Showing posts with label Majlis Tertinggi Umno (MT). Show all posts
Showing posts with label Majlis Tertinggi Umno (MT). Show all posts

Wednesday, August 30, 2017

Kerjasama dengan PAS: MT beri mandat pada Najib

Bernama
Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyerahkan kepada presiden parti itu sama ada akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata MT memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan terhadap sebarang usaha berhubung kerjasama dengan PAS.

“Dari segi MT, kalau sekiranya bila kata kerjasama, tentu ada skop, bidang, kaedah. Tidak boleh kerjasama sebagai longgar begitu...kalau kata bekerjasama akan ada perundingan, persefahaman dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Annuar yang juga Anggota Majlis Tertinggi berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Isnin lepas yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.

"Dari segi UMNO, dapat saya katakan sehingga hari ini, kita tiada buat keputusan untuk tidak bekerjasama (dengan PAS). Malah UMNO ada membuat pendirian dalam hal yang membawa kebaikan kepada rakyat, kita hendak bekerjasama,” katanya.

- Bernama

Saturday, July 30, 2016

Mana ada aset 1MDB di AS, kata Najib

Adam Abu Bakar and Nawar Firdaws

Perdana Menteri turut mempertikaikan publisiti besar-besaran yang diberikan kepada aduan DoJ
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak menamakan 1Malaysia Development (1MDB) secara langsung.

Ini bermakna syarikat milik kerajaan itu tidak terbabit secara langsung dengan saman penyitaan sivil yang dibuat DoJ, dan tidak ada aset-aset milik 1MDB di AS, tambahnya.

“Majlis Tertinggi (MT) Umno ambil maklum hanya mereka yang tertentu yang ternama dalam laporan tersebut telah disebut dalam laporan. Ini bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut.

“Dalam erti kata lain, tidak ada aset 1MDB di AS,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib, yang juga merupakan Presiden Umno menambah, laporan yang diumumkan Peguam Negara AS Loretta Lynch minggu lalu itu berat sebelah kerana ia tidak mengambil kira pandangan kerajaan Malaysia mahupun 1MDB.

“Kita juga telah ambil maklum 1MDB tidak diminta apa-apa maklumat bererti bahawa DoJ tidak merujuk kepada 1MDB, katanya.

“Laporan tidak mengandungi apa-apa pandangan pihak Malaysia, maknanya tidak ada Peguam Negara, cumanya, orang ternama juga tidak ada penjelasan.”

Beliau seterusnya mempersoalkan publisiti yang diberikan kepada aduan yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.

Katanya, publisiti yang begitu banyak, dengan sidang media dan sebagainya, tidak pernah berlaku sebelum ini kerana lazimnya laporan-laporan seperti itu tidak dibuat secara besar-besaran.

Ketika ditanya adakah beliau merasakan laporan media sekitar 1MDB turut menyumbang kepada aduan DoJ, Najib berkata ia nampak seperti itu.

“Secara luarannya, ia nampak seolah maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber. Kita akan pantau prosiding yang akan menyusul.

“Saya tidak boleh kata secara pasti dari mana sumber mereka, yang pasti bukan daripada kerajaan atau Peguam Negara.”

Berkenaan individu yang dirujuk dalam aduan DoJ sebagai “Malaysian Official 1″, Najib berkata perkara itu turut mendapat perhatian MT.

“Kami mempunyai beberapa pendapat mengenai perkara itu, tetapi kami tidak mahu membuat spekulasi secara terbuka. Kami tidak terbabit dengannya.”

Walaupun beliau percaya DoJ sepatutnya berunding dengan 1MDB atau pihak berkuasa 1MDB sebelum membuat pengumuman bersama dengan laporan itu, Najib berkata pihaknya tidak mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DoJ.

“Mereka yang ternama perlu membersihkan nama mengikut hak dan proses yang boleh dilakukan oleh mereka,” katanya.

Antara individu yang dinamakan DoJ dalam aduan mereka adalah Riza Aziz – anak tiri Najib – dan hartawan Low Taek Jho (Jho Low).

Monday, June 27, 2016

Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin

ASYRAF MUHAMMAD
26 JUN 2016





Muhyiddin ketika sidang media yang berlangsung hari ini. –Foto Sinar Online
DAMANSARA - Tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) membuat keputusan untuk memecat bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.

"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya dari Umno.

Beliau berkata, negara sedang berhadapan dengan satu keadaan yang agak membimbangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan dengan pelbagai skandal moral serta kewangan.

"Bagi saya, sebahagian besar rakyat marah dan tak puas hati dengan apa yang berlaku dan mereka mengharapkan satu platform politik baru untuk wujud bagi memberi pilihan supaya masa depan negara terus terpelihara dan sebagainya," katanya.

Untuk tujuan itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai satu pendekatan yang lestari untuk jangka masa hadapan.

"Kita perlu adakan perbincangan di antara kita serta mereka yang mempunyai pandangan sama dgn kita bagi membincangkan apakah tindakan sewajarnya untuk kami ambil bahi menghadapi masa depan negara selepas ini," katanya.

Kelmarin, MT memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Saturday, June 25, 2016

Najib, jangan terlalu angkuh - Khairuddin

Nawar Firdaws
June 24, 2016

Pendebat Syed Saddiq berkata perjuangan membetulkan sistem reput mungkin mengambil masa lebih 10 tahun, tetapi Selamatkan Malaysia pasti selesaikannya
KUALA LUMPUR:  Jangan angkuh, pesan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata demikian mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Timbalan Presiden yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya mahu berterima kasih kerana memecat dua pemimpin ini kerana ia akan menyuntik semangat baru dalam gerakan kita (mendesak perdana menteri meletak jawatan),” kata Khairuddin dalam satu kenyataan malam tadi.

“Najib, jangan terlalu angkuh. Jika pimpinan Umno kata parti sudah kuat, insyaAllah, kita akan jadikan Pilihan Raya Umum ke-14 kayu ukur kekuatan itu.”

Najib yang juga presiden parti mengumumkan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat berkuat kuasa serta-merta lantaran kerjasama mereka dengan pembangkang dan kritikan bertali arus terhadap parti.

Seorang lagi pemimpin pemberontak Umno, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung sehingga jawatankuasa displin selesaikan siasatan terhadapnya.

Khairuddin percaya Shafie juga akan dipecat, langkah yang beliau alu-alukan.

“Lebih ramai pimpinan Umno – yang hanya mahu mendukung kebenaran berdasarkan kepada ajaran sebenar Islam – mereka pecat, kita semakin kuat.

“Kepimpinan MT Umno sekarang ini, termasuklah ketua-ketua bahagian tidak lagi berpegang kepada prinsip agama.”

“Mereka sanggup bersekongkol dan menyokong rasuah dan penyelewengan demi jawatan, poket dan perut.”

Sementara itu, pendebat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju dan memberitahu FMT Umno tidak lagi punyai prinsip kerana sanggup mempertahankan perasuah dengan apa cara sekalipun.

“Mereka sanggup pijak mereka yang membina parti itu. Kurang ajar menggambarkan tindakan mereka.”

Beliau menambah halangan ini tidak akan mementukan pengakhiran gerakan Selamatkan Malaysia kerana ahli-ahlinya akan terus berjuang untuk negara ini sehingga ia dibebaskan daripada cengkaman golongan perasuah.

“Perubahan memakan masa. Mungkin ambil masa lebih 10 tahun untuk betulkan sistem reput ini. Tetapi kita akan selesaikannya.”

Tuesday, September 1, 2015

KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir, kata timbalan menteri

OLEH NABIHAH HAMID
Published: 1 September 2015 4:59 PM | Updated: 1 September 2015 6:41 PM


Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan Bersih 4 berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan 34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.

"Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menyerahkan kepada majlis tersebut sekiranya mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

"Terserah kepada MT Umno. Susah nak cakap dengan pemimpin lama Umno supaya ikut peredaran zaman. Zaman dah berubah, Tun M pun patut sedarlah hal ini," katanya.

Namun, Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir yang menyertai Bersih 4 itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan polis berjaya mengawal perhimpunan itu, yang dianggarkan melibatkan ratusan ribu orang, supaya ia berlangsung dengan aman.

"Yang penting, pihak polis menguruskan perhimpunan Bersih itu, walaupun ia haram, dalam keadaan yang baik," katanya.

Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Jazlan berkata tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan polis memanggil 7 ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan itu.

"Itulah yang dilaporkan. Saya tidak terima sebarang maklumat lagi," katanya.

Terdahulu hari ini, anggota sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata tujuh ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 diminta tampil di ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perhimpunan itu.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan perhimpunan haram.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran yang walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat sebelum Bersih 4, polis masih boleh mengambil tindakan terhadap penganjur selepas perhimpunan itu, mengikut akta dan peraturan sedia ada. – 1 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kdn-serah-pada-polis-tindakan-atas-dr-mahathir-kata-timbalan-menteri#sthash.oagbpurr.dpuf

Sunday, August 16, 2015

Pemimpin Umno 'hentam' Muhyiddin persoal baki RM2.6 bilion

Sebahagian pemimpin Umno mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin minta penjelasan perdana menteri baki RM2.6 bilion berkenaan akan menyebabkan ahli keliru dan berpecah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2015.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan baki wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi hanya akan menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, kata pemimpin Umno pelbagai peringkat, lapor Berita Harian.

Ahli Majilis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata Muhyiddin sengaja melakukan provokatif untuk mengelirukan ahli atau mempunyai niat jahat untuk mensabotaj parti.

Katanya, jawatankuasa pengurusan Umno wajar memantau tindakan dan kenyataan timbalan presiden parti itu.

"Saya mempertikaikan motif beliau. Apa yang mendukacitakan kita ialah selepas digugurkan daripada Kabinet, Muhyiddin membuat banyak kenyataan yang memberi jaminan beliau akan terus memperkukuhkan parti.

"Bagaimanapun tindak tanduk beliau mempertikaikan dana politik boleh menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, sekali gus menyebabkan parti semakin bergolak," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak juga bersetuju dengan Puad dan berkata tindakan Muhyiddin akan membangkitkan kebencian ahli terhadap presiden dan mencadangkan ahli Parlimen Pagoh itu bersemuka dengan Najib untuk bertanya mengenai isu tersebut.

Seorang lagi ahli MT Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu tidak beretika dan seolah-olah beliau sudah hilang kepercayaan terhadap presiden parti.

"Cukup-cukuplah Muhyiddin, hentikan segera tindakan mengungkit-ungkit isu derma. Beliau sepatutnya ikhlas membantu presiden, bukannya menyerang seperti berlaku sekarang," katanya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula berkata RM2.6 bilion itu jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan komitmen Najib menguruskan parti.

"Sebelum ini kita tidak pernah pertikai sumber diperoleh presiden Umno atau pengerusi BN yang dulu, kenapa sekarang dipertikaikan.

"Parti pembangkang termasuk DAP dan PKR juga mempunyai dana politik yang tidak didedahkan kepada umum. Malah, ahli atau pemimpin bawahan mereka juga tidak mempertikaikan sumber dana pemimpin mereka," katanya.

Ketua Umno Nahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi berkata kenyataan yang dibuat Muhyiddin ketika beliau masih lagi timbalan presiden parti adalah tidak wajar.

"Beliau seolah-olah cuba mempengaruhi ahli parti untuk membenci Najib. Kelihatan beliau sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri," katanya. – 16 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-hentam-muhyiddin-persoal-baki-rm2.6-bilion#sthash.g9EVYwgx.dpuf

Saturday, August 8, 2015

MT Umno tak pernah diberitahu tentang RM2.6 bilion, kata Shafie Apdal

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 8 August 2015 6:22 PM

Datuk Seri Shafie Apdal berkata derma politik yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibangkitkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.

Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima melalui akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dimaklumkan kepada Kabinet, dan bukannya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada makluman berhubung dana RM2.6 bilion yang diterima Najib itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno.

"Sejauh pengetahuan saya, sepanjang kehadiran saya (dalam mesyuarat MT), kita tidak diberitahu pun," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara di Batu Pahat, Johor hari ini.

"Kami hanya diberitahu dalam Kabinet (terakhir yang saya sertai) baru-baru ini," katanya.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini dilaporkan berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.

“Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”

“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Shafie berkata dalam isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terlalu banyak kegusaran yang timbul sehingga akar umbi Umno mula keliru.

"Banyak kegusaran di peringkat akar umbi yang memerlukan penerangan, penyelesaian, itu yang saya lakukan.1

"Saya minta jelaskan, selesaikan, itu sahaja, takkan yang itu pun tidak boleh. Nak minta penjelasan.

"Bukan berbunyi seperti kita pembangkang, tetapi yang kita lakukan teguran dan pandangan untuk memperbesarkan Umno yang kita cintai," katanya.

Shafie dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib susulan kritikan mereka terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 8 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mt-umno-tak-pernah-diberitahu-rm2.6-bilion-kata-shafie-apdal#sthash.1usIQaAw.dpuf

Thursday, August 6, 2015

Sumbangan derma apa bendanya ni? Sampai MT Umno pun tak tau........

Majlis Tertinggi Umno tidak pernah dimaklum sumbangan derma, kata Shahrir

Published: 6 August 2015 3:25 PM
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.

Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu. – 6 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majlis-tertinggi-umno-tidak-pernah-dimaklum-sumbangan-derma-kata-shahrir#sthash.HG71a0jE.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-