Showing posts with label Mufti Perak. Show all posts
Showing posts with label Mufti Perak. Show all posts

Tuesday, January 7, 2020

Jual Air Zam Zam Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti Perak


KUALA LUMPUR: Susulan isu larangan penjualan air zamzam oleh kerajaan Arab Saudi, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan bahawa perkara itu juga tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata ia kerana Islam melarang pihak yang mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran.

“Kalau ikut hukum syarak, salah lah kalau sudah tidak dibenarkan ‘tuan empunya badan’ (pihak Arab Saudi).

“Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Isu penjualan air zamzam kembali menjadi perbahasan awam selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.

KKM dalam satu kenyataan memberi peringatan bahawa individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Kenyataan itu antaranya menyebut Arab Saudi melarang penjualan air zamzam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di Malaysia.

Mengimport air zamzam memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Sementara itu, Harussani turut menjelaskan tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya pihak yang kembali menunaikan umrah atau haji membawa air tersebut sekadar untuk bekalan sendiri atau bersedekah.

“Kalau baru balik dari Umrah atau Haji, nak bagi air zamzam dekat orang atau sedekah tidak apa.

“Dia jadi masalah kalau jual sebab tidak dibenarkan,” katanya.

Friday, February 2, 2018

Najib minta jemaah haji ditaja 1MDB terus sokong BN

Hafiz Yatim


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru jemaah haji yang ditaja 1MDB agar terus menyokong kerajaan BN.

Berucap di Putrajaya, Najib juga memberi isyarat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum Hari Raya Haji yang dijadualkan Ogos depan.

"(Ini untuk memastikan) kekal dapat tunaikan fardu haji dengan selesa. Segalanya tak berubah selagi kerajaan tak berubah," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyerahkan surat tawaran menunaikan haji sumbangan Yayasan 1MDB kepada 1,200 penerima yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Tanpa menyebut nama, Najib juga membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sebelum ini menyatakan mereka yang menunaikan haji menggunakan dana 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur.

Beliau memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa penerimaan ibadah haji seseorang ditentukan oleh Allah.

"Ini kuasa mutlak Allah, manusia tak ada hak," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama melaporkan Najib dalam ucapannya berkata pelaksanaan program yang memasuki tahun kelapan itu semakin berjaya memandangkan kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Katanya program yang diilhamkannya pada 2011 itu kini telah menghantar seramai 5,711 golongan agamawan dan pemimpin akar umbi menunaikan haji, yang dibantu menerusi dukungan Yayasan 1MDB serta Lembaga Tabung Haji (TH) selaku badan utama dalam urusan dan pengendalian menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Saya dapat bayangkan perasaan jemaah haji yang telah berjaya kita hantar yang nyata cukup bersyukur kerana pada mereka tanpa program ini, tidak mungkin merasai nikmat mengerjakan haji,” katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa ramai masyarakat Islam negara ini berpeluang menunaikan ibadah haji hasil hubungan baik tersebut, malah keberangkatan Raja Salman ke Malaysia pada tahun lepas turut membawa kepada tambahan kuota haji bagi jemaah Malaysia untuk musim haji kali ini.

Najib juga berkata disebalik tohmahan pihak tertentu kononnya isu 1MDB menyebabkan mereka yang ke Tanah Suci melalui tajaan Yayasan 1MDB tidak akan mendapat haji yang mabrur, namun program berkenaan terus mendapat perhatian memberangsangkan daripada masyarakat.

"Jangan kata wang tersebut lesap begitu sahaja… itu hutang dan ia boleh dibayar. Jangan fitnah, kalau ada yang tidak betul, kita betulkan.

"Seorang mufti menyatakan soal mabrur adalah ketentuan Allah dan manusia tiada hak untuk menentukannya, lebih-lebih lagi oleh individu yang bukan ahlinya," katanya diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Menurut Najib, jika pentadbiran kerajaan tidak berada di landasan mengikut syariat Islam, tidak mungkin Raja Salman memberi pertimbangan dalam soal penambahan kuota hajiserta meletakkan Malaysia sebagai negara pertama yang baginda kunjungi semasa melakukan lawatan rasmi ke rantau ini tahun lepas.

Perdana menteri turut mengajak bakal jemaah untuk berterima kasih kepada TH kerana sedia memberikan kuota haji lembaga itu kepada program tersebut selain mengekalkan kadar bayaran RM9,980 bagi mereka yang akan menunaikan haji musim ini.

"Kita kena ingat, kerajaan melalui TH telah memberi subsidi yang amat besar kepada jemaah kita di mana mereka hanya membayar RM9,980, manakala RM12,470 ditanggung TH, dan ini tidak termasuk pelbagai kemudahan lain yang dinikmati jemaah semasa beribadat di Tanah Suci," katanya.

Pada majlis tersebut, Najib turut melancarkan Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri yang kini mempunyai seramai 6,111 ahli sejak program itu dimulakan pada 2011.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410852#lChJ4f4RfdpJiHp3.99

Mahkamah Syariah, Sivil perlu setaraf - Harussani


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan peruntukan berkaitan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri agar statusnya setaraf mahkamah sivil.

Menurut beliau, peruntukan mahkamah syariah perlu diperluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada umat Islam sahaja.

“Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Perak (mufti.perak.gov.my) hari ini.

Harussani mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Isnin lalu yang menetapkan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi oleh bapa mereka yang memeluk agama Islam hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Indira yang mencabar tindakan bekas suami, Mohd. Ridhuan Abdullah menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsi­ny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Harussani berkata, dari kaca mata Islam, apabila ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka anak mereka juga dikira sebagai memeluk Islam.

Menurutnya, namun dalam ini tersebut, panel lima hakim sebulat suara membenarkan rayuan pembatalan dan memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftaran Mualaf.

Beliau turut menyatakan kehairanan kerana Mahkamah Persekutuan kali ini menggunakan takrifan parent atau ibu bapa secara majmuk.

“Sedangkan dalam kes lain umpamanya kes R. Subashini melawan T. Saravanan pada tahun 2007, mahkamah yang sama telah membuat keputusan bahawa ‘salah seorang ibu atau bapa’ boleh membuat keputusan menentukan agama anak tanpa perlu persetujuan pasangan,” katanya.

- Utusan Online

Wednesday, September 23, 2015

Idea yang bernas dari seorang Mufti..............?

Mufti Perak saran Putrajaya mansuh sekolah vernakular, elak perbalahan kaum
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekolah vernakular masih lagi beroperasi hanya kerana permintaan supaya ia ditangguh, tetapi cadangan memansuhkannya sudahpun dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.

Pemansuhan sekolah vernakular mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum di Malaysia, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, lapor Sinar Harian.

Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, Harussani menegaskan cadangan tersebut sudah dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinet yang lain.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kaum lain meminta agar perkara itu ditangguhkan, sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi.

"Yang jadi masalah, saya sudah tegur daripada dulu, saya sudah jumpa PM dan menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya hanya satu sekolah kebangsaan.

"Sekolah Cina akan ditutup dalam masa 6 bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa 6 bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya sampai sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau turut mengambil contoh senario yang berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding Malaysia.

"Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama sebab itu ada hormat-menghormati.

"Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya Cina yang lebih tinggi akademiknya," katanya kepada akhbar itu.

Harussani turut mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah di Malaysia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perak-saran-putrajaya-mansuh-sekolah-vernakular-elak-perbalahan-kaum#sthash.Gc9rko6S.dpuf

Sunday, June 14, 2015

Sukan gimnas tak sesuai untuk wanita Islam, kata mufti Perak

Menunjukkan aurat kepada bukan muhrim merupakan isu yang sudah jelas termaktub dalam Al-Quran dan hadis, termasuk dalam sukan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, mengulas tentang gimnas negara yang dikecam baru-baru ini, lapor portal Astro Awani Online.

Harussani berkata dalam laporan tersebut, “Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.

“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan," katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Harussani merujuk kepada gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam kerana pakaiannya semasa acara gimnastik di Sukan SEA.

Sesetengah pengguna media sosial menegurnya kerana mengatakan ia menampakkan lurah farajnya.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," kata Harussani dalam laporan tersebut.

Ramai pihak bagaimanapun menunjukkan sokongan kepada gimnas negara itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menulis di Twitter, “Dalam gimnastik Farah membanggakan hakim dan membawa balik pingat emas. Dalam tingkah lakunya hanya Tuhan boleh menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet negara kami.”

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor pula berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.

"Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram," katanya dalam laporan tersebut.

Namun kepada penyokong Farah Ann di media sosial, Harussani berkata, “Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang.” – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=288812:sukan-gimnas-tak-sesuai-untuk-wanita-islam-kata-mufti-perak&Itemid=2#ixzz3cxPEAeBM
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Sunday, February 24, 2013

Suare timbal balas dari Tn Guru Hj Nik Abdul Aziz ...............


Ahad, Februari 24, 2013
Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

 
~ Harakah

 Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Monday, July 23, 2012

Berbuih mulut orang tue ni nasihatkan UMNO..........


Wak heran kenape UMNO ni tak endahkan nasihat orang tue ni. Dah ber buih2 mulut nye berkata bahawa berpolitik dalam masjid tu hukum nye haram. Wak kesian juge dengan orang tue ni sebab UMNO yang di sanjung2 nye tu tak pernah mau dengar kate2 dan nasihat nye.

Yang Wak ber tambah2 heran kenape orang tue ni masih kekal melekat dengan UMNO, sedangkan beliau tahu bahawa UMNO tu sangat suke buat perkara2 yang bertentangan dengan fatwa nye. Wak sedang tunggu2 kalau ade pula yang berani buat fatwa tentang hukum bersengkokol dengan UMNO yang melanggar  fatwa dari Mufti Perak ni.

Ini jawapan pencacai UMNO.. sama saja sikap mereka dengan Najib.. meskipun sudah ditegur berulang kali oleh Harussani supaya jangan ke Kuil untuk bersama meraikan Thaipusam.. baca di ( SINI ) sikitpun dia tak peduli..






Banner di atas telah ditemui digantung oleh penyokong UMNO di Masjid Nur Al Islah, Mulong yang terletak di Kota Baharu, Kelantan


Sumber: sungaidurhaka

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-