Showing posts with label raja Arab Saudi. Show all posts
Showing posts with label raja Arab Saudi. Show all posts

Friday, June 29, 2018

Najib jawab kenapa Jho Low diberi peranan penting

Sinar Harian | Jun 29, 2018 08:53 MYT

NAJIB: Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB, dia berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dalam hubungannya dengan Asia Barat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan alasannya memberikan peranan penting kepada Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Najib, Jho Low mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE yang mungkin memberi faedah kepada Malaysia.

Malah, menurutnya, sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.

“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya. Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB.

“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungannya dengan Asia Barat,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Najib juga berkata Allahyarham Raja Abdullah memberikan sokongan supaya 1MDB menjalankan kerjasama dengan PetroSaudi.

“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” katanya.

PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.

Selain penjelasan hubungan itu memberi faedah kepada Malaysia, Najib tidak menghuraikan lanjut perkara itu.

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan erat dengan Arab Saudi turut membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia.

Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya.

Najib berkata, beliau tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya.

Thursday, March 2, 2017

Ada 'kain yang terlondeh' semasa lawatan Raja Salman ke Malaysia

 BY WARTAWAN AGENDADAILY
Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah perintah Malaysia selama 22 tahun boleh turut serta dalam gelagat pembangkang memperlekehkan lawatan rasmi pemimpin negara asing apa lagi negara sahabat baik Malaysia yakni Arab Saudi.

Sebagai bekas Perdana Menteri beliau tentu cukup sedia maklum mengenai keperluan kunjung mengunjung antara pemimpin negara khususnya dalam mengeratkan lagi persahabatan dan menarik pelaburan.

Cuba kira berapa ratus kali Dr Mahathir keluar negara dan pemimpin asing datang ke Malaysia sepanjang 22 tahun beliau mengetuai kerajaan.

Tiada siapa yang mempersoalkan urusan rasmi yang menjadi amalan setiap pimpinan negara.

Dr Mahathir seolah tidak dapat mengenepikan permusuhan politiknya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hingga sanggup perlekeh lawatan Raja Salman selama empat hari ke Malaysia.

Pada satu majlis ceramah di Sungai Buloh pada Sabtu malam lalu ,bekas Perdana Menteri itu sekalipun tidak sebut nama sesiapa dipetik sebagai berkata ‘Ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang 'diberikan' oleh perdana menteri kepada mereka’.

Beliau juga turut menyindir seolah lawatan-lawatan pemimpin negara asing ke Malaysia adalah bagi ‘ menghalalkan’ salah laku yang dibuat oleh pimpinan negara ini.

Mengambil kira kata-kata itu dibuat menjelang lawatan Raja Arab Saudi itu rasanya semua orang boleh buat andaian kepada siapa ia ditujukan.

Jika itu maksud dihati beliau nampaknya terus dihantui dengan isu derma RM2.6 billion dari keluarga diraja Arab Saudi sekalipun berkali-kali sudah diperjelaskan termasuk oleh Peguam Negara sendiri.

Malah pihak SPRM sendiri menghantar pegawai ke Arab Saudi untuk menemui pihak berkenaan di sana mendapatkan butiran mengenainya.Ia sudah sah didapati tiada salah laku dalam isu itu.

Lojik akal berkata tidak mungkin Raja Arab Saudi yang cukup berpengaruh dan kata raya itu akan jijak kaki ke Malaysia jika ada pembohongan berlaku yang boleh jejas imej nama baik negara itu.

Apa lagi tuduhan itu melibatkan Perdana Menteri Malaysia.

Kata orang boleh fikir sendiri dari segenap sudut memang tidak masuk akal.

Satu dunia melihat bagaimana akrabnya hubungan antara Raja Salman dan Najib sepanjang berada di negara ini.

Bukan itu saja...Malaysia ialah negara pertama yang menjadi destinasi baginda dalam rangka lawatan ke rantau ini.

Juga jangan lupa Raja Arab Saudi itu yang datang dengan rombongan yang besar telah menyifatkan hubungan Arab Saudi-Malaysia berada dalam keadaan yang sangat akrab.

Dr Mahathir dan puak pembangkang tentu merasa cukup gundah gulana melihat kejayaan lawatan empat hari Raja Salman.

Ini boleh bikin rosak program dan agenda mereka.

Detik manis bagi Malaysia sudah tentu melihat perjanjian pelaburan RM30 billion syarikat minyak Arab Saudi Aramco dalam projek Rapid di Pengerang Johor yang dikendali oleh Petronas.

Ia akan memberi impak yang besar pada ekonomi negara.

Pelaburan itu juga mengambarkan keyakinan besar kerajaan Arab Saudi pada Malaysia.

Arab Saudi bukan bodoh dan tidak siasat dan kaji segenap segi dulu.

Tiada siapa yang akan melabur wang sebanyak itu di negara ini jika mereka termakan hasutan seperti yang dibawa pembangkang.

Disamping itu pelbagai memorandum persafahaman kerjasama dalam pelbagai bidang yang melibatkan pelaburan berbillion ringgit diperolehi dari lawatan ini.

Baru-baru ini semasa lawatan ke China,Perdana Menteri telah berjaya membawa masuk berbilion pelaburan dari negara itu.

Kejayaan itu telah diserang dengan pelbagai tomahan kononnya kedaulatan Malaysia akan tergadai kepada China.

Seperti Najib bertanya apakah kini mereka nak tuduh Malaysia jual kedaulatan kepada Arab saudi pula.

Inilah standard pembohongan puak-puak ini untuk memperbodohkan rakyat kerana motif politik.

Tidak tarik pelaburan masuk ke negara dihentam…berjaya bawa masuk pelaburan juga dihentam.

Ada yang kata biarlah puak-puak ini terus menjerit dan menjerit.Itu saja modal yang mereka ada.

Sebaliknya kejayaan demi kejayaan kerajaan lambat laun akan membuat semua orang nampak kain siapa yang semakin terlondeh.

Sunday, February 26, 2017

Derma RM 2.6 bilion: Kedatangan Raja Salman bukti Najib tidak menipu

Adamyan
SETAKAT ini dakwaan Pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan Mahathir kononnya wang RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang yang dicuri dari 1MDB, tidak pernah dibuktikan, yang ada hanya andaian demi andaian.

Hanya kerana wang itu dipindahkan dari Bank yang sama di Singapura dimana 1MDB turut pernah menggunakan perkhidmatan mereka, maka diandaikan RM 2.6 billion ini adalah wang yang dicuri dari 1MDB – seolah-olahnya Bank itu tidak boleh berurus niaga dengan orang lain.

Mana dia dokumen yang menunjukkan wang sebanyak itu dipindah dari 1MDB masuk ke akaun Perdana Menteri? Tarikh, masa dan sebagainya, itu bukti yang kita minta, sampai sudah tak pernah nampak.

Perdana Menteri telah menjelaskan dan segala macam siasatan yang menyusul selepas itu, menunjukkan wang itu memang datang dari Arab Saudi, tidak pernah diambil peduli, masih nak percaya kepada andaian mereka sahaja.

Sepatutnya, dengan menggunakan konsep andaian yang sama, kedatangan Raja Salman ke negara kita hari ini, bolehlah di andaikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menipu tentang sumber wang RM 2.6 billion itu. Sebelum inipun kita tidak mendengar Arab Saudi menafikan wang berkenaan dari negara mereka dan kedatangan Raja Salman hari ini mengesahkannya.

Takkan Raja Arab Saudi nak datang ke tempat yang ‘memfitnah’ negaranya kot?

Maka tak hairan kenapa Mahathir sendiri pun nampak tidak serius untuk berjumpa sendiri dengan Raja Salman dan bertanya sendiri kebenarannya, sebab dia tahu apa yang banyak dilaporkan sebelum ini berkenaan sumber wang berkenaan, adalah benar, dia saja yang menjadikan perkara itu isu untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Ini semua sudah cukup bukti bahawa Mahathir sebenarnya seorang penipu dan Najib adalah orang yang benar, tak payah fikir panjang-panjang sajalah. Kalau benar nak menyelamatkan Malaysia, Mahathir sepatutnya dah menunjukkan usaha untuk bertanya sendiri ketika Raja Salman berada disini.

Tapi yelah, masa berkuasa pun tidak seorang Raja Arab Saudi yang sudi berjumpa dengannya apatah lagi menjejakkan kaki ke negara ini, kenapa pula sekarang setelah dia bersara dan hanya bertaraf Ketua Bahagian Pribumi Langkawi (jawatan lantik sendiri), Raja Arab Saudi nak jumpa dia pulak ya.

Saturday, February 25, 2017

Kenapa Penjaga Dua Kota Suci Pilih Najib Tidak Mahathir

 AIDCNEWS
1. Penjaga Dua Kota Suci (Khadim al-Haramain asy-Syarifain), merupakan sebuah istilah bersejarah yang diberikan kepada para Sultan Ayyubiyah, para Sultan Mesir Mamluk, dan para Sultan Uthmaniyah. Istilah ini digunakan kembali oleh para raja Arab Saudi.

2. Sehebat gelarannya, begitu juga besar darjat, berkat dan fungsinya, yang menggambarkan peranannya sebagai pelindung tanah suci umat Islam, iaitu Mekkah dan Madinah. Di mana di dalamnya terdapat dua masjid paling suci bagi umat Islam, yakni Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

3. Gelaran ini bersifat turun temurun dan kerabat yang terpilih sahaja akan dimahsyurkan sebagai Penjaga Dua Kota Suci, bertepatan dengan kesucian, keberkatan, kehebatan, kekuasaan dan kemuliaan seseorang itu dengan Mekkah dan Madinah.

4. Ini bermakna, bukan calang-calang manusia dapat mewarisi tanggungjawab itu kerana bagi agama Islam, kita sedia maklum bahawa tiada tempat paling berkat dan suci di muka bumi ini melainkan dua kota berkenaan yang merupakan peninggalan penuh sejarah dari Rasulullah SAW dan para Anbiya’ sebelumnya.

5. Di zaman sekarang, Penjaga Dua Kota Suci adalah dipertanggungjawabkan keatas Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, merupakan Putera yang amat disegani oleh 4,000 orang Putera Raja keluarga Al Saud. Raja Salman juga amat berpengaruh dalam bidang media cetak di negara berkenaan.

6. Setanding dengan kedudukannya yang tinggi di sisi agama Islam dan kuasa dunia, Raja Salman bukanlah seperti mana-mana pemimpin negara lain yang berurusan diplomasi seperti biasa. Hal ehwal urusan diplomasi melibatkan negara berkenaan adalah di bawah kawalan yang tinggi apatah lagi sekiranya ia melibatkan Raja Salman sendiri.

7. Ada kita nampak wajah Raja Salman selalu bertemu dengan ketua-ketua negara atau kerajaan seluruh dunia? Ada, tapi amat jarang sekali. Itupun mungkin di istana baginda sendiri di Arab Saudi, dan bukan di luar negara. Adalah biasa jika ketua-ketua negara atau kerajaan menghadap Baginda di istana, tetapi adalah sedikit ‘luar biasa’ jika mahu melihat Baginda turun ke negara-negara lain dengan terpaksa Baginda meninggalkan amanah terbesarnya iaitu Penjaga Dua Kota Suci.

8. Namun, 26 Februari 2017 ini negara kita Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang paling bertuah dan mungkin berkat, sehingga mampu menggerakkan hati dan keinginan Baginda Raja Salman untuk datang menjejakkan kaki ke sini.

9. Apa yang menarik, ia dilakukan selepas 47 tahun yang lalu dimana pada ketika itu (1970), Raja Faisal yang memegang takhta Penjaga Dua Kota Suci mencemar duli hadir ke lawatan rasmi di Malaysia. Semasa itu, negara kita di bawah pemerintahan ayahanda Tun Abdul Razak Hussein. Manakala lawatan rasmi kedua pula dilakukan oleh Raja Abdullah, iaitu 35 tahun selepas lawatan pertama (2005).

10. Semasa pemerintahan paling lama dalam sejarah negara kita di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah sekali Raja Arab Saudi sudi datang menjenguh negara kita. Kenapa ya boleh jadi begitu? Walaupun mentadbir negara selama 22 tahun, namun tidak timbul sedikit pun minat buat Penjaga Dua Kota Suci untuk datang.

11. Hanya ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri inilah baru Penjaga Dua Kota Suci sudi melakukan lawatan rasmi. Adakah ini secara kebetulan? Harus diingat, segala tindak tanduk Penjaga Dua Kota Suci bukanlah berlaku secara kebetulan atau sesuka hati begitu sahaja. Selain terdorong dari keimanan Baginda sendiri, ia juga ditentukan oleh kebijaksanaan, kehebatan, kekuatan dan pengiktirafan dunia ke atas pemimpin negara yang menjadi destinasi lawatan tersebut.

12. Maka jelas kepada kita Najib bukanlah seperti yang dimomokkan oleh segelintir pembangkang di negara ini. Kepimpinan Najib diiktiraf bukan sahaja dari negara-negara kuasa besar utama seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, Jepun dan lain-lain, malah Penjaga Dua Kota Suci dalam Islam juga turut memandang Najib seorang pemimpin terulung dunia.

13. Ini bertepatan dengan kajian menunjukkan bahawa Najib adalah pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia seperti yang pernah didedahkan portal Tv14 sebelum ini. Maka, berdasarkan ini, kita boleh mengetahui akan hakikat siapa dan dimana kedudukan Najib yang sebenar.

14. Sebagai rakyat Malaysia yang waras dan tidak mudah termakan dengan propaganda jahat pembangkang di negara sendiri, kami mengalu alukan kedatangan Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia dengan harapan ia memberi sebuah lembaran baharu kepada hubungan diplomasi antara dua negara ‘Harimau Islam’ di dunia ini. Sesungguhnya, kami amat berbangga dan berlapang dada dengan kehadiran Raja Salman ke Malaysia dan memilih untuk datang semasa pemerintahan Najib Razak, sekali gus tidak ingin datang dikalamana Mahathir memerintah Malaysia. AllahuAkbar!

 – tv14.my

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-