Showing posts with label liwat II. Show all posts
Showing posts with label liwat II. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Untuk menyerang balas, BN merancang siri jelajah untuk menerangkan Liwat II

oleh Lokman Mustafa

SEKILAS PANDANG: Terdapat banyak cara kerajaan Barisan Nasional dalam membazirkan wang, ketika sesetengah pengulas di laman berita & isu semasa sedang memberi fokus kepada urus niaga mencurigakan melibatkan 1MDB, jet mewah kerajaan Perdana 1 yang menjelajah ke serata dunia, langkah mengupah tiga firma perundingan asing untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan terpilih dan sebagainya.

Namun demikian, usaha terbaru untuk membazirkan wang dari BN hadir dalam bentuk siri jelajah yang akan menampilkan peguam Umno Tan Sri Muhammad Safee Abdullah untuk menerangkan keputusan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana meliwat ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa saya berasakan yang rancangan terbaru ini adalah pembaziran wang?

Kerana BN sudah mempunyai banyak saluran untuk menyalurkan maklumat kepada umum, yang tidak mampu dimiliki pembangkang, Pakatan Rakyat.

Apakah surat khabar yang dikawal kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo! New Straits Times, The Star tidak mencukupi?

Bagaimana pula dengan stesen televisyen yang dikawal kerajaan seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Awani dan Bernama TV? Atau halaman Facebook, akaun Twitter, dan blog-blog pro-BN?

The Malaysian Insider melaporkan pada 17 Feb bahawa BN akan melancarkan siri jelejah ke seluruh negara yang akan menyediakan kepada Shafee ruang untuk menerangkan penghakiman Mahkamah Persekutuan ke atas kes liwat Anwar, memandangkan proses kehakiman yang sudah berakhir.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskankan bahawa Umno telah dituduh merancang konspirasi politik ke atas Anwar sejak beliau dipecat dari kabinet 17 tahun lalu, tetapi parti nasionalis Melayu ini memilih untuk mendiamkan diri terhadap Liwat II.

“Kita sudah mendiamkan diri selama enam tahun kerana perbicaraan masih lagi berlangsung, ditakuti kami menghina mahkamah. Kami menanti sehingga kes ini selesai,” beliau memberitahu 300 orang penonton ketika sesi dialog di Academy Kapten Husin, Kelana Jaya.

“Memandangkan sekarang ianya sudah berakhir, adakah anda jangkakan kami, sebagai parti politik, untuk terus mendiamkan diri?”

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau terpanggil untuk menjawab segala pertuduhan dari pemimpin Pakatan Rakyat, bagi pihak parti beliau.

“Selama enam tahun - dan ini adalah asas kepada pertahanan ini - ianya adalah konspirasi polotik dari Umno-BN ke atas Anwar.

“Di sebalik dakwaan selama ini, kami tetap mendiamkan diri. Pada kami dalam Umno, ianya adalah penting untuk kami menerangkan segala pertuduhan sebegini ... yang kes ini langsung tiada kaitan dengan Umno dan BN, tetapi ianya telah dibangkitkan oleh seorang individu yang pernah bekerja untuk Anwar,” kata beliau, merujuk kepada pengadu kepada pertuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ke atas ketua umum PKR.

“Jadi kami telah membawa Tan Sri Shafee untuk menerangkan kebenaran kepada anda semua,” kata Khairy kepada penonton yang bersorak.

Shafee adalah ketua pendakwa raya di dalam kes Anwar, yang telah berakhir pada 10 Feb selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam kanan ini telah dikritik oleh fraterniti guaman dan ahli pembangkang kerana menghentam Anwar tanpa henti, yang sekarang ini sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Jadi siri jelajah BN bakal dilaksanakan, tetapi saya tertanya-tanya sama ada Kementerian Belia dan Sukan bakal menjemput kumpulan K-Pop untuk menyertainya? Bukankah ianya modus operandi bagi acara BN?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Untuk-menyerang-balas-BN-merancang-siri-jelajah-untuk-menerangkan-Liwat-II#sthash.dGYMvNlD.dpuf

Friday, November 7, 2014

Dah terlupe bawa bukti pule..........

Peguam hebat, tak lupa bukti penting, sindir Johari Abdul


PUTRAJAYA 7 NOV : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyelar kenyataan Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Shafee Abdullah yang memberikan alasan terlupa untuk membawa bukti baru ketika sesi penghujahan terakhir bagi kes pendengaran rayuan Fitnah II di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketika perbicaraan berlangsung, Shafee memaklumkan beliau mempunyai bukti baru bagi menyabitkan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit pertuduhan Fitnah II.

Namun, beliau tidak memberikan bukti tersebut sekaligus dilihat cuba mengheret perbicaraan itu lebih panjang.

Mengulas lanjut, Johari menyifatkan tindakan Shafee itu tidak profesional sedangkan beliau merupakan pendakwa raya bagi kes berprofil tinggi itu.

“Beliau kata ada bukti baru, tapi langsung tak diberikan kepada mahkamah. Adakah ini sebagai cubaan Shafee untuk berbohong kepada mahkamah?

“Sedangkan Hakim sendiri kesal dengan kenyataan beliau. Apa boleh peguam hebat boleh terlupa perkara penting macam itu sahaja?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keputusan pertuduhan kes Fitnah II itu akan berpihak kepada Ketua Pembangkang itu bedasarkan hujah-hujah yang diberikan peguam-peguam Anwar yang diketuai, Tan Sri Gopal Sri Ram.

“Walaupun mahkamah tidak berikan keputusan hari ini, tapi sepanjang 8 hari saya mengikuti perbicaraan ini, kita pasti Anwar Ibrahim tidak bersalah,” tegasnya yang disambut laungan reformasi penyokong-penyokong.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-