Wednesday, October 3, 2018

Selepas Najib, Zahid pula ke mahkamah?

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 OKTOBER 2018

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah.

Dakwa Pemantau Kerajaan Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, beliau menjangkakan bahawa Ahmad Zahid akan 'diheret' ke mahkamah dalam masa terdekat.

"Beliau (Zahid) dijangkakan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan pada minggu ini," katanya di Menara KPJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan 100 pertuduhan.

Katanya, perkara itu diketahui daripada sumber terdekatnya yang boleh dipercayai.

“Sekarang ini sudah ada 32 tuduhan. Mereka merancang untuk kenakan 100 tuduhan kepada Najib sebabnya inilah cara untuk menghalang Najib bersuara,” katanya.

Terdahulu beliau hadir untuk menyatakan sokongan kepada Najib yang hadir ke Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid disiasat kes derma RM2.6bilion]
Ahmad Zahid sebelum ini disiasat SPRM lebih lapan jam, bagi memberi keterangan berhubung Putera Arab Saudi yang didakwa mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-