Showing posts with label Peguam Negara (AG). Show all posts
Showing posts with label Peguam Negara (AG). Show all posts

Wednesday, January 22, 2025

Amalan biasa bagi peguam negara beri taklimat kepada PM, kata Najib

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jan 22, 2025 1:15 PM
BICARA 1MDB l Najib Razak dalam keterangannya hari ini memaklumkan bahawa adalah amalan biasa bagi peguam negara (AG) untuk memberi taklimat kepada perdana menterimengenai kes berkepentingan awam.

Bekas perdana menteri itu memberitahu Mahkamah Tinggi yang bersidang di Putrajaya hari ini bagi menolak tuduhan pendakwaan bahawa dia cuba campur tangan dalam siasatan 1MDB melalui panggilan telefon pada tahun 2016 kepada timbalan pendakwa raya ketika itu, Dzulkifli Ahmad.
Najib memberikan penjelasannya semasa perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan penyelwengan dana RM2.27 bilion 1MDB terhadap dirinya. Peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah, sedang menjalankan pemeriksaan semula.

Shafee: Adakah biasa bagi seorang peguam negara atau mana-mana timbalannya yang diberikan tugas untuk memberi taklimat kepada perdana menteri dari semasa ke semasa mengenai kes berkepentingan awam?

Najib: Ya, itu adalah amalan biasa, tetapi kami sedar untuk tidak campur tangan dalam tindakan pendakwa raya dalam kes berkepentingan awam.

Shafee: Adakah Datuk Seri boleh memberi arahan tertentu kepada Peguam Negara atau Pendakwa Raya berkaitan kes jenayah?

Najib: Tidak.
Muhammad Shafee Abdullah
Semalam, semasa pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa tidak wajar bagi perdana menteri ketika itu, Najib, untuk berbual dengan Dzulkifli berkenaan siasatan 1MDB.

Semasa pemeriksaan semula oleh Shafee hari ini, Najib mengimbas kembali insiden di mana bekas menteri pengangkutan, Ling Liong Sik, didakwa di mahkamah berdasarkan keputusan peguam negara (AG), tetapi perdana menteri ketika itu tetap dipersalahkan secara tidak adil.

"Malah, saya baru teringat ada ketika seseorang didakwa dan saya yang dipersalahkan, walaupun itu keputusan AG. Saya tidak campur tangan, tetapi saya tetap dipersalahkan sebagai perdana menteri ketika itu.

"Liong Sik didakwa, itu adalah keputusan (bekas AG) Gani (Patail), tetapi saya yang dipersalahkan. Sejak itu, saya dan Ling tidak lagi bercakap," kata Najib.
Najib merujuk kepada insiden pada tahun 2010 ketika Ling didakwa di mahkamah berhubung tuduhan penipuan yang dikaitkan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), satu skandal bernilai berbilion ringgit.

Namun, Ling telah dilepas dan dibebaskan pada tahun 2013.

Kes prima facie

Pada 30 Oktober, mahkamah jenayah mengarahkan Najib untuk membela diri terhadap empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.27 bilion daripada dana kekayaan berdaulat 1MDB.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib berhubung syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Hakim memutuskan bahawa Najib perlu menjawab pertuduhan tersebut berdasarkan keterangan 50 saksi semasa peringkat pendakwaan yang berlangsung selama enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019. Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.

Sejak keputusan prima facie, Najib telah memberi keterangan membela diri terhadap pertuduhan jenayah 1MDB.

Friday, September 6, 2024

Zaid: Kenapa kes rakyat diserang tak disiasat sepantas kes Muhyiddin?

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 6, 2024 9:56 AM
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mempersoalkan kelambatan perkembangan kes serangan ke atas pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong dan pekerja pembinaan, Alias Awang.

Zaid membandingkan dua kes itu dengan siasatan ke atas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan, dengan 66 saksi diambil keterangan dan disusuli dengan pendakwaan hanya dalam tempoh beberapa hari.

“Muhyiddin tak serang sesiapa, tetapi mereka kata kata-katanya menyinggung mereka,” kata Zaid di X.

Zaid juga mempersoalkan sikap Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang membisu.

“Kenapa AG kita berdiam diri?

“Ketika Abu Talib Othman dan Abdul Gani Patail jadi AG, mereka kerap berdepan dengan media dan mengendalikan pertanyaan orang awam. Ini adalah perkara berkaitan kepentingan awam yang patut ditangani sewajarnya,” katanya, sambil menambah AG sepatutnya memberi jaminan berkenaan kesaksamaan polis dan komited untuk mengambil tindakan pantas.
Ong (kanan) dan peguam, Zaid Malek
Semalam, Ong dan Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan ke atas serangan ke atas lelaki itu yang didakwa berlaku di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Ong ditumbuk oleh seorang pegawai polis yang bertugas sebagai pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pertubuhan Kebajikan dan Advokasi Pekak Malaysia (Dawn) pula mendakwa Ong telah menandatangani empat laporan polis, dengan tiga daripadanya disediakan oleh polis sendiri.

Pada 5 Jun lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Alias Awang
Bagi satu lagi kes, Malaysiakini semalam melaporkan Awang mendakwa dia diserang oleh seorang kerabat diraja Pahang dan sekumpulan lelaki di Kuantan. Dia mendakwa ditikam di bahagian paha.

Dia juga mendakwa anggota kerabat itu melepaskan tembakan ke arah kakinya namun tidak mengena sasaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata tiga orang lelaki yang disyaki sebagai suspek utama dalam telah ditangkap dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan mengenai penglibatan seorang kerabat diraja dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Zaid turut membangkitkan titah Tunku Ismail dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar keadilan ditegakkan dalam dua kes itu.

Zaid turut menggesa Anwar untuk berbincang dengan polis tetang bagaimana untuk mengendalikan kes seumpama itu.

“Saya lihat reaksi pantas dan tegas hanya apabila kata-kata rakyat menyinggung kerabat diraja.

“Jika begitu, kita boleh sekurang-kurangnya harap polis dan AG turut bertindak pantas apabila rakyat melaporkan kes serangan yang menyebabkan kecederaan,” katanya lagi.

Thursday, March 14, 2024

AG mesti halang Kelantan gubal semula peruntukan batal - MCCBCHST

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 14, 2024 6:31 PM
Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa peguam negara (AG) campur tangan terhadap langkah Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai pelindung terhadap kepentingan awam, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, AG harus bertindak kerana penggubalan semula peruntukan itu akan menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan menggugat kestabilan negara.

“Semua pihak patut bertindak demi kepentingan negara dan menegakkan demokrasi berperlembagaan,” kata kumpulan itu dalam kenyataan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan awal bulan ini menerima usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan mahkamah kerana melebihi bidang kuasanya.

Pada 9 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 8-1 untuk membenarkan petisyen peguam dari Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.

Wednesday, August 9, 2023

Najib mohon AG semak kes RM6.6 bilion IPIC

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 9, 2023
Bekas perdana menteri, Najib Razak minggu lalu menghantar surat representasi kepada Peguam Negara (AG) berhubung kes pecah amanah (CBT) terhadapanya melibatkan RM6.6 bilion yang dikaitkan dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada pasukan peguam Najib minggu lepas.

Mengikut undang-undang, surat representasi adalah satu kaedah untuk tertuduh meminta pendakwa raya menyemak semula kes jenayah terhadapnya, seperti melalui pengguguran pertuduhan atau untuk tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan.

Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah juga telah menghantar representasi kepada AGC berhubung kes yang sama.

Berikutan itu hakim perbicaraan Muhammad Jamil Hussin menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula agar pihak pendakwa raya memaklumkan status terkini representasi kedua-dua tertuduh.

[Berita penuh menyusul]

Sunday, October 18, 2020

Tarik balik pertuduhan hakis kepercayaan rakyat

Oleh FAZLI RADZI
malaysiadateline.com
October 18, 2020 4:09 pm



Jika Peguam Negara (AG) memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap enam ahli Parlimen Umno, rakyat bakal mengecam keras kerajaan.

Peguam Mohamed Rafique Rashid Ali berkata, sebahagian kes itu kini berada dalam proses perbicaraan.

Menurutnya, masyarakat juga mengikuti kes berkenaan dan tahu tentang beberapa keterangan penting daripada saksi pendakwaan.

“Ia akan melahirkan defisit kepercayaan terhadap pemerintah sekiranya pertuduhan ditarik balik sebagai tukaran bagi sokongan politik,” dipetik FMT hari ini.

Reaksi beliau susulan kenyataan pengasas PKR, Syed Husin Ali yang percaya Anwar Ibrahim akan mematuhi keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menolak kerjasama dengan ahli Parlimen Umno terbabit untuk membentuk kerajaan baru.

Dikatakan Anwar sebelum ini membuat perjanjian dengan Najib yang juga ahli Parlimen Pekan bagi mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Walhal, suami Rosmah Mansor itu berdepan tiga perbicaraan berkaitan pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Dakwaan itu dihangatkan lagi dengan laporan bahawa Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang juga berdepan tuduhan rasuah, menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

Walau bagaimanapun, Anwar pada 13 Oktober lalu menegaskan tiada perjanjian dibuat dengan mana-mana ahli Parlimen yang berdepan tuduhan jenayah sebagai tukaran bagi sokongan mereka.

Selain Najib dan Zahid, pemimpin Umno lain yang berdepan tuduhan jenayah adalah Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan; Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya); Abdul Azzez Rahim (Baling) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan).

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-