Showing posts with label cetus kekecohan. Show all posts
Showing posts with label cetus kekecohan. Show all posts

Wednesday, November 28, 2018

Pasukan Bukit Aman, IPK Selangor buru dalang rusuhan kuil, kata KPN

Bernama
November 28, 2018 12:29 pm


Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang dalam kejadian kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights yang tercetus awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata untuk tujuan itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kekecohan dan memburu beberapa lagi dalang dalam kejadian itu termasuk mereka yang mencederakan anggota polis dan bomba.

“Kita akan tubuh Task Force untuk bantu IPK Selangor dan untuk buru berberapa lagi suspek.

“Setakat hari ini masih 21 orang ditahan untuk siasatan…siapa mereka ini pun kita masih siasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Pembuktian, Pendakwaan dan buku panduan siasatan jenayah melibatkan agen kimia, biologikal radiologikal nuklear serta letupan, hari ini.

Menyentuh dakwaan anggota polis terlibat dalam kekecohan itu seperi yang ditularkan, Mohamad Fuzi menafikannya dan berkata siasatan mendapati individu terbabit hanya seorang sukarelawan polis (PVR) dan telah lama ditamatkan perkhidmatan.

Dalam pada itu katanya keadaan di kuil Sri Maha Mariamman kini terkawal sejak semalam tanpa sebarang insiden kekecohan.

“Ada usaha individu tertentu timbul kekecohan malam tadi namun kita berjaya kawal,” katanya.

Menurutnya polis masih lagi berkawal di kawasan kuil itu.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, kekecohan berlaku di rumah ibadat itu apabila sekumpulan individu merusuh dan mencederakan pengunjung rumah ibadat itu.

Pada awal pagi Selasa pula, sebuah jentera bomba dirosakkan selain seorang anggota bomba cedera parah dipukul dalam kekecohan berkenaan.

Susulan kejadian itu, sekumpulan perusuh turut merosakkan harta benda di pusat beli-belah One City.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian itu adalah perbuatan jenayah dan tiada kaitan dengan isu perkauman.

Monday, February 9, 2015

Penyokong cetus kekecohan esok akan diambil tindakan -- KPN

Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak melakukan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

KUALA LUMPUR, 9 Februari:

Polis akan mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan kekecohan, berikutan keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

“Kita memang bersiap sedia dengan kekuatan anggota yang mencukupi, untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tidak kira penyokong Anwar atau Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan), keputusan mahkamah perlu dihormati,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

Esok, Anwar yang disabitkan Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk di penjara atau bebas.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Mahkamah Rayuan mendapati, Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semua laluan masuk ke Istana Kehakiman akan dikawal rapi serta semua pintu pagar ‘roller shutter’ akan ditutup pada jam 8.30 pagi esok.

Pihak pengurusan Istana Kehakiman melalui notis yang ditampal di bangunan mahkamah memaklumkan, jalan utama hadapan bangunan Istana Kehakiman akan ditutup mulai jam 8 malam ini.

Semua warga Istana Kehakiman diminta menggunakan laluan masuk dari arah belakang bangunan itu (Istana Kehakiman), untuk memasuki parkir kakitangan, mulai pagi esok.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/09/penyokong-cetus-kekecohan-esok-akan-diambil-tindakan-kpn/#ixzz3RFWN7BpW

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-