malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Dec 12, 2022 9:24 AM
Jika Anwar Ibrahim ingin dikenang sebagai tokoh perpaduan, perdana menteri wajar mengenal pasti isu-isu yang menjadi punca perbalahan sesama umat Islam dan antara kaum.
Pendakwah bebas, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata, antara saranan yang harus diberikan perdana menteri kepada masyarakat Islam adalah mempelajari bahasa Mandarin dan dalam masa yang sama, orang bukan Islam perlu diberi pemahaman asas mengenai Islam.
."Kalau antara umat Islam topik yang sering menjadi perbalahan adalah mengenai bidaah dan sunnah serta tauhid dan syirik. Ini antara topik yang perlu dimasukkan dalam silibus supaya ia mudah difahami.
"Mungkin boleh dicadangkan supaya memberi sedikit insentif untuk belajar bahasa Cina atau Mandarin, dalam masa sama perlu dipertimbangkan bahawa untuk diberikan sedikit kefahaman asas kepada bukan Islam berkaitan dengan Islam sesuai dengan Perkara 3 perlembagaan persekutuan bahawa Islam ialah agama persekutuan," katanya.
Engku Ahmad (atas) berkata demikian semasa majlis tazkirah di kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
Katanya adalah tidak munasabah apabila rakyat di negara ini tidak mempunyai pemahaman yang baik mengenai Islam walaupun ia merupakan agama persekutuan.
"Jadi sekiranya non-Chinese faham bahasa kaum itu manakala bukan Islam tahu mengenai agama ini, perpaduan dapat dipupuk dengan lebih baik inshaallah," kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Engku Ahmad juga meminta Anwar menyatupadukan negara ini dengan mengekang fahaman ektremisme.
"Dalam mengekang ektremisme dan kembalikan kegemilangan intelektual Islam, kita kena kembali kepada pegangan Asya'irah serta menolak pegangan shiah dan wahabi.
"Kerana kalau kita lihat kini banyak orang agama yang diserapi ekstremisme mungkin kerana ketaasuban politik atau parti sehingga mudah membidaahkan serta kafirkan individu yang tak sefahaman dengan mereka," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.