Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts

Thursday, June 17, 2021

Persidangan Parlimen hanya selepas pelbagai syarat dipenuhi: Pakar Perlembagaan

ismaweb.net
Siti Hafidah

Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung


KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, KhamisPersidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi, dan ia mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut pakar perlembagaan.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat antaranya menyatakan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

“Peraturan 11 ini juga menyatakan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri boleh mengubah tarikh persidangan itu dari semasa ke semasa, namun persoalannya adakah Peraturan 11 ini terpakai.

“Pada pandangan saya, ia masih terpakai selagi mana ia tidak dinafikan pemakaiannya oleh Ordinan Darurat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Shamrahayu berpandangan satu perbincangan secara muafakat juga perlu berlaku antara Seri Paduka dan Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, dalam menetapkan tarikh persidangan Parlimen berkenaan.

Katanya, ini kerana berdasarkan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ketua Majlis mempunyai kuasa menentukan dari semasa ke semasa tarikh untuk persidangan Dewan Rakyat.

“Permuafakatan tentang tarikh itu hendaklah juga mendapat perkenan Seri Paduka, barulah sistem kita ini nampak lunak dan boleh memberikan keserasian,” katanya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, berdasarkan krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini, persidangan Parlimen turut perlu mendapat nasihat daripada KKM dan MKN sebelum ia boleh berlangsung.

“Agensi-agensi ini perlu menasihati kerajaan kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselamatan, dengan persidangan juga tidak boleh dilakukan secara normal apabila ia berlangsung,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Basirun mencadangkan supaya sesi Parlimen tidak boleh berlangsung secara berterusan dalam tempoh masa lama serta diselang seli dengan proses sanitasi.

“Persidangan secara fizikal boleh diadakan selama 60 hingga 90 minit dan perlu berhenti rehat seketika bagi proses sanitasi sebelum bersambung semula,” katanya sambil menegaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dua lapis serta penjarakan fizikal mesti sentiasa diamalkan.

Tambahnya, Ahli Parlimen dan petugas juga perlu segera beredar pulang dan mengelak dari bersembang atau berkumpul di luar Dewan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

 – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Sunday, June 13, 2021

PKP 3.0 hanya akan dikaji semula jika kes sudah turun bawah 4,000

inforakyat.net
13/06/2021 2:30 PM


Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu jika jumlah jangkitan harian COVID-19 negara ini mencapai angka bawah 4,000 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan risiko jangkitan harian seluruh negara dapat diturunkan.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan apabila jumlah jangkitan harian negara turun kepada 4,000 barulah PKP 3.0 akan dikaji semula.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP 3.0, tetapi kita kaji semula dari segi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama ada ia boleh dilonggarkan sedikit.

“Saya tak janji longgarkan (PKP 3.0) tetapi ia semua bergantung pada nasihat KKM menerusi penilaian risiko yang dibuat,” katanya.

Ismail Sabri mengulas saranan pakar kesihatan dan persatuan perniagaan supaya kerajaan tetapkan angka petunjuk atau indikator untuk tentukan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 boleh ditamatkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Dr Adham; Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, Dr Noor Hisham dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, KKM akan menilai risiko dan menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat khas MKN apabila jangkitan harian turun kepada 4,000 kes.

Katanya, beliau berharap menjelang minggu hadapan jumlah jangkitan harian akan menurun di bawah 4,000 kes sehari berikutan pelaksanaan PKP 3.0.

“Ini kerana impak PKP 3.0 yang kita laksanakan sejak 1 Jun lalu hanya akan kita nampak hasilnya selepas esok atau dalam tempoh 14 hari pelaksanaannya.

“Kita berdoa supaya lepas esok kes menurun sehingga 4,000 supaya kita boleh kaji semula PKP 3.0.

“Bukan untuk tamatkan PKP 3.0 tetapi kaji semula SOP yang diperketatkan,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827264/pkp-30-dikaji-jika-kes-harian-turun-bawah-4000

Friday, June 11, 2021

PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun

malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Jun 2021, 6:29 pm
Dikemaskini 7:24 pm

Sekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) atau 'total lockdown' yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi, iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan purata kes baru sehingga semalam ialah 6,871.

"Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata ketetapan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini, supaya PKP 3.0 disambung.

Pada 28 Mei lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sekatan penuh melalui tiga fasa untuk mengekang wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Fasa satu bermula 1 Jun lalu dengan 'total lockdown' selama 14 hari.

Sekiranya fasa pertama berjaya, fasa kedua akan menyaksikan pembukaan semula sektor ekonomi tertentu yang tidak melibatkan perhimpunan besar dan di mana jarak fizikal dapat diamalkan.

Fasa pertama sepatutnya berlangsung 14 hari dari 1 Jun hingga 14 Jun, sementara fasa kedua sepatutnya berlangsung empat minggu setelah fasa pertama berakhir.

Fasa ketiga akan serupa dengan perintah kawalan pergerakan yang berlaku sebelum 'lockdown' dikuatkuasakan.

Namun, kata PMO ketika itu, keputusan untuk peralihan satu fasa kepada fasa lain tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan yang dibuat berdasarkan perkembangan dalam jumlah kes harian dan kemampuan hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19.

Sementara itu, Ismail hari ini berkata kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Kedah dan Sabah selama dua minggu bermula Ahad ini bagi membendung penularan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Ismail berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Kampung Kadazan, Tawau, dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai serta Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularanjangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

"SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my ," katanya.

Sementara itu, beberapa lokaliti akan ditamatkan PKPD pada tengah malam esok iaitu 19 daripada 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu, tiga taman perumahan di Sabak Bernam, empat Rumah Panjang Ulu Sungai Sebakong dan Sungai Duan, Mukah, Sarawak, Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor dan tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.

Manakala PKPD di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada akan ditamatkan pada tengah malam 13 Jun.

Sementara PKPD di Rumah Panjang Undum anak Anchih, Sungai Duan dijadualkan tamat pada 16 Jun 2021.

Thursday, January 21, 2021

3,170 kes, 12 korban, 260 pesakit di ICU

malaysiakini.com
Diterbitkan 21 Jan 2021, 6:21 pm


Kes baru hari ini 3,170 kes dengan 12 lagi kematian, maklum KKM, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes harian sedikit menurun hari ini selepas merekodkan 4,008 jangkitan Covid-19 semalam, angka harian kedua tertinggi selepas Sabtu lalu.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Terdapat 16 kluster baru dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 701, dengan 374 kluster tamat dan 327 kluster masih aktif, jelas Noor Hisham lagi.

Perincian 3,170 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Januari 2021 adalah seperti berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 576 kes
121 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Terolak dan Kluster Pasar Borong KL;
189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Lima (5) kes import dari luar negara;
261 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 545 kes
43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Kelapa dan Kluster Jalan Canang Emas;
263 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
238 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 423 kes
96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 53 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster Seri Bayu;
219 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
107 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 401 kes
32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Ladang Sebrang dan Kluster Silimpopon;
245 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
123 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 245 kes
66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Slim, dan Kluster Kota Muhibbah;
121 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Pulau Pinang: 171 kes
52 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Mandin Jaya;
54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 156 kes
22 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Orion dan Kluster Gunung Raya;
76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 135 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
88 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 132 kes
100 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 106 kes
12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 102 kes
13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 57 kes
11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Tanah Merah;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 48 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 33 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

[Berita penuh menyusul]

Thursday, April 23, 2020

Lanjut sehingga 19 Ramadan, PKP ‘dilonggarkan sedikit’ untuk dua perkara

Oleh MALAYSIA DATELINE 
         April 23, 2020 9:39 pm

Hanya diberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu sehingga 12 Mei bersamaan 19 Ramadan.

Kelonggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan kepada rakyat yang terkandas di kampung atau tempat lain sebelum PKP fasa pertama dikuatkuasakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hal tersebut dalam Perutusan Khas Ramadan secara langsung menerusi RTM, sebentar tadi.

PKP fasa tiga sepatutnya berakhir pada 28 April ini selepas kali pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Menurut Muhyiddin, hampir 100,000 pelajar di kampus yang sebelum ini tidak dibenarkan pulang boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sedikit masa lagi.

Proses membawa pelajar itu pulang, ujarnya, giat dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mesti merancang pergerakan pelajar terbabit dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai pergerakan pulang tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu. Beri sedikit masa kepada kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini.

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat,” katanya.

Keduanya, beliau berkata, kerajaan menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan untuk mereka yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing.

Jelasnya, kebenaran tersebut hanya diberi kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan giat mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur pergerakan yang dijangka tentunya membabitkan jumlah yang besar.

“Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi disediakan PDRM, atau membuat temu janji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

“Adalah penting untuk polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian di lebuh raya.

“Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” pesannya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai hal tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, Sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

“Kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” tambahnya lagi.

Monday, April 20, 2020

Perak bebas zon merah Covid-19

MyMetro
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

PERAK berada di tangga teratas dalam senarai perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik wabak Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, negeri ini juga turut tersenarai antara enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif.

“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT, Perak muncul negeri yang teratas dalam senarai negeri yang mencatatkan perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik Covid-19.

“Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah, iaitu 25 pesakit atau 9.9 peratus yang masih menjalani rawatan berbanding dengan jumlah 252 kes positif jangkitan Covid-19 yang direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Faizal berkata, Perak bebas daripada zon merah kes aktif susulan penurunan jumlah kes jangkitan baru di negeri itu.

“Sesuatu daerah diklasifikasikan sebagai zon merah apabila bilangan kes aktif melebihi 41 kes. Satu lagi khabar menggembirakan untuk dikongsi apabila Perak adalah salah satu daripada enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif,” katanya

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada setiap petugas barisan hadapan perubatan, keselamatan dan pentadbiran yang sudah bekerja keras bagi mencapai angka yang melegakan itu.

“Tahniah juga kepada semua rakyat negeri ini yang sudah memberi komitmen terbaik mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terus mematuhi PKP, amalkan penjarakan sosial, selalu mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri, moh kita hijaukan semua daerah di negeri ini, Perak boleh,” katanya.

Perak berada di tempat pertama dengan hanya 25 pesakit atau 9.9 peratus daripada 252 orang yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini yang masih menjalani rawatan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui kenyataannya memaklumkan setakat 12 tengah hari semalam, Perak merekodkan kumulatif 252 kes terkumpul, 227 daripadanya sembuh dan 19 sedang dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 12:28 PM

Saturday, March 21, 2020

Malaysia catat kematian keempat, jumlah masuk ICU meningkat

Geraldine Tong
Diterbitkan Hari ini 4:01 pm


Malaysia mencatatkan kes kematian keempat akibat jangkitan Covid-19.

Selain itu, perkembangan terbaru juga menyaksikan jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa keempat ialah pesakit kes-238 yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Pesakit itu, yang dimasukkan wad di Melaka pada 12 Mac lalu, merupakan antara yang mempunyai kaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh, .

Sementara itu terdapat 153 kes jangkitan baru di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 1,183.

Sebanyak 90 kes setakat ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

KKM juga memaklumkan bahawa sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti Covid-19.

Dua daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di ICU.

KKM menegaskan bahawa kesemua 19 anggota kesihatan mereka yang dijangkiti bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan semasa mengendalikan kes Covid-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh," kata kenyataan itu.

[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, January 7, 2020

Jual Air Zam Zam Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti Perak


KUALA LUMPUR: Susulan isu larangan penjualan air zamzam oleh kerajaan Arab Saudi, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan bahawa perkara itu juga tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata ia kerana Islam melarang pihak yang mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran.

“Kalau ikut hukum syarak, salah lah kalau sudah tidak dibenarkan ‘tuan empunya badan’ (pihak Arab Saudi).

“Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Isu penjualan air zamzam kembali menjadi perbahasan awam selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.

KKM dalam satu kenyataan memberi peringatan bahawa individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Kenyataan itu antaranya menyebut Arab Saudi melarang penjualan air zamzam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di Malaysia.

Mengimport air zamzam memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Sementara itu, Harussani turut menjelaskan tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya pihak yang kembali menunaikan umrah atau haji membawa air tersebut sekadar untuk bekalan sendiri atau bersedekah.

“Kalau baru balik dari Umrah atau Haji, nak bagi air zamzam dekat orang atau sedekah tidak apa.

“Dia jadi masalah kalau jual sebab tidak dibenarkan,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-