Showing posts with label warga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label warga Malaysia. Show all posts

Thursday, April 25, 2019

Anwar: Kritik di media sosial jika kami angkuh

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan Hari ini 9:15 malam


Presiden PKR menggesa warga Malaysia menggunakan media sosial untuk menegur pemimpin politik yang mengeluarkan kenyataan bersifat angkuh.

"Anda perlu teruskan peranan menyemak kami dalam parti pemerintah atau kerajaan. Kita tidak mahu mendengar kenyataan angkuh seperti dulu.

"Anda ada kebebasan dalam talian untuk mengkritik mereka sekuat yang anda mahukan," kata anggota parlimen Port Dickson itu ketika menyampaikan ucapan penutup Minggu Media Sosial malaysia ke-10 di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar juga berkongsi pengalamannya yang mula menggunakan Twitter susulan bebas daripada penjara tahun lalu.

Katanya, aplikasi itu menjadi alat pertukaran idea berkenaan reformasi untuk negara.

Mengakui tiada kebebasan yang bersifat mutlak, Anwar berkata warga Malaysia berhak mengkritik pemimpin yang bertentangan dengan aspirasi rakyat.

"Gaya hidup mewah, pembaziran sumber awam, mengkayakan keluarga dan kroni...anda menentangnya dahulu.

"Kami mengalu-alukan sokongan melalui kenyataan anda berkenaan dasar positif (kerajaan) dan juga kritikan ketika kami lembap atau menyimpang daripada apa yang kami janjikan," katanya lagi.

Media sosial untuk sebar kebencian

Anwar juga maklum bahawa media sosial boleh disalah guna untuk menyebar kebencian dengan menjadikan dua tragedi terbaru, serangan di masjid New Zealand dan pengeboman hotel dan gereja di Sri Lanka, sebagai contoh.

"Kerajaan cenderung ke arah reaksi berlebihan (overreact) dengan memperkenalkan lebih banyak undang-undang. Saya tidak rasa ia strategi yang betul.

"Tapi tentulah anda perlu ada undang-undang tertentu untuk memastikan media sosial tidak digunakan untuk melakukan keganasan, sama ada di Christchurch, Sri Lanka atau di mana saja," katanya lagi.

Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kerajaan sedang menimbang kemungkinan memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam maklumat palsu dan berbaur perkauman di media sosial.

Beliau berkata ia adalah antara langkah yang dibincang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggubal undang-undang menangani penyalahgunaan media sosial.

Friday, March 24, 2017

Rakyat Malaysia gembira dengan BR1M dan mahu ia diteruskan

KUALA LUMPUR:  Satu tinjauan seluruh negara oleh sebuah syarikat penyelidikan baru-baru ini mendapati majoriti warga Malaysia menghargai usaha kerajaan menyediakan subsidi menerusi BR1M 2017 dan tidak menganggap ia satu bentuk rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu.

Tinjauan itu yang dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd terhadap 1,031 penerima dan bukan penerima BR1M di bawah penyeliaan Profesor Datuk Syed Arabi Idid mendapati 68.7 peratus daripada responden menerima baik BR1M dengan 63.9 peratus daripada mereka menolak pandangan bahawa ia adalah satu bentuk rasuah.

Dr Syed Arabi Idid yang berkongsi penemuan itu bersama Bernama, berkata oleh itu tidaklah mengejutkan bahawa 71.1 peratus daripada responden berpandangan bahawa BR1M, yang pertama kali diperkenalkan pada 2012, harus diteruskan pada masa depan.

Memandangkan kos kehidupan yang terus meningkat, 65.1 peratus daripada responden mengakui bahawa BR1M telah membantu melegakan bebanan kewangan mereka dengan hanya 25.6 peratus berkata sebaliknya, kata bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan penasihat Kajidata itu.

Lebih separuh daripada responden gembira yang bantuan BR1M berjumlah sehingga RM1,200 kali ini sampai kepada kumpulan sasaran. Bagaimanapun, 33.8 peratus beranggapan BR1M gagal memenuhi matlamatnya.

Apa yang menarik, 80 peratus daripada penerima menggunakan wang BR1M bagi membeli barang keperluan asas dengan 85.3 peratus daripada mereka menghabiskan subsidi itu dalam tempoh sebulan.

Kajian itu, yang dijalankan dari 20-27 Feb, juga mendapati ada antara mereka menggunakan wang BR1M untuk membayar bil bulanan dan membiayai persekolahan anak mereka.

Kajian itu juga mendapati dalam pemberian BR1M sebelum ini, ada yang hidup berjimat membelanjakan wang itu dalam tempoh lebih lama iaitu sehingga tiga bulan dan ada pula yang menabung.

Tinjauan Kajidata juga menunjukkan bahawa BR1M memaksa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk mendaftar dengan pihak berwajib, dengan itu mewujudkan pangkalan data menyeluruh dan bernilai akan golongan yang memerlukan.

Dr Syed Arabi dan pasukannya juga mendapati maklumat daripada pangkalan data itu boleh digunakan untuk menyediakan program bantuan mengikut keperluan bagi kumpulan sasaran dan memantau kemajuan mereka.

"Sebagai contoh, mungkin terdapat mereka yang memerlukan lebih daripada apa yang diberikan oleh BR1M dan dengan itu boleh dirujuk kepada Lembaga Zakat yang menyediakan bantuan bermakna.

Memandangkan pendapatan mereka juga dipantau oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka mudahlah untuk mengenal pasti mereka yang berjaya keluar daripada masalah kewangan dan tidak lagi memerlukan bantuan termasuk BR1M," katanya.

Tinjauan Kajidata dijalankan melalui temu bual telefon berbantukan komputer merentasi 222 kawasan Parlimen termasuk di Sabah and Sarawak.

Responden dipilih daripada kumpulan usia berlainan, tahap pendapatan, latar belakang pendidikan, kaum dan jantina.

- BERNAMA

Tuesday, June 30, 2015

Mercun punya pasal pun boleh maut.........

Warga Malaysia maut ditembak angkara mercun

FMT Reporters 

Mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan di kepala
NARATHIWAT: Seorang warga Malaysia maut manakala rakannya cedera akibat ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket di Sungai Golok.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol.Pol. Somchai Pearkan berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Muhammad Asshraf Zafri, dari Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang, Kelantan, maut akibat terkena satu das tembakan di bahagian kepala.

Katanya kepada Bernama, dalam kejadian pada awal pagi Isnin rakan mangsa, Muhammad Irfan Muhammad Zain, mengalami cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian belakang badan dan dibawa ke hospital di wilayah berkenaan untuk rawatan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar kejadian, polis berjaya menahan seorang suspek warga Thailand berusia 52 tahun di sebuah rumah di pekan Sungai Golok.

Sementara itu, Terengganu Times dalam tajuk yang disiarkan di laman portalnya mendakwa insiden berlaku disebabkan salah faham dalam urusan jual beli mercun.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-