Showing posts with label Perhimpunan Agung Bersatu. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Agung Bersatu. Show all posts

Sunday, December 30, 2018

PPBM Akan Bahas Usul Kekalkan Dr Mahathir Sebagai PM Hingga PRU15

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Abdul Mursyid
December 29, 2018


PUTRAJAYA – Satu usul untuk meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka akan dibahaskan di Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM / Bersatu).

Menurut sumber, usul itu dijangka akan dibahaskan pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi PPBM yang dijadual bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang.

“Ya. Insya-Allah. Ia akan dibentangkan oleh salah seorang jurucakap esok,” kata sumber tersebut kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Bersatu Akar Umbi, Mohd Hanizam Yunus, berkata, usul itu perlu diterima sebulat suara oleh ahli Bersatu.

Katanya, ia adalah untuk memastikan pemulihan imej negara dapat dijalankan dengan lancar dibawah kerajaan pimpinan Dr. Mahathir. 

Kosmo!

Saturday, December 29, 2018

Muhyiddin: PAS sanggup 'cium mulut' dengan perompak

28 Dec 2018, 10:32 pm


AGM BERSATU | Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berpantun untuk menjelaskan fitnah pihak pembangkang terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

"Racun ikan akar beluru,
ikan dimakan matilah rasa,
fitnah pembangkang bagai peluru,

membunuh umat hingga binasa," kata beliau ketika berucap merasmikan pembukan Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Beliau menyuarakan keyakinan orang Melayu dapat melihat pendekatan berbahaya politik perkauman dan agama.

"Selepas Umno dan PAS kalah dalam Pilihanraya Umum ke-14, kedua-dua parti ini mengambil pendekatan politik perkauman dan agama yang ekstrem semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

"Melayu sudah kenal siapa Umno, siapa PAS. Kedua-duanya dua kali lima sahaja.

"Seorang perompak, seorang lagi nama sahaja Islam, tetapi sanggup bercium mulut dengan perompak.

Raih laba

"Orang Melayu akan tetap ingat sewaktu Umno berkuasa dahulu, kedua-dua parti ini sanggup bermain kayu tiga dan berkhalwat semata-mata untuk meraih laba politik.

"Bermacam-macam hujah dan istilah Islamik digunakan untuk mewajarkan perbuatan khalwat mereka," kata beliau ketika berucap merasmikan pembukan Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Muhyiddin berkata Umno dan PAS telah menjalin hubungan antara satu sama lain selama bertahun-tahun tetapi percantuman dua parti itu masih belum menjadi kenyataan.

"Cerita Umno berpakat dengan PAS ini dah berkurun lamanya tetapi tidak pernah berlaku di alam nyata. Baru beberapa minggu yang lalu mereka duduk bersama di atas lori di Dataran Merdeka," jelasnya.

Beliau memberi contoh jalinan hubungan Umno dan PAS dalam perhimpunan membantah konvensyen PBB mengenai keadilan dan kesaksamaan kaum (Icerd).

"Terujalah ahli-ahli Umno, kononnya inilah masanya kesatuan politik orang Melayu dan Islam akan benar-benar terbina. Ini satu detik yang amat bersejarah bagi mereka.

"Seolah-olahnya, kalau pilihanraya diadakan esok, Umno dan PAS akan menang dan membentuk sebuah kerajaan baru.

"Tak sampai seminggu, berbondong-bondong wakil rakyat dan ahli Umno keluar parti.

"Lebih menyedihkan lagi buat Umno, Presiden PAS beberapa hari yang lalu buat satu kenyataan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana bahtera Umno sedang bocor katanya. PAS takut bahtera partinya juga akan karam kalau dilihat terlalu rapat dengan Umno," katanya lagi.

Muhyiddin berkata kedua parti itu tidak akan dapat bekerjasama kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Bersatu tak guna slogan Islam

"Maknanya tiada harapan untuk Umno berpakat dengan PAS, dan PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai. PAS hanya mementingkan partinya sendiri.

Menurut Muhyiddin lagi, Bersatu tidak akan menyalahgunakan nama Islam seperti PAS dan Umno.

"Kepada umat Islam, saya ingin menyebutkan bahawa Bersatu tidak menggunakan slogan Islam, tetapi kita melaksanakan Islam.

"Kita mencegah kemungkaran, menentang penyelewengan, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian ekonomi dan mengangkat maruah serta kehormatan umat Islam. Inilah kewajipan kita sebagai seorang Muslim.

"Malah perjuangan menegakkan Islam adalah salah satu asas perjuangan yang termaktub di dalam perlembagaan parti kita," jelasnya lagi.

Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri mencadangkan pembentukan Majlis Permuafakatan Ummah yang dianggotai wakil kerajaan dan badan-badan Islam.

"Untuk itu, saya mencadangkan penubuhan sebuah Majlis Pemuafakatan Ummah yang dianggotai oleh wakil-wakil kerajaan dan badan-badan Islam untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ummah di Malaysia," katanya

Tuesday, December 25, 2018

Perhimpunan Agung Bersatu: Perbahasan tertutup - Marzuki

Norman Goh
Diterbitkan 25 Dis 2018, 9:19 pagi


Sesi perbahasan Perhimpunan Agung Bersatu akan berlangsung secara tertutup daripada liputan pihak media, maklum Setiausaha Agung Bersatu.

"Bila mereka (perwakilan) berada di atas pentas itu, sukar bagi kita untuk mengawal emosi apabila nak berbahas.

"Jadi saya rasa yang penting bagi kita itu mereka tidak tersasarlah. Saya harap pembahas-pembahas kita ini yang terpilih oleh setiap wakil negeri itu mempunyai latar belakang yang baik dan tahu untuk berbicara pada perbahasan nanti.

“ Kadangkala di atas pentas menjadi emosi. Saya akui (perbahasan tertutup sebab) banyak (isu-isu) sensitif. Tidak mahu pembahas tersasar kerana emosi di atas pentas. Kita tidak mahu (menjadi) parti yang perjuang satu kaum tapi nafi (hak) kaum lain. Ini Malaysia,” katanya.

Parti komponen PH, Amanah baru saja selesai mengadakan mesyuarat agung tahunannya minggu lalu. Bersatu akan menjadi parti komponen PH yang terakhir bersidang sebelum 2018 menutup tirainya.

Persidangan Agung Bersatu akan berlangsung selama tiga hari, bermula pada 28 Disember hingga 30 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

[Berita penuh menyusul]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-