Monday, July 4, 2016

PAS sedia kerjasama dengan DAP dengan syarat hidupkan kembali Pakatan Rakyat

 AIDCNEWS

AIDCNews – 03/7/16 – PAS sedia bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan syarat menghidupkan semula Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS tanpa PAN, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata demikian khususnya merujuk kepada Negeri Selangor.

“Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.

“DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya,” ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Menyentuh berkenaan kedudukan PAN, Sallehen berkata perkara itu bergantung kepada DAP dan PKR.

“Saya tak sebut tentang PAN sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.

“PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) mesti menghormati PAS sebagai pembangkang.

“Formulanya cukup mudah, cukup jelas.. mana-mana kerusi PAS, PAS bertanding. Mana-mana kerusi PKR, PKR bertanding atau mungkin mereka nak bagi pada PAN, mana-mana kerusi DAP, DAP bertanding,” kata beliau

Zuhdi berkata selagi PH tidak menghormati ‘perkiraan’ tersebut, maka senario sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-