Showing posts with label Kementerian Kewangan (MOF). Show all posts
Showing posts with label Kementerian Kewangan (MOF). Show all posts

Wednesday, January 22, 2025

Amalan biasa bagi peguam negara beri taklimat kepada PM, kata Najib

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jan 22, 2025 1:15 PM
BICARA 1MDB l Najib Razak dalam keterangannya hari ini memaklumkan bahawa adalah amalan biasa bagi peguam negara (AG) untuk memberi taklimat kepada perdana menterimengenai kes berkepentingan awam.

Bekas perdana menteri itu memberitahu Mahkamah Tinggi yang bersidang di Putrajaya hari ini bagi menolak tuduhan pendakwaan bahawa dia cuba campur tangan dalam siasatan 1MDB melalui panggilan telefon pada tahun 2016 kepada timbalan pendakwa raya ketika itu, Dzulkifli Ahmad.
Najib memberikan penjelasannya semasa perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan penyelwengan dana RM2.27 bilion 1MDB terhadap dirinya. Peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah, sedang menjalankan pemeriksaan semula.

Shafee: Adakah biasa bagi seorang peguam negara atau mana-mana timbalannya yang diberikan tugas untuk memberi taklimat kepada perdana menteri dari semasa ke semasa mengenai kes berkepentingan awam?

Najib: Ya, itu adalah amalan biasa, tetapi kami sedar untuk tidak campur tangan dalam tindakan pendakwa raya dalam kes berkepentingan awam.

Shafee: Adakah Datuk Seri boleh memberi arahan tertentu kepada Peguam Negara atau Pendakwa Raya berkaitan kes jenayah?

Najib: Tidak.
Muhammad Shafee Abdullah
Semalam, semasa pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa tidak wajar bagi perdana menteri ketika itu, Najib, untuk berbual dengan Dzulkifli berkenaan siasatan 1MDB.

Semasa pemeriksaan semula oleh Shafee hari ini, Najib mengimbas kembali insiden di mana bekas menteri pengangkutan, Ling Liong Sik, didakwa di mahkamah berdasarkan keputusan peguam negara (AG), tetapi perdana menteri ketika itu tetap dipersalahkan secara tidak adil.

"Malah, saya baru teringat ada ketika seseorang didakwa dan saya yang dipersalahkan, walaupun itu keputusan AG. Saya tidak campur tangan, tetapi saya tetap dipersalahkan sebagai perdana menteri ketika itu.

"Liong Sik didakwa, itu adalah keputusan (bekas AG) Gani (Patail), tetapi saya yang dipersalahkan. Sejak itu, saya dan Ling tidak lagi bercakap," kata Najib.
Najib merujuk kepada insiden pada tahun 2010 ketika Ling didakwa di mahkamah berhubung tuduhan penipuan yang dikaitkan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), satu skandal bernilai berbilion ringgit.

Namun, Ling telah dilepas dan dibebaskan pada tahun 2013.

Kes prima facie

Pada 30 Oktober, mahkamah jenayah mengarahkan Najib untuk membela diri terhadap empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.27 bilion daripada dana kekayaan berdaulat 1MDB.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib berhubung syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Hakim memutuskan bahawa Najib perlu menjawab pertuduhan tersebut berdasarkan keterangan 50 saksi semasa peringkat pendakwaan yang berlangsung selama enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019. Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.

Sejak keputusan prima facie, Najib telah memberi keterangan membela diri terhadap pertuduhan jenayah 1MDB.

Sunday, February 26, 2023

Terengganu harap kerajaan pusat teruskan bayar dana khas

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 26, 2023 8:30 AM
Kerajaan Terengganu berharap Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang diterima negeri itu sebelum ini dapat diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokthar.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan mendapatkan penjelasan sama ada agihan DKKP kepada negeri itu sebelum ini merupakan wang royalti petroleum atau sebaliknya.

“Soal adakah DKKP sama dengan wang royalti, kita akan rujuk semula dengan MOF. Terma wang royalti disebut Menteri Kewangan dan Menteri Undang-Undang pada 2021, namun bayaran yang diterima tidak pernah menyebut istilah royalti sebaliknya hanya DKKP,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu 2023 di Sungai Tarom di Setiu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam, yang memaklumkan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus.

Menurut Azalina ini kerana Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika dan Petronas juga tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar kawasan itu.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang bertanyakan sama ada kerajaan Persekutuan bercadang untuk menyalurkan hasil petroleum secara terus kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Dalam perkembangaan lain, Ahmad Samsuri mengumumkan pengecualian bayaran lesen khas nelayan sampan kepada kira-kira 2,000 nelayan di Terengganu pada tahun ini.

“Ia sebagai penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada warga nelayan yang mengharungi lautan demi membekalkan makanan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

- Bernama

Friday, May 28, 2021

Terkini !!! Kementerian Kewangan akan umum Pakej Bantuan Rakyat

inforakyat.net
28/05/2021 9:07 PM


Kementerian Kewangan (MOF) akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai pakej bantuan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“MOF akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun depan selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 yang kini melebihi 8,000 kes.

Keputusan itu dipersetujui dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/28/pakej-bantuan-rakyat-akan-diumumkan-mof/

Baca selanjutnya : https://www.inforakyat.net/terkini-kementerian-kewangan-akan-umum-pakej-bantuan-rakyat/

Wednesday, March 14, 2018

Wang di Switzerland bukan hak kerajaan, rakyat Malaysia

Berita Utama
14 MAC:   Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa wang berjumlah CHF104 juta (RM430 juta) yang berada dalam Perbendaharaan Persekutuan Switzerland tidak dimiliki warga Malaysia.

Dalam satu kenyataan, MOF menjelaskan bahawa ia turut tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kerajaan

“Ia susulan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di negara ini tidak menunjukkan atau mengesan dana hilang daripada 1MDB.

“Oleh itu, RM403 juta bukan wang milik Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitannya,” katanya.,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan mengutus surat kepada ahli-ahli Parlimen Switzerland supaya memulangkan wang itu kepada rakyat Malaysia.

Pengubal perundangan negara itu dijangka membentangkan usul berkenaan wang itu di Dewan Rendah parlimen pada minggu ini.

Pada masa sama, kementerian turut dimaklumkan wang terbabit sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Switzerland ke atas pelbagai bank kerana melanggar undang-undang negara berkenaan.

“Kami diberitahu denda yang dikenakan dipertikaikan oleh bank swasta Switzerland dan kini dalam proses rayuan kepada Mahkamah Switzerland supaya dilepaskan daripada tindakan apa-apa tindakan salah,” kata kenyataan itu lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-