Showing posts with label APEC. Show all posts
Showing posts with label APEC. Show all posts

Saturday, February 22, 2020

PH serah pada Dr M tarikh peralihan kuasa

Diterbitkan Hari ini 12:21 pagi

BERITA

Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara Nov depan.

Bercakap pada sidang media lewat malam di Putrajaya, Mahathir berkata PH membuat keputusan itu sebulat suara.

"Kita telah bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti.

"Akhirnya saya tak payah lah ulang apa yang kita capaikan. Terdapat dua pendapat.

"Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan akan berlaku lepas Apec.

"Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak. Itulah kepercayaan yang kita persetujui oleh (Majlis Presiden) parti kepada saya. Alhamdulillah,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir diapit oleh bakal penggantinya Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir pimpinan tertinggi parti-parti dalam gabungan PH, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada sidang akhbar itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata semua pihak tidak ada keraguan terhadap Dr Mahathir selaku perdana menteri.

“Saya cadang Tun diberi peluang mentadbir negara dan tetapkan bila masa yang sesuai. Sementara itu saya kena bersabar,” kata Anwar.

Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, mesyuarat malam ini juga berbincang tentang Pilihan Raya Sarawak bagi penyusunan kerusi untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

Jelas beliau, PH akan mengadakan satu konvensyen bagi membincang dan menyeleraskan pilihan raya negeri Sarawak.

Friday, December 2, 2016

Najib bawa balik berbillion pelaburan luar negara......

NAJIB BAWA BALIK BERBILLION PELABURAN LUAR NEGARA, AZMIN BALIK DARI JEPUN BERAPA SEN DAPAT?
Adamyan

KETIKA mengadakan lawatan ke beberapa buah negara, dari China sehingga ke Jerman sebelum menghadiri mesyuarat APEC di Peru, Perdana Menteri, telah berjaya membawa balik beratus billion ringgit nilai pelaburan ke Malaysia.

China, RM 144 billion, Jerman Euro 1 Billion sementara di Jepun, selain meneruskan rundingan pelaburan sedia ada di negara ini, Najib berjaya juga berjaya membawa balik 2 buah kapal perang untuk digunakan pasukan APMM hasil sumbangan kerajaan Jepun.

Pendek kata ada hasil dan hasil ini akan akhirnya dinikmati rakyat Malaysia dalam bentuk peluang pekerjaan serta peluang ekonomi untuk kontraktor tempatan – tak lupa mengukuhkan pertahanan pesisir pantai.

Ironinya, tak lama selepas lawatan pelaburan Najib, Azmin juga mengadakan lawatan pelaburan ke luar negara dengan negara Jepun menjadi pilihan. Pemergian itu begitu diwar-warkan, jumpa orang sana jumpa orang sini, orang penting-pentinglah ni.

Tapi tidak adakah yang bertanya, apa hasil yang Azmin bawa balik untuk rakyat negeri Selangor selepas lawatan tersebut? Berapa billion, berapa ratus juta atau apa jua nilai pelaburan yang berjaya dijamin untuk disumbang balik kepada rakyat Selangor. Khabarnya balik dah beberapa hari, apa buah butir pun tak tahu lagi ni.

Mungkin nilainya tidaklah sehebat apa yang Najib bawa balik, itu kita faham sebab selain Najib lebih bijak dari Azmin, Najib juga ketua sebuah negara berbanding Azmin hanya sebuah negeri. Tapi mesti ada hasillah, takkan pergi saja?

Takkan melawat saja kan?

Oleh yang sedemikian, sementara menanti hasil lawatan itu diumumkan, nasihat kepada pembangkang kalau tidak boleh menunjukkan hasil, berhenti mempersoal apa yang Najib buat. Pelaburan yang dibawa Najib memberi kesan kepada seluruh negara, termasuk Selangor sedangkan misi pelaburan untuk Selangor masih tidak menunjukkan apa-apa hasil.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-