Showing posts with label peguam bela. Show all posts
Showing posts with label peguam bela. Show all posts

Monday, April 22, 2019

Kalau kes Beng Hock boleh siar langsung, mengapa tak Najib?

By Kasthuri Jeevendran
  - 22 April 2019

Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
 foto FAREEZ FADZIL, 22 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR –  Seperti yang dijangka, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan isu penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam prosiding pada Khamis lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaran berkata, rakaman tersebut telah tersebar luas dalam laman sosial sehingga menyebabkan kekecohan ala sarkas kerana ramai memberi pandangan dan kesimpulan sendiri.

Jelas beliau, transkripsi rakaman mahkamah (CRT) tersebut tidak wajar dimuatnaik di laman sosial apatah lagi rakaman itu hanya diserahkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja termasuk pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Harus diingat sebelum mendapatkan salinan rakaman ini, pihak berkepentingan juga perlu memberi ‘akujanji’ tidak akan sesekali menyalin, mengedar dan memuatnaik rakaman kepada sesiapa.

“Tindakan memuatnaik ini sebenarnya telah mencalarkan integriti prosiding yang belum berakhir namun keadannya sudah seperti ‘sarkas’, masing-masing secara terbuka memberi pendapat dan kesimpulan masing-masing. Ini tidak betul.

“Sehubungan itu, pihak kami memohon arahan mahkamah agar mana-mana pihak tidak memuatnaik rakaman perbicaraan ini di media sosial,” katanya di hadapan Hakim Mohd. Nazlan.

Bagaimanapun peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit menyoal mengapakah perbicaraan ini tidak dilakukan dengan terbuka bagi memberi peluang kepada keseluruhan rakyat Malaysia melihatnya.

Sambil memberikan contoh-contoh kes dalam dan luar negara, beliau berkata, perbicaraan disiarkan secara langsung dibenarkan, jadi mengapa dalam kes itu ia mendapat bantahan serta tidak mendapat kebenaran.

“Saya beri contoh, kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, dakwaan yang memalitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan itu mempunyai kaitan dengan kematian mendiang. Ada dakwaan mendiang telah dibuang keluar dari tingkap dan sebagainya.

“Akhirnya apa jadi? Suruhanjaya Siasatan DiRaja telah membenarkan perbicaraan itu disiarkan secara bagi di pertontonkan kepada umum. Mengapa boleh? Bagaimana pula dengan kes berprofil tinggi bintang football Amerika Syarikat, OJ Simpson?

“Ianya di siarkan kepada masyarakat umum. Jadi mengapakah kes yang dianggap paling ‘teruk’ di dunia ini tidak boleh di beri peluang untuk tatapan umum? Biar semuanya melihat.

“Saya juga diberitahu bahawa ada satu bilik video disediakan kerana bilik ini tidak dapat memuatkan semua orang bagi mengikuti perbicaraab ini. Bilik video itu dekat sahaja daripada sini.

“Jadi mengapa tidak diberikan peluang semua rakyat Malaysia di luar sana untuk sama-sama menyaksikan perbicaraan ini, kepada yang tidak mampu hadirkan diri ke mahkamah boleh sahaja lihat melalui siaran langsung, mengapa tidak,” tegasnya.

Pada Jumaat lepas, tular rakaman CCTV perbicaraan kes Najib yang masuk hari ke-5 di muat naik bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil berdurasi 12 saat dengan tajuk ‘Hari Kelima Perbicaraan Datuk Seri Najib’ itu menunjukkan Muhammad Shafee menyoal saksi dalam kes itu. 

– MalaysiaGazette

Thursday, October 25, 2018

Shafee kata tuduhan pada Najib 'sangat bodoh'

Faisal Asyraf
Diterbitkan 25 Okt 2018, 1:43 petang 


Selari dengan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak sabar-sabar menghadiri perbicaraan tuduhan pecah amanah yang dikenakan ke atasnya, pihak peguam bela juga 'bersemangat' berdepan dengan pihak pendakwaan.

Ketua pasukan peguam bela Najib, Tan Sri Shafee Abdullah, berkata pihaknya menjangkakan mereka akan "bersenang-senang" membalas hujah dan mempertahankan bekas perdana menteri itu.

Pada masa sama, kata Shafee, dia menjangkakan pasukan pendakwaan akan berdepan "mimpi ngeri" semasa melaksanakan tugas berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan ialah, saya fikir pihak peguam bela dalam kes ini akan bersenang-senang, (manakala) pendakwaan pula akan berdepan mimpi ngeri (nightmare)," katanya.

Shafee yang juga salah seorang peguam paling kanan di negara ini berkata demikian kepada media di lobi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Najib dikenakan enam tuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azman Ahmad.

Turut dikenakan tuduhan sama ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Pihak pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Kata Shafee peguam bela Najib bersemangat untuk menghadiri perbicaraan yang ditetapkan pada 29 Nov ini kerana berpendapat tuduhan yang dibuat itu direka-reka oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Saya rasa tuduhan ini sengaja dibuat-buat dan saya fikir ia sangat bodoh.

"Semua tuduhan ini mempersoalkan keputusan eksekutif menteri kewangan dan ketua setiausaha kementerian kewangan," katanya.

Menurut Shafee semua enam tuduhan yang dikenakan ke atas Najib pada dasarnya berkaitan isu kewangan yang disalurkan semula sebagai peruntukan spesifik yang lebih penting.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-