Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Wednesday, March 24, 2021

'Isu kerjasama Umno-PKR masih di peringkat awal'

malaysiakini.com
Diterbitkan 24 Mar 2021, 8:24 am

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata isu kerjasama antara parti itu dan Umno masih di peringkat awal dan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.

"Kerjasama ada beberapa bentuk. Ada kerjasama dalam satu gabungan politik yang sama, sama ada Umno masuk PH (Pakatan Harapan) ataupun PKR masuk BN. Itu satu bentuk.

"Yang kedua, kita boleh kerjasama dari segi pengagihan kerusi, electoral pact dan lain-lain. Ada banyak bentuk kerjasama tapi kita belum sampai ke tahap itu.

"Kita cuma tengah test hasrat masing-masing, ada hasrat untuk bekerjasama atau tidak," kata Chang dalam forum bertajuk 'Realiti Kerjasama PKR-Umno', yang dihoskan oleh Sinar Harian dan disiarkan secara langsung di Facebook.

Forum itu itu juga menampilkan ketua penerangan BN Selangor, Isham Jalil dan penganalisis politik Mohammad Tawfik Yaakub sebagai ahli panel.

Chang menyamakan perbincangan ke arah kerjasama politik antara PKR dan Umno dengan kerjasama korporat.

"Dalam korporat ada letter of intent, ada prosesnya, lepas tu MOU kita sign, lepas tu baru ada perjanjian rasmi.

“Kita tak perlu nak jump dengan kata PKR nak kerjasama dengan Umno, Umno nak kerjasama dengan PKR, siapa jadi PM.. Itu semua belum, sebab ini baru initial stage, ini baru peringkat yang sangat awal,” katanya.

"Sekarang kita nak tanya Umno, suka tak suka kerjasama dengan PPBM (Bersatu)? Ha..tak suka.

"Kita tanya adakah model Perikatan Nasional (PN) akan membawa kebaikan kepada negara? Tidak. Kita tanya nak ke tak nak kita menang dalam PRU akan datang? Nak. Maka kita boleh berbincang dengan lanjut," katanya.
Chang, yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung Malim, berkata ruang perlu dibuka bagi para pemimpin parti untuk membincangkan kerjasama berkenaan.

"Negara kita sudah sampai ke satu tahap kita perlukan penjajaran politik baru dan kita perlu perbincangan.

"Kalau kita buat kerjasama politik macam Langkah Sheraton, ia akan bermasalah sebab tak ada perbincangan dan tak ada value yang sama," katanya yang merujuk krisis politik yang berlaku tahun lalu.

Sementara itu, Isham menegaskan perkara paling penting sebelum bersetuju untuk bekerjasama adalah sama ada kedua-dua parti berkongsi nilai dan perjuangan yang sama.

"Dalam setiap kerjasama, kita kena tanya, apa tujuan kerjasama tu? Semua bermula dengan niat. Kalau kita dalam perjuangan, niat perlu ada. Apa yang kita juangkan?

"Nombor dua, kita kena cari persamaan daripada segi dasar, dan values dan virtues, Kalau kita nak kerjasama tapi tak ada persamaan dari segi values dan vitues, ini susah. Sebab itu awal Langkah Sheraton saya tak tak setuju.

"Salah satu sebab saya kata kerjasama yang berdasarkan oportunistik, tidak akan berjaya, kita akan bertelagah," katanya.

'Akar umbi tak setuju Anwar jadi PM'

Katanya, perjuangan Umno bukan untuk menaikkan mana-mana individu termasuk Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

"Perjuangan kita bukan untuk meletakkan sesiapa menjadi perdana menteri.

"Kalau nak kerjasama dengan Umno, saya kata syaratnya Anwar tak boleh jadi PM. Sebab kalau Anwar jadi PM, akar umbi Umno takkan setuju. Sebab tu saya cakap awal-awal sebelum kita bincang cerita lain.

"Kalau benda itu mungkin boleh diselesaikan oleh PKR.. tak taulah apa yang akan berlaku di kemudian hari. Tapi kalau tujuan kerjasama itu semata-mata adalah untuk mengangkat seseorang jadi perdana menteri, maka ia tidak akan berlaku sebab niat itu dah jadi lain.

"Dan kalau kita paksa juga, macam sekarang ada orang paksa kita kerjasama dengan PPBM, tak boleh.. akan jadi pecah undi," katanya.

Pada 16 Mac, Anwar mendedahkan kerjasama parti itu dengan Umno masih dalam peringkat awal perbincangan dan masih belum diformalkan.

Namun, dia memberi bayangan bahawa ada ahli parlimen Umno menyokong idea kerjasama berkenaan.

Thursday, April 16, 2015

Sudah buat baru bincang halal haram?

HARAKAHDAILY | 16 April 2015.
HARI ini media sibuk membahas apakah GST halal atau haram. Yang peliknya di Malaysia ini, hukum dibahas setelah ia dilaksanakan. Buat dulu, selepas itu baru hisab itu satu dosa atau pahala.

Sepatutnya sesuatu hukum dihadamkan oleh kerajaan sebelum sesuatu dilaksanakan.

Persoalan sekarang apakah kalau ia haram, maka kami rakyat tidak dikenakan GST atau kami haram membelinya kerana GST haram?

Atau apakah kalau ia halal, maka ini berita gembira kepada pemerintah untuk terus menindas dan membebankan rakyat?

Atau apakah kalau ia haram kerajaan akan menarik balik GST?

Kalau tidak, apa perlunya dibahas sekarang apakah GST itu halal atau haram?

Kenapa tiada teguran Majlis Fatwa atau badan berautoriti kepada PM dan menteri kabinet agar tidak membazir, menghentikan kemewahan melampau pemimpin negara dan keluarga, tidak melabur dalam perkara yang merugikan dana rakyat dan menghentikan pemborosan?

Kantong negara mana sekalipun akan kering dengan sikap boros melampau ini.

Lalu keluarlah fatwa halal mengenakan cukai pada rakyat. Apakah ini cara kita mengurus pandangan syarak? Apakah agama hanya menjadi alat bagi membenarkan tindakan kerajaan kepada rakyat?

Keluarlah apa kenyataan sekalipun tetap tidak mengubah hakikat bahawa rakyat marhaen kini mengeluh kesempitan hidup.

Rakyat miskin hanya membeli beras setengah kilo untuk makanan keluarga. Anak-anak hanya dibekalkan nasi dingin ke sekolah untuk makan waktu rehat. Masing-masing rakyat miskin sanggup mengikat perut bagi membuncitkan perut pemimpin.

Lalu keluarlah fatwa untuk kami, Insya-Allah kami akan patuh.

Cuma kami ingin tanya bila pula teguran untuk pemimpin? - HARAKAHDAILY 16/4/2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
16 April 2015

Friday, January 2, 2015

Gambar PM atas paket beras untuk urusan logistik

Eddy Casmady mendakwa Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambarnya ketika menampal pelekat wajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras.

KUALA LUMPUR, 2 Januari:

Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda, Eddy Casmady Che Hussin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Syed Akbar Ali yang didakwa memfitnahnya dalam blognya ‘OutSyed the Box’ dan juga laporan sama di portal Malaysiakini.

Eddy bertindak mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Syed Akbar dan Malaysiakini kerana menyiarkan berita dan gambarnya melekatkan pelekat wajah Perdana Menteri di paket beras dan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Eddy mendakwa laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat.

Katanya, dia kesal kerana tindakan portal berita itu melaporkan berita palsu dan memanipulasikan gambarnya ketika meletakkan pelekat wajah PM dan menyebabkan salah tanggapan, persepsi negatif dan tuduhan tidak baik terhadapnya dan NGO yang diwakili.

“Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya ketika menampal pelekat wajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras.

“Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku Sukarelawan Briged Kesatria Muda, bukan seorang ‘pekerja’ seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Eddy berkata Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan yang mana 3,000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17 Disember lalu di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di pantai timur.

“Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain.

“Kami perlu meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

“Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda gambar YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak 100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

“Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat wajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini,” dakwanya lagi

Thursday, July 26, 2012

Apabila dah terdesak..................


Wak tak heran bila PM setuju serta merta untuk beri bonus raya pade penjawat awam kerajaan dan pesara2. Ini se mate dah kerane terpaksa. Kalau tak beri pasti akan menempah maut. Sekarang ni minta aje ape saja pasti PM akan tidak ter agak2 akan memberikan nye.

Nak tahu ape sebab nye PM sangat 'bermurah hati', sebab nye tidak lain tidak bukan ialah kerane kekuatan pembangkan - Pakatan Rakyat. Kekuatan Pakatan Rakyat ni lah yang menjadi pendesak kepada kerajaan UMNO supaya menunaikan segala kemahuan rakyat.

Kalau lah kerajaan UMNO ni kuat seperti di zaman dulu2, kemahuan rakyat pasti akan di tolak dengan memberi berbagai alasan. Sekarang kerane dah lemah, uzur dan dah mak mati baru lah UMNO sedar bahawa rakyat itu lebih berkuasa.

Sekarang ni UMNO memang dah nazak, bukti nye cume lihat poto kat atas ni. Sekarang ni kaum cina dah pandang keatas lihat bulan mengembang aje, lepas tu naik roket menuju ke bulan. Kaum cina dah sangat meluat dengan gelagat pemimpin2 UMNO yang gila kuasa, rasuah dan tamak mengumpul harta kekayaan.

Yang sangat menakutkan UMNO ialah tentang perpecahan orang melayu. Orang melayu yang dah sedar tentang keburukan UMNO dah memberi sokongan nye kepada PAS. Cume melayu yang dungu saja yang masih kuat berpegang kepada UMNO. Sebagai bukti kite lihat pule poto kat bawah ni.

Poto2 ni lah yang pasti bikin PM terkencing dalam seluar.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-