Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Monday, March 2, 2020

Anwar kesal penyokong hilang pertimbangan

Bernama
March 2, 2020 7:17 am

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden Tian Chua diserang segelintir penyokong parti.

“Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan dan menyerang orang…

Kalau benar penyokong tegar mesti ada akhlak dan kawal disiplin. Jangan caci maki dan jangan fitnah kerana ia bertentangan prinsip akhlak,” katanya dalam Majlis Zikir, Selawat Nuril, di kediamannya, di sini malam ini.

Anwar berkata penyokong tidak berhak untuk bertindak sedemikian meskipun segelintir pemimpin parti itu mempunyai pendapat berbeza.

Anwar turut menjelaskan beliau tiada pilihan tetapi menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan lembaga disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

Petang tadi, berpuluh penyokong parti yang mengamuk, menghambur kata-kata kesat termasuk ‘anjing’ dan ‘pengkhianat’ terhadap Tian Chua selain membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki kenderaan.

Turut dihambur dengan kata-kata kesat ialah bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.

Sunday, December 8, 2019

Tian Chua kena boo ketika sebut nama Azmin

Diterbitkan Hari ini 1:00 tengahari

BERITA

KONGRES PKR | Suasana dewan di MITC Melaka pada hari terakhir Kongres PKR riuh apabila Naib Presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.

Kongres hari ini bermula tanpa kehadiran beberapa pimpinan utama termasuk Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita Haniza Talha.

Kehadiran Tian Chua mencuri tumpuan kerana beliau merupakan antara yang hadir bersama penyokong Azmin pada sidang media semalam menyatakan rasa tidak puas hati kerana melihat kongres menjadi medan mengkritik timbalan presiden.

Ketika mengambil alih pentas tengah hari ini, Tian Chua pada mulanya mendapat sorakan daripada hadirin yang menyifatkannya sebagai berjiwa besar.

Bagaimanapun, nada sorakan bertukar sebaik Tian Chua menyebut nama Azmin dan Zuraida.

Hadirin turut memberi reaksi sama ketika Tian Chua menyentuh soal jawatan perdana menteri.

Susulan itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim yang berada di pentas dilihat berdiri dari kerusinya untuk menenangkan keadaan.

Pengerusi tetap Ahmad Kassim kemudian mengingatkan para hadirin menghormati presiden.

[Berita lanjut menyusul]

Friday, November 6, 2015

Video : Betulkah Anwar Sakit?

AIDCNews – 05/11/15 – Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini mendakwa suaminya sakit ‘serius’ dan memerlukan rawatan segera, namun penampilan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menimbulkan persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut.

Anwar yang tampil tanpa pakaian banduan dan tanpa digari kelihatan ceria dan turut bergurau senda dengan para penyokongnya.

Secara berseloroh, Anwar menegur Naib Presiden PKR Tian Chua agar menjaga makanannya supaya tidak kelihatan kurus.

“Aku dok (duduk) dalam penjara pun tak kurus macam hang,”kata Anwar sambil ketawa kepada Tian Chua.
_______________________________________________________________________

Tuesday, March 19, 2013

Lahat Datu: Siapa Pengkhianat Sebenar?

Siaran langsung ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’

KUALA LUMPUR 19 MAC:
 Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini melalui rangkaian radio internet.



Dua saksi hidup tragedi berkenaan, Siti Aminah dan Mat Swadi antara ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Ahli panel ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin; Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid.

Turut sama ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol; bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah; Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin.
Untuk ikuti forum, KLIK INI (Radio Bangsar Utama) atau KLIK INI (Suara Rakyat FM)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47730

Tuesday, March 12, 2013

Hina pasukan keselamatan akan di buru..........


Salhan K Ahmad
5:07PM Mac 12 2013

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.

"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.

Bagaimanapun, pasukannya tidak boleh bertindak ke atas media di negara luar sekiranya melakukan perbuatan sama, katanya.

"Itu di luar bidang kuasa kita," katanya lagi.

Tak akan lepas Tian Chua

Ditanya mengenai siasatan ke atas naib presiden PKR Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, Khalid berkata polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Polis bagaimanapun tidak akan melepaskan MP Batu itu dengan mudah, tegasnya.

“Mana boleh lepas?,” katanya lagi ketika ditemui selepas sidang media di mes pegawai kanan polis Bukit Aman hari ini.

Sepasukan polis dari Johor semalam merekod keterangan Tian Chua selepas menerima ratusan laporan polis daripada individu dan NGO berhubung kenyataan yang disiarkan laman Keadilan Daily itu.

Polis turut merekod kenyataan dua orang wartawan organ PKR terbabit serta wartawan akhbar New Straits Times Press berhubung kes sama.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-