Showing posts with label Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Show all posts

Friday, March 8, 2019

Pengusiran penduduk tak sah - Peguam

MyMetro
Zuhainy Zulkiffli
am@metro.com.my

MOHD Khairul Azam yang mewakili tujuh penghuni mendakwa pengusiran itu dibuat secara tidak sah. 
FOTO Mikail Ong

TINDAKAN kerajaan negeri mengusir 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown, tidak sah kerana ia satu pencerobohan dan jenayah serta tidak mengikut undang-undang.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengusiran berkenaan didakwa tidak sah apabila keseluruhan proses itu dibuat tanpa mendapat perintah daripada mahkamah.

Katanya, tindakan itu antara lain bertentangan dengan Seksyen 7 (2) Akta Relif Spesifik 1950 dengan notis mengenainya sudah diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, hari ini.

Menurutnya, tindakan pengusiran ini juga melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Malah, kerajaan negeri juga mengugut bagi mengunci penduduk di dalam rumah jika enggan bekerjasama ketika proses pengusiran, Rabu lalu.

“Jika itu berlaku, mereka sudah melakukan penahanan tak sah yang boleh disaman mengikut ‘habeas corpus’.

“Pengusiran ini tidak masuk akal, selain disifatkan bertentangan dengan slogan yang kononnya kerajaan mendukung Peraturan Undang-Undang,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, hari ini.

Difahamkan bahawa Mohd Khairul Azam hanya mewakili tujuh daripada 22 penghuni di PPR Taman Manggis yang diusir kerajaan negeri, sejak Rabu lalu.

Mohd Khairul Azam juga menasihati penghuni mengenai hak mereka bagi memfailkan saman ke atas kerajaan negeri, susulan tindakan pengusiran itu.

“Mereka turut dinasihatkan supaya perlu membabitkan peguam dalam sebarang perbincangan bersama kerajaan negeri kerana mereka berhak berbuat demikian mengikut Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan sama ada penduduk mahu saman kerajaan negeri atau sebaliknya hanya akan dimaklumkan pada minggu hadapan. Jika kerajaan negeri setuju bagi memfailkan saman, kita akan jumpa mereka di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Nazrimah Jamal Abidin, 44, berkata, mereka enggan berganjak sehingga Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil satu ketetapan membenarkan mereka kembali menyewa di rumah PPR itu dan bukan hanya sehingga Ahad ini.

“Kami nak tinggal di mana lagi selepas itu, anak perlu bersekolah dan kami juga sudah penat tinggal di Komtar seolah-olah kami tiada hak sebagai warganegara.

“Kami hanya mahu kerajaan negeri membenarkan kami tinggal semula di situ, barulah kami bersurai,” katanya ketika ditemui.

Nazrimah antara enam penyewa perumahan berkenaan yang masih berteduh di perkarangan Komtar sejak tiga hari lalu bersama suami dan anak-anaknya yang masing-masing berusia 16,14, sembilan, tujuh dan empat tahun.

Berita berkaitan
• Kerajaan negeri kena jumpa penyewa
• Diberi hotel, nak balik rumah pula...
• 'Sila bertenang, beri kerjasama...'
• 'Terpaksa merempat di KOMTAR [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 8 Mac 2019 @ 4:32 PM

Saturday, July 28, 2018

KM Pulau Pinang serah isu Ramasamy kepada polis

Bernama 
July 28, 2018

Chow berkata, perkara itu tidak perlu dilanjutkan dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.

Chow juga mengesahkan beliau ‘belum sempat melihat’ memorandum beberapa NGO yang menuntut Ramasamy meletak jawatan semalam. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan campur tangan dalam isu Timbalan Ketua Menteri II Prof P Ramasamy yang dikaitkan dengan dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, perkara itu tidak perlu dilanjutkan dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.

“Tidak perlu campur tangan. Polis sudah campur tangan. Biar polis membuat kerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Penang Skills Development Centre (PSDC) di sini hari ini.

Chow diminta mengulas tentang 2 kumpulan yang mengadakan demonstrasi terhadap Ramasamy di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.

Satu kumpulan demonstrasi yang dihadiri kira-kira 50 penyokong menyatakan pendirian mereka menyokong Ramasamy turut mengadakan solidariti kepada timbalan ketua menteri itu yang dianggap “pengganas” oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala kumpulan kedua terdiri daripada 300 orang dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyuarakan bantahan dan menyerahkan memorandum bagi meminta Ramasamy meletakkan jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan LTTE.

Ditanya adakah beliau (Chow) sudah melihat memorandum yang diserahkan oleh kumpulan NGO itu, Chow berkata, “belum sempat melihatnya”.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V Gopalasamy.

Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy, kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Penularan gambar di media sosial telah menimbulkan dakwaan bahawa ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap pengganas oleh beberapa negara.

Selain itu pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Saturday, January 21, 2017

Kerajaan Negeri P. Pinang selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh dari dilenyapkan pemaju

oleh RoketKini
BUKIT MERTAJAM, 21 JAN: Perjuangan hampir tiga tahun penduduk Kampung Permatang Tok Suboh untuk mengekalkan penempatan mereka di sini berakhir dengan khabar gembira.

26 buah keluarga yang berdepan pengusiran oleh pihak pemaju tanah yang diduduki mereka, menerima tawaran membeli rumah kos rendah pada harga RM25,000 sahaja, daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bercakap di Majlis ‘Jelajah Desa bersama Kit Siang’ anjuran DAP, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Kerajaan Negeri akan membina 37 buah rumah di sebuah lot tanah milik kerajaan yang telah dikenalpasti.

26 daripada unit tersebut akan dijual kepada penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dengan harga runtuh, manakala baki 11 buah lagi akan diberikan kepada penduduk sedia ada di tanah gantian tersebut, yang selama ini tinggal di sana tanpa kebenaran kerajaan.

Menurut Guan Eng lagi, hasil inisiatif dan rundingan kerajaan negeri dan tuan tanah telah membuahkan hasil dengan pemberian pampasan bernilai antara RM25,000 hingga RM44,400.

“Pemaju tak layan Kerajaan Negeri kerana dia kata, dia pun ada kerajaan. Kerajaan yang lagi tinggi,” ujar beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, mengenang kembali kronologi layanan pihak pemaju terhadap usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang membela nasib penduduk.

“Selagi kerajaan Pakatan ini milik rakyat, kita akan pastikan Kampung Permatang Tok Subuh kekal hingga selama-selamanya,” tegas Guan Eng, membidas sikap pemaju yang cuba menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan pusat untuk menindas penduduk.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang sedang dalam rangka menjelajah dari desa ke desa untuk mendekati masyarakat. Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Untuk maklumat lanjut mengenai perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh, baca tulisan Steven di: https://www.roketkini.com/2016/04/18/hak-perumahan-harus-dimasukkan-ke-dalam-perlembagaan-persekutuan/ – Roketkini.com

Wednesday, December 30, 2015

Resort Hiburan Kasino Bernilai16.5 Bilion Dollar Akan Dibina Di Pulau Jerejak ?

 AIDCNEWS
Jason Loo

AIDCNews – 30/12/15 – Benarkan resort hiburan berkasino akan dibangunkan di Pulau Jerejak oleh sebuah syarikat dari Hong Kong bernilai 16.5 Billion Dollar HK, soal Ketua Biro Undang-undang dan Pengaduan Awam, Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo Jieh Sheng.

Persoalan itu ditimbulkan berdasarkan kenyataan yang diterimanya melalui e-mail daripada salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan pulau tersebut.

Selain kasino, tiga buah hotel dengan kapasiti 2,200 bilik turut dicadangkan akan dibina di pulau berkenaan.
Email daripada penduduk yang tinggal berdekatan dengan Pulau Jerejak berkaitan proposal pembinaan kasino di pulau itu

Jason Loo berkata kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewartakan Pulau Jerejak kawasan seluas 295 hektar sebagai kawasan hutan simpan kekal juga menimbulkan tanda tanya.

Padahal, katanya, DAP pernah berjanji untuk mewartakan pulau itu sebagai hutan simpan kekal pada tahun tahun 2008.

“Barangkali mereka (syarikat dari Hong Kong) mahu membangunkan seluruh Pulau Jerejak.

“Sebab itu, Kerajaan Negeri dari 2008 hingga kini tidak pernah wartakan 295 hektar (Pulau Jerejak sebagi kawasan hutan simpan),”katanya.
ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu

Isu pembinaan kasino di Pulau Pinang pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dalam sebuah akhbar China Press pada Jun lalu.

Namun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu, sebaliknya menuduh Teh sebagai seperti ejen UMNO.

“Saya berharap Teh tidak akan bertindak seperti UMNO, yang suka menyebarkan fitnah,” kata Lim

Teh merupakan ADUN DAP yang lantang menentang polisi Lim sebagai Ketua Menteri khususnya berkaitan dengan alam sekitar dan penambakan laut.

Lim Guan Eng Didakwa Menipu, Tambak Laut Di Bayan Bay Secara Sorok-Sorok

Premis Arak Terbaharu Dengan Iklan Terbuka Diluluskan Di Pulau Pinang

Saturday, December 26, 2015

DAP Halau & Pecah Undi Melayu di Pulau Pinang ?

DAP Halau & Pecah Undi Melayu di Pulau Pinang ?

CETAK  E-MEL
Butiran Diterbitkan: 25 Disember 2015 Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM & WAN NORDIN WAN YAACOB


BALIK PULAU : Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah dan usaha memecah undi di satu-satu kawasan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

“Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

“Kalau perkara ini tidak dibendung, usaha perencanaan yang dibuat ini akan menghakis orang Islam dan Kampung Melayu daripada pulau, hanya seakan menyambung tindakan (Kerajaan BN dahulu) oleh kerajaan (DAP) sekarang.

“Jadi pembangunan perlu mengambil kira komuniti. Apa makna pembangunan ataupun perumahan yang boleh buat? Tapi komuniti tak boleh terima. Komuniti hanya menjadi hanya jadi penonton, jadi mangsa kepada pembangunan ini,” ujarnya ketika ditemui di Maahad Tahfiz Al-Ansar, di sini 23 Disember baru-baru ini.

Nasib sama terangnya, berlaku juga kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam yang dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran, sedangkan tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.

Malangnya menurut beliau, apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman.

Sedangkan jelas Iszuree, usaha PAS itu adalah untuk memberi keadilan, keharmonian dan hak rakyat sebagaimana menjadi intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat di mana dipersetujui dalam manifesto pada PRU13 lalu untuk mewujudkan garis sempadan Perkampungan Melayu Warisan.

Bagaimanapun ujarnya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan, sebaliknya pemerintah lebih menitikberatkan pemeliharaan warisan kolonial seperti yang terdapat banyak di Georgetown.

“Mereka cuba menarik sokongan ketika PRU13 itu dengan agenda membantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak disentuh pun. Kita mula nampak suara pemerintahan DAP tidak jauh beza dengan kerajaan yang sebelum ini dari segi pembangunan. Khususnya melibatkan tanah-tanah perkampungan Melayu.

“Jadi, apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” tuturnya meluah kebimbangan.

Sepatutnya terang Iszuree, kerajaan mengambil tanggungjawab memelihara komuniti kerana ia juga merupakan aset yang turut menyumbang misalnya kepada pelancongan negeri.

Terangnya, pelancong bukan sahaja datang untuk melihat pantai dan seumpamanya, tetapi juga komuniti masyarakat, budaya, makanan dan warisan asli turut menjadi daya tarikan.

Beliau turut tidak menolak Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersil sepertimana Singapura dan Hong Kong serta penempatan orang-orang kaya sahaja.

Sunday, June 14, 2015

Kerajaan negeri Pulau Pinang pecat ahli PAS

Mohamad Fadli

Pemecatan ahli Pas di dalam pentadbiran kerajaan negeri dibuat selepas Muktamar Pas ke-61 memutuskan hubungan politik dengan DAP
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.
“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-