Showing posts with label Sanusi Nor. Show all posts
Showing posts with label Sanusi Nor. Show all posts

Wednesday, August 30, 2023

Hanya PAS boleh selamat hayat politik Zahid, kata Sanusi

freemalaysiatoday.com
Yasmin Abdul Latif 
- 30 Aug 2023

Sanusi Nor berkata PAS mempunyai kedudukan sebagai ‘king maker’ yang berperanan penting dalam kelangsungan gerakan politik negara ketika ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor, berkata Zahid Hamidi juga harus sedar Umno mengalami krisis bawah pimpinannya.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi hanya boleh menyelamatkan kerjaya politiknya jika beliau bekerjasama dengan PAS, kata Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.

“Kalau Zahid nak buat apa-apa pun, kalau tidak melibatkan PAS, (beliau) tidak akan berjaya menyambung hayat politik beliau,” kata Sanusi yang pengarah pilihan raya PAS.

Beliau juga membayangkan apa jua gerakan politik tidak akan berjaya sekiranya PAS dipinggirkan.

“Saya rasa kalau tidak melibatkan PAS secara serius ia tidak akan ke mana-mana. Semua gerakan politik di negara hari ini mesti melibatkan PAS, (sebagai) ‘king maker’,” katanya.

Sanusi berkata, Zahid juga harus sedar bahawa Umno mengalami krisis kerana berada di bawah kepimpinannya.

“Dia (Zahid) sedang ‘nazak’. Umno mengalami krisis di bawah Zahid saya harap beliau sedarlah perkara itu,” katanya mengulas pendirian Zahid mengenai agenda penyatuan ummah bersama PAS.

Semalam, Zahid berkata Umno tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan PAS atau pemimpin yang bermuslihat.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan, kerana penuh dengan muslihat.

“Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita (Umno) harus ‘revisit’ hubungan itu,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan Umno sekali lagi menerusi platform Muafakat Nasional (MN) bagaimanapun tidak mahu ia melibatkan pemimpin Umno yang berpakat dengan DAP.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga percaya sebahagian besar dalaman Umno masih sayangkan MN yang digagaskan pada 2019, seperti mana pihaknya dalam Perikatan Nasional mahukan penyatuan bersama semua parti Melayu.

Monday, June 5, 2023

Hanya ‘publisiti politik’ untuk PRN, rakyat P Pinang tolak dakwaan Sanusi

freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu 
05 Jun 2023

Penduduk Pulau Pinang merasakan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor sepatutnya menguruskan dulu isu di tempatnya sendiri dan bukannya mengupas isu lain.
Menteri besar Kedah Sanusi Nor baru-baru ini mengulangi bahawa negerinya ‘memiliki Pulau Pinang’, mencetuskan kemarahan ramai rakyat Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Dakwaan berulang kali Menteri Besar Kedah Sanusi Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negerinya tidak lebih daripada sekadar “publisiti politik” untuk meraih sokongan menjelang PRN yang semakin hampir, kata rakyat Pulau Pinang.

Majid Samdar, anak kelahiran Padang Serai yang kini menetap di Pinang Tunggal, menyelar pemimpin PAS itu kerana bermain “bermain politik”.

“Dia (Sanusi) bermain politik untuk membuat orang menyokongnya, patuh kepadanya. Apa yang dia cakap mungkin boleh diterima (kepada orang Kedah), tetapi tidak,” katanya.

Majid menambah bahawa Sanusi harus menyelesaikan masalah air Kedah dan meneruskan projek Aerotropolis Kedah daripada mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

“Urusan di tempatnya sendiri pun masih belum teratur, tetapi dia mahu menimbulkan isu di kawasan orang lain,” katanya.

Penduduk Teluk Kumbar, Izzat Abdul Karim Sheah berkata, tidak ada keperluan untuk Sanusi untuk bercakap mengenai perkara yang telah lama diselesaikan.

“Beliau mungkin cuba mencari publisiti untuk mendapatkan perhatian,” kata pengurus klinik berusia 39 tahun itu kepada FMT. Izzat berkata menteri besar sebaliknya perlu fokus membawa pelaburan ke Kedah.

Penduduk Jawi Luqman Radzi, 29, berkata kedaulatan Pulau Pinang tidak akan menjadi topik perbualan jika tidak kerana PRN akan datang.

“Sanusi tidak sepatutnya bermain-main dengan isu seperti ini kerana ia sensitif untuk rakyat Pulau Pinang,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, penduduk Bertam kelahiran Baling, Zamzuriah Bakar berkata walaupun dia menghargai usaha Sanusi untuk menambah baik infrastruktur luar bandar di Kedah, dia mendapati komen Sanusi mengenai Pulau Pinang adalah keterlaluan.

Pada Isnin, Sanusi mengulangi bahawa Kedah “memiliki Pulau Pinang”, menegaskan bahawa wilayah kesultanan meluas ke Balik Pulau di Pulau Pinang. Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang berkata negeri itu bersedia menghadapinya di mahkamah jika perlu.

Mengikut catatan sejarah, kesultanan Kedah memajakkan pulau Pulau Pinang dan Province Wellesley (kini Seberang Perai) kepada British pada tahun 1791 dengan harga 10,000 dolar Sepanyol. Lama kelamaan, Syarikat Hindia Timur memperoleh tanah itu daripada Sultan Kedah sebagai pertukaran untuk perlindungan ketenteraan dan bayaran tahunan untuk selama-lamanya.

Selepas Merdeka, kerajaan pusat mula membayar honorarium tahunan RM10,000, yang dinaikkan kepada RM10,010,000 pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-