Showing posts with label Noah Omar. Show all posts
Showing posts with label Noah Omar. Show all posts

Tuesday, May 2, 2023

UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kata Noh Omar

agendaily.com
02/05/2023
Noh mengesahkan akan menyertai PN dan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan parti lamanya itu kini hanya ditunjangi pemimpin kaki bodek.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata parti Melayu itu juga hanya gah pada nama namun sudah tidak berbisa.

“Saya sayang UMNO. Masakan tidak, sudah lebih 30 tahun saya berjuang dalam UMNO demi orang Melayu dan rakyat.

“Namun UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, (yang) kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

“Lokman Adam, Isham Jalil di peringkat bahagian pun mereka tak dapat menang macam mana UMNO kata itu suara akar umbi,” katanya, lapor BH.

Mengulas lanjut, Noh berkata sudah menjadi amalan UMNO memecat pemimpin yang tidak bersetuju dengan pemimpin semasa

Namun, Umno kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

“Lokman Adam, Isham Jalil, di peringkat bahagian pun mereka tak dapat menang macam mana Umno kata itu suara akar umbi,” katanya seperti dilaporkan BH.

“Jika dilihat, di negara ini kebanyakan pemimpin parti politik utama kini adalah dari UMNO. Tun Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin, Anwar Ibrahim, Shafie Apdal, semua itu orang UMNO.

“Mereka pernah pegang jawatan dalam UMNO tetapi apabila tidak setuju dengan pemimpin pada masa itu, mereka dipecat atau letak jawatan dan teruskan kerjaya politik mereka dengan pasukan (parti) lain.

“Sekarang giliran saya dipecat, ketika saya berada dalam UMNO. Saya tak boleh bercakap lebih, akan dipecat. Jadi mereka yang masih dalam UMNO jangan gembira sangat, apabila pemimpin UMNO bertukar, nasib mereka belum tentu lagi,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, UMNO menggantung keahlian Noh disebabkan 16 pertuduhan dihadapinya kerana mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Noh bagaimanapun meminta supaya keahliannya digugurkan selepas UMNO membuat keputusan untuk menggantung keahliannya.

Sabtu lalu, Noh mengesahkan akan menyertai PN dan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang serta berikrar menjadikan Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN.

Thursday, May 12, 2022

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-May 12, 2022 6:30 PM
Noh Omar berkata, Umno Selangor akan walak terhadap apa saja keputusan Majlis Kerja Tertinggi berhubung Muafakat Nasional di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15.

“Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.

Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati.

Sebelum ini Noh berkata, Umno Selangor sedang melakukan rundingan kerusi bersama PAS bagi mengelak bertembung sesama sendiri dalam usaha menjatuhkan PH.

Pada 9 Dis lalu, beliau berharap Umno negeri diberi kuasa autonomi dalam melakukan rundingan dengan parti itu, namun tiada keputusan diberikan terhadap permintaan Noh daripada pimpinan tertinggi parti.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-