Friday, June 10, 2016

Strategi PAN Diatur Oleh DAP - Mustafa Ali

 AIDCNEWS
AIDCNews – 9/6/16 – Mengulangi dakwaan bahawa calon PAN didalangi DAP, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Mustafa Ali mendedahkan hampir kesemua strategi dan gerak kerja PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diatur oleh parti chauvanis itu.

“Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP.

“Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.
Menurutnya lagi, pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh seolah-olah DAP yang bertanding di kedua-dua PRK itu.

“DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan PAN adalah ‘pinjaman’ DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Mustafa turut mendedahkan berkemungkinan besar kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar juga turut diatur oleh DAP.

“Macam mana pun bagi PAS itu bukan perkara besar, PAS tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.

“Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, PAS berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-