Wednesday, May 3, 2017

Istana Selangor menunggu ketibaan adun lompat, hingga semalam percubaan Azmin mengadap Sultan Selangor gagal

DYMM SULTAN SELANGOR
Sejumlah 4 campur 2 ADUN PKR dan DAP dijangka menuggu masa yang sesuai untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menyatakan pendirian sebenar mereka.

MB Azmin Ali telah membatalkan Lawatannya ke negara-negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Switzerland, Turki dan London dalam kerangka lawatan sambil bercuti.

Semasa 2 ADUN PKR di Perak melompat dahulu, mereka datang ke Istana Perak bertemu DYMM Sultan Perak untuk menandatangani ikrar menubuhkan Kerajaan baru. Perkara yang sama sedang berlaku di Selangor.

Seluruh rakyat Selangor menanti penuh debar episod ini. Dr. Tan Seng Giaw yang kini mesra BN sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan termasuk dipecat oleh Lim Kit Siang. Mantan MB TS Khalid Ibrahim yang mesra PAS dijangka menjadi MB semula atas tiket PAS.

Sehingga semalam percubaan Azmin Ali untuk mengadap DYMM Sultan Selangor masih tidak kesampaian. Episod MB Azmin Ali dimurkai Sultan Selangor semasa insiden merampas jawatan MB Selangor daripada TS Khalid masih segar. Begitu juga insiden belanja membazir di Yayasan Selangor. Kemurkaan Sultan Selangor masih tidak dapat diubati oleh MB Azmin. Mereka pernah berbulan tidak bertegur sapa.

Sehingga semalam Azmin Ali memujuk ADUN PKR dan DAP yang hendak melompat dengan menawarkan jawatan dan wang ringgit. Azmin Ali ada satu sahaja opsyen, membubarkan DUN Selangor atau Kerajaan Selangor bertukar tangan. Sehingga semalam Azmin masih gagal mengadap Sultan Selangor.

Bersambung berita selanjutnya dari Istana Selangor...


Artikel sebelum: http://mymassa.blogspot.my/2017/04/rakyat-selangor-minta-tangguh-pru14.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-