Showing posts with label Anina Saadudin. Show all posts
Showing posts with label Anina Saadudin. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Anina digugur Ketua Srikandi disebabkan 'Prestasi' tidak munasabah - Penganalisis Politik

 AIDCNEWS
SHAH ALAM: Alasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggugurkan Anina Saaduddin daripada jawatan sementara Ketua Srikandi dengan mengaitkn isu ‘prestasi’, tidak munasabah.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan, alasan pengguguran Anina yang diumumkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih menjurus kepada isu peribadi dan juga krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti itu.

“Namun dari segi spekulasi itu, isu peribadi sebenarnya lebih dikaitkan kenapa beliau digugurkan dari jawatan tersebut. Bagi saya apa jua alasan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi iaitu prestasi, ia alasan yang tidak begitu munasabah.

“Kerana dalam satu tempoh yang agak singkat, bagaimana kita mahu mengukur prestasi beliau, sedangkan prestasi pemimpin lain tidak pula dijadikan kayu ukur,” katanya kepada Antarapos.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata pengguguran Anina adalah kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan parti.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh pihak kepimpinan tertinggi parti setelah menilai tahap kepimpinan pemimpin wanita itu.

Muhyiddin malah menafikan keputusan pengguguran Anina disebabkan masalah peribadi seperti yang tersebar sebelum ini.

Namun Martadha berpandangan, punca sebenar kepada pengguguran Anina adalah kerana isu peribadi, di mana isu berkenaan dikhuatiri menjadi faktor yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti yang baru berusia kira-kira tiga bulan itu.

“Jadi mana-mana elemen yang boleh dianggap mengurangkan sokongan dan beri imej negatif kepada parti, maka elemen itu perlu dikurangkan. Itulah sebenarnya, bagi saya refleksi kepada apa yang berlaku kepada Anina,” katanya lagi.

Anina sebelum ini dilaporkan disingkir daripada memegang jawatan Ketua Srikandi PPBM, dan keputusan itu dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan intim dengan bekas pembantunya.

Perbualan intimnya melalui aplikasi Whatsapp tersebar luas namun Anina menepis dakwaan itu.

Dalam pada itu Martadha juga tidak menolak pengguguran Anina berkemungkinan turut berhubung kait dengan krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti.

Beliau turut mengaitkan insiden pengunduran beberapa individu daripada parti itu sebelum ini, iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasan dan Senator Datuk Ezam Mohd Noor.

“Mungkin ada kalangan pemimpin parti yang begitu tak sealiran dengan Khairuddin mahupun Anina, dan mungkin pengaruh mereka mengganggu gugat pemimpin tertentu dalam PPBM sendiri.

“Jadi itu bagi saya, selain isu peribadi, isu kepimpinan juga boleh dikaitkan salah satu sebab kepada penyingkiran Anina dan peletakan jawatan oleh Khairuddin sebelum ini,” katanya lagi 

–AP

Monday, December 26, 2016

Anina dakwa dilucut jawatan ketua Srikandi BERSATU

Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.

Anina berkata, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.

"Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.

Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.

Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.

Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata Anina sejak awal tidak pernah menjadi ketua Srikandi.

"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:

"Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.

"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," katanya.

Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata
beliau "setia kepada orang ramai."

Saturday, December 24, 2016

Anina dedah krisis dalaman PPBM

 AIDCNEWS


AIDCNews -24/12/16 –Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin mendedahkan terdapat krisis dalaman dalam parti itu yang berusaha untuk menjatuhkannya.

“Sekarang ini, mereka buat apa-apa pun, mereka lompat bagaimapun pun, dia tidak ada pemilihan parti sekarang, yang ada hanya penajaan.

“Maknanya atas kuasa Kak Nina nak pilih..I am the King…”katanya dalam satu rakaman.

Sumber netizen menyebut skandal seks Anina yang tersebar di media sosial adalah salah satu daripada plot untuk menjatuhnya sebagai Ketua Srikandi PPBM.
Sebelum ini Malayan News mendedahkan terdapat krisis dalaman Anina dengan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.

“Bagi mereka, Anina adalah seorang yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat orang lain kecuali diri sendiri. Ketegangan yang dicetuskan oleh Anina juga adalah atas sebab tindakannya yang membuat keputusan sendiri untuk melantik Ketua-Ketua Bahagian Sri Kandi PPBM tanpa merujuk kepada pihak atasan.

“Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati Datuk Hamidah Osman dan Akhramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan tindakan dan perbuatan Anina. Bagi mereka, Anina sebenarnya telah mencetuskan suasana huru hara dalam parti.

“Terdapat juga desas desus yang menceritakan bahawa terdapat sekumpulan pemimpin dari kalangan parti PPBM yang akan menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Anina kerana tidak sehaluan dengannya dan juga atas faktor sikapnya itu.

“Perkara ini akan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menjatuhkan Anina,” dedahnya.

Thursday, January 7, 2016

Esok pilihanraya, hari ini Najib tersungkur, kata Anina

Faiz Zainudin | January 6, 2016
Sejarah membuktikan bahawa Najib hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihan raya terdahulu.
PETALING JAYA: 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tersungkur di kaki rakyat sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu ditegaskan, bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin, kerana rakyat negara ini sudah muak dengan tindak-tanduk pentadbiran beliau.

Perkara itu tidak mustahil, tegas Anina, kerana sejarah membuktikan bahawa beliau sudah hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihanraya terdahulu.

“Saya nak beri tahu Datuk Seri Najib, saya harap dia mendengar, dia tidak akan sampai pada PRU-14.

“Pada PRU-12 Datuk Seri Najib nyaris-nyaris kalah di Pekan, dia menang tipis sahaja dan kalau esok pilihanraya, hari ini dia akan tersungkur,” katanya semasa wawancara bersama FMT.

Mengulas lanjut, Anina berkata, malahan ahli UMNO sendiri akan menyingkir beliau jika pemilihan parti Melayu itu diadakan dalam waktu terdekat.

Jelasnya lagi, Najib sebagai pemerintah tidak berhak memaksa rakyat untuk menyokong kepimpinannya, kerana rakyat perlu diberi pilihan untuk memilih siapa yang layak untuk memimpin negara ini.

“Pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengundi dia kerana pemerintah tidak menyediakan pilihan untuk rakyat. Saya nak pilih kamu tapi kamu sendiri dah macam setan,” katanya.

Dalam wanwancara itu juga, Anina turut menegur Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana dilihat terlalu mempertahankan Perdana Menteri daripada memperjuangkan suara wanita.

“Dia hanya menjadi Ketua Wanita UMNO untuk mempertahankan Datuk Seri Najib dan kuasanya sahaja. Dia sepatutnya menjadi ibu kepada seluruh wanita UMNO tetapi dia bersekongkol dengan penjahat yang paling jahat dalam sejarah UMNO,” katanya.

Wednesday, January 6, 2016

Anina letak jawatan pensyarah, tumpu usaha desak Najib demi 30 juta rakyat Malaysia

by ARIANNA2016-01-05

Bekas ahli UMNO yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.6 bilion, Anina Saadudin meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Dia telah menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini, Selasa, kerana tidak mahu dituduh cuba mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menentang kerajaan.

Selain itu, bekas ahli wanita UMNO Bahagian Langkawi itu berbuat demikian kerana rasa tanggungjawabnya terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan apabila ada pihak tertentu mula mempertikaikan kerjayanya.

“Saya tidak mahu institusi tempat saya bekerja terjejas hanya kerana kes saya. Saya rasa bertanggungjawab atas kes ini dan saya sebagai seorang kakitangan syarikat mengambil keputusan melepaskan jawatan saya sebagai pensyarah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.

Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang baik untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Saya hanya pekerja biasa yang bekerja untuk membesarkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi saya sanggup memikul tanggugjawab ini (melepaskan jawatan) demi nama baik dan masa depan institusi tempat saya bekerja.

“Saya cabar beliau untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab melepaskan jawatan untuk 30 juta rakyat Malaysia, sekiranya saya boleh lakukan kenapa Datuk Seri Najib tidak boleh,” katanya.

Anina berkata, dia sedikitpun tidak rasa menyesal melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti kerana keputusan itu demi mencari kebenaran yang sebenar dan yakin rezeki itu bukan datang dari Najib tetapi datangnya dari Allah.

Keputusan itu juga akan memberi peluang kepadanya untuk berjuang dengan lebih hebat untuk mendesak Perdana Menteri demi membela nasib 30 juta rakyat Malaysia.

“Saya berani menentang Datuk Seri Najib, saya berani mengheret Datuk Seri Najib ke mahkamah kerana saya percaya Allah SWT itu ada. Saya tidak akan mati kerana Datuk Seri Najib. Saya tidak akan mati kerana perjuangan saya terhadap Datuk Seri Najib.

“Ini bermakna perjuangan saya akan lebih hebat selepas ini, Saya akan terus mara ke hadapan. Keputusan mahkamah tinggi mengenepikan saman saya itu adalah satu permulaan yang baru dalam perjuangan saya,” katanya.

Dia menjelaskan, keputusan itu bukan kerana tekanan daripada mana-mana pihak sebaliknya dibuat dengan kerelaan hati kerana sayangkan universiti dan tidak mahu nama baik universiti itu diheret dalam kancah ‘peperangannya’ dengan Najib.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib mengetepikan saman Anina berhubung isu dana RM2.6 bilion. – FMT

Thursday, October 22, 2015

Permintaan Speaker tidak masuk akal - Anina

Faiz Zainudin

Ia seolah-olah membawa maksud perlu diadakan punggutan suara terlebih dahulu sebelum BN mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
PETALING JAYA: Anina Saadudin membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membuat kenyataan pelik dan sukar diterima akal yang waras.

Pandikar Amin meminta pihak pembangkang mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuj membolehkan usul undi tidak percaya dibahas.

Anina, bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi itu berkata, permintaan Pandikar Amin itu seolah-olah membawa maksud kerajaan perlu membuat punggutan suara terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika begitulah caranya, apa kata kerajaan buat pungutan suara awal sebelum pilihanraya. Jika didapati ramai yang tidak mahu sokong Barisan Nasional (BN) maka janganlah buat pilihanraya. Kita bertanding kalau kita menang saja,” sindirnya.

Anina yang dipecat dari UMNO kerana menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul undi tidak percaya tidak sepatutnya dirumitkan jika Najib yakin mendapat sokongan majoriti dalam dewan.

“Presiden Pas sendiri sudah mengumumkan sokongan parti tersebut terhadap Datuk Seri Najib (Hadi Awang menafikan membuat kenyataan itu). Jika itulah keadaannya maka sudah pastilah undi tersebut akan gagal,” katanya.

Dia mendakwa, Speaker seolah-olah cuba mencari alasan bagi mengagalkan usul itu untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

“Ia seolah-olah Najib dapat merasakan ramai Ahli Parlimen BN akan menyokong undi tidak percaya ke atas dirinya. Bukan itu sahaja, Najib juga sebenarnya tidak percaya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pendapat saya, untuk apa lagi Najib menjadi Perdana Menteri jika dia sendiri sudah tidak percaya kepada Ahli Parlimen BN sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya berani membenarkan usul undi tidak percaya kepada beliau bagi membuktikan darah Pahlawan Bugis tetap mendapat sokongan manjoriti wakil rakyat BN.

Thursday, September 17, 2015

Pemimpin UMNO peralat orang Melayu untuk jadi jahat - Anina

Faiz Zainudin

Matlamat suci penubuhan UMNO telah dipesongkan oleh pemimpin parasit yang rakus dan gilakan kuasa sehingga sanggup menghasut orang Melayu bertindak luar batasan.
PETALING JAYA: UMNO diperalatkan untuk mencetuskan semangat perkauman walaupun niat asal penubuhan parti itu adalah untuk menjaga orang Melayu dan menjamin kehidupan harmoni antara kaum.

Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dengan menyifatkan sesetengah pemimpin UMNO yang gilakan kuasa sebagai parasit-parasit yang cuba menjahanamkan parti.

“Jangan salahkan UMNO. Apa yang berlaku hari ini bukan salah UMNO tetapi salah pemimpin yang rakus dan jahat.

“Saya tidak akan berhenti dari berusaha untuk menegakkan kebenaran. Walaupun saya kononnya dilucutkan keahlian, kasih sayang saya pada UMNO yang luhur tidak akan padam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, orang Melayu kini telah diperalatkan untuk menjadi jahat semata-mata ingin mempertahankan pemimpin yang jahat serta gilakan kuasa.

Dia juga mengingatkan bahawa musuh sebenar dalam UMNO adalah pemimpin UMNO yang kini sedang berkuasa dan bukan pihak luar.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-