Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts

Friday, November 16, 2018

Ucapan terakhir Afif saksikan 'cai' Rafizi dikoyak atas pentas

Diterbitkan 16 Nov 2018, 6:29 petang


Calon ketua Pemuda PKR (AMK) Dr Afif Bahardin hari ini menggemparkan perwakilan Kongres Tahunan AMK dengan mengoyak 'cai' (senarai pasukan) pasukan lawan Rafizi Ramli.

Afif, calon kem Timbalan Presiden Azmin Ali, berbuat demikian dalam acara di Shah Alam di hadapan kira-kira 300 perwakilan di Shah Alam.

“Inilah kita pertahankan sepanjang 9 minggu (pemilihan), bukan lagi soal bicara idealisme perjuangan idealisme, siapa yang buat kerja dan tidak buat kerja, siapa yang layak, yang tidak layak.

“Yang penting kertas ini (cai) masuk dan letak di tepi meja (ketika undi).

“Senipis inilah nilai masa depan Keadilan (PKR),” katanya yang kemudian mengoyak senarai yang dipegangnya itu.

Afif yang kelihatan beremosi berkata demikian dalam ucapan penggulungan timbalan ketua Pemuda AMK.

Itu adalah ucapan rasmi terakhir beliau sebelum menyerahkan jawatan kepada penggantinya.

Terdahulu exco kerajaan Pulau Pinang itu mempertikaikan proses pemilihan PKR yang didakwanya mempunyai banyak kelemahan.

Afif kalah dalam pertembungan dengan Akmal Nasir dari kem Rafizi.

Sunday, June 24, 2018

'Wajah baharu tiga sayap UMNO'

Mohd Anwar Patho Rohman 
dan Fahmy Azril Rosly
cnews@nstp.com.my
(DARI kiri) Asyraf Wajdi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, Noraini (Ketua Wanita UMNO) dan Zahida (KetUMNOua Puteri UMNO) pada pemilihan UMNO 2018, hari ini. FOTO Arkib NSTP

TIGA muka baharu - Datuk Dr Noraini Ahmad, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan masing-masing dipilih sebagai Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada pemilihan UMNO 2018, hari ini.

Asyraf Wajdi, 42, yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalahkan tiga pencabarnya iaitu Senator Khairul Azwan Harun, Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunus bagi penggal 2018/21.

Zahida, 39, bekas Naib Ketua Puteri UMNO pula menewaskan pencabarnya, Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Bagi kerusi Wanita, Noraini, 50, mengenepikan saingan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun, 63, dan bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, 69.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, ia dimenangi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan, 32, yang mengenepikan pencabarnya, Zahrudin Yahya, Shariquq Adam Das, Razali Tushan, Abdul Halim Sidek Ghulam Hassan, Ridzuan Hashim Baki, Safhwan Matusin dan Fariz Hadi.

Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Rahim pula memenangi kerusi Naib Ketua Wanita menewaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Rosni Zahari, Endang Kusma Mohamed dan Masdiana Salleh.

Keputusan rasmi diumumkan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh pada 9.10 malam tadi.

Turut serta pada majlis pengumuman ialah Asyraf Wajdi, Noraini dan Shahril Sufian.

“Keputusan penuh pemilihan sayap dan jawatankuasanya boleh diakses menerusi laman web UMNO,” kata Ab Rauf.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan yang dijalankan serentak, hari ini.

Beliau berkata, keterbukaan pemilihan parti tanpa syarat tertentu yang diputuskan UMNO adalah ibu kepada segala demokrasi dalam sejarah pemilihan parti sejak 1988.

“Tahniah dan syabas atas kemenangan semua Ketua-ketua Pergerakan pada pemilihan ini.

“Ini memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya dalam kenyataan.

Sunday, June 3, 2018

Jamal 'meriahkan' perebutan jawatan ketua Pemuda Umno


Pemimpin Umno yang kini dikehendaki polis Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, menawarkan diri menjadi ketua pemuda parti itu dalam pemilihan akan datang.

Pengumuman itu dibuat melalui kemas kini hantara di Facebook Umno dan Jamal sendiri.

Kata Jamal keputusan bertanding bagi jawatan ketua pemuda dibuat ialah untuk membina semula "semangat perjuangan" parti itu yang ditolak majoriti pengundi dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

"Tujuan saya menawarkan diri adalah untuk membina kembali semangat perjuangan semua ahli Umno seluruh Malaysia, terutama pemuda untuk bersama meneruskan perjuangan ini," katanya.

Selain menjadi ketua Umno Sungai Besar, Jamal dikenali dengan siri aksi pegun yang menarik perhatian ramai. Misalnya bertuala di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam semasa sebahagian Selangor berdepan masalah air, serta mengadakan demonstrasi di luar bangunan Malaysiakini.

Terkini Jamal, 48, melarikan diri daripada jaminan ketika dia disiasat berhubung dakwaan kesalahan jenayah. Kali terakhir Jamal membuat kemunculan ialah melalui satu klip video yang dirakam dalam kebun kelapa sawit.

Pada 1 Jun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihak berkuasa kini memiliki waran tangkap untuk menahan Jamal.

Nama-nama calon untuk dipertandingkan dalam pemilihan Umno perlu dikemukakan pada 23 Jun ini.

Baca Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri

Sebelum ini jawatan ketua Pemuda Umno turut menarik minat bekas calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Puteh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Seorang lagi tokoh yang mengintai peluang ialah naib ketua sekarang Khairul Azwan Harun.

Penyandang jawatan ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon untuk jawatan naib presiden.

Kata Jamal, keputusan menawarkan diri itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada "rakan-rakan seperjuangan".

"Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat," katanya.

Untuk rekod sebelum ini pun Jamal pernah menyatakan hasratnya mahu bertanding bagi jawatan ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun pengumuman itu dibuat dalam keadaan yang berbeza, apabila ketika itu Umno belum kehilangan kuasa.

Friday, August 7, 2015

KJ minta Muhyiddin kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO

Adam Abu Bakar | August 7, 2015

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan pihak tertentu mendesak Muhyiddin letak jawatan dalam parti sebagai tidak bijak
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah blog pro-UMNO yang mendesak Tan Seri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, adalah tidak wajar.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyatakan perbuatan tersebut sebagai tindakan yang kurang bijak.

Katanya, walaupun Muhyiddin tidak lagi mempunyai kedudukan di dalam kabinet, tetapi beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden, begitu juga dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO.

“Sebarang tindakan untuk menyerang dan memburukkan beliau wajar kita tolak dan tidak menggambarkan parti iaitu menghormati pemimpin. Kita tidak akan membenarkan bibit perpecahan di dalam UMNO,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.

Pada masa sama, Khairy turut mendesak agar tidak aada mana-mana pihak yang turut serta dan membuat perkara sedemikian.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-