Showing posts with label pecah amanah. Show all posts
Showing posts with label pecah amanah. Show all posts

Friday, October 28, 2022

Syed Saddiq diarah bela diri atas tuduhan subahat pecah amanah, ubah wang haram

freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-October 28, 2022 10:06 AM
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas tuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Bersatu.

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan wang haram.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas menteri belia dan sukan itu.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali dalam pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta di CIMB Bank Bhd, Jalan Stesen Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Dia juga didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Bhd Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Presiden Muda itu, yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, turut berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dua transaksi masing-masing RM50,000, di dalam akaun Maybank Islamic Bhd ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Wednesday, April 13, 2022

Ahmad Zahid tenang duduk dalam kandang saksi, mula bela diri

malaysiagazette.com
By Kasthuri Jeevendran
- 13 April 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk pembelaan rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Foto MUHD NA'IM, 13 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula membaca penyataan saksi ketika prosiding bela diri terhadap 47 tuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi pagi ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang sentiasa tiba awal sekitar 8.55 pagi melambai dan senyum kepada pengamal media di perkarangan mahkamah seperti kebiasaan sambil bersalam dengan para penyokong beliau yang sudah menanti sejak pagi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO kelihatan tenang ketika mengangkat sumpah sebelum mula membaca penyataan beliau di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Kompleks Mahkamah Jalan Duta juga agak sibuk hari ini dengan kehadiran media dan penyokong parti memandangkan satu lagi kes profil tinggi sedang di bicarakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan pindaan audit 1MDB di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pagi ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk pembelaan rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 13 APRIL 2022.
Untuk makluman, Ahmad Zahid pada 24 Januari tahun ini memilih untuk membela diri melalui keterangan bersumpah daripada kandang saksi terhadap kesemua pertuduhan terhadapnya yang melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi selepas pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadapnya.

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta dana Yayasan Akalbudi.

Kes berprofil tinggi itu memakan masa selama hampir tiga tahun dengan mendengar keterangan seramai 99 saksi pendakwaan.

Collin telah menetapkan April, Mei dan Jun tahun bagi mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan bagaimanapun tarikh-tarikh itu berubah.

Kini prosiding dijangka berlangsung pada ketetapan 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept serta 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt dan 1-3 dan 7-10 Nov. 

MalaysiaGazette

Thursday, October 14, 2021

Zahid keluarkan RM17.9 juta bantu anak beli hotel di Bali - Pendakwaan

malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 14, 2021



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid telah mengeluarkan sejumlah RM17.9 juta daripada dana Yayasan Akalbudi (YAB) antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah berminat untuk mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan hotel itu.

“Pembeli yang berminat ialah Nurulhidayah dan ini disahkan oleh Tan Sri Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83) serta Datuk Seri Mohd Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84) yang telah bertemu dengan Nurulhidayah dan tertuduh bagi membincangkan cadangan usaha sama,” katanya.

Beliau berkata perkara itu bermula apabila tertuduh memberikan arahan spesifik kepada Affin Bank untuk mengeluarkan dana daripada tujuh akaun simpanan tetap YAB berjumlah RM17,953,191.04 melalui firma guaman Tetuan Lewis & Co.

“Firma itu (Lewis & co) telah mengeluarkan sekeping cek pada 30 Jun 2016 bagi jumlah RM8.6 juta kepada Ri-Yaz Asset Sdn Bhd sebaik menerima arahan daripada tertuduh.

“Menurut B Muralidharan (saksi pendakwaan ke-87), beliau telah diarahkan oleh tertuduh untuk membuat pembayaran itu bagi tujuan membeli 60 peratus saham syarikat tersebut daripada Tan Sri Rashid yang ketika itu adalah Pengerusi Ri-Yaz Asset.

“Sebelum ini, Tan Sri Rashid memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat menjual sahamnya kerana syarikat itu berdepan kesukaran dari segi pembayaran bagi pinjaman sebanyak AS$24.8 juta daripada EXIM Bank untuk pembelian hotel tersebut di Bali, Indonesia,” katanya.

Raja Rozela berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.

Beliau berkata Ahmad Zahid telah diamanahkan dengan dana YAB bagi tujuan khusus iaitu membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan golongan miskin serta menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan.

Katanya Ahmad Zahid juga secara sedar telah memilih untuk menggunakan dana YAB bagi membayar kad kredit, polisi insurans serta cukai jalan kenderaannya dan tidak menggunakan akaun bank peribadi beliau.

"Mejar Mazlina Mazlan (bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid) dalam kenyataannya menyebut cek terbabit disediakan atas arahan dan pengetahuan tertuduh," katanya.

Pendakwaan turut menyangkal dakwaan pembelaan bahawa Mazlina memiliki kawalan penuh ke atas buku cek justeru, tertuduh tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.

“Itu hanya alasan kerana Ahmad Zahid adalah bos Mazlina. Beliau hanya perlu meminta Mazlina menunjukkan buku cek dan penyata kad kredit kepadanya.

“Kami berhujah bahawa Mejar Mazlina bukan sengaja menyembunyikan buku cek daripada tertuduh. Tidak ada asas untuk rumusan itu,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Isnin depan.

- Bernama

Thursday, November 5, 2020

Nasharudin dilepas tanpa dibebaskan kes pecah amanah

MyMetro

Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dilepas tanpa dibebaskan atas 16 pertuduhan pecah amanah berhubung gaji yang diterimanya sewaktu memegang jawatan pengerusi Yayasan Nassar.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zaki Mohd Salleh ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata, bagaimanapun ahli politik berkenaan masih lagi berdepan 14 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM3.65 juta.

"Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Salleh pada 22 September memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh, selepas dimaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dihantar Nasharudin pada 7 Julai lalu.

"Mahkamah kemudian menetapkan 20 November depan bagi pengurusan kes untuk 14 lagi baki pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya," katanya.

Pada 22 Oktober 2019, Nasharudin didakwa atas 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah RM3,677,669.80.

Ia bagi pembayaran gajinya sebagai Pengerusi Yayasan Nassar selama 16 bulan; pembelian hartanah di Bandar Puteri Bangi; kos katering perkahwinan, pinjaman dan yuran pengajian anaknya; akaun peribadi dan pembelian saham dan geran penyelidikan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 2015 dan 2018, dan kesemua kesalahan itu dilakukan di CIMB Bank, Jalan Sinar Pagi, Country Heights, Hulu Langat serta di Maybank cawangan Menara Felda di KLCC.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 6:32 PM

Wednesday, December 25, 2019

Rangkuman kes Zahid: Rekod kad kredit, cukai jalan dan siapa Mazlina?

Diterbitkan Hari ini 11:19 tengahari 

BERITA

Pada 12 Disember lalu merupakan hari terakhir perbicaraan kes Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi tahun 2019.

Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sepanjang 12 hari perbicaraan (sejak 18 November), 26 saksi hadir memberikan keterangan di mahkamah, dan perbicaraan banyak berkisar tentang dakwaan pecah amanah terhadap dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pertuduhan pecah amanah (CBT), Ahmad Zahid dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi- yang mana beliau merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal.

Melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Laporan mengenai rekod cukai jalan bagi kenderaan Ahmad Zahid merupakan antara perkara yang paling memancing perhatian ramai dalam perbicaraan setakat ini.

Sebanyak 20 kenderaan, yang hampir kesemuanya kereta dan motosikal mewah, dan hampir semuanya didaftarkan atas nama beliau, mempunyai cukai jalan berjumlah RM35,726.80.

Sementara nilai polisi insurans kenderaan Ahmad Zahid dan keluarganya mencecah RM72,209.57 untuk 20 kenderaan yang dimiliki mereka. Semua kenderaan ini sama dengan rekod kenderaan yang disenaraikan saksi bagi cukai jalan, kecuali dua kenderaan kerana berlaku pertukaran nombor plat.
Salah seorang saksi yang merupakan ejen insurans memberitahu mahkamah, dia menerima tiga cek bernilai RM107,509.55 untuk pembayaran polisi insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan.

Laporan rekod kad kredit Ahmad Zahid juga menarik perhatian banyak pihak, apabila saksi mendedahkan perbelanjaan yang dibuat Ahmad Zahid dan keluarganya, termasuk di butik-butik mewah luar negara.

Rekod kad kredit Ambank yang dibentangkan saksi menunjukkan penggunaan kad kredit Ahmad Zahid dan isterinya, Hamidah Khamis mencecah lebih RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun dua bulan (antara Disember 2013 hingga Januari 2016), termasuk di luar negara.

Ini termasuklah perbelanjaan di pusat beli-belah, fesyen dan butik mewah seperti Burberry, Louis Vuitton, Swarovski, Harrods, Max Mara, Myer, Zilli Hermes, Stefano Ricci, Marks & Spencer, Escada dan Giorgio Armani; pusat mainan seperti Toys R Us dan DC Super Heroes, pusat barang kemas seperti Poh Kong Jewellers, Habib Jewels dan Swarovski; pusat farmasi, bil hospital, serta perbelanjaan lain.

Pembayaran yang direkodkan terhadap kad kredit itu pula mencecah RM1,296,715.98 (dari Januari 2014 hingga Januari 2016) melalui 37 transaksi cek (dua dipulangkan semula).

Bagi kad kredit Maybank pula, sebanyak RM 45,951.36 perbelanjaan direkodkan- termasuk di Kiev, Ukraine dan Seoul, Korea Selatan- manakala pembayarannya pula ialah sebanyak RM65,251.83, dibuat menerusi sembilan transaksi cek (satu dipulangkan semula).

Menurut salah seorang saksi, Ahmad Zahid juga mengarahkan penebusan semua akaun simpanan tetap milik Yayasan Akalbudi dan mengeluarkan cek bank (banker’s cheque) atas nama Messrs Lewis & Co berjumlah RM17,953,185.21, bagi tujuan “membina bangunan Yayasan Akalbudi”.

Siapa Mejar Mazlina?

Walaupun perbelanjaan kad kredit dan nilai polisi insurans menjadi perhatian rakyat, pasukan pendakwaan- seperti yang dinyatakan dalam pernyataan pembukaan- perlu membuktikan penyelewengan Yayasan Akalbudi oleh Ahmad Zahid berlaku menerusi pembayaran-pembayaran yang dibuat.

Dengan itu, pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar Mazlina.

Nama Mejar Mazlina boleh dikatakan nama yang paling banyak ditimbulkan oleh pasukan pembelaan, khususnya ketika pemeriksaan balas terhadap keterangan tentang transaksi melibatkan cek.
Menurut peguam bela, pihaknya telah menghantar sejumlah cek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan, dan hasilnya, daripada semua cek itu, sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.

Ini termasuklah 25 cek kepada Ambank dan enam cek kepada Maybank untuk pembayaran kad kredit. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.

Penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari akaun peribadi Ahmad Zahid.

Malah, mereka turut mendakwa Mejar Mazlina sememangnya diketahui sering melakukan kesilapan seperti menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.

Mejar Mazlina dijangka akan dipanggil sebagai salah seorang saksi tahun hadapan.

Selain pembayaran kad kredit dan insurans, Ahmad Zahid turut dituduh memberikan wang Yayasan Akalbudi kepada syarikat TS Consultancy & Resources (RM360,000); Pasukan Persatuan Bola Sepak PDRM (RM 1.3 juta), dan Armada Holdings (RM10 juta).

Bagi peruntukan tersebut, peguam bela mendakwa ia sebenarnya untuk mencetak al-Quran (untuk TS), “kebajikan pemain” (untuk pasukan bola sepak), dan sebagai pelaburan yang menguntungkan yayasan (untuk Armada Holdings).

Tak tahu aktiviti yayasan

Ahmad Zahid merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan sejak 1997 (ketika itu Yayasan Budi), sebelum memohon menjadi penandatangan tunggal bagi badan tersebut pada 2013.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan ahli lembaga pemegang amanah yayasan lain yang menjadi saksi perbicaraan, kebanyakan mereka tidak tahu menahu mengenai apa-apa perjalanan dan aktiviti yayasan.

Ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi (mantan atau penyandang) yang memberi keterangan sebagai saksi ialah Mohd Samsuri Tun, Prof Dr Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi.

Hampir semua mendakwa tidak tahu sumber kewangan yayasan, tidak pernah berbincang mengenai aktiviti dan perbelanjaan yayasan dengan Ahmad Zahid (kecuali Khairuddin), tidak pernah dirujuk dengan penyata akuan atau penyata kewangan yayasan, serta tidak tahu yayasan mempunyai dana berjumlah jutaan ringgit.

Malah, mereka semua mengaku tidak pernah menandatangani sebarang dokumen kewangan seperti cek milik yayasan, kecuali Samsuri (pernah tandatangan cek) dan Nabil (tidak menyebut langsung mengenai cek dalam pernyataan saksinya).

Mereka juga akur apabila diminta melepaskan jawatan oleh Ahmad Zahid.

Khairuddin juga membuat pengakuan mengejutkan, iaitu akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada 2017 bahawa terdapat pembayaran balik dana Yayasan Akalbudi sebanyak lebih RM800,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi, adalah sebenarnya tidak benar.

SD itu tidak disediakan olehnya, sebaliknya hanya ditandanganinya sahaja setelah diminta berbuat demikian oleh seorang peguam.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Yayasan Akalbudi, Zulkifli dan Samsuri masih lagi pengarah yayasan, biarpun kedua-duanya telah menandatangani surat peletakan jawatan pada 2012.

Dalam pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi, peguam bela mencadangkan bahawa Yayasan Akalbudi adalah “sebenarnya kepunyaan Ahmad Zahid”, dan wang peribadi Ahmad Zahid bercampur aduk dengan dana yayasan memandangkan sebahagian besar pendapatannya dimasukkan ke dalam akaun yayasan sejak awal penubuhannya lagi.

Peguam bela juga beberapa kali membangkitkan apa yang disebut sebagai “sumbangan dan projek” oleh Yayasan Akalbudi. Antaranya, sumbangan kepada surau dan masjid berjumlah lebih RM 46 juta, melibatkan pembinaan, penambahbaikan, sumbangan karpet, pendingin hawa, pengecatan dan atap.

Selain itu, turut disenaraikan sumbangan kepada golongan memerlukan, sumbangan pelajaran, pembinaan sekolah, serta sumbangan lain seperti sumbangan hari perayaan dan bulan Ramadan, baik pulih bangunan awam, serta sumbangan tahunan kepada warga Bagan Datuk.

Rasuah

Hari ke-12 turut menyaksikan perbicaraan mula masuk dalam kes rasuah.

Bagi pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima RM17 juta antara 2016 hingga 2018, sebagai imbuhan buat dirinya untuk menganugerahkan tiga kontrak kepada beberapa syarikat. Beliau ketika itu Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Ahmad Zahid “memainkan peranan penting” (instrumental) dalam penganugerahan kontrak-kontrak tersebut.

Pada atau sekitar waktu sama, Ahmad Zahid dituduh menerima rasuah RM4.25 juta daripada “seseorang” sebagai imbuhan terhadap projek MyEG bawah bidang kuasa kementeriannya ketika itu.

Pada hari ke-12, pasukan pendakwaan memanggil saksi-saksi formal dari beberapa bank untuk mengesahkan berlakunya transaksi cek dari lima syarikat kepada Lewis & Co antara 2016 hingga 2018.

Lima syarikat itu ialah Syarikat Jogabonito Jewellery and Diamonds (sekeping cek RM250,000), Berani & Jujur Trading (RM5 juta dalam 10 transaksi cek), Mastoro Kenny IT Consultant & Services (RM8 juta dalam 13 transaksi cek), Sarana Kencana Sdn Bhd (RM6 juta dalam dua transaksi cek), dan Profound Radiance Sdn Bhd (RM2 juta dalam tiga transaksi cek).

Messrs Lewis & Co juga nama yang sering timbul dalam perbicaraan Ahmad Zahid. Pihak pembelaan konsisten mencadangkan bahawa Lewis & Co ialah pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi.

Peguam bela juga mencadangkan bahawa saksi-saksi yang dipanggil setakat hari ke-12, “tidak boleh menafikan” sekiranya dikatakan bayaran yang dibuat adalah untuk tujuan kebajikan, infak atau sedekah, selain untuk tujuan “dana politik kepada TPM” (political fund to TPM).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram pula, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit tetap bawah nama firma tersebut.

Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.

Manakala pasukan pembelaan diwakili peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali, dan Aiman Abdul Rahman.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan akan bersambung semula, Februari tahun hadapan.

Friday, May 24, 2019

Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, kerana tidak hadir semasa pengurusan kesnya.

Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.

“Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dengan dua penjamin.

"Bagaimanapun tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.

Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah dan memberitahu Hasanah tidak hadir kerana peguam itu gagal memaklumkan tertuduh berkenaan prosiding hari ini.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir tetapi saya gagal untuk memaklumkan.

"Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya,” kata peguam itu.

Hakim Sequerah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun bagi sebutan waran tangkap dan notis kepada penjamin.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan kedua-dua penjaminnya hari ini.

Nur Aifaa pula memberitahu terdapat salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Feb 2020 telah ditetapkan pada prosiding 17 April lepas.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Thursday, October 25, 2018

Shafee kata tuduhan pada Najib 'sangat bodoh'

Faisal Asyraf
Diterbitkan 25 Okt 2018, 1:43 petang 


Selari dengan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak sabar-sabar menghadiri perbicaraan tuduhan pecah amanah yang dikenakan ke atasnya, pihak peguam bela juga 'bersemangat' berdepan dengan pihak pendakwaan.

Ketua pasukan peguam bela Najib, Tan Sri Shafee Abdullah, berkata pihaknya menjangkakan mereka akan "bersenang-senang" membalas hujah dan mempertahankan bekas perdana menteri itu.

Pada masa sama, kata Shafee, dia menjangkakan pasukan pendakwaan akan berdepan "mimpi ngeri" semasa melaksanakan tugas berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan ialah, saya fikir pihak peguam bela dalam kes ini akan bersenang-senang, (manakala) pendakwaan pula akan berdepan mimpi ngeri (nightmare)," katanya.

Shafee yang juga salah seorang peguam paling kanan di negara ini berkata demikian kepada media di lobi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Najib dikenakan enam tuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azman Ahmad.

Turut dikenakan tuduhan sama ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Pihak pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Kata Shafee peguam bela Najib bersemangat untuk menghadiri perbicaraan yang ditetapkan pada 29 Nov ini kerana berpendapat tuduhan yang dibuat itu direka-reka oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Saya rasa tuduhan ini sengaja dibuat-buat dan saya fikir ia sangat bodoh.

"Semua tuduhan ini mempersoalkan keputusan eksekutif menteri kewangan dan ketua setiausaha kementerian kewangan," katanya.

Menurut Shafee semua enam tuduhan yang dikenakan ke atas Najib pada dasarnya berkaitan isu kewangan yang disalurkan semula sebagai peruntukan spesifik yang lebih penting.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-