Showing posts with label Ahmad Faizal. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Faizal. Show all posts

Thursday, October 27, 2022

Anwar tak mahu serangan peribadi pada Ahmad Faizal

malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Oct 27, 2022 3:38 PM
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan serangan peribadi terhadap penyandang parlimen Tambun Ahmad Faizal Azumu yang membidasnya baru-baru ini.

Sebaliknya, kata Anwar, dia lebih suka memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

"Tak mahu layan hubungan peribadi oleh calon, Peja (Ahmad Faizal). Bapa dia saudara baik saya, mertua pun sahabat baik saya. Tokoh yang banyak bantu saya masa dalam Umno.

"Tak mahu ini jadi gelanggang lawan peribadi. Kita tawarkan sesuatu. Saya pilih Tambun untuk melonjakkan kekuatan di Perak.

Kedua, untuk tawan Putrajaya. Landskap politik harus berubah. Malaysia perlu meningkat jauh lebih baik dan maju.

"Saya tahu ia tidak semudah Permatang Pauh atau Port Dickson atau banyak kerusi di Selangor.

"Saya diberi kerusi ini tetapi saya fikir adalah wajar bagi saya mencuba tahap terbaik untuk menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dan mendapat kerusi baru. Kita bercakap tentang membentuk kerajaan," kata Anwar.

Awal minggu ini, Anwar mengingatkan mereka yang membayangkan dia sebagai calon 'payung terjun' di Perak dengan bertanding di Tambun bahawa dia tinggal di negeri itu selama sembilan tahun, termasuk dua tahun ditahan di Kamunting.

Ia sebagai respons kepada kepada klip video pendek memaparkan Ahmad Faizal Azumu menyahut cabaran Anwar untuk kerusi Tambun dengan peringatan tentang cara bercakap dialek tempatan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat sebarang maklum balas terhadap permintaan PSM untuk meletakkan ahli parlimen dua penggal Dr Michael Jeyakumar di Sungai Siput dan bukannya penyandang PKR S Kesavan, Anwar berkata perkara itu belum sampai kepadanya.

“Buat masa ini calon PKR di Sungai Siput akan diletakkan, tetapi rundingan masih diteruskan.

“Ia belum sampai kepada saya dan saya telah menyerahkan secara langsung tugas kepada mereka yang lebih terlibat secara langsung dalam proses pemilihan Perak,” tambahnya.

Tuesday, March 10, 2020

Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak

MyMetro
Balqis Jazimah Zahari
AHMAD Faizal bercakap pada sidang media sebaik keluar mengadap Sultan Nazrin.
 FOTO Balqis Jazimah Zahari

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan selaku Menteri Besar Perak, hari ini.

Ahmad Faizal memaklumkan perkara itu sebaik keluar daripada mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh, pagi ini.

Ahmad Faizal berkata, dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak, beliau turut memaklumkan mempersembahkan pelucutan jawatan kesemua ahli exco negeri.

"Alhamdulillah saya mengadakan perjumpaan dengan Tuanku Sultan Perak. Pertamanya saya sembah maklumkan tentang semua perkara yang telah berlaku.

"Di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, UMNO dan PAS bersepakat untuk mengadakan satu gabungan dan kami telahpun mendapat majoriti 32 Ahli Dewan Negeri untuk menubuhkan kerajaan baru.

"Untuk itu saya juga terangkan apabila Bersatu keluar daripada PH maka tergugurlah kerajaan PH di negeri Perak.

"Maka selari dengan itu saya mempersembahkan warkah perletakan jawatan saya selaku Menteri Besar dan memaklumkan semua jawatan perlucutan semua ahli exco secara serta merta," katanya.

Ahmad Faizal berkata, sehubungan dengan itu bagi pihak Bersatu beliau sudah memyembahmaklumkan kepada Tuanku bahawa ketiga-tiga bersepakat untuk menerima apa sahaja titah perkenan untuk melantik seorang Menteri Besar Baru dan menubuhkan kerajaan negeri.

"Jadi, itu perkara yang saya bincangkan sembah maklum kepada dan kita akan nantikan titah selanjutnya daripada Tuanku Sultan.

"Saya memohon semua rakyat agar bersabar dan bertenang dalam menghadapi perkara ini," katanaya.

Beliau berkata, Bersatu mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 11:43 AM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-