Showing posts with label warga asing. Show all posts
Showing posts with label warga asing. Show all posts

Sunday, September 22, 2024

Cabul kedaulatan negara dengan hanya RM200

bharian.com.my
Oleh Ilah Hafiz Aziz 
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
- September 22, 2024 @ 12:51pm
Foto hiasan - FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan serendah RM200, sindiket penyeludupan migran dikesan boleh 'membeli' penguat kuasa korup di pintu masuk utama negara untuk bersubahat mencabuli kedaulatan negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata ribuan warga asing dari pelbagai negara seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal mudah dibawa masuk kerana ada anggota pihak berkuasa mengabaikan tanggungjawab pemeriksaan ketat di pintu masuk negara.

Pembongkaran SPRM baru-baru ini membawa kepada penahanan 37 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket.

"SPRM turut menahan 12 orang membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi 'Op Pump' di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan," katanya.

Semalam, seorang individu disyaki dalang utama bersekongkol dengan sindiket 'counter setting' dilaporkan ditahan di Negeri Sembilan.

Difahamkan, bayaran kepada penguat kuasa untuk seorang warga asing adalah di antara RM200 hingga RM2,500 seorang.

Mengikut laporan sebelum ini, warga Bangladesh dikatakan perlu membayar RM2,500, Myanmar (RM1,500), Pakistan (RM1,300), Yemen (RM1,000), India (RM800), Uzbekistan (RM500), China (RM350), Vietnam (RM350) dan Indonesia (RM300).

Berikut jejak terperinci pergerakan sindiket 'counter setting':

* Ejen dan sindiket mempromosi pakej masuk ke Malaysia menerusi Facebook, Telegram dan aplikasi media sosial lain.

* Ejen menghubungi pegawai imigresen menerusi WhatsApp untuk mendapatkan tarikh sesuai kumpulan warga asing masuk ke Malaysia

* Pegawai Imigresen memberi 'lampu hijau' jika tarikh berkenaan sesuai

* Ejen/sindiket memberi butiran pasport dan gambar kumpulan warga asing yang akan tiba menerusi WhatsApp kepada pegawai Imigresen

- Pegawai Imigresen akan memberikan maklumat nombor 'kaunter khas' yang yang perlu dituju oleh kumpulan warga asing yang tiba untuk pelepasan masuk ke Malaysia.

- Sebaik melepasi kaunter, ejen/sindiket akan membawa warga asing ke destinasi tujuan mereka.

Saturday, March 16, 2024

'Kebanyakan hanya menyamar jadi Muslim'

hmetro.com.my
Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Hasil lumayan yang diperoleh menerusi aktiviti mengemis di bandar raya Johor Bahru mendorong warga asing sanggup menyewa anak rakan bagi mempergiatkan kegiatan mereka.

Presiden Pemuda Puteri Malaysia Bersatu (Perimau) Mohd Ridhwan Othman berkata, ia antara taktik golongan itu bagi mendapatkan wang yang memberangsangkan termasuk pada setiap Ramadan.

Beliau berkata, kebiasaannya mereka bergerak bersendirian atau membawa kanak-kanak kecil sebagai umpan menagih simpati.

"Mereka sanggup menyewa anak kenalan dan saudara-mara dan perkara berkenaan pernah didedahkan di media sebelum ini namun ia masih diulangi.

"Mereka berpura-pura ibu kepada kanak-kanak berkenaan termasuk bayi namun ia hanya sekadar lakonan bagi meraih simpati ramai.

"Malah setengah golongan ini yang dipercayai dinaungi sindiket tertentu juga sanggup membiarkan kanak-kanak itu kelaparan supaya orang ramai mudah simpati," katanya

Beliau berkata, mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menyasar lokasi seperti bazar Ramadan, kawasan masjid atau surau dan lokasi tumpuan ramai termasuk warga tempatan mahupun pelancong Singapura termasuk berhampiran pusat membeli-belah dan restoran.

Menurutnya, mereka tampil seperti umat Islam termasuk memakai jubah atau bertudung, memakai kopiah dan songkok walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam.

Katanya, ada dalam kalangan mereka juga juga orang kurang upaya (OKU) fizikal.

"Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya menggunakan isyarat tangan ketika berkomunikasi 'melembutkan' hati orang ramai.

"Hotspot mereka termasuk di masjid dan bazar Ramadan di bandar raya ini termasuk di Bandar Baru Uda, Tampoi, Kempas dan Skudai," katanya.

Mohd Ridhwan berkata, kumpulan pengemis juga sengaja berpakaian lusuh walaupun kebanyakannya didapati tinggal di hotel berhampiran.

"Mereka ini umpama magnet tarik duit kerana tidak sampai sejam mereka dapat mengumpul wang yang banyak apabila seorang demi seorang datang memberikan sumbangan.

"Ada juga yang bertongkat sambil mengheret kaki nyata berjaya menimbulkan rasa simpati orang ramai strategi dengan menghampiri mereka yang lalu-lalang sebelum duduk melunjur kaki yang 'sakit'," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, ketika masih terdapat golongan tempatan yang lebih sesuai dibantu, kumpulan pengemis tetap menjadi tumpuan.

"Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap mudah simpati rakyat tempatan.

"Penduduk tempatan sepatutnya lebih berhati-hati dan sekiranya mahu beramal, banyak lagi golongan sasaran yang sesuai termasuk di rumah kebajikan serta asnaf.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengadakan operasi bagi membendung aktiviti mengemis pada Ramadan ini," katanya.

Pada 23 Januari lalu, polis Johor mendedahkan kejayaan menahan dua lelaki tempatan yang juga dalang sindiket pemerdagangan orang, serta menyelamatkan empat warga asing orang kurang upaya (OKU) yang dijadikan pengemis sekitar bandar raya ini.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 79 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Century di sini, menerusi Op Mega Pintas antara jam 8 malam hingga 11.45 malam.

Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket pemerdagangan orang iaitu eksploitasi pengemis warga China di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan itu polis berjaya menyelamatkan masing-masing dua lelaki dan wanita warga China berusia antara 36 hingga 61 tahun yang juga OKU fizikal dan lumpuh.

Disiarkan pada: Mac 16, 2024 @ 12:00pm

Saturday, February 18, 2023

Kabinet setuju pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 18, 2023 9:32 AM
Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak kepada wanita Malaysia dengan suami warga asing untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara.

Ini dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said, dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail malam tadi.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.

"Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan 'bapanya' dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan 'sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya' bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini.

[Laporan penuh menyusul]

Wednesday, July 28, 2021

SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan

freemalaysiatoday.com
Yasmin Abdul Latif
-July 28, 2021 11:10 PM

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kesesakan di PPV KL.

PETALING JAYA: Langsung tiada penjarakan sosial, itu yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) apabila dibanjiri orang ramai yang datang untuk divaksinasi, yang baru-baru ini seperti tular di media sosial.

Hasil tinjauan FMT mendapati rata-rata mereka adalah warga asing, walaupun turut kelihatan anggota polis berada di kawasan tersebut bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Namun disebabkan jumlah mereka terlalu ramai keadaan dilihat menjadi tidak terkawal. Keadaan ini mencetuskan kerisauan dalam kalangan warga maya terutama ketika negara mencatatkan kes positif harian Covid-19 tertinggi hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, kejadian berlaku apabila majikan menghantar pekerja mereka terlalu awal ke PPV sehingga menyebabkan kesesakan.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC. Mohon patuhi janji temu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Susulan itu Zainal berkata, mulai esok hanya mereka dari Lembah Klang sahaja dibenarkan mendapatkan suntikan vaksin di PPV Kuala Lumpur.

Sunday, July 26, 2020

Makan empat kali sehari, PATI tahanan Imigresen dijaga, diurus dengan baik

Pegawai perubatan I. Hariviran merawat salah seorang tahanan wanita ketika tinjauan pada liputan media eksklusif Op Benteng di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Belantik.
 — Foto Bernama

SIK, 26 Julai — Ditatang bagai minyak yang penuh, itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin, yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen (DTI), kerana menceroboh negara ini.

Mereka yang jelas adalah pendatang haram, tetapi diberikan kemudahan kesihatan, makan dan minum empat kali sehari, serta beberapa keperluan lain, bagi memastikan hak asasi manusia terpelihara sebelum warga asing ini dihantar pulang, ke negara masing-masing.

Seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Siti, 40, berkata, beliau diberikan layanan yang baik oleh pihak Imigresen, meskipun masuk ke negara ini secara tidak sah melalui jalan laut.

“Di tempat ini kami (warga asing) diberi makan secukupnya saya masuk Malaysia sebab ingin bekerja untuk sara anak perempuan umur dua tahun, yang ditinggalkan di Indonesia,” katanya ketika ditemui Bernama di DTI Belantik di sini, semasa liputan media eksklusif Op Benteng.

Op Benteng adalah operasi khas di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), melibatkan beberapa pasukan keselamatan seperti ATM, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem), untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin.

Tinjauan di depot itu mendapati, terdapat seorang pegawai perubatan bertugas di tempat itu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, bagi memberi rawatan kepada warga asing yang tidak sihat, dan terdapat ruang pondok telefon disediakan, untuk membolehkan tahanan menghubungi ahli keluarga.

Sementara itu, tahanan lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Kyau, 23, pula memuji layanan pihak Imigresen terhadap semua warga asing, yang berada di Depot Tahanan.

“Di sini semua cukup, makan minum semua dijaga saya kena tahan tahun lepas (2019) kerana tidak ada dokumen sah, dan sekarang sedang tunggu untuk dihantar balik ke Myanmar.

“Saya dulu masuk Malaysia dengan berjalan kaki dari Myanmar dan Thailand, sampai di sempadan Malaysia saya perlu bayar lebih RM2,000 untuk masuk,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Kedah Zuhair Jamaluddin berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM3 juta setahun, untuk kos makan dan minum pendatang tanpa izin, yang berada di depot tahanan.

“Kalau ada tahanan yang tidak sihat kami rawat di depot, tetapi jika libatkan penyakit serius, mereka akan dibawa ke hospital berdekatan, untuk rawatan.

“Sebagai contoh ada kes kelahiran di depot tahanan dan pihak imigresen bantu tahanan, dengan memberikan kemudahan yang sewajarnya,” katanya.

Zuhair berkata ketika ini, 1,187 pendatang tanpa izin berada di DTI Belantik dan proses penghantaran pulang mereka ini sedang dilaksanakan, dengan kerjasama kedutaan masing-masing.

 — Bernama

Friday, May 1, 2020

Operasi besar-besaran periksa warga asing

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

SEBAHAGIAN pendatang asing yang tinggal sekitar Jalan Masjid India, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi diperiksa dalam operasi besar-besaran oleh anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi.
 FOTO Aizuddin Saad

RATUSAN warga asing yang tinggal di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Tunku Abdul Rahman diperiksa pihak berkuasa, hari ini.

Operasi besar-besaran itu bermula pada jam 8.30 pagi dan memberi fokus kepada tiga jalan berkenaan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Tinjauan Harian Metro mendapati kira-kira 300 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi terbabit dalam operasi berkenaan.

Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan berada dekat di lokasi operasi.

Difahamkan operasi ini diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sementara itu, sumber dalaman memberitahu tujuan operasi diadakan adalah bagi mengesan kesalahan warga asing mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

"Lokasi tumpuan adalah di kawasan Menara Plaza City One dan sekitar premis Jalan Masjid India.

"Setakat ini operasi masih berjalan dan jumlah tepat warga asing masih belum boleh didedahkan," katanya.

Dalam pada itu sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak polis dan imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 12:51 PM

Friday, April 24, 2020

Lambakan warga asing di Malaysia bimbangkan rakyat

Kerajaan perlu bertindak segera khuatir masalah makin membarah
24/04/2020

Naib Presiden Isma, Prof Zainur Rashid Zainuddin

BANGI, 1 Ramadan 1441H, Jumaat – Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan agensi berkaitan seharusnya mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap isu kebanjiran warga asing di negara ini.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, kadar kebocoran di lapangan terbang, laluan darat dan lubang kemasukan menerusi jalan laut sangat membimbangkan.

Apatah lagi, setakat ini dianggarkan seramai 3.3 juta pekerja asing tanpa permit, 180,000 pelarian yang berdaftar serta tidak berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan ratusan ribu pelancong asing yang tidak pulang ke negara masing-masing, katanya.

“Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera. Ini adalah isu nasional yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Masalah yang semakin membarah mesti ditangani dengan serius dan tegas agar rakyat Malaysia tidak semakin terhimpit dan negara ini terjamin kedaulatannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Belum selesai isu lambakan warga China, timbul pula isu berkaitan kemasukan pelarian etnik Rohingya ke negara ini, yang telah menyebabkan pelbagai serangan xenofobia dilakukan netizen terhadap komuniti berkenaan di media sosial.

Friday, September 13, 2019

Warga segera

MyMetro
Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my
ANGGOTA polis mengiringi enam suspek kes sindiket MyKad palsu yang dipercayai didalangi pegawai kanan JPN Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Georgetown.
 FOTO/RAMDZAN MASIAM

PEMBABITAN orang dalam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan MyKad tulen yang dijual kepada warga asing dikeluarkan dalam tempoh kurang 48 jam.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa pembabitan pegawai kanan di JPN Pulau Pinang itu memudahkan sindiket memproses MyKad berkenaan yang dijual RM50,000 hingga RM100,000 setiap satu.

“Harga lebih mahal antara RM300,000 dan RM600,000 turut dikenakan sindiket kepada warga asing yang mahukan MyKad tulen tanpa menggunakan butiran peribadi milik warga tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, ada beberapa jenis MyKad yang dijual sindiket kepada warga asing. Pertama, MyKad menggunakan butiran warga Malaysia yang sudah meninggal ataupun tinggal di kawasan luar bandar. Ini dijual sehingga RM100,000 setiap satu.

“Kedua, MyKad tulen yang tidak menggunakan butiran peribadi warga tempatan. Sebaliknya, hanya menggunakan butiran peribadi, alamat dan lain-lain butiran yang direka atau dicipta. Identiti palsu atau baharu diwujudkan kononnya dia (warga asing) adalah rakyat tempatan bersama sijil kelahiran. Harganya antara RM300,000 hingga RM600,000,” katanya.

Katanya, setiap urusan dilakukan secara tunai manakala warga asing yang mahu mendapatkan MyKad itu hanya berurusan dengan ejen.

“Ejen inilah akan kumpulkan semua data, butiran peribadi dan diserahkan kepada pegawai kanan di JPN untuk proses seterusnya,” katanya.

Menjelas lanjut, sumber itu berkata, kebanyakan pemohon MyKad dan sijil kelahiran sah itu adalah warga asing yang berkahwin dengan warga tempatan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang warga China yang gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan ketika temu duga dijalankan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran.

Wanita terbabit dilapor ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk membuat pasport selepas ‘membeli’ MyKad Malaysia dari sindiket berkenaan.

Susulan pendedahan oleh Harian Metro itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai 20 individu termasuk pegawai JPN ditahan dan masih memburu saki-baki sindiket itu.

Huzir juga berkata, terdapat lapan lagi Mykad palsu yang kini dimiliki warga asing masih dikesan pihaknya.

Penolong pengarah berdepan 11 pertuduhan

Lelaki bergelar Datuk, pegawai kerajaan, anak dan bapa mentua antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.

Semua mereka yang berusia antara 34 hingga 66 tahun berkenaan didakwa berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Salha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid, tiada pengakuan direkodkan dan tiada jaminan dibenarkan terhadap semua tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pertama yang juga Penolong Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN negeri, Mohd Faizul Arifin, 34, berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua pertuduhan mengikut Seksyen 26E ATIPSOM, empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesalahan itu antara September 2018 hingga Februari tahun ini di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.

Bapa kepada dua anak itu mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan, manakala tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan mengikut ATIPSOM.

Sementara itu, empat tertuduh, Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, dan Yap Cheng Wah, 43, masing-masing berdepan dua pertuduhan, manakala Chien Guan Chai, 36, dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan bagi tujuan pengeluaran MyKad sah.

Selain itu, semua lima tertuduh berkenaan juga berdepan dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan MyKad mengikut Seksyen 26E ATIPSOM.

Tertuduh keenam, Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 26E ATIPSOM kerana menjual sijil kelahiran dan MyKad.

Berdasarkan pertuduhan, semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Georgetown, manakala kesalahan bersubahat dalam pemalsuan didakwa dilakukan di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang di sini antara Januari hingga Februari 2019.

Tertuduh keenam, Mohd Faizal adalah bapa mentua kepada Loh yang juga tertuduh ketiga kes ini.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan selain tiada pengakuan direkodkan untuk pertuduhan mengikut ATIPSOM.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan manakala Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftran Negara 1990 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 18 September ini.

Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan negeri, Yusaini Amer Abdul Karim dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Shafiq Sazali, manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Terdahulu, semua tertuduh tiba di mahkamah jam 9 pagi semalam diiringi beberapa pegawai polis lengkap bersenjata.

Muka depan Harian Metro semalam mendedahkan kejayaan polis dan beberapa jabatan kerajaan lain membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi seorang pegawai JPN negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 10:00 AM

Saturday, January 26, 2019

Bekas pengarah imigresen gesa kerajaan ketat syarat kahwini warga asing

Mohamad Fadli
-January 26, 2019 9:37 AM

Lelaki warga asing dilaporkan mengahwini wanita tempatan untuk menceburi bidang perniagaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:  Kerajaan digesa memperketatkan syarat kepada warga asing yang ingin mengahwini wanita tempatan bagi mengelakkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk berniaga.

Bekas pengarah penguat kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata pendaftar nikah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.

“Saya rasa masalah ini perlu penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada perlu diperketatkan lagi. Antaranya mesti dapat kelulusan secara bertulis dari Jabatan Imigresen.

“Pendaftar nikah dan JPN juga perlu dapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen. Selain mengadakan kerjasama dengan kedutaan warga asing itu dengan menyemak sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” katanya kepada FMT.
Ishak Mohamed.
Beliau berkata demikian mengulas trend lelaki warga asing mengahwini wanita tempatan atas alasan mahu tinggal lebih lama di negara ini untuk berniaga.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid berkata pihaknya mendapat rungutan masyarakat terutama peniaga tempatan apabila semakin ramai warganegara terbabit mengambil kesempatan berkenaan.

“Setakat ini kami mendapati 400 pasangan warga Pakistan berkahwin dengan wanita tempatan di negeri ini dan sebanyak 10 hingga 15 kes dibatalkan permit ekoran melakukan kegiatan yang mana pihak kami mengesan warganegara itu tidak tinggal dengan isteri dan hanya berkahwin untuk tujuan tertentu.

“Agak tidak wajar warga asing itu berusia 20 hingga 30-an dilihat sanggup berkahwin dengan wanita tempatan walaupun berusia lebih separuh abad bagi mendapatkan lesen mudah untuk tinggal di Malaysia dan menjalankan perniagaan,” kata Azhar.

Mengulas lanjut, Ishak yang berkhidmat dengan Jabatan Imigresen sekitar 2003 hingga 2008 tidak terkejut dengan trend tersebut.

Katanya, ketika beliau bertugas di Imigresen dulu, sudah banyak taktik warga asing itu dikesan dan antara yang paling ramai dari Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.

Ishak mendedahkan ramai yang menjadi mangsa warga asing terdiri daripada kumpulan wanita tempatan yang sudah berumur.

“Selalu wanita itu tidak ada peluang untuk berkahwin dan mereka terima sahaja lamaran daripada warga asing,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu perketatkan syarat berikutan tidak mahu negara rugi berikutan lambakan warga asing yang semakin bertambah.

“Jika wanita tempatan berkahwin dengan warga asing dari golongan profesional seperti pensyarah, tidak apa sebab beri kebaikan kepada negara.

“Tetapi jika daripada kelas bawahan, perlulah disemak dengan teliti latar belakang mereka,” katanya.

Tuesday, August 28, 2018

'Jangan sasar Forest City saja, larangan miliki hartanah perlu jelas'

Mohamed Khaled Nordin


ULASAN l Kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad bahawa warga asing tidak akan dibenarkan membeli hartanah di Forest City sama sekali tidak memeranjatkan.

Beliau sememangnya konsisten dalam bantahan terhadap pembangunan hartanah di Forest City dari dahulu lagi.

Dalam hal ini, Majlis Dasar Awam Umno ingin menjelaskan pendiriannya seperti berikut:

Pertama, diakui bahawa keputusan untuk mengekang pemilikan hartanah oleh warga asing bukanlah dasar yang asing kepada sesebuah kerajaan. Banyak negara termasuk negara maju seperti New Zealand telah memperkenalkan dasar seumpama itu.

Namun ia dilaksanakan secara jelas, terancang, teratur dan berperlembagaan. Bukannya secara tiba-tiba melalui satu pengumuman dan hanya dikhususkan kepada projek hartanah tertentu sahaja.

Tanpa dasar rasmi negara sebagai sandaran dan asas, kerajaan akan dilihat melakukan tindakan yang boleh dianggap berunsur diskriminasi terhadap pembangunan hartanah di Forest City.

Malah ia membuka ruang tanggapan bahawa sekatan pemilikan asing di sana didorong oleh sentimen politik dan bukan oleh pertimbangan dasar yang objektif.
Kedua, lanjutan daripada itu, kami merasakan keputusan, dasar serta pendirian menyekat pemilikan hartanah oleh warga asing seperti ini tidak seharusnya bersifat eksklusif kepada Johor semata-mata.

Ia haruslah mencerminkan dasar sebenar Kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia secara keseluruhan.

Ia tidak boleh dilakukan secara terpilih. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan tidak memberikan penjelasan tentang sebarang dasar baru yang akan dilaksanakan untuk mengawal pemilikan hartanah oleh warga asing.

Ketiga, sama seperti keputusan untuk tidak meneruskan rayuan dalam kes Pedra Branca, kenyataan perdana menteri dalam isu ini pastinya amat berpihak dan menggembirakan Singapura yang sejak awal menzahirkan kerisauan mendalam terhadap kelestarian projek tersebut.

Malah beberapa pihak di Singapura secara terbuka mengkritik pelaksanaan projek itu dan menyebarkan keraguan tentang kejayaannya.

Justeru, kerajaan mesti mengemukakan alasan yang jelas dan kukuh bahawa sekatan ini lebih bertujuan menjaga kepentingan Johor dan Malaysia, bukannya Singapura.

Keempat, jika keputusan menyekat pemilikan oleh warga asing di Forest City ini diteruskan, ternyata ia adalah keputusan yang akan merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutamanya Johor.

Johor adalah negeri yang telah menyaksikan kerancakan pembangunan hartanah secara besar-besaran dan melibatkan pemain industri global yang terkemuka dari China.

Langkah menghalang warga asing dari memiliki hartanah ini akan mewujudkan lambakan aset perumahan di Johor. Kegagalan untuk menjual hartanah bernilai tinggi ini pasti memberikan tekanan luar biasa kepada ekonomi Johor.
Kelima, Majlis ini berpendirian bahawa telah tiba masanya untuk Forest City tampil dan menjelaskan sumbangan mereka kepada Johor.

Ini termasuklah jumlah cukai yang telah dibayar kepada kerajaan negeri semenjak projek itu bermula, program pembangunan sosial kepada masyarakat setempat, pembinaan kapasiti warga tempatan serta sumbangan lain kepada Johor dan masyarakatnya.

Perkongsian dan penjelasan berhubung perkara ini amat penting bagi menangani prejudis dan persepsi negatif rakyat Malaysia bahawa Forest City tidak langsung dibangunkan untuk manfaat Johor dan warganya.

Keenam, Majlis ini percaya wujud keperluan mendesak untuk Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menyatakan pendiriannya.

Kerajaan BN sebelum ini sangat konsisten mempertahankan kewajaran pembangunan Forest City walaupun mendapat kritikan luar biasa daripada pelbagai pihak terutamanya Pakatan Harapan Johor.

Telah tiba masanya menteri besar menunjukkan ketegasan serta kepimpinannya, bukan sekadar menyepi dan akur sahaja semua tindakan persekutuan.

Malah, memandangkan anak syarikat Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Berhad (KPRJ) yang dipengerusikan beliau sendiri turut memegang kepentingan dalam projek ini, maka beliau mesti menjelaskan strategi dan rancangan untuk mengatasi masalah ini dengan pengerusi partinya sendiri.

Johor memerlukan menteri besar yang berkhidmat untuk Johor, bukannya untuk kepentingan persekutuan.

DATUK MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sunday, June 17, 2018

Warga asing beraya di KL, bandaraya kotor

Bernama 

Pekerja Alam Flora membersihkan sampah dan sisa pepejal di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada Jumaat lalu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, ibu kota yang sentiasa sibuk sepanjang tahun, tiba-tiba bertukar lengang, seolah-olah mendapat 'cuti rehat' yang begitu dinanti-nantikan.

Puluhan ribu penghuninya meninggalkan kota raya ini, pulang ke kampung masing-masing untuk merebut peluang berseronok bersama keluarga di hari lebaran.

Tinjauan Bernama mendapati warga asing yang bekerja di sini pula tidak melepas peluang membanjiri 'ruang lompang' yang wujud di ibu kota terutama di tempat-tempat popular seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Pasar Seni, Puduraya dan lokasi ikonik, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), untuk pelbagai aktiviti.

Warga asing ini dari negara-negara Asia Selatan seperti Bangladesh, Nepal dan Pakistan serta dari negara jiran seperti Indonesia dan Myanmar, memang tidak pulang ke kampung halaman pada hari lebaran.

Ada yang keluar membeli-belah, ada yang bersiar-siar atau melepak secara berkumpulan.

Namun, dalam proses itu, mereka lupa mematuhi peraturan menjaga kebersihan ibu kota.

Tinjauan mendapati mereka membuang botol plastik dan sampah sarap merata-rata.

BACA: Kemasukan pekerja asing perlu dihentikan segera - Kulasegaran

Lebih menjijikkan ialah kemunculan tompok-tompok air liur kunyahan sirih di tepi-tepi jalan dan kaki lima oleh warga asing tertentu selepas berborak sesama mereka sepanjang malam di tempat-tempat rehat awam.

Seorang warga tempatan, Majid Adain, 58 tahun, berkata kawasan sekitar Bukit Bintang dipenuhi dengan plastik minuman yang dibuang merata-rata dan ini mencemarkan pemandangan.

"Sakit mata memandang sampah-sarap yang banyak terkumpul dan kesan kunyahan sirih selepas mereka melepak sepanjang malam. Kejadian serupa berlaku setiap kali perayaan Hari Raya atau hari-hari kelepasan am," kata tukang sapu sampah itu.

Seorang warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Yudi, turut kesal dengan sikap suka membuang sampah dan tidak menjaga kebersihan di kawasan tarikan pelancong dan berharap orang ramai terutama pelancong menjaga imej Malaysia sebagai negara bersih.

Sementara itu, Shamsudin Nordin, 50, yang berasal dari Kuala Lumpur, tidak melepaskan peluang untuk membawa isterinya yang berasal dari Medan, Indonesia untuk bersiar-siar pada hari kedua hari raya.

"Isteri saya teruja mendengar keindahan ibu kota ini dan saya menunaikan hajatnya untuk berjalan-jalan di hari ini. Tetapi saya sedih sebab apabila pergi ke Dataran Merdeka tadi, ramai warga asing yang membanjiri kawasan ini.

"Perkara ini menimbulkan ketidakselesaan kerana sering kali kita mendengar masalah sosial yang ditimbulkan oleh mereka.

"Mereka selalu berkumpulan jadi sedikit sebanyak saya risau dengan keselamatan diri sendiri dan juga pengunjung-pengunjung lain," katanya.

 -- Bernama

Saturday, January 21, 2017

Bukan tentang China tetapi pendatang skala besar, kata Dr M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal tuduhan yang berkisar mengenai beliau adalah anti-Cina kerana mengkritik pembelian tanah oleh rakyat China di Malaysia.

"Saya mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China sebagaimana mengalu-alukan FDI dari mana-mana negara. Apa yang saya membantah adalah jenis FDI dari China.

"Ia bukan mengenai pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia adalah mengenai memperolehi tanah di Malaysia, membina penempatan, pekan dan bandar yang akan dijual kepada warga China yang akan datang dan tinggal di sini.

"Migrasi berskala besar yang kami membantah. Jika projek itu oleh kaum India dan beberapa juta kaum India untuk datang dan tinggal di Malaysia, kami juga akan membantah sekeras-kerasnya," tambah beliau dalam blognya hari ini.

Begitu juga, jelas Mahathir, beliau akan membantah migrasi besar-besaran ke Malaysia walaupun di kalangan rakyat Rusia, Eropah Timur, Afrika atau Arab.

Tegas beliau, warga Eropah cuba mengawal kemasukan pelarian ke benua tersebut walaupun bilangan mereka adalah kecil berbanding penduduk Eropah.

"(Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump mahu bina tembok untuk menghalang Mexico dan Amerika Selatan lain daripada berhijrah ke Amerika Syarikat.

"Mereka mempunyai polis peronda dan anjing pengawal untuk menghalang warga asing ini. Itulah betapa banyak negara menentang migrasi besar-besaran ke dalam negara mereka," ujarnya.

[Baca berita penuh]

Sunday, December 25, 2016

Padah mahu iPhone 6 murah, wanita cuma dapat mainan



Rawang: Keterujaan memiliki telefon pintar model iPhone 6 dengan harga murah bertukar mimpi ngeri apabila yang diterima adalah telefon mainan.
Suri rumah dari Bukit Beruntung Rafiah Malik, 47, berkata, dia membayar RM300 untuk mendapatkan telefon bimbit daripada seorang lelaki dipercayai warga asing di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai, Negeri Sembilan Selasa lalu.

“Saya didatangi seorang lelaki warga asing selepas sarapan di R&R Nilai yang mahu menjual iPhone6 pada harga RM800.

“Saya dan suami sangat teruja kerana harga jauh lebih murah dan telefon yang ditunjukkan adalah tulen,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Wednesday, March 11, 2015

Warga asing punca penyakit Tibi meningkat

Faiz Zainudin | March 10, 2015

Kalau datang secara rasmi mereka akan melalui saringan kesihatan perubatan dan penyakit dapat dikesan.
PUTRAJAYA: Lambakan warga asing punca berlakunya peningkatan penyakit Tibi di negara ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya, kebanyakkan warga asing yang memasuki negara secara haram menjadi penyebab utama kes Tibi meningkat, kerana mereka terlepas daripada menjalani ujian saringan kesihatan perubatan.

“Kalau mereka datang secara rasmi mereka akan melalui saringan kesihatan perubatan dan penyakit mereka dapat dikesan, tetapi kalau mereka datang secara haram dan tidak melalui ujian saringan ini menjadi satu isu terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Apabila seorang datang secara haram, dan individu itu aktif penyakit Tibi ia akan merebak kepada orang,” katanya kepada pemberita.

Jelas beliau, pada tahun 2014 kes melibatkan penyakit Tibi adalah sebanyak 24,711 berbanding 24,071 pada tahun 2013.

Sehubungan itu, kementeriannya telah mencadangkan kepada kerajaan supaya mnyediakan peralatan mengesan penyakit Tibi yang lebih baik supaya penyakit tersebut dapat dikesan sekaligus mengawal wabak tersebut.

Berhubung permohonan hospital dan klinik swasta agar kos perubatan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April ini, beliau memberitahu, ia sedang dalam pertimbangan.

Jelas Subaramaniam, kementeriannya sudah membentangkan perkara itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Mereka sedang mempertimbangkannya. Tetapi kami sedang menyuarakan pandangan dan permintaan hospital swasta itu dan kami masih lagi menunggu keputusan daripada kedua-dua pihak,” jelasnya.

Saturday, February 21, 2015

Sikap warga asing cemari ibu kota

Kebanjiran warga asing yang tidak mempunyai kesedaran sivik menimbulkan rasa kurang senang warga tempatan.

KUALA LUMPUR, 21 Februari:

Sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang membanjiri ibu kota untuk bersiar-siar sempena cuti umum Tahun Baharu Cina mengundang rasa marah dan resah orang ramai.

Tinjauan mendapati kawasan sekitar Suria KLCC, Pasar Seni dan pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati ramai daripada mereka meludah sesuka hati di kaki lima, stesen bas, taman, mahupun di luar kawasan pusat beli belah.

Ramai dari mereka juga tanpa menghirau budaya dan peraturan setempat, mengunyah sireh dan meludah merata-rata sehingga mengotorkan kawasan sekeliling.

Di hab bas di depan KLCC, ramai warga asing dilihat meletakkan kaki diatas tempat duduk sambil merokok dan membuang puntung rokok merata-rata.

Bagi seorang pelajar kolej tempatan, Nurfarisha Aziz, 19 yang datang ke ibu kota bersama rakannya berkata, hasratnya bersiar-siar tergendala apabila melihat ramai warga asing melepak dan mundar-mandir di kawasan sekitar luar Suria KLCC.

“Keseronokan kami bersiar-siar bertukar menjadi suram apabila melihat tempat
ini penuh dengan warga asing yang berpeleseran seakan ibu kota ini negara mereka
sendiri,” katanya.

Tidak salah mereka melawat tetapi sikap membuat bising, mengotorkan tempat awam dan datang dengan kumpulan-kumpulan besar menakutkan kami,” katanya.

Seorang pengunjung tempatan, M. Karupiah, 40 yang pergi ke Pasar Seni untuk membeli barang juga berkata kebanyakan warga asing yang ditemuinya tidak menjaga kebersihan terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

“Mereka tidak mempunyai kesedaran sivik akan kebersihan dengan membuang sampah di merata-rata tempat walaupun disediakan tong sampah di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Hasimah Awang, 50, penjaja gerai di sekitar pusat beli belah Sogo turut melahirkan rasa kesal terhadap tabiat warga asing yang meludah dan membuang sampah di merata tempat.

“Terdapat pelbagai kemudahan tong sampah disediakan namun mereka tetap membuang sampah di merata tempat, jadi tidak hairanlah keadaan di sekitar ibu kota dilihat kotor daripada biasa pada hari kelepasan am,” katanya.

Pemandu teksi, Razak Ahmad, 46, yang sering mengambil penumpang di sekitar KLCC turut menyatakan kekecewaan beliau melihat gelagat warga asing yang ‘berkampung’ bersama rakan di situ.

“Saya amat kecewa melihat mereka (warga asing) meludah sesuka hati di merata tempat dan mengotorkan kawasan sekitar pusat beli-belah tumpuan ramai ini…saya harap pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya (Kuala Lumpur) dapat mengambil tindakan wajar,” katanya.

Orang ramai berharap DBKL mengenakan tindakan tegas antaranya mendenda segera tindakan warga asing yang melanggar peraturan dan undang-undang setempat.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/uncategorized/2015/02/21/sikap-warga-asing-cemari-ibu-kota/#ixzz3SLUxNf00

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-