23/03/2023
Program melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada 19 Mac 2023, dikatakan 'diganggu'.
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan orang Melayu untuk berkumpul bagi membincangkan masalah dihadapi mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata semasa Anwar dipecat pada 1998 lalu, para penyokongnya boleh berdemonstrasi setiap minggu tanpa halangan tetapi kini apabila berkuasa orang Melayu mahu berkumpul pun dihalangnya.
“Semasa saya Perdana Menteri keempat, Anwar adakan demonstrasi setiap minggu. Saya tidakpun halang dia.
“Tetapi sekarang sebagai Perdana Menteri, dia tidak benar langsung orang Melayu bincang masalah yang mereka hadapi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dr Mahathir berkemungkinan mengulas mengenai perhimpunan pada hujung minggu lalu yang dibatalkan selepas tidak mendapat dewan untuk disewa.
Baru-baru ini, Dr Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.
Berhubung program yang dibatalkan hujung minggu lalu, Dr Mahathir berkata ia diadakan bagi membincangkan hala tuju orang Melayu dan mencari jalan penyelesaian ke arah penyatuan kaum Bumiputera tetapi kini kerajaan seakan bersikap berat sebelah pula dengan memberi layanan lebih baik kepada kaum lain.
“Proklamasi yang ditulis tidak salahkan bangsa lain tentang nasib malang mereka. Ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salahguna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.
“Jika kita tidak cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Melayu, jadi tidak salah jika dikatakan Kerajaan hari ini mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu.
“Perbuatan berat sebelah terhadap Melayu adalah petunjuk sikap perkauman Kerajaan. Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita.
“Oleh itu pemimpin Kerajaan-lah yang perlu didakwa atas hasutan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menjelaskan berhubung dakwaan menjadi dalang disebalik penahanan besar-besaran terutama ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan Ops Lalang pada 1987 bukan atas arahannya dan mengungkit sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mempergunakan dirinya sebelum ini apabila sesuatu tindakan itu menguntungkan mereka.
“Pandangan dan nasihat mereka (polis) tidak boleh ditolak begitu saja, malah perkara itu sudah dijelaskan oleh Mohamed Hanif (Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar) berhubung keputusan dibuat oleh polis.
“Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang. Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif PH, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.