Showing posts with label hilang. Show all posts
Showing posts with label hilang. Show all posts

Tuesday, September 24, 2019

Saya tak 'hilang' - ADUN Paya Jaras

MyMetro
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my

MOHD KHAIRUDDIN. FOTO Arkib NSTP

TIDAK ‘hilang’, sebaliknya dinasihatkan pasukan keselamatan supaya tidak tampilkan diri di lokasi perobohan rumah buat sementara waktu. Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Beliau mengulas berhubung dakwaan segelintir pihak bahawa dia ‘hilang’ sejak Rabu minggu lalu ketika bermulanya perobohan rumah di Paya Jaras Hilir bagi pelebaran Sungai Kedondong untuk mengatasi banjir kilat.

Menurutnya, ketiadaan di khemah penempatan sementara penduduk terbabit adalah atas nasihat pasukan keselamatan.

“Ada portal memetik netizen kata YB hilang. (Sebenarnya) ini adalah nasihat pasukan keselamatan.

“Saya agak tidak gembira dengan berita itu. Ini isu panas, tengah emosi. Mantan Perdana Menteri turun (lokasi), mantan Menteri turun, semua nak politikkan.

“Jika (saya) tunjuk muka di situ apa jadi? Nasihat pihak keselamatan, belum masanya lagi (turun lokasi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tamu program Mornink Blues Utusan Online, hari ini.

Menjelaskan lanjut, katanya, walaupun tidak turun ke lokasi, namun dia mendapatkan badan bukan kerajaan (NGO), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan air untuk mengurangkan beban penduduk.

“Bukan maksud apabila saya tidak dilihat di situ, tidak ada komunikasi. Ada beberapa keluarga yang datang berjumpa.

“Berbincang macam mana nak buat. Kita jumpa persatuan mewakili mereka.

“Tetapi saya tidak mahu dilihat seolah-olah gambaran nak berlawan di Facebook (FB). Sebab fokus utama adalah besarkan sungai mengatasi banjir,” katanya.

Rabu minggu lalu, sebanyak 36 rumah dirobohkan daripada 92 rumah yang dibanci untuk perobohan bagi projek pelebaran Sungai Kedondong.

Projek itu untuk mengatasi banjir di kawasan Paya Jeras Hilir, Paya Jaras Hulu, Paya Jaras Tengah, Paya Jaras, sebahagian Merbau Sempak dan Kubu Gajah.

Friday, October 9, 2015

Dua lagi murid SK Pos Tohoi ditemui, satu maut

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dua lagi murid SK Pos Tohoi yang ditemui.
GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.

Thursday, October 8, 2015

Mayat kedua dipercayai rakan Sasa ditemui

ZAILANI ABD RAHMAN
Sebahagian keluarga Sasa Sobrie hadir di Hospital Gua Musang hari ini bagi membuat pengecaman selepas penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam semalam. - Foto Bernama
GUA MUSANG – Satu lagi rangka mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi ditemui jam 5.30 petang tadi.

Rangka mayat itu ditemui di tebing Sungai Periah, 800 meter dari penemuan mayat Sasa Sobrie, 8, yang dijumpai penduduk kampung petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mayat berkenaan ditemui oleh pasukan operasi penyelamat dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk pengecaman identiti.

“Bedah siasat akan dibuat untuk mengenalpasti identiti dan punca kematian,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Mayat disahkan kanak-kanak Orang Asli ]

Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut di celah batu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kanak-kanak itu adalah salah seorang tujuh mangsa yang hilang sejak sebulan yang lalu.

Saturday, June 27, 2015

Warga emas hilang 4 hari

TELUK INTAN, 27 Jun:

Seorang wanita warga emas berumur 85 tahun dipercayai hilang dari rumah sejak empat hari lalu di kebun kelapa sawit dekat Kampung Batang Jambu Degung, Langkap.

Menurut Ketua Operasi, Shamsul Asroi Basir berkata, laporan polis telah dibuat pada jam 9 malam semalam.

“Operasi pencarian kini giat dijalankan dalam linkungan tiga kilometer dalam kebun kelapa sawit dengan kekuatan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

“Selain itu, kami menerima bantuan lima anggota RELA dan sepuluh penduduk kampung dalam operasi mencari ini.

“Panggilan kehilangan mangsa warga emas itu diterima sekitar jam 10.40 semalam dan hari ini operasi masih giat dilakukan oleh kesemua anggota,” kata beliau.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/27/warga-emas-hilang-4-hari/#ixzz3eEUE74jH

Wednesday, August 12, 2009

Perpecahan politik melayu menyemarak kan kuasa politik kaum bukan melayu.

Teraju pemerintahan Perak atas nama PAS

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Negara akan di timpa bencana jika perkara yang sama berlaku di tahap pemerintahan Pusat. Walaupun PM nya Melayu/Islam tetapi jawatan menteri2 yang penting seperti pertahanan di terajui oleh kaum bukan melayu/Islam bagaimana kedudukan melayu/Islam.

Tidak mustahil perkara ini akan berlaku jika PR berkuasa memerintah negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-