Showing posts with label DUN Changkat Jong. Show all posts
Showing posts with label DUN Changkat Jong. Show all posts

Sunday, October 30, 2022

Changkat Jong: 'Anwar akan bincang dengan pengerusi Amanah Perak'

malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Oct 30, 2022 6:31 PM
Isu pertembungan di DUN Changkat Jong di Perak, di mana kedua-dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka, akan ditangani oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini.

Ketika ditanya berkenaan perkara itu, Mohamad berkata Amanah menyerahkan soal itu kepada Anwar dan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.

"Isu Changkat Jong ini kita serah kepada Anwar untuk buat rundingan akhir dengan Asmuni," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengapa isu itu diserahkan kepada Anwar dan Asmuni, bukannya antara pemimpin tertinggi Amanah dan DAP, Mohamad berkata ini kerana mereka ingin menyerahkan soal itu kepada "seorang sahaja, iaitu ketua PH".

Dua hari lalu, Amanah mengumumkan akan mencalonkan Muhaimin Sulam di Changkat Jong. Beberapa jam kemudian, DAP pula mengumumkan calonnya iaitu Badrul Hisham Badarudin.

Muhaimin yang merupakan naib pengerusi Amanah Perak kemudian berkata dia menerima surat daripada Mohamad yang mengesahkan pencalonannya di situ, sementara Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa presiden Amanah itu setuju bahawa DAP akan bertanding di situ.

Saturday, October 29, 2022

ULASAN | DUN Changkat Jong: 'Orang tamak selalu rugi'

malaysiakini.com
Muhaimin Sulam
Diterbitkan: Oct 29, 2022 8:00 PM
ULASAN | Kerana rasa dan kata adalah separuh nyawa saya, maka saya menulis catatan ini dengan penuh akal fikiran dan perasaan.

Nama saya sebagai calon di DUN Changkat Jong diangkat dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan Amanah pada 17 Oktober. Maknanya saya akan berdiri sebagai calon PH dalam PRU ini.

Sehari selepas itu saya memberi ucapan sayonara kepada para mahasiswa saya di universiti tempat saya bekerja. Meninggalkan dunia akademik dan terjun ke lembah politik bukanlah suatu keputusan peribadi. Jika sayangkan kerjaya yang dipenuhi idea dan fakta yang mulus-mulus, di sinilah tempatnya.

Ketika tanah air ini nazak dan rakyatnya bernafas dalam lumpur, apakah pendirian dan tanggungjawab warganegara pada nusa? Relakah untuk tanah air yang indah ini diratah-ratah oleh penyamun dan perompak atas nama pembangunan dan kemajuan?

Tarikh 19 November adalah kesempatan yang ada untuk kita melakukan perubahan. Lalu kerana itu, saya bersedia menerima amanah yang diberikan oleh parti dengan rasa tanggungjawab nasional.

Biar wujud perbezaan antara kita, keramat perubahan itu sangat perlu dan mendesak. Abaikan soal garis parti-parti politik, kelompok kaum atau agama. Semua kita mahukan kepimpinan yang mempunyai integriti, wibawa dan berkemampuan ke wawasan yang jelas dan diyakini.

Pada 25 Oktober, surat pengesahan menjadi calon ditandatangani Presiden Amanah Mohamad Sabu diemel kepada saya. Emel itu bukan watikah tetapi adalah proses watikah yang bakal ditandatangani Anwar Ibrahim, bakal perdana menteri kesepuluh.
Sudah sekian lama rakyat Malaysia mendambakan tanah air ini dipimpin oleh sosok yang dikagumi dunia timur dan barat. Semoga langkah Anwar Ibrahim bertanding di Tambun menjadi satu gelombang kesedaran rakyat menolak korupsi, penunggang agama dan iblis bertopeng wali.

Memang kerusi Changkat Jong menjadi rebutan antara PKR dan Amanah. DAP teringin juga tetapi tidak pernah disuarakan di peringkat negeri. Walaupun begitu, PKR telah memberi laluan untuk saya dijadikan pertaruhan dalam ‘the mother of general election’. Ia melalui proses perbincangan yang panjang dan berterusan.

Pada pagi 28 Oktober, saya hadir ke Wisma Amanah Perak bersama pimpinan Amanah negeri mengiringi pengerusi Amanah Perak membuat kenyataan media tentang senarai nama calon parti bagi mewakili PH di Perak yang dinamakan presiden, Mohamad Sabu.

Kemudian malamnya, DAP membuat pengistiharan senarai para calonnya di salah sebuah hotel ternama di Ipoh. Ketika itulah, pertembungan antara Amanah dan DAP tentang kerusi Changkat Jong terbuka.
Menurut sumber, ‘top three’ PH yang buat keputusan untuk DAP bertanding di Changkat Jong. Tarikh tepat agak teka-teki tetapi hanya dalam minggu ini. Jika begitu, ia menjadikan DAP bertanding 19, PKR 21 dan Amanah 19 kerusi di Perak. Ia bukan sekadar angka tetapi mempunyai nilai tertentu.

Mungkin kita terlepas pandang bahawa sistem demokrasi adalah membenarkan perbezaan dalam menentukan kepimpinan. Pelbagai parti dan pakatan politik adalah warna demokrasi. Hanya adab kita bersiasah yang mampu membentuk rupa wajah bangsa dan negara.

Dalam kita berbeza, sesekali fitnah, adu domba dan pembohongan tidak dibenarkan. Tidak kira daripada parti mana, kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian. Negara ini bukan milik PH, PN, BN, GTA atau orang politik.

PRU adalah waktu untuk rakyat membuat pemilihan masa hadapan negara. Ahli politik jangan terus dibenci dan membenci sesama sendiri. Ahli politik mempunyai tanggungjawab yang merentasi batas kaum, agama dan kelompok.

Ketamakan hanya mengundang kerugian. Pepatah Melayu menyebut, ‘orang tamak selalu rugi’. Bahkan dalam mana jua tradisi ketamadunan masyarakat, pepatah itu adalah global sifatnya.

Saya bukanlah yang terbaik. Ada di luar sana yang jauh lebih baik memberi sumbangan kepada negara. Saya hanya orang parti yang setia pada perjuangan agama, bangsa dan negara. Saya akur dengan sebarang keputusan. Soal rasa dan kata saya ini, sangat peribadi sifatnya. Soal masa hadapan negara wajib diutamakan. Malaysia boleh!

MUHAIMIN SULAM ialah penulis, penyelidik dan aktivis politik. Dia juga naib pengerusi Amanah Perak dan ahli Majlis PH Perak.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Changkat Jong tetap milik DAP, kata Loke

freemalaysiatoday.com
Bernama
-October 29, 2022 12:00 PM
Anthony Loke berkata, Amanah mengisytiharkan Changkat Jong adalah milik mereka kerana salah faham.

IPOH: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pertembungan tidak akan berlaku antara parti itu dan rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Amanah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan pengumuman calon hari ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku adalah salah faham kerana keputusan telah dibuat di peringkat ‘top three’ sebelum ini yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu manakala pengumuman calon hari ini pula adalah di peringkat negeri Perak.

“Kami telah bermesyuarat sebelum Konvensyen PH diadakan baru-baru ini. Jadi, kita bukannya umum sesuatu yang baharu, yang tiada keputusan. Ia telah dimuktamadkan di peringkat tertinggi.

“Tidak akan timbul pertembungan nanti kerana ada hanya satu wakil PH di Changkat Jong iaitu DAP. Ini salah faham yang boleh diselesaikan,” katanya.

Pada majlis itu, Loke mengumumkan parti itu akan bertanding di 19 kerusi DUN, pertambahan satu kerusi berbanding PRU14 iaitu di Changkat Jong yang diwakili Badrul Hisham Badarudin, dan lapan kerusi Parlimen, pertambahan satu kerusi iaitu Gerik yang diwakili Ahmad Tarmizi Mohd Jam.

Pagi tadi, Amanah Perak dilapor akan bertanding di 20 kerusi DUN termasuk Changkat Jong yang diwakili Naib Pengerusi negeri Muhaimin Sulam.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 24 kerusi Parlimen.

Terdahulu Ketua Amanah Teluk Intan Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata, penetapan semua kerusi yang ditandingi Amanah mewakili PH adalah seperti diumumkan dalam Majlis Pengumuman Calon Amanah Perak pagi tadi oleh pengerusi Amanah Perak merangkap pengarah pilihan raya Amanah Nasional, Asmuni Awi.

“Di peringkat Amanah Teluk Intan, kami tidak menerima sebarang perubahan melibatkan DUN Changkat Jong daripada Jawatankuasa Amanah Negeri Perak mahupun kepimpinan di peringkat nasional.

“Hal ini berikutan kedudukan DUN pasir Bedamar yang berada dalam Parlimen Teluk Intan telah pun ditandingi oleh DAP dan kerusi Parlimen Teluk Intan juga ditandingi oleh DAP.

“Maka mengikut persefahaman bersama, bagi kerusi DUN Changkat Jong, persetujuan dicapai untuk diberikan kepada Amanah berdasarkan komposisi dua kerusi DAP dan satu kerusi Amanah,” katanya.

Wednesday, May 1, 2013

Calon BN Changkat Jong ni dah pun terkenal dengan banyak 'projek' nye ...............

Rakyat Changkat Jong Dingatkan Jangan Tertipu Kali Kedua.



Rakyat di Changkat Jong dinasihatkan supaya tidak tertipu buat kali kedua dengan pembangkang dengan memilih semula mereka sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong, Azhar Jamaluddin berkata pembangunan ekonomi kawasan tersebut ketinggalan jauh di belakang berikutan kegagalan penyandang kerusi yang gagal membawa sebarang perubahan kepada penduduk.

“Sepatutnya ia (pembangunan) boleh dibawa tetapi disebabkan ketiadaan wakil yang sah maka projek pembangunan diberikan kepada daerah lain.


Wak tak heran kalu calon BN Changkat Jong ni sebut tentang ('projek?'). Kesah tentang projek2 calon BN memang dah pun mule tersebar dan menjadi bualan penduduk DUN Changkat Jong ni.

Sepengtahuan Wak PR cume baru berkuase satu penggal saje, DUN Changkat Jong ni dikuasai oleh BN dari semenjak PRU yang pertame. Ketike itu ADUN nye yang pertame ialah Pn Som Abdullah, selepas tu di ambil aleh oleh Tn Hj Darus, kemudian Datuk Arshad Abdullah dan terakhir En Onn.

BN tewas semase Onn di gugurkan dan di gantikan dengan Idris Hashim pade PRU 12 yang lepas. Idris Hashim di tewaskan oleh calon PAS iaitu Tn Hj Anwar Sudin. 

Selame empat keturunan pemimpin2 UMNO berlalu ape kah pembangunan yang telah di buat oleh UMNO terhadap orang melayu? Adekah kerane DUN Changkat Jong di ambil aleh oleh PAS ianye menjadi mundur dalam satu penggal? Boleh kah orang UMNO sebutkan ape pembangunan yang telah di buat untuk orang melayu atau pun penduduk2 di kawasan Changkan Jong selame di perintah BN?

Tanye penduduk kampung batu 8 Changkat Jong tentang berape ramai bumiputera yang masih hidup menjadi pelarian(setinggan) di bumi nye sendiri? Dan jangan lupe tanyekan juge berape ribu hektar tanah hutan yang di berikan kepade bukan melayu? 

Tanah2 hutan yang telah di jadikan ladang2 kelape sawit milik bukan melayu ini bermule dari Ladang Ganda, Sungai Samak, Sungai Manila, Besaut, Ulu Basir dan banyak lagi sehinggekan sukar di sebut. Ini lah hasil pembangunan yang di laku kan oleh pemimpin2 UMNO. Melayu terpinggir dan terus merimpat di bumi sendiri.
  

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-