Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sunday, May 2, 2021

Ilham dari atas motor, Arif buat pembaca terkenang ibu bapa

malaysiakini.com
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 2 May 2021, 12:17 pm

Hampir setiap hari menempuh hampir 80 kilometer perjalanan ulang alik antara rumah dan pejabat dengan menunggang motosikal, banyak hal yang bermain di kepala.

Tiada radio atau pemain muzik untuk dimainkan. Selain melayan banyak perkara yang singgah di fikiran, banyak juga yang dicerapnya daripada pemerhatian di sepanjang perjalanan.

Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja itulah, kata pereka bentuk industri, Muhammad Arif Asat, yang banyak mencetuskan ilham kepadanya untuk menghasilkan karya komik di laman Facebook Galeri Sentuhan ArifSan.

“Kita naik motosikal bukannya boleh dengar muzik, jadi banyak masa untuk berfikir, banyak benda bermain dalam kepala kita.

“Pada masa itulah ilham paling banyak datang,” kata Arif kepada Malaysiakini.
Komik Arif menyentuh banyak perkara tetapi subjek yang paling kerap ditampilkan lewat karya-karyanya ialah berkenaan ibu bapa dan ikatan kekeluargaan.

Malah, di halaman Galeri Sentuhan ArifSan, gambar utamanya memaparkan imej seorang ayah sedang menolak basikal dengan anaknya yang berpakaian sekolah, sedang duduk menggendong di belakang.

“Bila di lampu isyarat, kita berhenti tengok orang, tengok respons mereka - ada yang bawa anak pergi sekolah, kadang-kadang idea boleh terlintas.

“Kadang-kadang saya nampak ada ayah bawa anak kecil naik motosikal. Kadang-kadang kita pergi stesen minyak pun kita nampak (ilham). Perjalanan jauh, jadi macam-macam situasi ada sepanjangnya.

“Dulu saya pernah buat komik pasal baju hujan. Itu semua memang yang saya nampak dari atas motosikal saya,” kata lelaki berusia 39 tahun ini.

Dengan motosikal model GPX Gentleman 200, dia berulang alik antara rumahnya di Puncak Alam dan Shah Alam, tempat dia bekerja di sebuah syarikat elektronik.
Komik di halaman Facebooknya turut mengangkat isu semasa seperti pemansuhan UPSR dan tragedi kapal selam Kri Nanggala 402 dari Indonesia namun berdasarkan pemerhatiannya, komik bertemakan kekeluargaan yang tetap mendapat reaksi paling banyak daripada kira-kira 110,000 pengikutnya.

Ibu bapa dan anak yang berjauhan

Selalunya, komik Arif memaparkan kesunyian ibu bapa di kampung setelah anak-anak mendewasa merantau mencari rezeki serta mendirikan keluarga sendiri. Ada juga komiknya memaparkan suasana keriuhan di kampung apabila anak-anak pulang beraya.

Semuanya dihasilkan bukan menggunakan tablet atau pun tablet lukisan, sebaliknya dengan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 10 miliknya.

Dia mula menghasilkan karya secara digital sejak 2012 dan dikongsikan di akaun Facebook peribadinya, sebelum mewujudkan Galeri Sentuhan ArifSan pada Jun 2018 untuk berkongsi karya-karyanya secara lebih tersusun.
Melewati komen di sana, ramai pengikut yang menjadikan ruang itu sebagai medan melepaskan rindu buat ibu bapa di kampung halaman, lebih-lebih lagi ketika umat Islam memasuki fasa sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Sedangkan, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Ada juga yang berkongsi dan mengimbau kenangan masing-masing bersama ibu bapa yang telah pun tiada.

“Kadang-kadang orang simpan di dalam hati, mereka tak kongsi dan luahkan (perasaan rindu) di media sosial mereka. Tapi mereka kongsi guna kartun," katanya.

Arif berkata pengunjung dan pembaca komiknya semakin meningkat sejak perintah kawalan pergerakan tahun lalu. Malah karya-karya lamanya kembali dikongsi mereka.

Dia banyak mendapat mesej daripada pembaca yang meluahkan rasa tersentuh ketika menatal komiknya di skrin telefon masing-masing.

Kebanyakannya mengucapkan terima kasih, dan malah ada yang memberitahunya mereka terus menelefon ibu bapa selepas membaca komiknya - sesuatu yang memberikannya rasa ‘lega’ dalam hati apabila karyanya memberi kesan sebegitu kepada pembaca.

“Ada juga mesej dari ibu bapa sendiri. Ada ibu mesej saya, dia cakap, dia rindu anak-anak dia. Dia harap anak-anak dia baca (komik saya) dan telefon dia semula,” kongsinya.
Ayah saya dulu kuat ...

Selain daripada pemerhatian dari atas motosikal, Arif berkata dia juga mendapat ilham daripada komen pembaca, berita, serta pengalaman waktu kecilnya ketika pulang ke kampung sebelah ibunya di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Sedangkan rumah ibu dan bapanya sendiri terletak di Puchong. Kata Arif, dia akan pulang ke rumah mereka seminggu atau dua minggu sekali dan memastikan akan kerap menghubungi mereka, walaupun rumah mereka tidaklah "dipisahkan" dengan larangan rentas negeri.

Meskipun ada seorang adik yang menemani mereka, kata Arif, dia tetap selalu terfikirkan keadaan mereka dan perasaan itu diluahkan dalam lukisannya.

Tambahan pula, katanya lagi, kesihatan ayahnya kini tidak lagi seperti dahulu dan sudah tidak boleh berjalan seperti biasa.

“Kadang-kadang, saya teringat masa kecil, ayah saya cukup kuat. Boleh buat macam-macam. Sekarang, ayah saya pun dah tak larat nak berjalan."

Dia mengakui sering kali dilanda emosi - teringatkan ibu bapa sendiri - ketika berkarya.

"Sampai pernah menangis. Biasalah, bila melukis kita akan fikir watak ini macam mana muka dia, dia tengah buat apa, jadi saya terbayangkan benda itu kena pada ibu bapa saya. Sebab itu bila dah melukis tu, rasa macam sebak pula," kata anak kedua daripada lima beradik itu sambil ketawa.

Setelah berumah tangga dan menyaksikan anak-anak semakin membesar, dia terlintas betapa karya komiknya itu juga mungkin berlaku ke atas dirinya sendiri pada suatu hari nanti.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri, mereka dikurniakan tiga anak - seorang perempuan berusia 13 tahun, dan dua anak lelaki berusia lapan dan setahun. Anak keduanya mempunyai autisme.
Arif berpegang yang ibu bapa adalah satu keutamaan, tanpa mengira sejauh mana anak itu membina kehidupan dan keluarga sendiri.

Meskipun laman Facebooknya semakin mendapat perhatian, Arif berkata dia belum menjana apa-apa pendapatan daripada populariti komiknya.

Tetapi bermula tahun lalu, dia berjinak-jinak menghasilkan barangan seperti baju T, kalendar dan sampul raya bermotifkan komiknya, itu pun setelah mendapat permintaan daripada pembaca.

Ditanya apakah dia tidak bercadang mengumpulkan karyanya dalam bentuk buku, kata Arif, memang ramai pengikut yang meminta berbuat demikian.

Cuma dia berdepan kesukaran mendapatkan versi asal karya lama kerana dua telefon pintar lamanya sudah rosak. Komik yang dimuat naik di Facebook memiliki kualiti gambar lebih rendah dan maka tidak sesuai untuk diterbitkan sebagai buku.

Menjelang Aidilfitri tak lama lagi, Arif berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, dia sudah menyiapkan karya sempena sambutan itu dan menunggu masa yang sesuai untuk menyiarkannya.

Sunday, May 10, 2020

PKPB bersambung, mainkan lagu Dendang Perantau di Hari Raya – Muhyiddin



PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bersambung selama empat minggu lagi.

Beliau berkata, PKPB yang tamat pada 12 Mei depan, akan bersambung sehinggga 9 Jun 2020 dan PKPB kekal berkuat kuasa.

Katanya lagi, Hari Raya Aidilfitri masih boleh disambut tetapi diam di rumah masing-masing kerana masih belum dibenarkan untuk kunjung mengunjungi atau pun membuat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.

“Setiap keluarga mesti patuhi penjarakan sosial, penggunakan topeng muka, hand sanitizer, pastikan rumah sentiasa bersih.

“Elakkan berada di tempat yang sesak atau tertutup. Hari Raya ini, bolehlah dimainkan lagu Dendang Perantau,” katanya dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen hari ini.
 – SM

Monday, June 18, 2018

Anwar: Saya maafkan perkara remeh dibuat Najib atas semangat Raya

Predeep Nambiar 
June 17, 2018

Ketua umum PKR itu bagaimanapun berkata, proses pengadilan terbuka perlu diteruskan ke atas penyelewengan dana oleh bekas perdana menteri itu.


BUKIT MERTAJAM:
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia memaafkan Datuk Seri Najib Razak berhubung “perkara remeh” atas semangat Hari Raya, tetapi bukan untuk penyelewengan dana yang didakwa dilakukan bekas perdana menteri itu.

“Undang-undang perlu dilaksanakan. Jika ia adalah beberapa serangan peribadi, tidak apa saya maafkannya.

“Jika wang dicuri, sudah tentu (seseorang itu) perlu menghormati proses pengadilan terbuka,” katanya sempena program Hari Raya anjuran PKR malam tadi.

Terdahulu, ketua umum PKR itu dalam ucapannya berkata, beliau akan kekal sebagai “ejen bebas” dan akan “mengambil masa” untuk kembali ke arena politik.

Sunday, July 5, 2015

PAS bakal berhadapan penghijrahan beramai-ramai selepas Hari Raya

oleh Rizuan Shamsudin

KOMEN: Kelompok pro-ulama dalam PAS telah mengambil mudah terhadap krisis dalaman yang menimpa parti itu baru-baru ini sejak mengambil alih kuasa dalam parti selepas muktamar yang lepas, apabila kelompok profesional telah ditolak.

Kepimpinan baru PAS, bagaimanapun, telah menunjukkan petanda mereka bimbang, menilai daripada amaran mereka yang disasarkan kepada golongan profesional dan penyokong mereka. Ini termasuklah yang datang dari kepimpinan tertinggi - presiden Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man - sehinggalah pegawai berjawatan rendah seperti ketua penerangan Nasrudin Tantawi. Semua memberi amaran kepada mereka yang berniat untuk meninggalkan PAS, perjuangan mereka akan dilaknat.

Mereka merujuk kepada nasib kumpulan serpihan sebelum ini seperti Hamim dan Berjasa, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS. Parti mereka telah ditewaskan dalam pilihan raya umum, dan hilang begitu saja selepas beberapa tahun. Mereka menyamakan situasi sekarang dengan parti Melayu Semangat 46, yang ahlinya kembali kepada Umno selepas pembubaran pada 1996.
Ianya menarik bahawa kumpulan pro-ulama tidak menyebut PKR dalam perbandingan mereka. Parti itu ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim yang memenangi beberapa kerusi parlimen pada 1999, kemudian membesar kepada parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, kumpulan profesional memegang kepercayaan bahawa mood rakyat dan kemenangan PKR untuk mewajarkan penubuhan parti baru. Kumpulan profesional tidak lagi berasa terdapat sebab untuk kekal dalam PAS kerana tiada lagi peluang atau ruang untuk mereka di sana. Pemimpin PAS masih lagi bertegas untuk memujuk Umno ketika pendapat umum begitu jelas anti-BN. Kumpulan profesional melihat peluang terhadap rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan dan mengulangi langkah PKR.

Khabar angin penubuhan parti baru telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka dikatakan telah mulai bosan dengan gaya kepimpinan Hadi yang mengikuti nasihat kumpulan pemikir parti tanpa soal dan mengekang kritikan.

Penolakan ini dapat dilihat ketika Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Johor pertama, dengan hanya 11 orang yang hadir daripada 26 bahagian dalam negeri itu.

Mesyuarat pertama itu seharusnya dihadiri oleh 52 ahli, termasuklah pengerusi dan setiausaha bahagian, termasuklah Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfudz Mohamad. Mesyuarat berikutnya di Bakri, Muar yang telah dihadiri oleh pemimpin kumpulan profesional melihatkan kehadiran semua pemimpin PAS Johor. Mereka bersetuju kepada penubuhan parti baru dalam mesyuarat itu.

Di Kedah, dikatakan bahawa ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS akan mengakibatkan ahli parti keluar beramai-ramai. Lebih teruk lagi, di peringkat pusat, beberapa penaja yang menyokong PAS selama ini juga telah pun pergi.

Dengan penurunan sokongan di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan, penghijrahan beramai-ramai ahli PAS ke parti baru dijangkakan mempunyai kesan yang nyata kepada parti. Penghijrahan beramai-ramai mungkin menjadi lebih besar daripada pemindahan ahli Umno kepada Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Tiada jaminan bahawa ahli-ahli yang kekal akan mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang. Maka pemimpin PAS berhak berasa takut. Mereka perlu berhadapan dengan kebarangkalian ditumbangkan di kawasan di mana kurang daripada 80 peratus pengundi bukan Melayu.

Kemenangan PAS bukanlah sesuatu yang pasti, termasuklah di Kelantan. Terdapat kebarangkalian bahawa PAS mungkin berhadapan pertembungan tiga penjuru seperti dalam pilihan raya umum 1978, apabila ianya telah dicabar oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Parti baru akan kelihatan lebih segarr tanpa struktur didominasi ulama dengan kuasa veto. Tidak akan ada Majlis Syura Ulama atau sayap ulama untuk menentukan dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokratik dalam mesyuarat pusat. Parti baru akan mirip kepada bagaimana Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) yang dipimpin oleh Reccep Tayyib Erdogan di Turki membezakan diri parti mereka dengan parti Refah - sebuah parti mirip PAS - pada 2001.

Selepas setahun AK ditubuhkan, mereka memenangi pilihan raya umum Turki pada 2002 walaupu mereka telah dicabar oleh parti sekular yang lebih kukuh dan tentera Turki yang bertanggungjawab kepada perlembagaan sekular negara itu.

Parti baru itu dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan dipimpin oleh ahli parlimen dan ADUN PAS yang akan meninggalkan parti dalam gelombang pertama tentang apa yang akan jadi penghijrahan beramai-ramai dari PAS.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/PAS-bakal-berhadapan-penghijrahan-beramai-ramai-selepas-Hari-Raya#sthash.UR1UiFxe.dpuf

Monday, October 13, 2014

Perkataan 'adil' tidak pernah ujud dalam kamus umno



Dah seminggu raya haji berlalu..
tapi ada gak, macai2 UMNGOK bergaduh
kerana lembu.. mmg dasar lembu betul.!!
  • Mohammad Sulaiman AlBanjari

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-