Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts

Tuesday, March 3, 2020

Gugurkan siasatan terhadap Ambiga dan Marina

MyMetro
Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali.
 FOTO Eizairi Shamsudin

AHLI Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan siasatan terhadap aktivis, Datuk S Ambiga dan Datin Paduka Marina Mahathir yang terbabit dalam demonstrasi secara aman, Ahad lalu.

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, jika demonstrasi secara aman itu dijalankan mengikut saluran undang-undang maka tiada keperluan polis membuka kertas siasatan terhadap mereka.

Ini kerana katanya, demonstrasi secara aman yang diadakan itu adalah sebahagian hak rakyat Malaysia untuk menyatakan pandangan yang selari dengan semangat demokrasi.

“Ia menjadi hak rakyat Malaysia untuk melakukan perhimpunan atau menyatakan pandangan mereka secara aman kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Demokrasi membenarkan perbezaan pandangan yang bermaksud orang awam bebas melontarkan suara mereka secara aman tanpa mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

“Saya menggesa pihak berkuasa supaya tidak menekan mana-mana pihak yang terbabit dalam perhimpunan aman itu kepada siasatan polis, ” katanya melalui kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa Ambiga dan Marina disiasat susulan pembabitan mereka dalam perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung dari hadapan kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Demonstrasi itu diadakan bagi membantah pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Azmin berkata, situasi politik negara yang berlaku sepanjang minggu lalu mengundang pelbagai pandangan dan keadaan itu tidak perlu menyebabkan mana-mana pihak menjadi terlalu sensitif.

“Namun, saya juga ingin menyebut sekali lagi mengenai kenyataan daripada ketua polis negara yang mahu penganjur menghormati undang-undang dan memberi notis awal untuk mengadakan perhimpunan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 10:20 AM

Sunday, August 12, 2018

PAS gesa KKM tak ambil tindakan pada Dr Ilyani


PAS menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tidak mengenakan sebarang tindakan tatatertib atau pentadbiran ke atas doktor perubatan, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi berikutan ‘surat terbuka’ beliau kepada aktivis sosial, Marina Mahathir, baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ini kerana beliau percaya aduan yang dibuat ke atas Dr Ilyani itu tidak berasas sama sekali.

Kata Siti Zailah, ia juga disifatkan sebagai usaha untuk menyekat pandangan terbuka doktor berkenaan.

“Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka.

“Beliau juga dalam menyuarakan pandangannya sama sekali tidak menolak keperluan dakwah dan pemulihan kepada golongan LGBT ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 6 Ogos lalu, Dr Ilyani lantang mengkritik desakan Marina yang mahukan hak kesamarataan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), sama seperti dinikmati rakyat negara ini.

'Surat terbuka' telah dipadamkan

Hantaran yang dianggap sebagai ‘surat terbuka’ itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian di Facebook, namun telah ‘dipadamkan’ tidak lama kemudian dipercayai selepas menerima aduan.

Tidak hanya di Facebook, aduan terhadap surat terbuka Dr Ilyani juga telah dibuat kepada Biro Pengaduan Awam, yang memungkinkan beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kementerian kesihatan.

Mengulas lanjut, Siti Zailah yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang berkata, sikap berani yang ditonjolkan Dr Ilyani dalam menyatakan pendirian selayaknya mendapat pujian, bahkan diberi perhatian khusus oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, kami Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti,” katanya.

KKM tiada diskriminasi

Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata, bukan prinsip kementeriannya untuk mendiskriminasi hak golongan terbabit seperti mana yang ditulis pengawai perubatannya.

“KKM mengambil maklum mengenai seorang doktor yang menyatakan pendiriannya berkenaan LGBT di laman facebook beliau.

“Adalah dimaklumkan KKM berpegang pada prinsip tidak ada diskriminasi ke atas mana-mana agama, bangsa mahupun kumpulan masyarakat dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan,” katanya menerusi laman twitter beliau.

Pendapat disuarakan Dr Nur Ilyani itu terdahulu menerima kritikan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Dr Adeeba yang mengetuai Yayasan AIDS Malaysia menasihati Nur Ilyani membaca lebih lanjut mengenai kemajuan dalam rawatan HIV.

Selain itu beliau juga mengingatkan Dr Ilyani agar memenuhi ikrar sebagai seorang pengamal perubatan.

"Walaupun seluruh dunia bercakap tentang kemungkinan menamatkan wabak AIDS, orang seperti anda, dan lebih buruk lagi, doktor seperti anda, membuat wabak ini lebih buruk, kerana anda menghalang orang daripada tampil ke hadapan untuk bantuan dan rawatan," katanya dalam jawapannya kepada hantaran Dr Nur Ilyani.

Baca: KKM tak diskriminasi LGBT

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar pula mempertahankan pendirian Dr Ilyani.

Beliau berkata, pihaknya kesal apabila mesej mudah Dr Nur Ilyani di Facebook telah disalahtafsir dengan hujah beliau seorang individu yang menghakimi orang lain.

Katanya adalah jelas Dr Ilyani menyatakan beliau tidak membezakan pesakit berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina mereka.

"Sering kali, individu atau kumpulan ini dilabelkan sebagai pentaasub, pelampau agama dan menyebarkan kebencian walaupun ini dilakukan dengan niat memberi nasihat kepada orang ramai," katanya.

Wednesday, August 8, 2018

Marina minta penganjur pameran turunkan portretnya

Robin Augustin | August 8, 2018
Aktivis itu bersolidariti dengan 2 aktivis LGBT yang gambar mereka diturunkan di pameran patriotisme rakyat Malaysia.

Portret Marina Mahathir (papan tengah) dipampang bersama gambar orang-orang terkenal di pameran ‘Strikes and Strokes”.

PETALING JAYA:
Selepas portret aktivis LGBT diturunkan di pameran tentang patriotisme rakyat Malaysia, Marina Mahathir berkata dia bersolidariti dengan mereka dan meminta penganjur menurunkan portretnya.

“Saya minta gambar saya diturunkan kerana solidariti dengan Pang dan Nisha,” katanya hari ini.

Beliau merujuk kepada Nisya Ayub dan Pang Khee Teik, yang gambar mereka diturunkan di pameran fotografi “Strikes and Strokes”. Pameran ini salah satu acara Festival George Town.

“Saya sangat berdukacita dengan apa yang berlaku. Inilah bukti diskriminasi apabila orang mengadu LGBT dilayan seperti rakyat kelas kedua,” kata Marina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempertahankan penurunan portret itu, mengatakan tindakan itu wajar kerana selaras dengan dasar Putrajaya untuk mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Penulis, Faisal Tehrani bagaimanapun mengkritik Mujahid, mengatakan menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam itu sepatutnya tumpu pada perkara-perkara lain yang lebih penting.

“Contohnya, rasuah dalam institusi Islam atau pencabulan hak asasi manusia golongan minoriti dalam Islam. Isu-isu itu perlukan perhatian mendesak,” katanya.

Faisal mempersoalkan penurunan gambar itu, mengatakan penyataan simbolik tidak dilarang seperti larangan ke atas simbol IS.

“Bagi ramai orang dalam komuniti LGBT, pelangi sebahagian daripada identiti mereka, dan menyatakan asas identiti itu bukanlah satu kesalahan,” katanya.

Beliau berkata reformis Islam mempunyai pendekatan berbeza mengenai komuniti LGBT antaranya memastikan mereka dilayan secara sama rata, walapun Islam mempunyai pendirian yang kuat terhadap homoseksualiti.

“Saya pernah mendekati topik LGBT dan membentangkan topik itu dalam novel saya, Profesor, dan saya ingin menghadiahkan senaskah jika saya bertemu beliau,” kata Faisal.

Novel yang ditulis Faisal pernah mengundang kontroversi dan 7 karyanya diharamkan.

Kerajaan kena tegas halang LGBT

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
8 OGOS 2018

Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil tindakan pantas dan tegas bagi menghalang kempen menghalalkan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kempen menuntut hak sama rata golongan itu yang bertentangan dengan agama akan menjadi punca kepada kerosakan institusi sosial lebih besar terhadap masyarakat di Malaysia.

“Benar kata Datin Marina (Mahathir), hari ini mereka bukan minta perkahwinan sejenis tetapi apa akan jadi pada masa akan datang?

“Perkahwinan sejenis di negara-negara lain bermula dari perjuangan menuntut kononnya hak asasi sama rata untuk golongan LGBT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: LGBT bukan minta kahwin sejenis ]

Sebelum ini, Marina berkata, komuniti LGBT di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.

Ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Menurut Noraini, Wanita Umno bersetuju bahawa mana-mana individu di Malaysia tidak pernah dinafikan hak asasi mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

“Isu diskriminasi terhadap golongan LGBT untuk mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan, perlindungan keselamatan dan sebagainya berlaku apabila tuntutan agama masyarakat terutamanya umat Islam di negara ini diambil ringan seolah-olah ingin menghalalkan gaya hidup LGBT,” katanya.

Katanya, sebagai sebuah negara Islam dari sudut kehidupan dan Perlembagaan, rakyat mesti akur bahawa hubungan sesama jantina itu adalah haram di sisi Islam.

“Maka, untuk menghalalkan golongan LGBT mengamalkan gaya hidup hubungan sesama jantina secara terbuka merupakan satu hak yang berlebihan untuk diminta dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia,” katanya.

Monday, August 6, 2018

Iktiraf LGBT umpama halalkan golongan berkenaan

SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
6 OGOS 2018

Harussani

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan andai golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diiktiraf, ia membawa maksud kumpulan itu dihalalkan.

Menurutnya, Malaysia sebagai negara Islam sejak dahulu lagi menentang LGBT dan golongan itu perlu akur, bukannya menjadikan Barat sebagai rujukan.

"Aktivis sosial Marina Mahathir mengatakan di negara ini, komuniti LGBT berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat. Takkan kita nak hidup seperti di Barat yang tiada budaya," katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, andai dihalalkan, nescaya golongan itu akan terus berkembang dan berleluasa.

"Tuhan sudah jadikan lelaki itu adalah lelaki dan perempuan itu adalah perempuan. Jadi kenapa pula mahu diubah hak Tuhan.

"Kenapa kita menghukumkan Tuhan itu begitu? Atau adakah kita lebih cerdik? Kerana inilah lahir golongan seperti ini, golongan ini menyalahkan Tuhan kerana mencipta mereka begitu," katanya.

Menurutnya, Tuhan menciptakan golongan berkenaan sebagai satu ujian kepada mereka untuk menguji mereka.

Saturday, August 4, 2018

LGBT di negara ini mahu hak sama

NOR AINNA HAMZAH
4 OGOS 2018

Marina Mahathir

HAH ALAM - Aktivis sosial Marina Mahathir menegaskan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini mahukan hak sama dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Marina ditemui dalam satu majlis di Ampang menyatakan, komuniti LGBT itu berhadapan dengan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

Menurutnya, di negara ini, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat.

“Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat. Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

"Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka,” katanya.

Marina berkata, sebahagian besar komuniti LGBT di negara ini terpinggir dan sekiranya individu lain terpaksa berhadapan keadaan dipinggirkan, pasti individu berkenaan tidak mempunyai daya.

Marina berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jangan tuduh PH mesra LGBT’]

Pada 23 Julai lalu, Mujahid ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) di Parlimen menyatakan undang-undang negara ini melarang golongan LGBT mengamalkan gaya hidup mereka.

Menurutnya, negara mempunyai peruntukan undang-undang sivil untuk kesalahan persetubuhan luar tabii iaitu Seksyen 366A Kanun Keseksaan.

Manakala, katanya, undang-undang syariah memperuntukkan Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25, 26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan bagi kesalahan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

Menurutnya, peruntukan Perlembagaan bagaimana pun menyatakan komuniti LGBT tidak boleh ditindas.

“Pada masa sama hak asasi manusia sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Golongan LGBT ini tak boleh ditindas di tempat kerja, tidak boleh dianiaya dan tak boleh dizalimi.

'Larang perkahwinan bawah umur secara keseluruhan, tanpa syarat'

Marina Mahathir
Diterbitkan 4 Ogs 2018, 4:06 petang


Kerajaan perlu mengenakan larangan menyeluruh terhadap perkahwinan kanak-kanak, kata aktivis sosial Datuk Marina Mahathir.

"Haramkannya, titik. Tiada 'jika' dan 'tapi', tiada syarat," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah langkah yang perlu diambil kerajaan berhubung perkara itu.

Marina berkata sukar untuk percaya bahawa perkara itu masih dibincangkan, walaupun isu itu kembali menarik perhatian ramai.

Beliau juga kecewa apabila melihat sebahagian besar perbincangan masih bertumpu kepada peraturan dan prosedur, bukannya hak dan kebajikan kanak-kanak yang dikahwinkan.

"Apa yang membuatkan saya kecewa adalah semua orang bercakap tentang peraturan, kawalan, prosedur, undang-undang.

"Tiada yang bercakap tentang kebajikan kanak-kanak (yang terlibat) sedangkan itulah sepatutnya yang menjadi fokus kita," katanya lagi.

Perkahwinan kanak-kanak kembali menjadi perhatian umum selepas laporan berkenaan seorang lelaki berusia 41 tahun menjadikan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, Jun lalu.

Lelaki itu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang bagi dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Pada masa ini, had umur perkahwinan bagi lelaki beragama Islam adalah 18 tahun dan perempuan 16 tahun, tetapi pengecualian boleh dibuat dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Bagi orang bukan Islam pula, had umur adalah 18 tahun, tetapi perempuan boleh berkahwin seawal umur 16 tahun dengan kebenaran menteri besar atau ketua menteri.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) baru-baru ini mencadangkan had umur perkahwinan bagi perempuan dinaikkan kepada 18 tahun.

Menurut jawapan parlimen bertarikh 15 November 2017, Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berkata terdapat 10,807 perkahwinan bawah umur melibatkan orang Islam sejak 2007 hingga Oktober 2017.

Perkahwinan bawah umur pasangan bukan Islam pula sebanyak 4,999 bagi tempoh sama.

Friday, April 5, 2013

Marina Mahathir jemput ketua pelbagai agama doakan bapanya.


marina mahathir jemput ketua pelbagai agama doakan bapanya
Saya baru dapat email dari seorang sahabat yang mengesahkan program bacaan doa pelbagai agama yang dianjurkan oleh Marina Mahathir di rumahnya di Bukit Damansara bagi memohon kesejahteraan untuk Tun Mahathir. Program yang berlangsung pada 9 September lalu mendapat sambutan, khususnya dari kumpulan yang mengerakkan IFC dan sister In Islam.

Program ini dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan doa oleh Imam Feisal Abdul Rauf dan disusuli dengan bacaan doa mengikut adab agama masing-masing yang disertai oleh ;

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)

Kita tidak menolak sebarang acara bagi mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu, tetapi ia tidak seharusnya digabungkan dengan upacara doa agama-agama lain dalam satu Majlis.

Dalam beragama kita tidak boleh pegang prinsip Liberal atau Pluralisme kerana surah al-Kafirun telah jelas menyatakan bahawa "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku. aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah".

Tindakan Marina yang juga salah seorang pengerak Sister In Islam ini seolah-olah mencabar sistem agama yang telah digariskan Allah dalam Al-Quran.

Sikap beliau ini sama sahaja dengan Inayah Gus Dur, anak bekas Presiden Indonesia yang baru-baru ini menganjurkan program sahur di Gereja secara on-line.

Mereka ini semakin jauh terpesong dan menghina adab dan syariah Islam secara perlahan-lahan.

Malangnya, tiada satu pun tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan atau pun JAKIM.

Apa dah jadi pada Ustaz dan Ustaz yang ada di JAKIM. Kalau mereka boleh pecah kepala fikir tentang cara solat di angkasa lepas, kenapa perkara yang dah jelas sebegini perlu didiamkan dan tidak diambil tindakan.

Rakyat semakin risau kerana pada masa ini, Kerajaan sendiri pun sudah mulai meragui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga mencadangkan agar kumpulan profesional yang tiada pendidikan agama dibenarkan menyertai Majlis Fatwa dan membuat sesuatu ijtihad atau fatwa.

Ke mana arah tuju Islam di Negara Islam Hadhari ini. Apa lagi bala yang Allah akan turunkan kerana kebejatan pemimpin dan kumpulan Sister In Islam serta IFC ini.


Kita harus bangkit, semarakkan kecaman terhadap mereka dengan segera agar negara ini tidak jadi seperti negara ROJAK!!!

Herman Samsudeen - Ketua Penerangan
DPP Wilayah Persekutuan




Inilah Isi Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,
You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007
at 7pm
at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:

7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf

7.30pm Prayers by each faith to be led by:

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)

Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner

(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to God Almighty for my father's successful operation and continued recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind prayers and support that they have extended to me and my family.

Inilah doa agama satu Malaysia
wakaka

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-