Showing posts with label Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC). Show all posts
Showing posts with label Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC). Show all posts

Friday, March 3, 2023

Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

freemalaysiatoday.com
Ho Kit Yen - 03 Mar 2023, 10:32am

Hakim Zaini Mazlan mendapati pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib Razak.
Najib Razak (kiri) didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB, manakala Arul Kanda Kandasamy didakwa bersubahat.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak daripada tuduhan menyalahgunakan kuasa dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB.

Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dalam membuat pindaan itu juga dibebaskan.

Hakim Zaini Mazlan mendapati pendakwa raya gagal membuktikan bahawa ada kes prima facie terhadap Najib, bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan pendakwa raya untuk memanggil Arul Kanda memberikan keterangan bagi pihaknya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Thursday, April 4, 2019

PM bakal bentang usul tukar pengerusi PAC

News | Diterbitkan Hari ini 8:34 pagi


Selepas bantahan selama beberapa minggu oleh wakil rakyat dan orang ramai, kerajaan akhirnya memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Ronald Kiandee dengan anggota parlimen pembangkang.

Anggota parlimen yang dijangka dilantik ke jawatan itu ialah Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Usul itu merupakan perkara sembilan dalam Aturan Mesyuarat sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Mesyuarat, usul itu akan dibentangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Noraini yang juga ketua wanita Umno dilantik sebagai anggota PAC pada Ogos 2018 bagi menggantikan bekas pengerusi Hasan Arifin.

BN menamakannya sebagai pengerusi baru selepas Kiandee - anggota parlimen Beluran dan dahulunya pemimpin Umno Sabah - menyertai Bersatu pada 15 Mac lalu.

Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU ke-14 berikrar untuk melantik pengerusi PAC dari kalangan pembangkang.

Mahathir yang sebelum ini bertegas mahu mengekalkan Kiandee nampaknya mengubah pendiriannya selepas beberapa pemimpin dalam PH menggesanya agar mematuhi ikrar dalam manifesto.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-