Showing posts with label Dr Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Dr Wan Azizah. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

Wan Azizah bertanding di Bandar Tun Razak

malaysiakini.com
Ng Xiang Yi
Diterbitkan: Oct 25, 2022 6:23 PM
Bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, bakal berpindah dari kawasan Pandan untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Bandar Tun Razak.

Perkara itu disahkan beberapa pemimpin pusat dan cabang PKR kepada Malaysiakini.

Menurut mereka, pengumuman mengenai pencalonan Wan Azizah di kerusi parlimen tersebut dijangka dibuat pada Jumaat ini.

Seorang pemimpin pusat berkata, PKR meletakkan bekas presiden mereka di Bandar Tun Razak kerana dua ahli parlimen sebelum ini menongkah kehendak parti.

"PKR sudah memenangi kerusi Bandar Tun Razak sejak 2008 tapi dua ahli parlimen terdahulu akhirnya meninggalkan parti.

"Kami mengakui keyakinan pengundi kepada PKR (di kawasan berkenaan) tidak begitu stabil, justeru kami perlu meletakkan seorang pemimpin utama untuk mempertahankannya," kata sumber berkenaan.

Untuk rekod pada 2008 dan 2013, PKR meletakkan Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon pembangkang di kawasan berkenaan. Dia turut bertanding - dan menang - di kerusi DUN Ijok.

Tinggalkan PKR

Bagaimanapun tokoh korporat yang disegani itu dipecat dari PKR pada 2014 selepas enggan mengikut keputusan pimpinan partinya.

Ketika itu PKR mahu Abdul Khalid berundur dari jawatannya sebagai menteri besar Selangor bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Sebelum itu PKR cuba menaikkan Anwar Ibrahim sebagai menteri besar namun tergendala ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan ahli politik terbabit dalam kes liwat kedua.

Pada PRU ke-14 yang berlangsung pada 2018, PH meletakkan Kamarudin Jaffar sebagai calon dan dia memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti hampir 20,000.

Pada 2020 Kamarudin menjadi sebahagian daripada ahli parlimen PKR yang terlibat dalam Langkah Sheraton dengan berpaling tadah membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

Sementara itu seorang pemimpin PKR setempat memberitahu Malaysiakini, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai pencalonan Wan Azizah dan bersedia berkempen untuknya.

Sebelum menjadi ahli parlimen Pandan, Wan Azizah pernah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan 2015 hingga 2018.

Wan Azizah bertanding di situ bagi menggantikan Anwar yang dihukum penjara.

[Baca berita asal]

Saturday, September 19, 2020

PM untuk semua rakyat bukan pengundi Kerajaan Persekutuan sahaja

Oleh MALAYSIA DATELINE
September 19, 2020


Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri tidak sepatutnya menggunakan isu bantuan untuk meraih undi, tegas Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Muhyiddin harus menjadi Perdana Menteri untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu sentiasa mengutamakan kebajikan yang saksama. Di bawah protfolio saya sendiri saya telah memberi geran RM10 juta untuk penubuhan 65 buah Taska antaranya di Jabatan Penjara Negeri Sabah, MRSM Tun Mohamad Fuad Stephen, Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (Cawangan Sandakan) dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran).

“Pada tahun lalu, kerajaan PH telah membantu seramai 496,518 orang penerima bantuan di seluruh negara melalui peruntukan sebanyak RM1.765 billion di bawah Bantuan Sosio Ekonomi JKM.

“Daripada jumlah itu, RM165 Juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA Sabah) yang memberi manfaat kepada 40,743 orang penerima bantuan,” katanya.

Tambahnya yang menasihati kerajaan hari ini supaya meneruskan usaha murni Kerajaan PH dalam merencana pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, 22 bulan kerajaan Warisan + PH memerintah Sabah, telah banyak polisi yang berteraskan kebajikan rakyat dilaksana.

Namun katanya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu masyarakat di Sabah ini.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat Sabah untuk keluar mengundi pada 26 September ini dan buat pilihan yang tepat.

Wan Azizah mengambil cakna masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah yang berada semenanjung ingin pulang mengundi.

Justeru, beliau mencadangkan kepada syarikat penerbangan untuk memberi diskaun khas kepada mereka ini.

“Semangat patrotisme dan cintakan tanah air yang wajar ditunjukkan oleh syarikat penerbangan tanah air. Saya turut terkesan dengan masalah pembangunan di Sabah ini,” katanya.

Wednesday, June 17, 2020

Wan Azizah pertahan bekas timbalannya berkait isu kahwin bawah umur

FMT Reporters
-June 17, 2020 6:24 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.

PETALING JAYA: Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan bekas timbalannya, Hannah Yeoh yang disiasat polis berhubung tweet mengenai isu perkahwinan bawah umur dengan menggesa pihak berkuasa berlaku adil dan mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.

Beliau mempersoalkan jika salah untuk Yeoh menyuarakan kebimbangan berhubung status Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur kerana Kelantan tidak bersetuju menaikkan had umur minimum perkahwinan.

“Tujuh negeri, iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan menyatakan tidak bersetuju dengan draf membabitkan pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 dengan menetapkan umur minimum perkahwinan wanita kepada 18 tahun.

“Adakah salah bagi Hannah Yeoh yang turut sama merangka pelan strategi tersebut bertanya mengenai status dan kemajuan pelan tersebut kepada Siti Zailah Mohd Yusoff?” soalnya dalam kenyataan hari ini merujuk pengganti Yeoh yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang di Kelantan.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, pelan berkenaan dilancarkan susulan kesukaran Putrajaya mencari penyelesaian berkaitan perkahwinan bawah umur kerana urusan perkahwinan umat Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Semalam, Yeoh memaklumkan beliau dipanggil Bukit Aman berhubung satu catatan Twitternya 3 bulan lalu mengenai perkahwinan bawah umur.

Dalam tweetnya pada 9 Mac lalu, Yeoh mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selepas pelantikan penggantinya, Siti Zailah daripada PAS.

Bernama memetik Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid sebagai berkata, Yeoh dipanggil memberi keterangan pada 23 Jun ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur dilancarkan pada Januari lalu untuk memastikan peraturan, garis panduan dan undang-undang di peringkat negeri berhubung perkara itu sejajar dasar persekutuan.

Pelan itu mengandungi program dan tindakan untuk menangani 6 faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan kanak-kanak seperti kemiskinan dan kekurangan akses kepada pendidikan.

Wednesday, April 29, 2020

Azizah jawab Zahid: Derma AS$50 juta dari Qatar salur terus ke NGO


Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari berkata sumbangan AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan.

Sebaliknya, dana itu disalurkan terus kepada beberapa NGO berkaitan dengan Yayasan Kebajikan Negara cuma menjadi penyelaras.

Penjelasan Wan Azizah yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dibuat selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan wang itu masuk ke dalam akaun peribadinya.

Zahid juga menggesa PH untuk tampil dengan penjelasan.

"Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

"Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

"Keputusan kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Azizah turut menjelaskan kerajaan PH mengatur pentadbiran bantuan pelarian sebegitu rupa sebagai cara untuk memastikan ketelusan dan pengurusan yang baik.
Pada hantaran di media sosial, Zahid mendakwa AS$50 juta (kadar pertukaran semasa RM217.7 juta), yang pada awalnya dijanjikan oleh Qatar kepada pentadbiran BN terdahulu, telah diterima oleh kerajaan PH selepas PRU14.

Zahid pada hantarannya turut berkongsi pautan hantaran Dr Wan Azizah pada Nov 2018 yang mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Qatar atas sumbangan itu.

Pada kenyataan hari ini, Wan Azizah menjelaskan bantuan kemanusian daripada Qatar Fund for Development (QFFD) kepada pelarian Rohingya diperuntukkan dalam tiga sektor - kesihatan, pendidikan dan kehidupan berdikari.

"Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

"Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak AS$5 juta atau AS$15 juta untuk tiga tahun.

"Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

Walaupun pemerintah Qatar menyatakan komitmen untuk menyalurkan bantuan selama tiga tahun, namun pihak Qatar juga menyebut kemungkinan untuk melanjutkan lagi bantuan tersebut selama tiga tahun lagi, mengikut keperluan pada waktu itu bagi memastikan kemampanan program berkenaan.

Kata Wan Azizah bantuan Qatar telah membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia untuk membantu Rohingya.

Anggota Parlimen Pandan itu, bagaimanapun, mendesak kerajaan Myanmar untuk memikul tanggung jawab terhadap pelarian besar-besaran Rohingya dan bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada negara-negara jiran.

Sunday, January 26, 2020

Jangan cetus panik, M'sia ada pengalaman tangani kes virus - Wan Azizah

BERITA

Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel coronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.

“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia.

"Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain," nasihat timbalan perdana menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel coronavirus di Putrajaya hari ini.

Malah katanya status virus coronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik.

"Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster.

"Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas dengan kluster penyakit kluster virus yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini merebak ke 14 buah negara dimana dilaporkan empat kes positif di Malaysia.

"Penyakit ini terkawal, jadi kita tidak mahu panik dan keadaan masih terkawal," katanya.
Selain empat kes positif tersebut, Dr Wan Azizah berkata 23 kes disahkan negatif dan masih terdapat empat kes yang masih menunggu keputusan makmal.

Jelasnya KKM memberi kerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kementerian kesihatan negara-negara jiran berhubung dengan situasi penyakit tersebut.

"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut membentang langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon Kementerian bagi mengelak penularan kluster penyakit ini, termasuk melakukan saringan kesihatan terperinci di pintu masuk antarabangsa negara, dan pemantauan rapi di semua peringkat koodinasi menerusi pengaktifan bilik gerakan di peringkat daerah, negeri dan pusat," katanya.

"Sebelum memasuki ke pesawat juga, wakil Malaysia Airlines akan melakukan saringan dengan bertanya soalan-soalan kepada penumpang untuk memberi kita pengetahuan adakah mereka berisiko untuk masuk ke negara kita," katanya.

Pada masa yang sama katanya Wisma Putra terus memantau rapat keadaan 49 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional dan tidak ada keperluan untuk melakukan evakuasi buat masa ini.

"Pihak Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah mengeluarkan dua nasihat perjalanan kepada semua rakyat Malaysia di China dan menangguhkan sebarang perjalanan ke 13 wilayah yang dianggap berisiko di China," katanya.
Pesakit dikuarantin di hospita di Wuhan, China.
Hasil mesyuarat itu katanya beberapa cadangan dibuat termasuk kawalan kemasukan di pintu masuk negara diperketatkan.

"Ini termasuk semua penumpang penerbangan dari China termasuk warganegara Malaysia wajib melalui saringan kesihatan terperinci," katanya.

Selain itu beliau berkata semua rakyat Malaysia yang telah melawat atau pulang bercuti dari Wuhan khususnya yang mengalami simptom, diminta untuk melaporkan diri segera ke hospital terdekat bagi pemeriksaan kesihatan.

"Manakala mereka yang tidak mempunyai simptom dikehendaki memantau status kesihatan masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari China," katanya.

Pada masa yang sama katanya difahamkan bahawa pihak China telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar dan masuk di Wuhan, dan telah tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganegaranya ke luar negara bermula 23 Januari, 2020.

Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan semua rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Wuhan.

"Orang ramai turut diingatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan; serta segera mendapatkan rawatan di hospital sekiranya mengalami simptom," katanya.

Beliau juga meminta pihak hospital swasta melaporkan segera kepada KKM bagi mana-mana kes penyakit berjangkit.

Beliau turut meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak KKM dan agensi kerajaan yang berkaitan dan semua pihak dinasihatkan agar tidak menimbulkan keadaan tidak tenteram dengan menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak pasti.

Situasi belum sampai tahap henti visa

Mengenai soalan adakah visa pelancong dari China akan dihentikan, beliau berkata mengikut saranan WHO situasi di negara ini belum sampai ke tahap itu.

Beliau berkata pihak kerajaan akan menambah mesin pengesan haba di pintu-pintu masuk negara selain akan mengambil suhu semua penumpang.

"Namun ada penumpang yang tidak ada gejala pun, tetapi mereka adalah pembawa," katanya namun pihak berkuasa akan cuba mengesan sejarah hubungan dengan orang lain yang pernah dilakukan penumpang sebelum ini.

Mengenai status pelancong Wuhan yang telah berada di Malaysia, katanya masalah logistik turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Kalau dah ramai kita nak letak kat mana, kerana mereka sihat dan tidak menunjukkan simptom kita nak kuarantin, jadi kita nak letak kat mana dan itu kita akan kita bincangkan dengan Kedutaan China di Malaysia," katanya.

Menjawab soalan mengenai "berita" yang menyatakan bahawa Filipina telah menyekat kedatangan warganegara China, Dr Wan Azizah berkata pihaknya telah mendapatkan pengesahan bahawa negara itu hanya menyekat pelancong dari Wuhan, langkah yang sama telah diambil oleh Malaysia.

- Bernama

Wednesday, January 8, 2020

TPM, menteri lawat sekolah Puchong, sokong hiasan Tahun Baru Cina

Nur Hasliza Mohd Salleh
-January 8, 2020 6:22 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi beberapa anggota Kabinet bergambar di lobi utama SMK Pusat Bandar Puchong I yang mempunyai hiasan Tahun Baru Cina.

PUCHONG: Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama beberapa menteri hari ini melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong I yang dibidas sebuah parti Melayu kerana hiasan sambutan Tahun Baru Cinanya, untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjaga perpaduan negara.

Antara yang hadir ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Luar, Saifudin Abdullah: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Rombongan itu yang tiba pada 4.45 petang disambut Pengetua Rohani Mohd Noor, guru dan sebahagian pelajar sesi petang.

Wan Azizah berkata, hiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan perayaan kaum lain di sekolah tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Selama kita merdeka, tidak pernah jadi isu tentang tanglung atau perayaan yang kita sambut dalam masyarakat yang majmuk.

“Janganlah sebab ini kita nak pecah belahkan (perpaduan) negara kita,” katanya.

Dr Wan Azizah Wan Ismail menandatangani sebuah tanglung untuk digantung di SMK Pusat Bandar Puchong I sempena ketibaan Tahun Baru Cina pada akhir bulan ini.

Difahamkan, hiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu menjadi tradisi SMK Pusat Bandar Puchong I sejak 10 tahun lalu.

Wan Azizah meluangkan 30 minit berjumpa dengan guru dan pelajar di lobi utama sekolah itu yang mempunyai hiasan Tahun Baru Cina itu.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dalam surat yang ditujukan kepada pengetua memaklumkan ia menerima aduan ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan “berlebihan” Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan.

Putra dalam surat itu berkata, tindakan sekolah berkenaan bertentangan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana ibu bapa merasakan hiasan terbabit ialah cubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain kepada pelajar Islam.

Friday, December 6, 2019

Akmal ucap terima kasih Azmin sudi hadir

Diterbitkan 5 Dis 2019, 11:52 malam

BERITA

KONGRES PKR | Di tengah-tengah pergeseran konflik dalaman parti yang melibatkan kumpulan presiden PKR dan orang keduanya, Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir, malam ini berterima kasih terhadap Azmin Ali kerana sudi merasmikan kongres nasional tahunan sayap parti itu.

Ketika menyampaikan ucapannya di MITC di Ayer Keroh, Melaka ahli parlimen Johor Bahru itu berkata perubahan yang berlaku dalam masa 24 jam menjadi bukti penting bahawa mereka mampu untuk mendepani cabaran demi kepentingan bersama.

Perubahan 24 jam itu dipercayai merujuk kepada keputusan dicapai dalam perjumpaan tertinggi parti yang dipengerusikan presiden parti Anwar Ibrahim di bangunan parlimen semalam.

Melalui perjumpaan itu, pimpinan tertinggi mencapai kompromi apabila mengekalkan tradisi memberi ruang kepada timbalan presiden merasmikan kongres sayap parti.

Pergeseran dalaman di antara dua kumpulan itu sebelum ini menyaksikan sebahagian pemimpin AMK menjemput bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi perasmi.

Melalui persefahaman yang dicapai semalam, Azmin kekal merasmikan kongres sayap PKR, manakala Dr Wan Azizah menutupnya.

Anak muda dah tak sokong

Antara yang menghadiri pertemuan itu ialah Azmin, Naib Presiden PRK, Zuraida Kamaruddin, Abdul Rashid Hasnon, R Sivarasa, Elizabeth Wong dan Amirudin Shari.

"Semalam sewaktu bersama (mesyuarat khas) Biro Politik (saya) sangat rendah diri dan terharu apabila pimpinan kita, presiden dan timbalan presiden duduk bersama merungkai mencari jalan bagaimana agar dapat bekerjasama dan perkuatkan parti.

"Mungkin dalam beberapa bulan ini pendirian kami sedikit berbeza tapi dalam soal parti dan kongres kita letak semua itu ke tepi dan angkat parti bersama-sama," ujarnya.
Meskipun, 'diapit' kumpulan penyokong kuat kem Azmin, Akmal menegaskan masalah sebenar parti itu bukanlah berlaku di peringkat dalaman namun berlaku di luar parti.

"Lihat baru-baru ini bagaimana PRK (Tanjung Piai) anak-anak muda tidak lagi menunjukkan sokongan kepada kita," tambahnya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan pimpinan tertinggi parti semalam, Akmal menjelaskan mereka mencapai kata sepakat untuk memutuskan pimpinan yang akan merasmikan pembukaan dan penutup bagi kongres wanita dan pemuda.

"Perbincangan semalam kita setuju hari ini kita raikan timbalan presiden dan esok pula kita akan raikan Dr Wan Azizah dalam majlis penutup bersama," katanya sambil tersenyum.
Dalam ucapannya malam ini, Akmal turut menggesa pembabitan semua pihak - sama ada AMK dan Wanita - dalam menelusuri perjalanan mereka sebagai sebuah parti.

Beliau yang menegaskan PKR sebuah parti yang menegakkan semangat reformasi, prinsip berbilang bangsa harus menolak kezaliman dalam amalan politik mereka dan tidak seharusnya mencontohi parti lawan yang sering memainkan isu perkauman dalam perjuangan mereka.

Berpesan kepada perwakilan yang akan terlibat dalam kongres hujung minggu ini, Akmal memberitahu agar mereka menjaga adab ketika kongres dan berhujah sebaiknya.

"Kita bina parti ini dari bawah, bermula dari jalan raya kini kita di Putrajaya.

"Biar selepas kongres apa yang dibincang dan diputuskan menjadi cabaran buat kita semua untuk dibawa pulang ke kawasan masing-masing," tambahnya.

Beliau yang mengakhiri ucapan dengan berterima kasih kepada Azmin dan mengajak perwakilan serta pimpinan untuk bersatu hati bersama presiden turut menerima sorakan gemuruh daripada para hadirin yang memenuhi dewan persidangan.

Friday, August 30, 2019

Wan Azizah: Nanti PM kosongkan, adalah jawatan

News | Diterbitkan Hari ini 6:52 petang 


Diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam tentang tiada kekosongan jawatan dalam kabinet, secara bersahaja Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kekosongan itu akan ada sekiranya pengerusi PH itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri seperti dijanjikan.

“Saya kira (akan berlaku kekosongan dalam kabinet) kalau PM (perdana menteri) kosongkan (jawatan), itu (seperti) yang dijanjikan,” katanya menjawab soalan pemberita ketika kunjungan ke CyberSecurity Malaysia hari ini.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau tidak tidak pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet Dr Mahathir dan akan menunggu gilirannya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri seperti yang dipersetujui PH.

Kenyataan Dr Mahathir itu menguatkan lagi spekulasi yang melihat kemungkinan Anwar tidak akan menjadi perdana menteri.

Semalam, Dr Mahathir memberi gambaran bahawa Anwar tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan kabinetnya apabila beliau membuat perubahan kecil dalam portfolio jemaah menteri tidak lama lagi.

"Kami tidak mempunyai apa-apa perubahan atau pertambahan bilangan (anggota) kabinet.

"Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar)," kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai "penjelasan yang mengarut".

Dalam kenyataan medianya sempena Hari Merdeka, ahli parlimen Klang itu memberi gambaran masa depan kerajaan PH sebagai tidak cerah, namun menggesa agar rakyat tidak putus harapan.

"Saya maklum dengan cakap-cakap di akar umbi. Rakyat kini sanggup memberi peluang kepada Anwar, bimbang Dr Mahathir kembali kepada helah lama," katanya Santiago.

Friday, December 21, 2018

Izzah mual dan muak, kata Anwar

Diterbitkan 21 Dis 2018, 7:03 petang |



Nurul Izzah Anwar mual dan muak dengan "telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat," kata presiden PKR yang juga ayah kepada MP Permatang Pauh itu.

Anwar Ibrahim menjelaskan misalnya Izzah kecewa dengan tindakan anggota parlimen yang keluar parti.

"Saya telah berbincang bersama Nurul Izzah dengan panjang lebar tentang niat beliau untuk melepaskan kesemua jawatan yang disandang.

"... yang jelas adalah kerancakan perkembangan politik yang terus menerus sejak 9 bulan yang lalu membuatkan beliau mual dan muak dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.

"Sebagai contoh, beliau menyatakan kekecewaan dengan aksi ahli-ahli parlimen yang melompat menyelamatkan nyawa politik, tetapi apa yang lebih parah adalah mereka dimanfaatkan untuk rencana yang jelek," kata Anwar dalam suatu kenyataan hari ini.

'Pemimpin parti tamak'

Menurut MP Port Dickson itu lagi, tindakan Izzah melepaskan semua jawatan parti termasuk jawatan naib presiden PKR yang meraih undi tertinggi secara tidak langsung mengkritik segelintir pemimpin parti yang "tamakkan kepentingan peribadi."

"Saya beranggapan ianya sememangnya konsisten dengan watak beliau yang berani menyatakan pendapat dan prinsipnya.

"Dengan (melepaskan semua jawatan PKR) secara tidak langsung, Nurul Izzah mengkritik (beberapa) kerat pimpinan parti yang lebih tamakkan kepentingan peribadi daripada kesatuan parti," katanya.

Anwar juga berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tidak memberi sebarang makna jika agenda reformasi disabotaj.

"Peristiwa 9 Mei sesungguhnya adalah suatu anjakan besar buat negara yang membawa pelbagai maksud, tetapi kejayaan kita dalam usaha perluasan dan pemekaran ruang demokratik tidak akan ada sebarang makna sekiranya agenda reformasi disabotaj," jelasnya lagi.

Nurul Izzah yang juga anak pasangan presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat kejutan baru-baru ini apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan dalam parti, termasuk naib presiden.

Bagaimanapun, beliau kekal anggota parlimen Permatang Pauh dan ahli biasa PKR.

Monday, July 9, 2018

Pemuda PKR harap Anwar tanding presiden


Pemuda PKR berharap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan presiden bagi pemilihan parti akan datang.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini kerana Anwar mampu membawa parti itu ke tahap lebih tinggi.

"Selepas 20 tahun reformasi, PKR dan pemilihan (parti) 2018 mempunyai peluang luar biasa dan bersejarah untuk menjadi parti progresif dan berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai presiden, Nik Nazmi berkata, Anwar akan disokong sebuah pasukan yang muda, dinamik dan majmuk.

Katanya lagi, ia juga akan memberi kepastian kepada semua pihak - anggota, penyokong, parti komponen dan orang ramai - bahawa 'Malaysia Baru' sedang dibina.

Semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk berundur sebagai presiden jika suaminya itu memutuskan untuk bertanding dalam pemilihan parti yang akan bermula hujung Ogos ini.

Bagaimanapun, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ada pihak dalam parti yang merasakan Wan Azizah perlu diberi penghormatan untuk terus memegang jawatan itu bagi penggal kedua - penggal terakhir - selepas membawa parti mencapai kejayaan pada PRU lalu sehingga menjadi blok terbesar dalam HARAPAN.

Nik Nazmi menyatakan penghargaan ke atas kesediaan Wan Azizah untuk melepaskan kerusi presiden.

"Kami berterima kasih atas kesediaannya meletakkan kepentingan negara dan parti sebelum diri sendiri. Beliau telah melakar sejarah bukan saja sebagai timbalan perdana menteri pertama, tetapi perintis bagi wanita Malaysia dalam politik," katanya yang juga anggota parlimen Titiwangsa.

Sebelum ini Anwar pernah dua kali cuba bertanding jawatan presiden namun terpaksa menarik diri ekoran kekangan undang-undang.

Pertama pada 2007 ketika beliau masih dalam tempoh larangan memegang jawatan politik selama lima tahun selepas tamat hukuman penjara pada 2004, kali kedua pada 2014 namun sekali lagi terpaksa membatalkan pencalonan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes Liwat II.

Tuesday, July 3, 2018

PH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet

Oleh Justin Ong

Selepas pelantikan terbaru 13 baki anggota kabinet hanya ada lima wanita sebagai menteri dan empat timbalan menteri daripada 26 kementerian.Foto oleh: Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Pakatan Harapan (PH) memungkiri manifestonya untuk memberi kuota 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Selepas pelantikan terbaru 13 baki anggota kabinet, hanya ada lima wanita sebagai menteri dan empat timbalan menteri daripada 26 kementerian.

Hanya 19 peratus lantikan menteri diwakili wanita manakala 16 peratus bagi timbalan menteri.

Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka yang mengganggotai kabinet ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin.

Bagi timbalan menteri, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Isnaraissah Munirah Majilis dan Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman, 26, pula memadam rekod pemimpin paling muda dalam kabinet yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Najib menjadi menteri belia dan sukan ketika berusia 33 tahun. Pada 1978, beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos pada umur 25 tahun.

Tuesday, January 9, 2018

Gandingan Mahathir-Azizah tunjuk Melayu kuasai PH, kata penganalisis

Melissa Darlyne Chow
January 9, 2018

Langkah itu penting kerana Umno selalu mendakwa Pakatan Harapan dikawal DAP.
GEORGE TOWN:   Gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menerajui kerajaan Pakatan Harapan adalah usaha meyakinkan pengundi Melayu yang gabungan itu dikuasai orang Melayu sepertimana Barisan Nasional (BN), kata pemerhati.

Awang Azwan Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata langkah itu penting kerana BN dan Umno selama ini mendakwa PH dikuasai Lim Kit Siang dan partinya, DAP.

“Ramai pengundi Melayu percayakan propaganda itu dan risau tentang menyokong PH.

“Memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri akan menarik lebih ramai penyokong Umno yang biasa menyokong dan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri,” katanya.

Oleh itu, katanya, pilihan seperti itu akan memudahkan golongan pengundi Melayu bertukar kesetiaan mereka.

“Ini kerana Dr Mahathir pernah bersama Umno, dan menyokong beliau sama seperti menyokong idealisme sebuah parti berasaskan Melayu, seperti PPBM, yang diterajui Dr Mahathir dan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Awang Azman.

Ahad lalu, PH pada konvensyennya menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah masing-masing sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya gabungan itu menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mengenai pemilihan Wan Azizah, Awang Azman berkata penyertaan beliau penting kerana faktor keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi teras dalam mana-mana rundingan tentang pelantikan dalam PH.

“Ini kerana keluarga Anwar yang memulakan perjuangan itu, dan menjadi simbol gerakan reformasi, selepas melalui banyak perjuangan politik.

“Jadi gandingan Dr Mahathir dan Wan Azizah ialah fasa baharu PH meraih sokongan lebih besar dan lebih berimpak dalam meraih undi yang diperlukan untuk menawan Putrajaya,” katanya.

PH pada Ahad turut mengumumkan penyelesaian rundingan kerusi antara 4 parti itu di peringkat Semenanjung Malaysia.

PPBM akan bertanding di 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.

Awang berkata PPBM dan PKR lebih tertumpu kepada kerusi Umno, sementara DAP sudah mencapai tahap tepu dari segi kerusi majoriti Cina.

“Lebih penting ialah ia strategi politik terbaik untuk menangkis tanggapan PH dikuasai DAP atau etnik Cina, sentimen yang sering dimainkan BN.”

Tuesday, July 25, 2017

Bukan setakat Permatang Pauh, PAS akan tanding semua kerusi PKR

 AIDCNEWS
AIDCNews -25/07/17 –Bukan hanya di Parlimen Permatang Pauh, PAS juga berhasrat bertanding di semua kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini kerana kata Mohd Amar hubungan tahaluf siyasi dengan PKR telah terputus, maka PAS berhak bertanding di semua kerusi yang difikirkan perlu.

“Kita lawan, lawan tetap lawan, menang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu, Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.

“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah…itu terserah kepada kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS tidak mempunyai masalah mencari calon untuk berdepan dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata, PAS kini sedang melakukan kajian untuk meletakkan calon di kawasan berpotensi menang pada PRU14 termasuk di kerusi milik DAP.

“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi.

“Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya.

Baru-baru ini Naib Presiden PAS Idris Ahmad melancarkan jentera pilihan raya parti Islam itu di Permatang Pauh yang sinonim dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang mengatakan PAS cuba melakukan provokasi.

Semalam, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai pengarah pilihan raya gabungan itu mengatakan mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang akan berdepan dengan Barisan Nasional (BN) dan PH pada PRU14.

Tuesday, June 6, 2017

SELEPAS INI KUCING NAJIB RAZAK PULA PEMBANGKANG TUDUH DAPAT DANA 1MDB

Posted by Editor
6 June 2017
1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun TS Shafee Abdullah dari akaun peribadi DS Najib Tun Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Dr Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.

2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada TS Shafee dari akaun DS Najib Tun Razak ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11/11/2013 dan 17/02/2014.

3. Pertama, SR dan Dr Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.

4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal (WSJ) dan SR pernah melaporkan DS Najib Tun Razak telah memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?

5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun DS Najib Tun Razak, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?

6. Kedua, benarkah akaun DS Najib Tun Razak masih wujud ketika TS Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? WSJ dan SR pernah melaporkan selepas DS Najib Tun Razak memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30/08/2013. Rujuk di sini.

7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30/08/2013, boleh membuat pembayaran kepada TS Shafee pada September 2013 dan Februari 2014? Ajaib bukan?

8. Hakikatnya SR dan Pakatan Pembangkang telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.

9. Hakikatnya juga, Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah meliwat, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar Ibrahim telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 bahawa dia tidak bersalah.

10. Hari ini pula, pembangkang membuat tuduhan yang sangat hina apabila menuduh Ibu DS Najib Tun Razak juga turut menerima wang 1MDB. Setakat ini NGO, Ahli Parlimen, Sultan Pahang, Ibunda DS Najib tun Razak telah dituduh menerima wang 1MDB. Jangan terkejut, akan datang, kucing DS Najib Tun Razak bernama Kiky juga akan dituduh bersalah menerima dan menggunakan wang 1MDB. Sabar je la.

Oleh : CUCU TOK SELAMPIT

Friday, December 30, 2016

Orang tanya apa khabar....Muhyiddin!!!

 BY WARTAWAN AGENDADAILY
Senyap sunyi... Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini membisu soal BR1M rasuah yang dibangkitkan oleh bosnya Tun Mahathir Mohmad.

Calon perdana menteri pembangkang itu sehingga kini membisu soal apakah beliau sependirian dengan Mahathir selepas sainganya untuk jawatan tersebut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan dengan tegas apa yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat bukannya rasuah.

Yang jelas Mahathir macam keseorangan dalam isu ini selepas rakan-rakan beliau memilih untuk membisu seribu bahasa.

Bahkan sudah ada yang mempertikaikan kewarasan hujah-hujah Mahathir yang jelas bertentangan dengan pendapat ahli-ahli ekonomi seluruh dunia

Sebab itu, Muhyiddin setakat ini ‘bisu’ mengulas isu BR1M dan selesa ‘bermain selamat’ seraya cetus tanda tanya di manakah suara bakal perdana menteri bayangan pembangkang itu.

Ada penganalisis politik menyifatkan tindakan senyap Muhyiddin bukan sahaja aneh tetapi ada misteri cuba disorok selepas ‘orang kuat’ Mahathir, Khairuddin Abu Hassan menggasaknya berhubung skandal seks dengan isteri orang.

Adakah Muhyiddin takut bos sendiri atau seperti cuba pulang paku keras untuk Khairuddin apabila tidak komen isu skim bayaran tunai tersebut yang dikecohkan oleh Mahathir bagi memalukan pula imej tokoh berusia 91 tahun itu?

Sekali imbas, memang ada logik kerana tiada apa-apa ‘ribut’, tiba-tiba Mahathir bangkit isu BR1M konon ia rasuah daripada BN demi raih sokongan politik bahkan mendahului mufti apabila memfatwakan haram terhadap skim itu.

Mana pergi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang lantang dibangkit selama ini sehingga menjadi bahan kempen tular ketika pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Terbuktilah Muhyiddin mungkin sudah dapat ‘baca’ agenda tersirat Mahathir apabila Ahli Parlimen Pagoh itu tidak bercakap mengenai isu BR1M kerana tahu rakyat sudah jelik melihat permainan persepsi buruk oleh pembangkang.

Mahathir berasa aib banyak kerajaan asing mula mencontohi Malaysia dengan melaksanakan skim ala BR1M bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat miskin antaranya Thailand, India dan terbaharu, negara kaya Arab Saudi.

Atau Muhyiddin bimbang nasibnya akan jadi lebih buruk sebagaimana dialami oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam isu kos sistem MRT, apatah lagi ramai minat ‘korek’ skandal seks dirinya pula!

Saturday, July 16, 2016

Pakatun ganti Pakatan ...... Siapa kata Mahathir tak menyumbang?

by MT Webmaster

(Agenda Daily) – Sejarah penubuhan PAKATUN sebenarnya amat panjang. Ia bermula sejak Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali menulis di blognya mengenai “dana 1MDB sebanyak RM42 bilion yang lesap”. Selepas itu, apabila Mahathir menyedari kesilapannya, jumlah ini diubah kepada RM27 bilion lesap.

Selepas itu, jumlah ini ditukar lagi kepada RM1 bilion lesap, seterusnya AS$700 juta lesap sehingga akhirnya tiada apa-apa yang lesap dan RM42 bilion tersebut adalah pinjaman.

Ada juga pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahahthir membuat tuduhan bahawa terdapat bukti Najib melesapkan wang, kemudian kununnya wang itu dilesapkan oleh Jho Low, kemudiannya kununnya digunakan oleh anak tiri Najib untuk membeli rumah mewah beratus juta di New York, dan selepas itu apabila diminta bukti tersebut, Mahathir kata, ia hanyalah andaian dan dia tidak cukup bukti.

Terdapat riwayat juga yang menyebut bahawa PAKATUN bermula selepas Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat, tetapi tidak dianggotai oleh Pkr kerana gerakan ini ditolak oleh Dr Wan Azizah dan Pas, kerana Datuk Seri Hj Hadi Awang enggan memberi sokongan.

Riwayat tersebut menyebut bahawa akhirnya, ia bukan Deklarasi Rakyat, tetapi hanya Deklarasi Mahathir – Kit Siang, kerana hanya diterajui oleh Mahathir, Dap dan proksi Dap, iaitu PAN.

Antara pendapat lain yang muktabar menyebut bahawa PAKATUN tertubuh apabila pada mulanya Mahathir duduk sepentas dengan Dap untuk menggulingkan Najib, tetapi akhirnya yang terguling adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terguling dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, kemudiannya jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya keahlian UMNOnya dan yang terguling adalah anaknya Mukhriz Mahathir, iaitu dari jawatan Menteri Besar Kedah kerana defisit keyakinan dan ditolak oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di bahagian-bahagian dan negeri, ditolak oleh anggota Dewan Undangan Negeri dan tidak disokong oleh Istana Kedah.

Ada satu lagi pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahathir memulakan kempen menjatuhkan Najib melalui mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO, tetapi gagal.

Ia kemudiannya bertukar kepada gerakan menjatuhkan Najib melalui usul di Parlimen dan apabila gagal, Mahathir terpaksa turun ke Bersih4 dan cuba menjatuhkan Najib belalui demonstrasi jalanan. Selepas gerakan ini juga gagal, Mahathir terpaksa duduk sepentas dengan Dap bagi memulakan gerakan untuk menjatuhkan Najib. Selepas dikritik hebat Mahathir menafikan dia menyokong Dap dan PAKATAN.

Gerakan ini kemudiannya bertukar kepada kempen menjatuhkan Najib melalui Pilihan Raya Negeri Sarawak, dan bertukar lagi kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar.

Gerakan ini bertukar lagi pendirian, dari hanya untuk menggulingkan Najib kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK KK dan Sungai Besar, kepada kerjasama politik jangka pendek dengan Dap, Pkr dan proksi Dap, PAN semata-mata untuk mengalahkan BN kepada gerakan untuk memukar kerajaan menggantikan BN dalam PRU14.

Adapun pendapat paling popular adalah PAKATUN tertubuh selepas deklarasi yang kononnya Deklarasi Rakyat, tapi sebenarnya lebih merupakan Deklarasi Mahathir – Kit Siang yang pada mulanya mendapat lebih 1.26 juta tanda tangan ‘rakyat Malaysia’, sehingga Mahathir dan Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan beriya-iya berpelukan sambil menangis-nangis, tetapi kemudiannya kantoi, kerana rupanya tanda tangan itu tanda tangan palsu yang dibuat sendiri, termasuk melibatkan nama anggota-anggota tentera, polis, penduduk Sabah dan Sarawak yang pada ketika itu masih belum menerima kunjungan Mahathir dan team deklarasi serta nama orang-orang yang telah mati.

Adapun begitulah SEJARAH PENUBUHAN PAKATUN, seperti yang dirakamkan oleh para perawi dan juga munshi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-