Saturday, September 17, 2022

Zahid harap PM dapat ilham tarikh PRU sebaik pulang mesyuarat PBB

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar dan Chia Wan Rou
-September 17, 2022 7:13 PM
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN 2022.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berharap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendapat ilham mengenai tarikh terbaik pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebaik kembali daripada mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.

“Saya mempunyai keyakinan terhadap PM beliau akan ke mesyuarat PBB tidak lama lagi…kita doakan beliau pergi dan balik dengan selamat carilah ilham tarikh PRU,” katanya ketika berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN 2022.

Ismail dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat PBB di New York, Amerika Syarikat Selasa ini.

Zahid yang juga presiden Umno turut meminta Ismail menyaksikan laungan “bubar” oleh anak muda BN yang mahu PRU diadakan segera.

“Jangan tunggu sesaat pun nak adakan PRU…PM isyarat cukup jelas dan nyata, inilah masanya.

“Kita ‘top 5’ dah adakan mesyuarat beberapa kali tetapi tarikh (PRU) belum ditentukan lagi, BN jangan bincang lagi, cepat jangan tunggu lagi!,” tegasnya.

“Jangan tanya penghasut-penghasut yang telah bekerja keras, jangan tunggu kebencian terus menumbang kita, jangan tunggu bahawa isu yang ada pada mereka terus dihebahkan. Jangan tunggu lama nanti diambil orang.”

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-