Showing posts with label NGO Islam. Show all posts
Showing posts with label NGO Islam. Show all posts

Saturday, February 15, 2025

‘Biadab, keterlaluan menyakiti, timbulkan marah dan resah’

harakahdaily.net
February 15, 2025

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Islam telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berhubung cadangannya mewujudkan portfolio hal ehwal agama bukan-Islam di peringkat Persekutuan.

Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat berkata, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen.

“YB Chow Yu Hui bersumpah untuk menjaga Perlembagaan, namun beliau sendiri mencadangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan. Ini tidak wajar dan membuktikan beliau bukan seorang Ahli Parlimen yang baik,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (PERKID) berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali serta lain-lain.

Masridzi merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atau diubah tanpa melalui proses yang sah.

Menurutnya, cadangan pemisahan hal ehwal agama Islam dan bukan-Islam itu dianggap sebagai cubaan menjejaskan keistimewaan Islam dalam sistem pentadbiran negara.

“Kita nampak bahawa hak agama dalam Perkara 3(1), hak agama Islam sebagai agama negara ni nampaknya dah diceroboh dan mula nak dihapuskan keistimewaan ini.

“Keistimewaan raja-raja sebagai penaung keistimewaan agama ini sebagai agama negara mula nak diceroboh,” tambahnya.

Selain itu, Ustaz Masridzi turut menyatakan bahawa cadangan tersebut boleh membuka ruang kepada penyebaran agama lain kepada umat Islam, yang bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan Chow Yu Hui berpotensi membuka ruang kepada unsur-unsur yang boleh mengganggu keharmonian agama serta memberi kesan kepada kestabilan dan keamanan dalam negara kita.

“Cadangan beliau ini telah menimbulkan ketegangan dan kekeliruan dalam masyarakat terutama apabila melibatkan isu berkaitan pentadbiran agama yang sensitif.

“Saya dan kami semua berpandangan bahawa kenyataan beliau perlu disiasat kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta mencetuskan ketidakharmonian antara kaum dan agama di dalam negara kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, SKAN menurutnya menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Chow Yu Hui di bawah undang-undang berkaitan, termasuk Akta Hasutan 1948, sekiranya terdapat unsur yang boleh mengancam keharmonian negara.

“Kami membantah sekeras-kerasnya cadangan ini kerana ia bercanggah dengan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami juga menyeru pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan Malaysia, serta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“(Ia) agar dapat menghentikan segera segala gangguan dan campur tangan serta kekacauan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP, pemimpin bukan-Islam termasuklah MP Raub, Chow Yu Hui.

“(Dia) biadab dan keterlaluan menyakiti, menimbulkan kemarahan dan keresahan kepada rakyat Islam dalam negara ini akibat campur tangan mereka kepada peranan dan fungsi institusi agama seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“(Juga) Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam serta lain-lain agensi yang berkaitan dengan agama Islam dalam negara ini,” tegasnya memaklumkan telah memulakan tindakan dengan membuat sebelas laporan polis. 

– HARAKAHDAILY 15/2/2025

Friday, August 13, 2021

Jangan tukar kerajaan, fokus pada rakyat, rayu 175 NGO Islam

FMT Reporters
-August 13, 2021 1:15 PM

Gerakan Pembela Ummah yang mewakili 175 NGO Islam berkata, sekarang bukan masanya untuk menukar kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu lagi memorandum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, kali ini daripada kira-kira 175 NGO Islam yang merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk campur tangan dalam pergolakan politik berterusan.

Di bawah payung Gerakan Pembela Ummah (Ummah), mereka merayu Agong dan Raja-raja Melayu mengeluarkan dekri untuk pemimpin politik mengutamakan nyawa rakyat Malaysia ketika pandemik bertambah teruk.

Ummah menggesa Agong menghentikan pertelingkahan antara ahli politik dan mereka bimbang tiada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, jika kerajaan semasa tumbang.

“Malangnya, pemimpin politik lebih mengutamakan ego masing-masing yang semata-mata berteraskan kepentingan kepartian dan kelompok, bukannya kesejahteraan rakyat terbanyak,” kata mereka dalam memorandum itu.

“Mereka tidak menggunakan Parlimen sebagai tempat untuk mencari kata sepakat bagi memerangi musuh bersama, sebaliknya merosakkan demokrasi dengan cara menyalahgunakannya bagi kepentingan sendiri.

“Patik sekalian berpendapat isu pertukaran Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, atau pertukaran kerajaan bukanlah perkara yang sesuai dilakukan pada masa ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi kecelaruan sedia ada.”

Gabungan itu berkata, tiada jaminan kerajaan baharu boleh menguruskan keadaan Covid-19 lebih baik dan memulihkan ekonomi negara.

Beberapa NGO lain sudah menyerahkan memorandum mereka kepada Agong, tetapi meminta perkara sebaliknya daripada apa yang dirayu Ummah.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya meletak jawatan kerana gagal menguruskan pandemik, manakala sebuah gabungan hampir 40 NGO mahu Muhyiddin serta pegawai kerajaan lain dipecat atas kegagalan Ordinan Darurat.

Sokongan majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat dipertikaikan selepas 15 Ahli Parlimen Umno dilaporkan menarik sokongan mereka kepada beliau dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau akuan berkanun.

Ini menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai sokongan sekitar 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dengan 222 kerusi.

Friday, November 9, 2018

ICERD: Mujahid Hanya Catat, Tidak Berdialog

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
November 8, 2018


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa gagal berinteraksi secara dua hala dalam pertemuan bersama dengan NGO Islam, peguam persendirian, penjawat awam dan ahli akademik yang berlangsung semalam berhubung isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Malah menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pertemuan itu hanya sehala, bukannya dialog yang memberikan semua pihak saling bertukat pandangan tentang bantahan terhadap isu itu.

“YB Menteri mengambil pendirian untuk hanya mencatat tetapi tidak berdialog dengan NGO Islam yang membantah ICERD atau menyokongnya.

“Rumusannya ialah pertemuan malam tadi adalah input satu hala kepada YB Menteri sahaja tanpa mendengar pandangan YB Menteri sendiri seperti dilapor media. YB Menteri pula berjanji akan membawa suara kami ke pihak atasan.

“Kami tidak dapat berinteraksi secara dua hala dengan YB Menteri,” katanya.

Beliau memberikan penjelasan tersebut dalam Facebooknya selepas mendakwa ramai yang bertanyakan hasil perbincangan.

Lebih teruk lagi kata Zainul wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang hadir bertindak memberi amaran kepada NGO Islam yang membantah tindakan kerajaan untuk menandatangani ICERD.

“Ucapan wakil Suhakam sangat mengejutkan kerana seolah memberi amaran kepada kami dan sudah hilang hak asasi manusia untuk menyatakan pendirian kami dan seolah terus menghukum NGO Islam ingin memecah perpaduan dan tidak bertamadun.

“Suhakam mahukan kerajaan menandatangani dan ratifikasi ICERD,” katanya lagi.

Tambah beliau Mujahid hanya memberi jaminan bahawa bahawa tindakan kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu, Islam dan raja-raja.

Zainul dalam pada itu memaklumkan sebanyak 15 wakil yang hadir daripada 20 menolak ICERD manakala hanya 5 yang menyokong.

-SuaraTv

Saturday, July 28, 2018

'Kerajaan HARAPAN jangan abai tuntutan NGO Islam'

Anne Muhammad & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan 28 Jul 2018, 4:52 petang 


Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - pengajur Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini - Aminuddin Yahaya mendesak kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar lebih terbuka dalam mendengar tuntutan NGO Islam di negara ini.

"Jika lebih teruk layanan terhadap kami, ini bukan (Malaysia) baru, tetapi haru-biru. Kita harap kerajaan ini betul-betul baru - lebih baik dan konstruktif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Kebangkitan Ummah yang disertai lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa telah menghantar enam tuntutan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) tetapi tidak dilayan.

"Kita kecewa kerana tahu Datuk S Ambiga ada dalam IRC, mungkin itu (sebabnya) mereka tidak melayan tuntutan kita," katanya yang juga timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Antara isu yang dibangkitkan dalam himpunan itu adalah isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), pemerkasaan bahasa kebangsaan dan tanah rizab Melayu.
Aminuddin berkata himpunan itu adalah luahan kegusaran kalangan umat Islam dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

"UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki kepincangan yang sedang dan bakal berlaku.

"Kami tidak menolak akan ada siri himpunan yang lebih besar di negeri-negeri jika tiada tindakan daripada mereka," katanya lagi.

UMMAH menyatakan enam resolusi kepada kerajaan, antaranya tindakan kerajaan haruslah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tanpa menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara agama.

Selain itu, gabungan NGO itu menuntut hak istimewa Melayu dan kedudukan Islam tidak digugat dan penolakan terhadap pengiktirafan UEC.

Selain pemimpin NGO, himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan PAS, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Datuk Asyrat Wajdi Dusuki dan Datuk Lokman Noor Adam.

Friday, July 27, 2018

Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok

RZ 27/07/2018

10,000 dijangka banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baru Pasca PRU14 Islam Melayu terancam di Kelab Sultan Sulaiman

BANGI, 14 Zulkaedah 1439H, Jumaat Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan pelbagai serangan bertali arus terhadap institusi Islam dan bangsa Melayu, menyebabkan hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terhakis sedikit demi sedikit.

Menyedari hakikat itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam dan bangsa Melayu bersama-sama hadir pada satu perhimpunan besar-besaran pertama yang akan diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur, mulai jam 9 pagi hingga 2 petang esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, UMMAH berkata, Kelab Sultan Sulaiman pernah menjadi saksi kebangkitan ketika Kongres Melayu SeMalaya yang menjadi bibit-bibit permulaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, pada Mac 1946.

“Kini, dengan Roh perjuangan yang sama, pada 28 Julai 2018, Kelab Sultan Sulaiman bakal menyaksikan satu lagi kebangkitan UMMAH yang mengumpulkan bangsa Melayu Islam yang ingin mempertahankan agama dan bangsanya daripada dirobek oleh pihak-pihak berkepentingan,” kata gerakan itu.

Dianggarkan lebih 10,000 peserta terdiri daripada ahli gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, persatuan mahasiswa universiti, pelajar, serta pemimpin dan ahli parti politik, dijangka hadir.

Himpunan esok, adalah yang besar-besaran bakal diadakan bagi umat Islam menyatakan pendirian dan sikap leluhur mempertahankan kedaulatan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia yang mula digugat oleh anasir tidak bertanggungjawab pasca PRU14.

Umat Islam, khususnya bangsa Melayu perlu sedar sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu menyentuh kedaulatan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang membimbangkan, dan boleh mencetuskan situasi tidak tenteram dalam masyarakat.

Menurut UMMAH, himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.

“Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menganggu himpunan ini.

Bertemakan ‘putih’ (baju), UMMAH menggalakkan peserta membawa topi, payung, alas duduk dan minuman. Peserta juga digalakkan makan makanan berat terlebih dahulu sebelum menyertai perhimpunan.

Wednesday, February 7, 2018

UMMAH mahu fail semakan kehakiman dalam kes Indira

Anne Muhammad

Gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengusulkan semakan kehakiman berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes Indira Ghandi.

Ketua Sekretariatnya Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu dibuat bagi mengangkat kuasa mahkamah syariah.

“Perkara ini diusulkan atas beberapa faktor iaitu utama yang kita lihat huraian penghakiman di mahkamah persekutuan seolah-olah diberi kuasa eksklusif kepada mahkamah sivil untuk campur tangan melibatkan mahkamah syariah.

“Perkara-perkara mahkamah syariah selama-selama tunduk pada mahkamah sivil. Jadi perkara ini harus dilihat balik malah kita rasa tak selari dengan peruntukan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.
Katanya lagi, UMMAH akan membuat permohonan semakan kehakiman itu dalam masa terdekat.

“Mungkin pada minggu ini atau minggu depan. Kami bukan bermaksud mempersoalkan keputusan mahkamah itu, tetapi berpandangan ada perkara-perkara yang perlu diperjelaskan kerana telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Aminuddin berkata demikian selepas Sidang Meja Bulat UMMAH kesan Kes Indira Ghandi ke atas perundangan di Kuala Lumpur International Hotel, hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan bahawa penukaran agama tiga anak Indira Gandhi oleh bapa mereka yang memeluk agama Islam hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Terdahulu hadir sama dalam sidang meja bulat itu Pengerusi UMMAH Ismail Mina Ahmad, Mufti Pahang Datuk Seri Abd Rahman Osman, Ketua Lajnah Strategik Majlis Ijtihad Ummah Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi.
Selain itu hadir sama dalam persidangan itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang dan Mantan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz.

Sementara itu, Aminuddin juga berkata pihaknya juga akan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu bagi meredakan kegelisahan di kalangan umat Islam.

“Kita juga bersetuju memikirkan meminta majlis raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong menyatakan dan menitahkan perkara ini kerana perkara ini menimbulkan kegusaran yang sangat besar di kalangan rakyat dan timbul ketegangan.

“Kalau boleh dimohon perkenan majlis raja-raja mengeluarkan kenyataan untuk meredakan suasana menggelisahkan umat Islam,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411441#vXcGL7o6jCmxC2La.99

Friday, June 16, 2017

Ulama, NGO Islam selar 'big gay iftar'



Penganjuran acara buka puasa 'Big Gay Iftar' di Kuala Lumpur minggu lalu diselar pelbagai pihak, termasuk NGO Islam dan ahli agama.

NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz antara yang dilapor menyatakan rasa tidak senang mereka.

Turut berbuat demikian Majlis Belia Malaysia (MBM) – badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini.

Ketua Biro Islamiyah ISMA Omar Kassim berkata penganjur majlis itu perlu disiasat dan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.

“Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam mengharamkan zina, macam mana kita boleh membiarkan orang mempromosikan zina.

“Islam mengharamkan seks sejenis, apa yang mereka lakukan ialah mempromosikan maksiat dan kehancuran,” katanya dalam satu kenyataan, yang disiarkan Ismaweb.

Berkaitan: Penganjur: Kenapa kami anjur 'big gay iftar'

Acara kontroversi itu dianjurkan minggu lalu di Bangsar, Kuala Lumpur, bagi mempertemukan masyarakat pelbagai latar.

Ia juga dianjurkan sempena memperingati 49 anggota komuniti lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) yang terkorban dek tragedi keganasan di Florida, Amerika Syarikat pada 12 Jun 2016.

Selain berbuka puasa, program anjuran Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk LGBT – itu turut melibatkan forum dan tayangan filem berkaitan golongan itu.

Menurut Pelangi Campaign, hanya melalui acara sebegitu kita dapat membuktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan semua orang.

Sementara itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pula berpendapat, pihak yang terlibat dengan majlis itu perlu bertaubat dan menghormati bulan Ramadan.

“Menganjurkan program berbuka puasa itu tak ada masalah tapi nampaknya apa yang mereka lebih tonjolkan itu adalah LGBT.

“Tindakan mereka amat dikesali kerana seperti yang semua maklum LGBT adalah bercanggah dengan Islam,” kata presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid.

Haram, kata Hassan

Hassan pula menyifatkan penganjuran majlis itu haram di sisi Islam kerana majlis berbuka puasa seperti itu “bukan sahaja sia-sia bahkan mempermainkan hukum Allah”.

Katanya, penganjuran majlis berkenaan juga bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang mengharamkan seks sejenis.

“Orang yang puasa perlu ikut semua perintah Allah dan puasa ini merangkumi semua perbuatan kita.

“Sekarang ini pula wujud golongan yang tolak hukum Allah tapi terima hukum lain dan itu tidak boleh dalam Islam,” lapor Ismaweb yang memetik Sinar Harian.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) pula mendakwa penganjuran majlis itu sengaja dibuat bagi melanggar kesucian Islam dan norma masyarakat Malaysia.

Presidennya Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata, apa yang dilakukan sebenarnya cubaan untuk mempromosikan gerakan LGBT yang menurutnya bertentangan dengan ajaran Islam dan mahu mempersendakan agama.

“Mereka dengan jelas cuba memesongkan pemikiran majoriti masyarakat negara ini khususnya umat Islam dengan menggunakan platform agama.

“Matlamat iftar tidak boleh menghalalkan cara mempromosikan aktiviti songsang itu apatah lagi ia jelas hanya mengambil agama pada bahagian yang disukai sahaja,” beliau dipetik sebagai berkata.

Monday, August 12, 2013

Nagare Islam Mahkamah................



Menteri: Mahkamah akan membuat keputusan mengenai penggunaan 'Allah' bukan Islam


Nigel Aw

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup berkata, Kerajaan Persekutuan akan meninggalkan ia sehingga Mahkamah memutuskan sama ada bukan Islam boleh menggunakan perkataan 'Allah' atau tidak.
"Ini sekarang sebelum Mahkamah, Jadi biarlah Mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada wartawan selepas menghadiri dalam Majlis Perundingan Malaysia agama Buddha, Kristian, Hindu, agama Sikh dan maksiat (MCCBCHST) makan malam ulangtahun ke 30 di Kuala Lumpur malam tadi.
Kurup menjawab pertanyaan mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan 'Allah' berdasarkan penyelesaian 10-titik yang diluluskan oleh Kabinet pada 2011.
Sejurus sebelum pilihan raya negeri Sarawak, Kabinet telah bersetuju untuk garis panduan yang dibenarkan penggunaan percuma Alkitab mengandungi perkataan 'Allah' di Sabah dan Sarawak manakala Semenanjung diperlukan Setem "Untuk orang Kristian" sahaja dan salib pada penutup dalam Alkitab.

Walau bagaimanapun, Debat adalah mencetuskan lagi bulan Bilakah Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir mengisytiharkan bahawa orang bukan Islam dalam keadaan beliau tidak dibenarkan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.
Beberapa orang bukan Islam Kumpulan agama, termasuk MCCBCHST, mengutuk jelas pengharaman diperbaharui dan menyeru kerajaan memartabatkan garis panduan yang ditetapkan dalam 2011.
Apabila ditekan jika Kerajaan Persekutuan akan berdiri dengan 10 titik penyelesaian berdasarkan pendirian bercanggah daripada kerajaan-kerajaan negeri, Kurup mengulangi bahawa perkara itu akan ditentukan oleh Mahkamah.
'Mekanisme antara agama'
Mahkamah Tinggi pada 31 Dis 2009 diisytiharkan Kementerian rumah larangan terhadap penerbitan Kristian The Herald menggunakan perkataan 'Allah' sebagai tidak mengikut Perlembagaan.
Kerajaan telah sejak merayu keputusan dan Mahkamah Rayuan akan kemudian dalam bulan ini mendengar Gereja Katolik di membida untuk potong rayuan.
herald court case 050508Mengenai perkara yang berkaitan, apabila ditanya sama ada Suruhanjaya antara agama yang pernah akan diwujudkan Kurup berkata satu mekanisme serupa telah wujud.
"Ia bukanlah sebuah Suruhanjaya, tetapi sudah ada satu jawatankuasa peringkat Kabinet sama terma rujukan (sebagai cadangan Suruhanjaya)," katanya.
Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah di wawancara hari merungut bahawa beliau menghadapi kesukaran menolak melalui sebuah Suruhanjaya antara agama disebabkan salah faham oleh pemimpin-pemimpin agama.

Kat atas ni Wak siarkan satu artikel yang di terjemahkan kedalam bahsae melayu.  Tujuan nye untuk renungan kite orang2 islam. Disini Wak tak boleh ulas panjang, maklumlah Wak ni bukan nye banyak pengtahuan tentang agama islam.

Di sini Wak cume nak berkate sedikit tentang pehak2 yang bertanggung jawab dengan menjaga hal2 agama islam di Negara Islam Malaysia ni. Ape kah sebenarnye tugas2 dan tanggung jawab pehak2 yang berkenaan ni sehingge hal2 yang berkaitan dengan islam diambil aleh oleh mahkamah?

Pade pendapat Wak yang berfikir secare kampungan ni, ape perlunye di ujudkan pehak2 yang bertanggung jawab menjage hal ehwal agama islam ni? Apekah peranan menteri yang di berikan tugas tentang agama islam? Di tahap manekah kedudukan kuase raje melayu terhadap agame islam? 

NGO2 islam seperti JATI dan PERKASA nampak nye seperti 'pondan' aje, kalau lelaki pun ianye dah jadi lelaki 'mati pucuk' aje. Sekarang ni dah memang nampak jelas bahawe agame islam dah semakin layu. Kaum kafir sudah berani 'menjentik hidung' orang2 islam dengan sesuke hati mereke.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-