Showing posts with label beras putih tempatan. Show all posts
Showing posts with label beras putih tempatan. Show all posts

Thursday, February 27, 2025

Terjawab akhirnya kenapa awal tahun pun beras tempatan tak ada di pasar raya

malaysiadateline.com

Oleh KIM SYAZIE
27/02/2025
Isu ketiadaan beras putih tempatan di pasar raya sejak tahun lalu akhirnya terjawab.

Ia selepas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mengesahkan wujud kegiatan mencampur beras tempatan dengan beras import yang dilakukan pengilang-pengilang beras.

Menurut laporan Bernama, Pihak Kawalselia Beras dan Padi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu kilang beras seluruh negara dan menghantar 55 paket beras import kepada Mardi.

Lebih 5,000 sampel butir beras yang dijual sebagai beras import telah pun dianalisa.

Hasilnya, sekitar 40 hingga 50 peratus daripadanya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) beras tempatan.

Perbuatan menjual beras tempatan sebagai beras import ini dipercayai dilakukan bagi mendapatkan keuntungan lebih tinggi.

“Analisis dijalankan antara September 2023 sehingga Mac 2024, mendapati 40 sehingga 50 peratus daripada lebih 5,000 sampel butir beras terbabit mengandungi beras tempatan termasuk varieti MR297,” kata Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Mardi, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak.

KPDN sebelum ini mendedahkan pihaknya menerima aduan mengenai beras dicampur antara beras putih tempatan dan import oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Mohd Shahril berkata, laporan hasil analisis dan bukti percampuran beras itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Sebagaimana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu) sebutkan sebelum ini, di bawah BERNAS, kita tiada akta yang melarang campur padi tempatan dan import.

“Yang ada adalah peraturan yang berkaitan dengan campur beras hancur.

“Jadi, beliau (Mohamad) minta kita (Mardi) sama-sama buat peraturan baru untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Wednesday, February 26, 2025

50 peratus dari 5,000 sampel beras import dicampur beras tempatan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 26, 2025 4:26 PM
Pusat Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa telah dicampur beras putih tempatan.

Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Mardi, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, berkata kajian tersebut dijalankan dengan menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

“Sebanyak 5,000 sampel diambil secara rawak dari 55 kampit beras yang dirampas. Setiap satu kampit beras, sebanyak 95 sampel telah diambil.

"Dalam tempoh antara tiga dan lima hari, kita boleh buat analisis ke atas 950 sampel,” katanya pada sidang media di Serdang hari ini.

Mohd Shahril Firdaus berkata tempoh kajian bermula penghujung 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024 iaitu sejak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mewujudkan Pasukan Petugas Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan untuk mengenal pasti rantaian beras putih tempatan.

“Laporan kajian kami serahkan kepada pihak berkuasa yang menghantar sampel kepada kami iaitu Kawalselia Padi Beras (KPB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Menurut Mohd Shahril Firdaus, 10 varieti padi bersubsidi termasuk MR303, MR307, MR315, Padi Putra 1 dan Padi Putra 2 dijadikan sebagai penjujukan kajian.

Katanya kajian menggunakan teknologi berkenaan dilaksanakan susulan permintaan pihak berkuasa seperti KPB dan KPDN yang bertanggungjawab melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan.

Untuk rekod, KPDN menerima 47 aduan berkaitan isu berkenaan termasuk dipercayai campuran beras tempatan dengan beras import sepanjang tempoh pelaksanaan Op Jamin yang berlangsung antara 7 Julai hingga 2 Sept 2023.

Pada 9 Okt lalu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerajaan akan memperkenalkan peraturan melarang campuran beras putih tempatan dengan beras putih import sebagai antara strategi utama menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.

- Bernama

Thursday, February 13, 2025

RM150 juta pastikan beras putih tempatan cukup, kata Mat Sabu

freemalaysiatoday.com
Chia Wan Rou
13 Feb 2025, 12:47 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata 24 juta kampit mengandungi 10kg beras putih tempatan akan berada di pasaran.
Mohamad Sabu berkata harga beras putih tempatan (BPT) kekal RM2.60 sekilogram. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM150 juta untuk memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) mencukupi di pasaran.

Beliau mengumumkan inisiatif itu dalam sesi penerangan khas berkait isu padi dan beras di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata peruntukan itu digunakan untuk menstabilkan bekalan dengan sasaran pengeluaran 24 juta kampit mengandungi 10kg BPT bagi menampung permintaan selain mengekalkan harganya pada kadar RM2.60 sekilogram.

Menurutnya, kerajaan akan melihat perkembangan pelaksanaan inisiatif itu dalam tempoh enam bulan sebelum memutuskan langkah seterusnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-