Showing posts with label Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, "errr......"

Oleh Zuraida Kamaruddin
Sekali lagi kita didatangi badut sarkas dibintangi menteri UMNO dan pemimpin pemimpin yang hanya pandai berjenaka lucah. Adakah pengundi Permatang Pauh mahukan wakil yang hanya boleh berfikiran "kotor" sepanjang masa dan membawa fikiran budaya kuning selepas dilemparkan dengan kata-kata yang tidak senonoh?

Kami menjangkakan sedikit profesionalisma daripada pemimpin yang telah berkuasa selama lebih setengah abad. Sebagai contoh Dato Seri Wan Azizah, seorang wanita yang dihormati dan sangat berbeza sekali perwatakannya dengan pemimpin UMNO yang hanya tahu bagaimana untuk membuat jenaka murahan merujuk kepada isu "err... errr" yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wanita.

Pemimpin UMNO terutamanya Shahrizat dan Zahid kelihatan sangat terencat akal yang membuatkan mereka ditertawakan dengan kenyataan demi kenyataan tidak bijak mereka.

Dengan tertonjolnya kasih sayang dan kekaguman Shahrizat kepada Zahid menimbulkan rasa jijik jika mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain yang sepatutnya tidak perlu dizahirkan. Orang ramai tidak mahu tahu bagaimana Sharizat tahu sejauh mana keras atau lembutnya Zahid.
Jika Sharizat sebegitu hebat dan sempurnya pertuturannya, kenapa tidak dipilih untuk menjadi calon di Permatang Pauh dan bukannya Suhaimi? Dengan hampir 52% pengundi di Permatang Pauh adalah wanita, UMNO sepatutnya meletakkan seorang wanita dan siapa lagi yang lebih layak tidak lain tidak bukan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil?

Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan tingkah laku UMNO yang sudah lapuk dek hujan dan terus memberi sokongan kepada calon KEADILAN, Kak Wan.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN

Ahli Parlimen Ampang

Ketua Wanita Keadilan

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=270262:shahrizat-ketua-wanita-umno-err&Itemid=2#ixzz3YSzqt5ip
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Wednesday, September 18, 2013

Pemimpin UMNO yang kotor dan akan terus kotor buat se lame2 nye....................................


Inilah malaon bekas pembantu Shahrizat yang 10 kereta mewahnya dirampas SPRM


PUTRAJAYA: Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.
Nasib baik ada title latuk dan ahli politik... Tak payah dijamin oleh orang lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1.
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am
SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.

Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.

Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri.

Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.

Sumber Link
-tranungkite-

Sunday, April 21, 2013

Kamalia dikorbankan untuk memertabatkan semule Shahrizat selepas PRU13...................

Skandal NFC yang 'dikaitkan' dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Menteri Pembangunan Wanita yang menjejaskan kedudukan parti UMNO masih lagi segar dalam ingatan rakyat. UMNO menjadi bertambah buruk dengan keujudan skandal NFC.

Malang nye Najib masih lagi mempertahankan pehak2 yang terlibat dalam skandal NFC yang telah menjejaskan 'nama baik' UMNO. Shahrizah yang kunun nye terlibat juge dengan skandal NFC terlah di lucutkan oleh Najib jawatan Menteri nye.

Persoalan nye, mengape Najib tidak melantik Datuk Kamalia Naib Ketua Pergerakan Wanita untuk mengisi jawatan Menteri yang telah dikosongkan oleh Shahrizat? Adekah Datuk Kamalia selaku Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO tidak layak untuk menyandang jawatan menteri itu?

Sebenar nye Najib masih terlalu sayangkan Shahrizat sehingge beliau sendiri menjawat jawatan Menteri itu. Shahrizat tidak diturunkan untuk bertanding dalam PRU13 ni, tetapi sudah pasti Najib akan menyerahkan semule jawatan Menteri yang di sandang nye itu kepade Shahrizat melalui lantikan Senator.

Inilah sebab nye Najib telah menggugurkan Datuk Kamalia ke DUN Bukit Candan. Ini memang dah jadi kebiasan dalam UMNO untuk memberi laluan 'jalan keluar' bagi pemimpin2 yang sudah tidak di gemari lagi. Datuk Kamalia menyedari tindak 'jahat' Najib untuk menyekat laluan nye merebut jawatan Ketua Wanita dan seterus nye menjawat jawatan menteri.

Tindakan Datuk Kamalia keluar dari UMNO dan meletak kan semue jawatan dalam UMNO sangat wajar. Sedikit sebanyak ianye akan memberkan kesedaran kepade pemimpin2 atasan UMNO yang tamak, gile kuase dan harte itu. 

Monday, March 26, 2012

Kebijaksanaan Najib menghadapi PRU13..........................

Macam mane Wak nak heran, Najib ni memang bijak orang nye. Ape sebab Wak kate begini, pertame dia sudah janjikan satu transformasi secara totol dalam semua sektor pembangunan negara dan rakyat nye. Semua yang susah dan miskin sedang rancak di berikan ber bagai2 bantuan.

Berbagai isu telah dibangkitkan oleh PR untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang sedang di pimpinb oleh Najib. Isu paling 'besar' yang sedang hangat dan riuh rendah di pukul canangkan oleh penceramah2 handalan PR ialah isu "LEMBU". 

Isu 'lembu' yang di bangkit kan oleh ni boleh di katekan berkesan melatahkan beberape pemimpin UMNO. Pada mule nya Wak terasa heran juge dengan sikap Najib yang sentiasa kool aje tentang isu lembu ni. Apa bila Shahrizat umumkan letak jawatan bulan April ni, Najib tambah2 kool.

Najib ni bukan saja hebat tapi dia juge sangat bijaklaksana (cunning). Isu 'lembu' ni cume satu perkara yang sangat kecil saje bagi Najib. Itu isu kapal selam dan altantuya pun dia boleh selesai dengan mudah, inikan pule 'lembu'. Isu kapal selam sudah selesai, isu lembu ni pun dah hampir selesai. Itu lah kehebatan Najib.

Thursday, December 22, 2011

Ini baru 'buang busuk', sikit hari nanti baru tiba 'durian runtuh'..........................

Sembang warong kopi tentang NFC semakin rancak. Tiada tanda2 ianya akan reda. Wak pening kepada fikirkan hal lembu yang tak sudah2. Wak ada terdengar kata2 yang menyatakan cerita 'lembu' yang tersebar ni kalau di ibaratkan musim durian, ianya baru buang busuk, tak lama nanti tiba lah durian runtuh nya.

Kunun nya ada lagi banyak misteri yang akan di bongkarkan bab cerita lembu ni. Macam durian runtuh le agaknye. Sudah jadi adat, pembangkang ni tiada kerja lain melainkan cari pasal aje. Suka buat fitnah dan mengumpat orang aje.

Sebenarnya kita tak perlu susah hati tentang hal cerita lembu ni, ianya sedikit pun tidak akan menjejaskan image parti UMNO. Hal2 yang lebih serious yang telah menimpa UMNO pun boleh di selesaikan dengan mudah. Dulu ada timbul cerita Altantuya, sekarang dah lenyap, timbul pula cerita enjen jet sekarang dah senyap juga dan ada macam2 lagi tapi semua nya boleh senyap.

Pada pendapat Wak, cerita lembu ni pun tak lama lagi boleh jadi senyap juga. Jadi semua orang jangan risau kan sangat tentang cerita lembu ni.

Friday, November 18, 2011

Kah! kah! kah! kita tunggu dan nanti lihat sama2 ...........ramai yang akan muflis

Sudah tiba keberanan yang di tunggu2, ramai pemimpin2 PKR akan muflis dan tidak terkecewali para bloggers yang berjari celupar, tekan key board ikut sesuka hati. NFC tiada kaitan dengan YB Shahrizat, tak campor tangan langsung.

NFC cuma terbabit dengan keluarganya sahaja, semuanya diuruskan oleh anak beranaknya. Wak tabek dengan keluarga nya sebab boleh jayakan syarikat yang be ratus2 juta RM tu. Wak pun ada juga syarikat tapi bukan sendirian berhad, cuma syarikat sendiri yang tak berdaftar.

Wak ni macam keluarga YB tu juga, sangat suka bertani bercucuk tanam dan pelihara ternakan. Kalau Wak ada peluang wak nak belajar sedikit ilmu dengan keluarga YB ni. Pertama nak belajar macam mana cerita boleh dapat tanah puluh2 ribu ekar. Dulu wak pernah mohon 'rancangan tanah pinggi'r. Wak kena beratur di tengah panas hampir dua jam untuk dapatkan borang. Setelah hantar borang, sampai hari ni tak ada apa2 jawapan dah 30 tahun wak tunggu.

Wak juga pernah buat pinjaman di bank, oleh kerana wak kerja kampung, banyak soalan dan permintaan yang disyaratkan oleh bank. Macam cerita meminang puteri gunung ledang saja. Pinjaman nya bukan nya banyak macam ratus juta tu, cuma RM3,000 saja. Bank mahu cagaran sebab wak cuma kerja kampung. Apa yang wak nak cagarkan? Duduk pun numpang tanah haram.

Sekarang pun wak masih lagi tunggu2 kalau ada peluang dapat tanah, kalau boleh bayar sewa dari kerajaan pun tak apa asalkan sewanya murah. Bab pinjaman tu wak tak mengharafkan sangat. Sebab macam mana pun wak tak boleh laku untuk buat pinjaman.

Bukan nya apa2 wak cuma ingin besarkan sikit reban ayam dan itek yang ada tu. itu saja.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-