan penyokongnya untuk menuntut kemenangan awal berhubung perhimpunan baju merah pada Hari Malaysia. Impak demonstrasi itu, kalaupun ada, hanyalah implikasi negatif terhadap parti itu dan juga Barisan Nasional.

Pertama, matlamat utama perhimpunan itu yang disampaikan melalui intimidasi, desakan yang tidak munasabah, bahasa kasar dan retorik rasis akan menjauhkan lagi golongan pertengahan, bukannya memenangi sokongan mereka.

Ketika perhimpunan, pemimpin Umno Ali Rustam telah membuat kontradiksi yang jelas. Beliau berkata bahawa Najib Razak adalah perdana menteri untuk semua kaum, namun pada masa sama memerlukan perhimpunan Melayu-sentrik untuk membelanya. Sokongan terbuka Najib terhadap puak ‘baju merah’ ini telah menjejaskan kewibawaannya dan sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau adalah perdana menteri untuk semua.

Hakikat bahawa Najib memerlukan perhimpunan itu sebagai perisai daripada kritikan adalah mengecewakan. Dengan berselindung di sebalik ‘maruah’ kaumnya, beliau hanya menambahkan lagi keraguan terhadap kepimpinannya. Najib mengambil risiko besar kerana bukan semua orang Melayu percaya bahawa kritikan terhadapnya mempunyai motif perkauman.

Adiknya Nazir Razak telah memberikan kenyataan yang relevan dan meminta kerajaan memberikan jawapan dan menyaman pengkritik, jika tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah semata-mata. Najib gagal melakukan kedua-duanya di sebalik membuat janji dan ancaman.

Tambahan pula, beliau telah mengambil pelbagai tindakan untuk menutup mulut pengkritiknya dalam Kabinet, menyingkirkan Peguam Negara, memindahkan pegawai tinggi Cawangan Khas (SB), mengekang pasukan siasatan khas 1MDB dan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tindakan-tindakan ini hanya meningkatkan syak wasangka terhadap salah lakunya.

Kedua, orang seperti Jamal Yunos, Ali Tinju, Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ali Rustam dan lain-lain yang bertindak sebagai jurucakap pentadbiran hanya menambahkan lagi rasa tidak percaya terhadap kerajaaan Najib.

Persepsi yang muncul adalah Najib telah bertindakbalas terhadap pengkritiknya serta peserta himpunan Bersih 4.0 melalui perhimpunan bahu merah. Tindakannya menggunakan karakter-karakter sebegini untuk menangkis serangan hanya merugikan diri sendiri.
Persoalan yang lebih besar adalah di mana anggota Kabinet Najib dan apa yang mereka lakukan untuk membantunya menyelesaikan krisis ini? Tanpa jawapan yang absah serta campur tangan dasar untuk menangani skandal 1MDB, apakah mereka telah mengabaikan Najib dengan mengambil pendekatan tunduk kepada kepimpinannya, namun pada masa sama membiarkan Najib ‘terbakar’ perlahan-lahan?

Dengan memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Najib mungkin telah menyekat kemungkinan pemberontakan, namun ia tidak memberi jaminan memberi jaminan yang beliau mendapat sokongan penuh daripada kabinet. Jelas siapa yang berdiri di belakangnya dan siapa yang menutup mulut dan menjarakkan diri.

Bisik-bisik dalam parti sudah bertukar menjadi lebih kuat dan membimbangkan. Sejumlah pemimpin Umno telah mengkritik puak baju merah dan perlakuan rasis mereka.

Ketiga, semakin lantang suara ultra-Melayu, semakin hampir BN dengan hari kehancuran mereka. Himpunan baju merah amat mempolarisasi.

Najib mungkin menjadi simbol terkuat kumpulan itu memandangkan matlamat utama mereka adalah mempertahankan kepimpinan beliau tanpa mengira krisis kepimpinan yang menimpa. Jika Najib gagal mengendahkan nasihat adiknya, kebergantungannya terhadap kumpulan baju merah secara berterusan akan melemahkan BN secara sistematik selaku gabungan pelbagai kaum.

Jika MCA, Gerakan dan MIC – pengasas teras BN – akan dihukum di peti undi buat kali ketiga, parti-parti ini akan terjerumus ke dalam satu lagi perbalahan dalaman yang memusnahkan. Pergelutan kepimpinan sudah pun teruk menjejaskan MIC dan MCA. Penolakan berterusan oleh pengundi kerana hubungan mereka dengan Umno akan membawa kepada kehancuran BN jika keadaan sekarang berterusan.

Keempat, tindakan kerajaan untuk terus menyokong kumpulan baju merah adalah amat memusnahkan. Kerajaan perlu mula berhadapan dengan isu-isu secara betul. Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz telah menggesa kebertanggungjawaban dalam penyiasatan 1MDB. Menurutnya, di samping faktor luaran dan global, isu seperti 1MDB juga telah menjejaskan ringgit.

Kenyataan beliau itu lantang dan jelas. Publisiti buruk di peringkat antarabangsa telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap mata wang tempatan. Aliran keluar modal berjumlah RM17 bilion dalam 12 bulan terakhir ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia jelas menunjukkan kecuaian kerajaan dalam ekonomi dan salah urus 1MDB.

Akhir sekali, pihak paling rugi dalam perhimpunan baju merah adalah masyarakat Melayu sendiri. Selain menjadi jurucakap kerajaan, pemimpin puak baju merah juga mendakwa mewakili masyarakat Melayu. Bagi pihak luar, masyarakat Melayu telah digambarkan secara tidak tepat dan tidak adil sebagai suka bermusuhan, senang diprovokasi, nepotistik dan sanggup bertolak ansur dengan rasuah selagi hak kaum mereka tidak diancam.

Kegagalan kepimpinan Najib untuk memperbetul kesalahan dan masalah ekonomi yang turut dicetuskannya sendiri telah membebankan legasi keluarga politik Melayu, terutama legasi Tun Razak. Jika Najib gagal dengan teruk dan menyebabkan Umno BN ditolak majoriti mudah pengundi, kebergantungan parti terhadap elit-elit daripada keluarga ini mungkin akan dipersoalkan.

Umno mungkin telah diletakkan di atas mikroskop. Selepas pandangan menjadi lebih jelas, parti itu sebenarnya tidak kebal daripada skandal dan krisis. Maka lebih baik Umno menahan diri daripada meraikan kemenangan baju merah dengan terlalu awal.

Khoo Kay Peng adalah seorang penganalisis politik dan perunding pengurusan.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kemenangan-buat-Umno-atau-permulaan-kehancuran-BN#sthash.bU2sOpJ2.dpuf

Sunday, September 20, 2015

Implikasi baju merah - memudah atau menambah sengsara umno/

oleh Shahbudin Husin

SUARA LANTANG: Tidaklah sukar memahami mengapa tidak ramai pemimpin UMNO sendiri menghadiri perhimpunan baju merah pada 16 September lalu, terutama yang menjadi wakil rakyat di kawasan pengundi yang bercampur antara Melayu dan bukan Melayu.

Walaupun pelbagai alasan cuba dirasionalkan manakala setengahnya hanya berdiam diri, laungan perkauman yang keterlaluan sebenarnya amat membimbangkan wakil-wakil rakyat ini.

Sebab itu tidak kelihatan ramai menteri, timbalan menteri dan wakil-wakil rakyat UMNO hadir di Padang Merbok. Yang terlibat dalam sambutan Hari Malaysia di Sabah bolehlah memberi alasan itu untuk tidak menghadirinya, tapi bagaimana dengan yang lain?

Ada menteri dan timbalan menteri yang hanya hadir pada sebelah pagi atau tengahari untuk bertemu dan beramah mesra dengan peserta himpunan baju merah, namun kemudian tidak diketahui ke mana menghilangnya.

Di atas pentas Padang Merbok, hanya beberapa nama yang kelihatan dengan yang paling menonjol bercakap ialah Annuar Musa tetapi tentunya diketahui apakah komposisi pengundi di Ketereh, kawasan Parlimen yang diwakilinya. Maka, tidak hairanlah beliau lantang menonjolkan watak perkaumannya.

Selain itu ialah Ali Rustam, Presiden Pesaka yang merupakan pengunjur himpunan baju merah yang sudah pun ditolak oleh pengundi Bukit Katil yang berjumlah kira-kira 40 peratus pada pilihanraya 2013 dan tentunya tidak bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang kerana faktor usia.

Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak pula hanya mempunyai jumlah pengundi Cina bawah 15 peratus di kawasannya. Begitu juga dengan Noh Omar yang tidak terlalu bergantung kepada pengundi bukan Melayu di Tanjung Karang, tambahan pula beliau juga difahamkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang ini.

Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, turut garang berucap pada hari tersebut, tetapi NGO yang diwakilinya memang sudah diketahui jalur perjuangannya. Lagi pun, kalau diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya nanti, kawasannya tentu juga Pasir Mas yang hampir 100 peratus pengundinya adalah Melayu.

Dengan adanya aksi seperti tuntutan penghapusan sekolah Cina dan wujudnya gangguan daripada peserta himpunan baju merah kepada kawasan perniagaan orang-orang Cina, ketakutan wakil-wakil UMNO sebenarnya lebih meninggi lagi.

Mengapa dalam mahu menyokong dan mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, diselitkan ancaman kepada kaum lain?

Mungkin wakil-wakil rakyat di kawasan campuran yang menang di bawah majoriti dua ribu undi sedang berpeluh dingin ketika ini.

Meski terlihat seperti orang-orang Cina cuba mengalah dan tidak mahu cari gaduh dengan kebanyakannya lebih awal menutup kedai masing-masing dan kekal berdiam diri selepasnya, reaksi yang paling ditunggu ialah apakah pendirian pengundi Cina dalam pilihanraya akan datang nanti?

Berdasarkan keputusan di banyak kawasan pilihanraya umum lalu, peratusan pengundi Cina yang mengundi BN adalah dalam lingkungan 20 peratus atau lebih rendah daripada itu.

Apakah himpunan baju merah yang melonjakkan Melayu bangkit ini akan menyebabkan mereka takut dan tunduk, lalu kembali semula mengundi BN?

Atau ia makin menjarakkan atau menjadikan jumlahnya yang menolak BN menjadi lebih besar lagi?

Dengan pengundi Melayu sudah sedia berpecah melalui UMNO, PAS, PKR dan Amanah, kesatuan pendirian di kalangan pengundi Cina adalah penentu kepada sebarang keputusan di banyak kawasan pilihanraya.

Mampukah wakil-wakil rakyat UMNO sedia ada terus bertahan jika sentimen perkauman ini yang didendangkan mulai sekarang berterusan sehingga pilihanraya akan datang?

Meskipun ramai di kalangan mereka tidak menunjukkan muka atau cuba menyembunyikan diri dalam himpunan baju merah itu, apakah tempiasnya tidak memercik sama kepada mereka?

Daripada 88 Ahli Parlimen UMNO sekarang, berapakah yang mampu mengekalkan kerusinya setelah retaknya hubungan kaum yang dicetuskan oleh himpunan baju merah pada 16 September lalu?

Belum pun reda isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang jelas telah menghakis sokongan rakyat di pelbagai peringkat kepada BN, implikasi himpunan baju merah ini kian membawa kebaikan atau sebenarnya makin memudahkan laluan kerajaan pimpinan Najib Razak menuju ke kuburan dalam PRU 14 nanti?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Implikasi-baju-merah-memudah-atau-menambah-sengsara-UMNO#sthash.oaVYxkhp.dpuf

Baju merah gagalkan 1Malaysia, dakwa DAP

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kit Siang
PENDANG - DAP mendakwa konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal apabila kerajaan membenarkan perhimpunan bersifat perkauman pada 16 September lalu.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, penganjuran Himpunan Baju Merah itu menidakkan inisiatif diperkenalkan Najib melalui slogan 1Malaysia.

Beliau mendakwa Himpunan Bersih 4.0 jauh lebih baik berbanding baju merah yang kelihatan bersifat perkauman.

“Sepatutnya semua rakyat tanpa mengira kaum meraikan sambutan pembentukan Hari Malaysiahari berkenaan,” katanya selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya, himpunan itu bukan mempertahankan maruah Melayu tetapi lebih kepada mempertahankan kedudukan segelintir individu khasnya Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyifatkan cetusan idea Najib untuk melaksanakan Pergerakan Kesederhanaan Global juga gagal.

“Mana ada kesederhanaan kalau kerajaan boleh mempertahankan apa yang berlaku dalam sambutan Hari Malaysia itu.

“Kita memang pertahan hak kebebasan untuk berhimpun, tetapi bukan untuk menggugat, mengugut atau menakutkan perasaan perkauman,” katanya.

Pada masa sama Kit Siang menyifatkan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pemimpin MCA dan Gerakan lebih berani bersuara kepada pucuk pimpinan adalah memalukan.

Tuesday, September 15, 2015

Jangan sambut Hari Malaysia dengan perhimpunan berbaur perkauman, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang benar-benar hendak memperjuangkan maruah Melayu harus menggunakan saluran yang betul melalui Umno yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015.

Sambutan ulangtahun hari pembentukan negara tidak sepatutnya dicemari perarakan atau perhimpunan yang boleh dianggap bersifat perkauman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas perhimpunan baju merah yang dijadualkan berlangsung pada Hari Malaysia esok.

Timbalan presiden Umno itu berkata, mereka yang benar-benar hendak memperjuangkan maruah Melayu harus menggunakan saluran yang betul melalui parti itu yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.

"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya.

"Pastinya perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat baik dari sudut objektifnya mahupun cara penganjurannya," kata Muhyiddin dalam Perutusan Hari Malaysia beliau menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Pendirian beliau berbeza dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih belum mengkritik perhimpunan tersebut walaupun MIC dan MCA menyatakan bantahan secara terbuka.

Perdana menteri turut berkata, Umno tidak menghalang ahlinya menyertai perhimpunan tersebut, walaupun beliau tidak menyatakan sokongannya secara rasmi.

"Saya secara peribadi ingin menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang bijaksana dalam memutuskan penganjuran apa-apa perhimpunan atau perarakan pada Hari Malaysia.

"Ini penting supaya sambutan Hari Malaysia tidak dicemari dengan peristiwa yang boleh menimbulkan perasaan persengketaan dan permusuhan antara kaum," katanya.

Beliau berkata walaupun hak individu untuk berhimpun perlu dihormati, keselamatan negara dan keharmonian antara kaum juga penting.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kerajaan perlu lebih responsif kepada tuntutan dan harapan rakyat, dan menggesa Putrajaya meningkatkan integriti dalam pentadbiran.

"Saya percaya jika negara kita ditadbir dengan cekap dan amanah, maka Malaysia akan kembali berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan bersatu padu."

Beliau berkata, kepercayaan rakyat, komuniti perniagaan serta pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap negara akan terhakis sekiranya sumber kekayaan negara tidak diurus dengan baik oleh sebab berlaku "penyelewangan, ketirisan dan pecah amanah".

Muhyiddin juga menggesa kerajaan persekutuan menurunkan sebahagian kuasa melulus dan memantau projek pembangunan yang kritikal di Sabah dan Sarawak kepada ketua-ketua jabatan kerajaan di kedua-dua negeri itu.

Katanya, langkah itu akan mempercepatkan proses kelulusan projek pembangunan yang kritikal dan meningkatkan keberkesanan pemantauan projek.

Hari Malaysia merupakan cuti umum sempena ulang tahun pembentukan negara pada 1963.

Sebuah kumpulan seni mempertahankan diri, Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka), menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu di Kuala Lumpur esok, juga dikenali sebagai "perhimpunan baju merah".

Selepas pada mulanya mengisytiharkan ia haram, polis kini membenarkan ia diteruskan selepas penganjur mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun. – 15 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-sambut-hari-malaysia-dengan-perhimpunan-berbaur-perkauman-kata-muhyi#sthash.ojLr4sGU.dpuf

Saturday, September 12, 2015

Perhimpunan perkauman di Hari Malaysia, polis diminta bertindak tegas

PETALING JAYA, 11 SEPT: Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang menggalakkan perhimpunan perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Hari Malaysia pada 16 September ini harus dikecam sekeras-kerasnya.

Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP, Muhammad Shakir Ameer, berkata sokongan pimpinan UMNO itu, termasuk daripada mereka yang merupakan menteri kanan kerajaan mendedahkan sikap hipokrit Barisan Nasional yang kononnya berjuang untuk semua kaum.

Katanya, kenyataan seorang pemimpin UMNO Jamal Md Yunos yang tidak menolak kemungkinan sesetengah peserta perhimpunan akan mengamuk kerana ‘beremosi’ perlu dikutuk dan dipandang serius oleh pihak polis kerana ini melibatkan keselamatan umum.

“Kami tidak mempersoalkan usaha untuk berhimpun kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Namun, kami menyeru pihak polis untuk mengutamakan dan memastikan keselamatan orang ramai di seluruh Kuala Lumpur terutamanya pada cuti umum Hari Malaysia,” ujarnya, mengingatkan tentang tema perhimpunan itu yang merupakan provokasi perkauman.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis benar-benar menjaga keselamatan rakyat, dan bertindak tegas terhadap anasir-anasir perkauman.

Menurut beliau, orang awam termasuk umat Islam sendiri berada dalam ketakutan, dan mereka tidak berani untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari tersebut kerana bimbang akan keselamatan masing-masing.

Berbeza dengan perhimpunan Bersih 4 sebelum ini yang mahu kepada sistem pentadbiran yang bersih serta bebas rasuah yang sesuai dan baik untuk semua rakyat, Shakir menjelaskan bahawa, perhimpunan 16 September ini amat bersifat perkauman.

“pihak penganjur tidak mengambil kira bahawa perhimpunan provokasi sebegini akan merugikan ekonomi tempatan, mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa sebab dan menakutkan orang ramai termasuk orang Islam.

“Ini juga akan menjejaskan Hari Malaysia yang sepatutnya mempromosikan harmoni sesama rakyat Malaysia,” katanya, turut mengingatkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak juga menolak ketuanan satu kaum. – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-