B Nantha Kumar
Diterbitkan: Feb 24, 2025 1:12 PM
Bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Nazri Aziz membidas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh sebagai kebudak-budakkan dan mempunyai mentaliti rendah.
Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Akmal yang menyifatkannya sebagai “penjilat” selepas menyifatkan tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri jika Anwar Ibrahim tiada.
"Respons Akmal ini terhadap kenyataan saya menunjukkan tahap kebudak-budakan dan mentaliti yang rendah. Respons tersebut tidak menjawab kenyataan saya dengan baik.
"Saya telah diberitahu bahawa dia tidak mewakili orang Melayu atau Umno sendiri. Dia sepatutnya mempertikaikan apa yang saya katakan dengan fakta yang betul, dan bukan dengan mengatakan saya ‘menjilat’.
“Adakah itu reaksi yang patut datang dari Ketua Pemuda?" kata bekas menteri dan bekas pemimpin kanan Umno itu.

Akmal Salleh
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Nazri berhasrat memberi tumpuan untuk menyokong Anwar selepas kembali dari AS, serta memastikan presiden PKR itu kekal menerajui Putrajaya selepas PRU16.Ketika ditanya jika kebimbangannya mengenai ketiadaan calon pengganti Anwar turut merangkumi Umno, Nazri membalas dengan sinis: “(Boleh) kamu beritahu saya siapa? Akmal? Kamu beritahu saya siapa."
Nazri turut menyindir Akmal dengan mengatakan dia hanya mewakili "satu perempat" daripada empat sayap Umno, justeru pandangannya mengenai pelbagai isu tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti.
Dalam kenyataan membalas, Akmal berkata pemuda Umno bukan penjilat mencari makan.
Nazri bagaimanapun berkata jika benar dia “menjilat”, Umno yang akan mendapat faedah, termasuk Akmal sendiri sebagai exco kerajaan Melaka.
"Kalau saya "menjilat", yang untung adalah dia, Umno, dan pakatan mereka. Ini kerana, saya sebagai penjilat akan memastikan peluang untuk dia menang di Melaka akan cerah, dan dia mungkin boleh menjadi exco.
"Jika saya "menjilat", untung untuk dia, bukan untuk saya," katanya.
Ditanya mengapa Nazri berpandangan Akmal tidak membawa suara majoriti Melayu, Nazri membalas PAS telah menjadi parti dominan di kalangan golongan itu.
"Jika betul siapa yang mewakili suara Melayu-Islam sekarang, ia adalah PAS. PAS memerintah empat negeri (Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu) majoriti Islam.
"Di Parlimen, kerusi Melayu yang dipegang PAS jauh lebih banyak berbanding Umno. Itu yang saya katakan, Akmal bukan suara majoriti,” katanya.
Nazri juga membandingkan Akmal dan PAS mengendalikan isu stoking kalimah Allah.
"PAS mengendalikan isu stoking dengan baik tanpa sebarang ketegangan kaum berbanding Akmal dan pemuda Umno," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.