Showing posts with label SUHAKAM. Show all posts
Showing posts with label SUHAKAM. Show all posts

Thursday, June 27, 2019

Kerajaan langgar manifesto lagi – PM sendiri melantik anggota Suhakam



Kerajaan langgar manifesto lagi! – Bersih 2.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelantikan lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang didakwa bertentangan dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Bersih 2.0 dalam kenyataan menegaskan tindakan Perdana Menteri melantik anggota Suhakam tanpa melibatkan Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk saringan terlebih dahulu mengetepikan semangat dalam PH.

Walaupun masih mengikut ketetapan undang-undang namun janji manifesto PH iaitu dalam janji 26 secara jelas menyatakan pelantikan Pesuruhjaya Suhakam akan dibuat melalui jawatankuasa khas Parlimen.

“Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam telah pun dibentuk sejak Disember 2018 dan adalah menjadi perkata utama memberi laluan kepada jawatankuasa tersebut memilih calon berpotensi walaupun proses itu tidak terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Proses tersebut bukan sahaja menunjukkan komitmen Perdana Menteri kepada janji-janji manifesto bahkan juga menunjukkan rasa hormat kepada peranan Parlimen sebagai badan semak imbang yang berkesan kepada pihak eksekutif terutamanya Pejabat Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Tan Sri Othman Hashim sebagai Pengerusi Suhakam yang baharu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Selain itu, kenyataan sama turut memaklumkan pelantikan tujuh lagi anggota Suhakam yang baharu.

 – UTUSAN ONLINE

Saturday, December 8, 2018

Tun M takkan hadir Himpunan Suhakam esok

Published on December 8, 2018 
in Nasional 
by webadmin

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri program sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Padang Timur di sini, esok.

Menurutnya, agak mustahil untuk menghadiri sambutan tersebut kerana perbezaan pendirian antara kerajaan PH dan Suhakam berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Saya sudah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menerima ICERD. Suhakam pula mahu ICERD diterima, jadi macam mana saya boleh pergi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini, hari ini.

Perhimpunan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 itu pada asalnya dijadualkan berlangsung hari ini dengan Dr Mahathir dijemput Suhakam sebagai tetamu khas, namun ditangguhkan ke esok atas nasihat pihak berkuasa.

Hari ini juga menyaksikan penganjuran perhimpunan berasingan bagi menolak ICERD di ibu negara selepas Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Pada 23 November lalu berkata, kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD.

Bagaimanapun, Suhakam dalam kenyataan pada 27 November lalu menyebut kecewa dengan keputusan kerajaan.

Dr Mahathir seterusnya berkata, sambutan anjuran Suhakam itu dipinda ke esok kerana polis tidak mempunyai anggota mencukupi untuk mengawal dua perhimpunan jika diadakan pada hari sama.

“Bukan kita larang ada demonstrasi. Tidak. Demonstrasi boleh ada tetapi kita minta supaya ditangguhkan ke hari lain supaya polis tidak tertekan kerana pegawai mereka tidak cukup untuk mengawasi perhimpunan yang besar-besar,” katanya.

Namun bila ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan di ibu negara itu, Dr Mahathir berkata: “Tidak. Saya dah bersyukur cukup dah. Saya buat satu keputusan yang baik, saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya. – Bernama

Source: SH Nasional

Friday, December 7, 2018

Mengalah lagi kepada pembuli - Ambiga ciap kekecewaannya

Diterbitkan 7 Dis 2018, 3:24 petang


Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan membidas pembatalan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Sekali lagi mengalah kepada pembuli," ciapnya di laman Twitter.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pihak polis menyarankan Suhakam supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, esok yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail yang mengesahkan pembatalan itu, berkata, polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.

Beliau juga kecewa kerana kerajaan kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Dalam tweet terdahulu, Ambiga menyatakan tidak percaya dengan pembatalan itu.

"Arah Suhakam batalkan acara menyambut Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Wow! Ini adalah yang pertama.

"Jadi sekarang kita menyambutnya dengan membatalkan majlis dan bukan menganjurkannya! Hebat," katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Ambiga Sreenevasan@Ambiga_S
Asking SUHAKAM to cancel an event that celebrates International Human Rights Day which many have done for years and years. Wow! That’s a first. So now we celebrate by cancelling events rather than having them! Great. And we were on the Human Rights Council!!

87
2:15 PM - Dec 7, 2018
Twitter Ads info and privacy
88 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy

[Baca berita penuh]

Thursday, December 6, 2018

Dr M sampai ucaptama Sambutan Hari Hak Asasi Manusia

MyMetro
Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@nstp.com.my


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucap utama pada Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu ini.

Timbalan Setiausaha, Dasar dan Perundangan SUHAKAM, Jesrina Grewal berkata, turut hadir pada sambutan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail.

Katanya, acara sambutan itu yang bertema ‘Memperjuangkan Hak Asasi Manusia’ atau #StandUp4HumanRights akan bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3 petang.

“Sambutan ini dirancang seawal Oktober lalu dan tarikh yang Perdana Menteri boleh hadir adalah pada 8 Disember ini seperti dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri.

“Selain Perdana Menteri, sambutan itu dijangka turut dihadiri Jemaah Menteri, pemegang taruh, tokoh dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mendokong hak asasi manusia,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Jesrina berkata, pelbagai aktiviti disediakan pada hari berkenaan termasuk persembahan kebudayaan, nyanyian, jualan dan 30 geran pameran mengenai hak asasi manusia.

Bagaimanapun, sambutan itu akan berlangsung serentak dengan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara.

Namun, perhimpunan itu pula hanya dibenarkan diadakan di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula 2 hingga 6 petang.

Susulan itu, Dataran Merdeka dan Jalan Raja akan ditutup bermula Jumaat (esok) selain beberapa jalan berhampiran lokasi itu.

Permohonan mengadakan perhimpunan itu dibuat tiga NGO iaitu Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dan Persatuan Bekas Anggota Tentera Tidak Berpencen (Daulat).

Perhimpunan itu akan turut disertai UMNO dan PAS untuk menunjukkan solidariti serta tanda kesyukuran atas usaha kerajaan membatalkan ratifikasi ICERD.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 5:52 PM

'Kita tengok siapa lebih ramai, Sabtu ini'

Diterbitkan 6 Dis 2018, 6:42 petang


Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Sabtu ini sebagai cubaan mensabotaj himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang berlangsung pada hari sama.

Katanya, dua program besar pada hari sama itu juga seolah-olah satu bentuk persaingan secara zahir antara kelompok yang memang jelas mahukan Icerd diratifikasi dengan kelompok yang menentang konvensyen tersebut.

"Jadi kita tunggu Sabtu nanti, siapa lebih ramai, yang menyokong atau menentang ratifikasi Icerd.

"Saya harap rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian yang telah Malaysia kecapi selama 61 tahun, yang mahu kekalkan keamanan ini mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan barat supaya menyokong himpunan membantah Icerd," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh portal Utusan Malaysia.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada pagi Sabtu ini bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Perhimpunan bagi membantah Icerd yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini dijangka akan menghimpunkan kira-kira 500,000 peserta bagi menyatakan bantahan terhadap usaha kerajaan untuk meratifikasi konvensyen itu.

Program yang dikendalikan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu mendapat sokongan padu dua parti dominan orang Melayu iaitu Umno dan PAS.

Friday, November 9, 2018

ICERD: Mujahid Hanya Catat, Tidak Berdialog

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
November 8, 2018


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa gagal berinteraksi secara dua hala dalam pertemuan bersama dengan NGO Islam, peguam persendirian, penjawat awam dan ahli akademik yang berlangsung semalam berhubung isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Malah menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pertemuan itu hanya sehala, bukannya dialog yang memberikan semua pihak saling bertukat pandangan tentang bantahan terhadap isu itu.

“YB Menteri mengambil pendirian untuk hanya mencatat tetapi tidak berdialog dengan NGO Islam yang membantah ICERD atau menyokongnya.

“Rumusannya ialah pertemuan malam tadi adalah input satu hala kepada YB Menteri sahaja tanpa mendengar pandangan YB Menteri sendiri seperti dilapor media. YB Menteri pula berjanji akan membawa suara kami ke pihak atasan.

“Kami tidak dapat berinteraksi secara dua hala dengan YB Menteri,” katanya.

Beliau memberikan penjelasan tersebut dalam Facebooknya selepas mendakwa ramai yang bertanyakan hasil perbincangan.

Lebih teruk lagi kata Zainul wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang hadir bertindak memberi amaran kepada NGO Islam yang membantah tindakan kerajaan untuk menandatangani ICERD.

“Ucapan wakil Suhakam sangat mengejutkan kerana seolah memberi amaran kepada kami dan sudah hilang hak asasi manusia untuk menyatakan pendirian kami dan seolah terus menghukum NGO Islam ingin memecah perpaduan dan tidak bertamadun.

“Suhakam mahukan kerajaan menandatangani dan ratifikasi ICERD,” katanya lagi.

Tambah beliau Mujahid hanya memberi jaminan bahawa bahawa tindakan kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu, Islam dan raja-raja.

Zainul dalam pada itu memaklumkan sebanyak 15 wakil yang hadir daripada 20 menolak ICERD manakala hanya 5 yang menyokong.

-SuaraTv

Majoriti NGO Islam tolak ICERD

MyMetro
Saadiah Ismail
Saadiah_ismail@nstp.com.my

Wakil-wakil NGO Islam selepas mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya semalam. FOTO Ihsan FB Zainul Rijal Abu Bakar

MAJORITI pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ditandatangi atau diratifikasi oleh kerajaan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pertemuan NGO Islam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga semalam dianggap perjumpaan sehala tanpa mendengar pandangan daripada menteri berkaitan isu penting itu.

Katanya, Mujahid membuat catatan tetapi tidak berdialog dengan NGO Islam yang membantah ICERD atau menyokongnya.

“Namun apa yang dijanjikan hanyalah membawa pandangan NGO ke pihak atasan dan memberi jaminan apa-apa tindakan diambil kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu Islam dan raja.

“Dalam masa yang sama juga, menteri turut menafikan ada tempoh masa ditetapkan oleh kerajaan untuk meratifikasi ICERD,” katanya hari ini.

Pada pertemuan itu juga, Zainul Rijal terkejut dengan ucapan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang seolah-olah memberi amaran bahawa NGO Islam ingin memecahkan perpaduan dan tidak bertamadun selain menafikan hak untuk menyatakan pendirian.

Katanya, sikap wakil SUHAKAM itu seakan-akan menafikan hak asasi dengan terus menghukum NGO Islam.

“Jelas seolah-olah SUHAKAM mahukan kerajaan menandatangani dan ratifikasi ICERD.

“Walau apa pun tindakan yang diambil oleh kerajaan, ia tidak boleh menghakis hak orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan raja Melayu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 10:02 PM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-