Showing posts with label Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Show all posts
Showing posts with label Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

ICERD : Ruang langgar institusi Melayu



Pengesahan atau proses meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dinyatakan kerajaan Pakatan Harapan hanya dilihat sebagai ruang untuk melanggar kedaulatan institusi Melayu Islam dan bumiputera.

Penganalisis sosio politik Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, proses tersebut akan menjarakkan lagi jurang antara kaum yang selama ini sudah dipisahkan oleh kolonial barat.

“ICERD dibuat berdasarkan acuan barat dan tidak meraikan kepelbagaian etnik, agama dan sejarah budaya yang berbeza. Ia juga dilihat sebagai satu bentuk kolonialisme baharu yang cuba campur tangan hak dan kedaulatan sesebuah negara seperti Malaysia atas nama prinsip sama rata.

“Selain itu, dengan adanya ICERD, ia juga akan membuatkan proses pe­nyatuan dalam kalangan rakyat di negara ini menjadi sema­kin sukar,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata, ICERD juga hanya digunakan untuk menindas negara kecil de­ngan meminggirkan penduduk pribumi.

“Perkara ini perlu ditentang secara ilmiah dan dijadikan isu nasional kerana memberi ancaman kepada situasi kepelbagaian etnik dalam negara,” jelasnya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, proses me­ratifikasi ICERD akan merencatkan pembinaan negara bangsa.

“Kebimbangan terhadap isu ini akan menimbulkan syak wasangka terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Selain itu, akan ada kesan yang besar kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya aspek kebebasan beragama,” ujarnya.

Utusan

ICERD: Siti Kasim hentam pendirian Syed Saddiq

FMT Reporters
-November 6, 2018 11:19 PM

Siti berkata Syed Saddiq mahu meraih kelebihan politik daripada orang Melayu di kawasannya.

PETALING JAYA: Siti Kasim menghentam ketua Pemuda PPBM kerana sayap itu akan menolak pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera.

Peguam itu dalam catatan di Facebook berkata Parlimen tidak perlukan “dungu” seperti itu.

Siti juga menuduh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat pendirian itu untuk meraih kelebihan politik daripada orang Melayu di kawasannya.

Beliau berkata Ahli Parlimen Muar itu lupa orang bukan Melayu juga mengundinya pada pilihan raya lalu.

Beliau kemudian menyeru rakyat menolak “ahli politik yang memecahbelahkan dan rasis”.

“Ingat orang-orang ini…pada pilihan raya umum akan datang tolak ahli politik seperti itu,” katanya.

Awal hari ini, Syed Saddiq mengumumkan Pemuda PPBM akan menolak proses meratifikasi ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 perlembagaan Persekutuan, sistem Raja berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

Beliau berkata pendirian sayap itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan dan menyejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam perlembagaan Persekutuan.

Tahun lalu Siti membidas Syed Saddiq kerana petisyen dalam talian oleh Pemuda PPBM Selangor membantah Oktoberfest di negara ini.

FMT menghubungi Syed Saddiq dan menunggu jawapan beliau.

Monday, November 5, 2018

ICERD ancam keamanan negara: Mufti Pulau Pinang

 ainulillia

Kerajaan PH perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara ini


GEORGETOWN, 27 Safar 1440H, Isnin Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara.

Katanya, walaupun rakyat memahami hasrat kerajaan melakukan perubahan yang boleh memacu kemajuan termasuk hak-hak kemanusiaan, namun kerajaan juga perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara ini.

“Perubahan memanglah diperlukan, tetapi perubahan yang dikehendaki itu biarlah yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak, bukan yang menganiayai mana-mana pihak.

“Ketika kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah Britih dahulu, satu kontrak sosial telah dipersetujui kesemua pemimpin kaum-kaum di negara ini iaitu orang Melayu hendaklah mengizinkan orang Cina dan India diberikan kewarganegaraan. Sebagai timbal balasnya, beberapa hak keistimewaan bangsa Melayu perlulah diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, beliau tidak nampak keperluan ratifikasi penghapusan diskriminasi yang dicadangkan kerana selama ini, semua kaum di negara ini hidup dalam suasana aman dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Jadi rasanya adalah lebih baik kerajaan PH tidak meneruskan hasrat ini kerana ianya boleh menggugat keharmonian hubungan antara kaum di negara ini seterusnya akan mengancam keamanan negara,” katanya.

Sunday, November 4, 2018

Pakatan Harapan Jangan Jadi Barua ICERD – PAS

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
November 4, 2018 


KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas hari ini bekerjasama untuk menjayakan Himpunan Bantahan pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota.

Antara yang hadir adalah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ashraf ketika menyampaikan ucapannya berkata tindakan kerajaan Pakatan mahu meratifikasikan ICERD boleh dipertikaikan oleh kerana gabungan itu ditaja oleh kuasa asing sejak menjadi parti pembangkang.

“Bunyinya cantik indah seolah-olah kalau kita tentang kita rasis, kita menentang ada udang di sebalik batu.

“Dulu kerajaan Pakatan Harapan sejak jadi pembangkang dimonopoli orang yang mempunyai agenda untuk mencabut, merobek kekuatan negara ini,” katanya.

Dalam pada itu Muhammad Khalil pula menempelak Pakatan Harapan agar tidak menjadi ‘barua’ kepada tangan ghaib di sebalik ICERD.

“Dlam tidak ada hujan dan ribut, sedangkan keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah isu kos sara hidup yang tinggi yang dijanjikan kerajaan PH tetapi tiba-tiba tidak ditunaikan walaupun iannya termasuk dalam manifesto PH tiba-tiba mahu tunaikan.

“Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua ICERD,”ujarnya.

Tambah beliau, keharmonian negara dan rakyatnya yang berbilang kaum pada masa ini terbukti tidak memerlukan untuk tindakan ratifikasi ICERD.

 -SuaraTv

Pemuda Umno, PAS berhimpun bantah Icerd

Faisal Asyraf
Diterbitkan 4 Nov 2018, 2:00 petang


Kira-kira 1,500 orang berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur hari ini bagi membantah hasrat kerjaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno dan Pemuda PAS itu bermula 1 petang tadi dan peserta akan berarak ke Jalan Tunku Abdul Rahman pada pukul 2 petang.

Ketua Pemuda PAS Khalil Abdul Hadi dijangka menyampaikan ucapan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Muslim lain turut hadir.

Peserta yang kebanyakannya memakai baju berwarna putih melaungkan slogan "Tolak Icerd", sementara pemimpin NGO bergilir menyampaikan ucapan.

Pada 24 Okt lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dilapor berkata bahawa kerajaan komited untuk meratifikasi Icerd dan lima perjanjian berhubung hak asasi manusia seawal suku tahun depan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kerajaan hanya akan meratifikasi Icerd selepas berunding dengan semua kaum.

Perkembangan ini menyebabkan bantahan daripada beberapa pihak termasuk Pemuda Umno yang menyifatkan Icerd bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dari segi hak istimewa bumiputera dan mengenepikan Majlis Raja-Raja.

[Berita lanjut menyusul]

Wednesday, October 31, 2018

ICERD 'malapetaka' kepada negara

MyMetro
Siti Nur Mas Erah Amran
cnews@nstp.com.my

Abdul Hadi menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya bagi bantah ICERD sebelum menyerahkan kepada wakil JPM. FOTO Asyraf Hamzah

PERSETUJUAN ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) disifatkan sebagai ‘mengundang malapetaka’ kepada negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, penerimaan ratifikasi berkenaan boleh memberi impak negatif terhadap rakyat khususnya hak Bumiputera.

“Penolakan dibuat sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan saya harap, Pakatan Harapan (PH) pun tolak sebab implikasinya sangat besar terhadap sendi utama pembentukan negara.

“Kalau kita setuju, maknanya kita akur dengan aturan dan tuntutan ICERD. Kita bimbang persetujuan ini mengundang malapetaka,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika mengulas himpunan membantah ICERD oleh pertubuhan bukan kerajaan, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengetuai rombongan 10 peserta himpunan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.

Lebih 100 peserta berjalan dari Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Oktober 2018 @ 3:11 PM

Keranda iringi demo anti-Icerd di parlimen

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan 31 Okt 2018, 12:19 tengah hari


Sekumpulan aktivis berhimpun di luar bangunan parlimen di ibu negara bagi membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (Icerd), Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berhimpun kira-kira 1km daripada pagar parlimen, mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Icerd dan membawa keranda sebagai simbolik “kematian” bagi orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mereka bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin muda PAS terkenal parti itu Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pemimpin-pemimpin itu kemudian mengiringi wakil demonstran ke parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno tutur kelihatan dalam acara itu, selain aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kumpulan pelajar pro-PAS Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS

Tuesday, October 30, 2018

ICERD beri kesan pada Melayu, Sabah, Sarawak, kata bekas ketua hakim

FMT Reporters
-October 30, 2018 4:09 PM

Bekas ketua hakim negara berkata pengecualian tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas ICERD.

PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara berkata mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin memberi kesan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tun Abdul Hamid Mohamad dalam rencana hari ini berkata Perkara 1 ICERD secara ringkas mengatakan memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

Beliau mengambil maklum Fasal 4 Perkara 1 ICERD membenarkan diskriminasi yang dijalankan bagi suatu tempoh yang terhad, namun Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (PP) tidak memenuhi syarat-syaratnya.

“Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan ‘diteruskan setelah tujuan yang ia diambil telah dicapai’,” katanya memetik fasal tersebut.

Demikian itu, Hamid berkata jika ICERD disahkan dengan serta merta sesuatu pihak boleh mencabar kesahan Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu.

“Selain itu…pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya.

Hamid seterusnya berkata Fasal 1 Perkara 2 ICERD secara ringkas mengatakan kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.

“Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan,” katanya.

Apa kesannya?

Hamid seterusnya berkata jika Malaysia mengesahkan ICERD maka kerajaan kena melaksanakan komitmennya, termasuk mengubah dasar-dasar berkaitan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Misalnya UiTM mestilah dibuka kepada semua, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja; pengambilan pegawai awam tidak boleh mengikut kuota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi,” katanya.

Beliau juga menepis hujah ICERD boleh disahkan dengan pengecualian kepada keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Pengecualian seperti itu tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

“Jika Perkara 153 akan kekal, untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan?” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-