Showing posts with label Istana Nagara. Show all posts
Showing posts with label Istana Nagara. Show all posts

Wednesday, November 23, 2022

BN seolah ingkar titah Agong

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe
0 1 minute read
'Ada sesuatu tak kena di pihak BN, bukan Istana Negara'

BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Permohonan Barisan Nasional (BN) menangguhkan sembah menghadap Yang Di-Pertuan Agong dilihat sebagai perbuatan ingkar dan menunjukkan ada ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya dalam parti itu.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, BN tidak sepatutnya menyulitkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan tugas.

Dakwanya, percubaan menghalang titah yang telah dikeluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menyempurnakan tugas baginda.

“Sewajarnya BN lebih terbuka dan telus dengan orang ramai kerana ini adalah perkara menyentuh kepentingan ramai.

“Kini jelas ada sesuatu yang tidak kena dipihak BN dan bukannya Istana Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pemimpin utama BN, khususnya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan daripada MIC, MCA serta sejumlah besar ahli Parlimen BN telah secara terbuka menyatakan penolakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk mempertahankan dasar parti.

“Ini menjadi bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah gagal mendapat cukup bilangan kerana beliau memerlukan sekurang-kurangnya 27 daripada 30 MP BN.

“Terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah menghadap, kerana jika itu berlaku sudah pasti rancangan dan komplot murid dan guru akan gagal,” katanya.

Menurut Annuar, penangguhan itu jika diperkenankan akan meletak baginda dalam keadaan serba salah dan mungkin dituduh bekerjasama dengan satu pihak tertentu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong hanya mahu kemelut ini disempurnakan dengan baik serta berperlembagaan.

“Ini bakal mendedahkan Istana Negara kepada pelbagai tuduhan yang tidak wajar. BN perlu telus dengan memberi perkembangan perkara sebenar.

“Hal ini juga meletakkan BN sebagaie parti yang dilihat berterusan menimbulkan masalah kepada rakyat, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

“Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat. Semuanya berpunca dari satu orang. Parti menanggung akibat. Belum cukupkah lagi kerosakan yang telah dibawa kepada parti ini?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tuesday, August 17, 2021

MP diarah calonkan PM secara bertulis sebelum 4 petang esok

malaysiakini.com
Diterbitkan 17 Aug 2021, 12:23 pm
Dikemaskini 12:47 pm


Dikemas kini dengan laporan penuh.

Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.

Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis.

Surat itu mesti disahkan sebagai benar.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi ini, atas titah Yang di-Pertuan Agong.

"Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat sebagai perdana menteri.

"Pada pelaksanaan titah perintah Kebawa Duli Yag Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada yang berhormat untuk menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh yang berhormat untuk menjadi perdana menteri yang kesembilan," kata Azhar melalui notis tersebut.

Jelas notis itu lagi, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:
Identifikasi anggota parlimen secukupnya.
Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.

Tandatangan.

Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi yang berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan.

"Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan Covid-19 di Istana Negara," katanya.

Tegas Azhar, perlu dijelaskan mana-mana surat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.

"Ahli-ahli parlimen diingatkan supaya menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara ini," katanya dalam notis pemberitahuan yang dilihat Malaysiakini itu.

Tuesday, April 20, 2021

Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Darurat serah surat kepada Istana Negara

ismaweb.net
Siti Hafidah

Dakwa darurat bawa kesan buruk daripada pelbagai sudut


KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat hari ini menghantar surat kedua kepada Istana Negara memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Difahamkan surat berkenaan, yang diserahkan Pengerusi jawatankuasa itu Khalid Abdul Samad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

Turut hadir di pekarangan Pintu 3 Istana Negara ialah Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu, Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berharap permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dapat diberi pertimbangan.

Pengarah Komunikasi PAN itu mendakwa pengisytiharaan darurat telah membawa kesan buruk daripada pelbagai sudut terutama ekonomi dan kestabilan politik.

“Kami tuntut darurat ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang seperti biasa,” kata beliau sambil menambah jika permohonan itu tidak mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah, pihaknya akan sekali lagi menghantar surat permohonan beserta bahan bukti tambahan yang perlu.

Surat permohonan menghadap yang pertama diserahkan pada 26 Mac lepas.

 – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tuesday, October 13, 2020

Anwar dah tiba di Istana Negara

 malaysiakini.com

Dikemaskini Hari ini 11:07 am

Hari ini semua perhatian tertumpu ke arah presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang.

Kira-kira jam 10.25 pagi, Anwar dilihat memasuki kawasan istana dan kenderaan itu berlalu tanpa kelibat pemimpin Pakatan Harapan itu menurunkan tingkap kereta.

Menjawab persoalan media, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi ini dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.

Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.

“Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan.

“Saya mohon maaf di atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif,” katanya dalam teks pesanan yang dikongsikan kepada media dalam kumpulan WhatsApp rasmi PKR.

Setakat jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 50 petugas media dilihat menunggu di hadapan Pagar 2 Istana Negara manakala beberapa anggota polis turut dilihat berkawal di kawasan berdekatan.

Sementara itu, Istana Negara ada mengagihkan makanan kepada pihak media yang menunggu di luar.

Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno - termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.

Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak didedahkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran pendek di Facebook, Anwar menyatakan harapannya agar urusan hari ini dipermudahkan.

Thursday, March 26, 2020

Agong, Raja Permaisuri negatif Covid-19, kuarantin 14 hari

Bernama
Diterbitkan Hari ini 1:39 pm


Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.

“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.

“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19. Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.

Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.

“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya.

-Bernama

Saturday, February 29, 2020

Istana bakal sibuk lagi pagi ini?


KUALA LUMPUR : Istana Negara dijangka akan sibuk sekali lagi apabila desas-desus menyatakan akan ada peristiwa besar berlaku sekali lagi hari ini.

Pihak media dijangka akan berkampung di sini sekali lagi.

Menurut sumber, selepas KDYMM Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan kenyataan mengenai tiada siapa yang berjaya mendapat majoriti semalam, maka episod baharu akan bermula lagi.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Majlis Tertinggi Bersatu, dan kemudiannya ahli Parlimen Bebas yang bersama Dato’ Seri Azmin Ali juga menyatakan sokongan.

Lewat petang Jumaat, Muafakat Nasional pula menyatakan sokongan kepada pencalonan itu.

Situasi makin menarik, dapat dilihat Pakatan Harapan semakin cemas dengan beberapa kenyataan provokasi kini mula keluar.

Jika dilihat trend laporan portal yang memihak kepada DAP dan PH, menjurus kepada cuba memberi gambaran negatif jika gabungan MN-Bersatu dan beberapa parti lain berjaya mencetus kerajaan baharu.

Apa pun perkembangan dari semasa ke semasa akan diberikan mengenai sebarang pembentukan kerajaan yang mungkin berlaku.

HARAKAHDAILY 
29/2/2020

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-