Showing posts with label pemandu teksi. Show all posts
Showing posts with label pemandu teksi. Show all posts

Wednesday, October 24, 2018

Polis Polis nasihat persatuan pemandu teksi tidak timbulkan kekecohan di MYCC hari ini

Diterbitkan 24 Okt 2018, 7:14 pagi 


Persatuan pemandu teksi diingatkan supaya tidak melakukan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam semasa mengadakan perjumpaan di pejabat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) di ibunegara pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perjumpaan itu yang dikatakan bagi tujuan membincangkan isu perkhidmatan e-teksi seperti Grab pada pukul 11 pagi.

“Sebelum ini, kumpulan ini pernah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Parlimen pada hari Rabu lepas untuk membantah perkhidmatan Grab dan lain-lain isu tetapi dibatalkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata pihaknya bersiap sedia dan akan mengatur tugas-tugas kawalan keselamatan serta lalulintas di kawasan yang terbabit.

“Polis Kuala Lumpur juga menasihati agar mereka ini tidak membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam, ancaman keselamatan serta menghalang lalulintas. Polis akan megambil tindakan tegas jika perkara-perkara yang dinyatakan berlaku,” katanya.

Ahad lepas, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi menjadi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.

Sementara itu, wakil pemandu-pemandu teksi Datuk Shamsubahrin Ismail pula dalam satu kenyataan malam tadi berkata perhimpunan secara aman di Parlimen yang dicadang pemandu teksi hari ini perlu dibatalkan kerana mereka perlu mengikut prosedur dan arahan pihak polis.

“Mengikut prosedur yang ditetapkan pihak polis, pemandu teksi perlu mengemukakan beberapa dokumen dan polis juga meminta ditukar tarikhnya kepada tarikh baharu yang akan memakan masa selama 10 hari dari tarikh surat permohonan dihantar kepada polis,” katanya.

Shamsubahrin berkata beliau serta pemandu teksi akan mengikut semua prosedur yang ditetapkan dengan menyertakan semua dokumen yang diperlukan untuk menganjur perhimpunan itu.

“Perhimpunan akan tetap dilaksanakan namun tarikh dan waktunya akan diberitahu kelak," katanya.

- Bernama

Monday, October 22, 2018

FB Mahathir Legend Mahu Terbalik, Bakar Teksi

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
October 22, 2018

SHAH ALAM- Sebuah Twitter yang dipercayai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengugut untuk membakar dan menterbalikkan teksi-teksi.

Ugutan ini disuarakan selepas daripada kekecohan yang dicetuskan oleh segelentir pemandu teksi semasa sesi dialog dengan Tun M di Langkawi mengenai isu Grab pada Ahad.

Selain menyifatkan pemandu teksi yang menimbulkan ketegangam sebagai budak sekolah darjah 6,posting turut menganggap tindakan itu sebagai sengaja mahu menyemarakkan kemarahan rakyay terhadap Perdana Menteri.

“Wow… Dia main ugut KL ni dia punya. Cam mana? Nak bagi dia tak KL ni?

“Ini nama manusia tak mahu fikir. Yang pilih Tun M jadi PM ialah rakyat. Kalau nak berperang dengan Tun M dan ugut macam budak-budak sekolah half pass six tu namanya memang berperang dengan rakyat.

“Jangan sampai kami terbalikkan semua teksi dan bakar teksi kalian. Jangan sekali-kali mengapi-apikan perasaan rakyat. Nanti buruk padahnya,” katanya.


Selain enggan mendengar penjelasan Tun M segelntir pemandu teksi dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising serta bertindak meninggalkan dewan semasa perdana menteri masih berucap berhubung isu e-hailing.

Susulan tindakan tidak dijangka dari sekumpulan pemandu teksi itu, Mahathir meluahkan rasa kesal dan menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) menafikan kumpulan pemandu teksi yang membuat kecoh itu merupakan ahli pertubuhannya dan menganggapnya didalangi pihak tertentu.

-SuaraTv

Memang wajar pemandu teksi “mengamuk” di depan Mahathir

oleh Ab Jalil Backer
October 21, 2018 rhg


Dulu masa ada dua tiga kerat pemandu teksi “boo” PM Najib Razak, kamu – Pakatan Harapan – seronok dan membesar-besarkannya.

Sekarang bila kena kepada PM Mahathir Mohamad kamu hendak marah dan cakap pemandu teksi kurang ajar.

Kamu juga sokong dan anggap mereka yang menghina Najib Razak dengan lukisan dan contengan sebagai hero.

Ini budaya kurang ajar yang kamu – Pakatan Harapan – ajar jadi mengapa hendak marah dan mengamuk?

Saya antara jutaan rakyat Malaysia yang pro E-Hailing (E-angkut) kerana ia lebih cekap dan murah.

Namun pemandu teksi berhak mengamuk kerana sebelum pilihan raya Mahthir telah berjanji bulan dan bintang.

Selepas menang kamu buat mereka seperti binatang.

Sekarang baru kamu faham apa terjadi bila menggalakkan budaya kurang ajar di kalangan rakyat.

Sunday, October 21, 2018

'Kalau tak nak saya jadi PM, hari ini saya letak jawatan'

Diterbitkan 21 Okt 2018, 12:20 tengah hari


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda.

Wednesday, October 17, 2018

Pemandu teksi demo depan Kementerian Kewangan

Faisal Asyraf
Diterbitkan 17 Okt 2018, 12:03 tengah hari


Seperti dijanjikan, sekumpulan pemandu teksi berhimpun di depan pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini bagi membantah rancangan menjadikan Grab sebagai kenderaan pengantara di stesen MRT.

Mereka menuntut untuk bersemuka dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam tempoh 24 jam.

Wakil menteri, setiausaha bahagian komunikasi korporat kementerian Suhaili Ahmad, turut hadir bertemu kumpulan itu.

Penganjur perhimpunan Shamsubahrin Ismail, yang juga pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, kelihatan meminta alamat e-mel untuk menghantar surat rasmi permohonan bertemu Lim.

Shamsubahrin kemudian terus menghantar undangan itu.

“Saya sudah hantar surat khas kepada menteri supaya pertemuan boleh diadakan dalam tempoh 24 jam susulan isu yang ditimbulkan (setiausaha politik menteri) Tony Pua,” katanya.

[Baca berita asal]

Thursday, January 3, 2013

Pemandu teksi dengan tayar2 nye .................


Pada masa ini terdapat 79,571 pemandu teksi dan 1,303 syraikat teksi yang berdaftar sehingga sekarang di negara ini.

Sebanyak 31,978 atau 48 peratus permit teksi dimiliki sesebuah syarikat manakala 35,420 atau 52 peratus di miliki orang perseorangan.

Kira-kira 80 peratus pemandu teksi adalah golongan berpendapatan rendah dan rezeki mereka bergantung ke pada penggunaan teksi. Mereka juga berdepan saman penguatkuasa antaranya polis trafik, JPJ dan SPAD.

Adakah dengan pemberian subsidi 4 buah tayar boleh menyelesaikan masalah yang di tanggung oleh pemandu2 teksi ini?

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-