Showing posts with label Syed Husin Ali. Show all posts
Showing posts with label Syed Husin Ali. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

Veteran PKR marah perhimpunan komunis disiasat

December 4, 2019
EDITOR

Syed Hussin Ali

SHAH ALAM – Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga pengasas parti itu, Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan masyarakat terhadap kehadirannya pada perhimpunan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang baru-baru ini.

Syed Hussin berkata, perhimpunan itu dianjurkan setiap tahun untuk Memperingati Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

“Perhimpunan itu untuk memperingati perjanjian perdamaian. Apa salahnya pergi untuk tengok?” katanya.

Syed Hussin berkata, kehadirannya adalah berdasarkan jemputan dan beliau tidak berucap pada perhimpunan tersebut.

Ahad lalu, media melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.
Berikutan itu, semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan tersebut.

Namun, sebarang acara, atau ideologi komunis di negara ini ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia kerana membunuh ramai anggota dalam pemberontakan bersenjata, serta membunuh orang awam yang tidak selari dengan mereka.

Syed Hussin, merupakan individu yang sangat akrab dengan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

sebelum ini beliau membuat kenyataan bahawa ‘bossnya’ iaitu Anwar Ibrahim akan dihukum dengan dipaksa berundur jika beliau menentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tahu sukar baginya kerana jika dia berbuat demikian, Mahathir akan segera membunuhnya secara politik,” katanya.

Syed Husin juga percaya presiden PKR adalah calon terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

“Bolehkah kamu beritahu saya siapa lagi (boleh jadi perdana menteri)? Saya tidak nampak sesiapa, saya fikir dia adalah orang terbaik, dan sudah ada persetujuan di antara pelbagai pihak mengenai isu ini,” kata Syed Husin. 

Buletin Asia

Monday, October 7, 2019

Anwar akan 'dibunuh' jika tentang Dr M, kata Syed Husin

Kow Gah Chie 
Diterbitkan Hari ini 9:33 pagi


Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan dihukum dengan dipaksa berundur jika beliau menentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata pengasas parti itu Syed Husin Ali.

"Saya tahu sukar baginya kerana jika dia berbuat demikian, Mahathir akan segera membunuhnya secara politik," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan empat hari selepas Syed Husin menimbulkan persoalan sama ada Anwar, bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, telah dikhianati oleh perdana menteri.

Syed Husin mendakwa ada plot untuk menuduh Anwar sebagai dalang utama di sebalik skandal video seks yang melibatkan menteri dari PKR, Azmin Ali.

"Kamu tahu, Mahathir mampu buat apa saja, apabila video itu keluar, dia segera mengatakan ini adalah langkah politik untuk menjatuhkan Azmin," kata Syed Husin.

"Polis segera kata seseorang berada di belakang skandal video seks di mana beratus-ratus ribu telah dibelanjakan.

"Penangkapan bekas setiausaha politik Anwar (Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada Julai), saya fikir mereka mahu mendapatkan pengakuan daripada beliau untuk membabitkan Anwar," katanya.

"Sekiranya Anwar ditangkap dan disabitkan kesalahan sebagai individu di belakang video itu, tindakan akan diambil terhadapnya, maka akan jadi sangat sukar bagi Anwar untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

"Mahathir boleh kata, 'Lihat, saya telah kata begitu banyak kali bahawa saya mahu memberi jawatan Perdana Menteri kepadanya, tetapi Anwar, seperti dirinya yang biasa, telah menghancurkan dirinya sendiri," kata Syed Husin.

"Tetapi dia (Anwar) bersih, itulah sebabnya dia bertindak (dengan cara sedemikian). Politik rumit dan kotor."
Syed Husin berkata kesimpulan itu dibuatnya sendiri dan bukan diberitahu untuk berbuat demikian oleh Anwar.

Walaupun bersikap 'low profile' sejak melepaskan jawatannya sebagai timbalan presiden pada 2010, Syed Husin masih menjadi ahli Biro Politik PKR dan menghadiri mesyuarat mingguan parti yang dipengerusikan oleh Anwar.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi Lembaga Penasihat PKR.

Syed Husin mendakwa tahu secara peribadi bahawa Anwar dan Lim telah bercakap dengan Mahathir selepas perdana menteri itu mula bertindak secara berbeza dengan apa yang dipersetujui oleh majlis presiden Pakatan Harapan (PH).

"Dari apa yang saya dimaklumkan, empat daripada mereka (Anwar, Muhyiddin, Lim dan Mahathir) tidak pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam pertemuan itu," katanya.

"Mungkin mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang akan dianggap sebagai perpecahan dalam Harapan," katanya.

Beliau menyeru kepada pemimpin PH untuk bersuara tegas dalam mesyuarat gabungan itu, dan menyuarakan secara terbuka jika perlu.

Syed Husin menambah senario yang sama berlaku dalam mesyuarat kabinet, di mana kebanyakan menteri tidak menyuarakan ketika Mahathir bertindak berbeza daripada apa yang dipersetujui.

"Di dalam Kabinet, ramai yang terhutang budi kepadanya (Mahathir). Hanya beberapa orang yang bercakap di dalam kabinet, selebihnya hanya diam.

"Saya tidak mengatakan semuanya (menteri bertindak seperti itu). Majoriti mereka tidak berani menaikkan suara mereka kerana ada banyak kepentingan," katanya.
Syed Husin berkata sikap membisu pemimpin dan anggota kabinet PH akan menyebabkan Mahathir kembali kepada cara diktatornya yang lama.

"Saya rasa sudah tiba masanya mereka bangkit (dalam mesyuarat) dan juga di khalayak ramai, kerana Mahathir terus lakukan apa yang dia suka, walaupun dengan menentang keputusan majlis presiden," katanya.

Walaupun menyatakan kekecewaan terhadap Anwar, Syed Husin masih percaya presiden PKR itu adalah calon terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

"Bolehkah kamu beritahu saya siapa lagi (boleh jadi perdana menteri)? Saya tidak nampak sesiapa, saya fikir dia adalah orang terbaik, dan sudah ada persetujuan di antara pelbagai pihak mengenai isu ini," kata Syed Husin.

Bagaimanapun, Syed Husin menyatakan Anwar tidak perlu menyertai kabinet sekarang kerana beliau mungkin terikat dengan keputusan perdana menteri.

"Saya yakin sekarang tidak ada gunanya beliau sertai (kabinet). Apa kuasa seorang menteri (ketika berhadapan dengan perdana menteri)? Lebih baik di luar (kabinet) dan bersikap bebas,"katanya.

Walaupun mengakui PH telah melaksanakan beberapa janji yang digariskan dalam manifesto, beliau menegaskan gabungan itu boleh melakukan lebih banyak perkara.

"Masih ada masalah utama yang belum dapat diselesaikan. Keadaan ekonomi masih menjadi perhatian besar kepada rakyat.

"Walaupun kerajaan mempunyai kawalan dalam memerangi inflasi, orang ramai berpendapat usaha kerajaan tidak cukup untuk memperbaiki keadaan. Dan politik lebih banyak mengenai persepsi," katanya.

Syed Husin juga mengkritik kerajaan PH kerana gagal menghapuskan beberapa undang-undang drakonian, walaupun telah berkuasa selama 16 bulan.

Saturday, October 5, 2019

Syed Husin: Negara menuju 'kleptokrasi kroni' di bawah Dr M?

Kow Gah Chie
Diterbitkan Hari ini 9:46 pagi 


WAWANCARA | Pengasas bersama PKR Syed Husin Ali berpandangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah kembali kepada autoritarinisme dan menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara.

Selepas Pakatan Harapan (PH) mengatakan telah menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kerajaan kleptokratik pada PRU lalu, ahli politik veteran itu memberi amaran negara kini berisiko menuju ke arah "kleptokrasi kroni".

"Mahathir sudah menjadi dirinya yang dulu, terutama beberapa bulan kebelakangan ini. Mahathir yang dulu bermakna dia diktatorial atau autoritarian," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Beliau mendakwa ada bukti menunjukkan sejumlah besar kekayaan negara terkumpul di kalangan keluarga dan kroni pengerusi Bersatu itu.

"Banyak syarikat dan projek diberikan kepada kroninya, terutama (pengerusi Majlis Penasihat Negara) Daim Zainuddin, (ahli perniagaan) Syed Mokhtar Albukhary serta anak-anaknya," katanya

Katanya, kuasa memang boleh mendatangkan 'ketagihan', terutama jika ia membolehkan seseorang itu mengkayakan diri, keluarga dan orang terdekat dengannya.

"Kita sudah ada kleptokrasi. Adakah kini kita akan menjadi kleptokrasi kroni? Saya harap tidak."

Antara perkara yang mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila kerajaan mengalihkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional, daripada Kementerian Kewangan kepada Jabatan Perdana Menteri, manakala Petronas dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Langkah itu membolehkan perdana menteri mengawal Khazanah, sebuah syarikat pelaburan kerajaan.

Sebelum ini, ahli akademik dari Universiti Malaya Terence Gomez menyuarakan kebimbangan kerajaan kembali mengamalkan politik naungan.

Beliau turut mengkritik penubuhan entiti seperti Syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI), yang menurutnya memberikan kuasa hampir mutlak kepada ahli politik dalam soal pembahagian sumber di negeri masing-masing.

PRK Tanjung Piai boleh jadi referendum

Ketika Mahathir kembali sebagai perdana menteri susulan PRU ke-14, Syed Husin berkata beliau sanggup mendengar pandangan berbeza.

Katanya lagi, Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang sudah berubah, terutama dengan melepaskan portfolio pendidikan selepas sejumlah pihak membangkitkan yang ia bertentangan dengan manifesto PH.

Bagaimanapun, Syed Husin berkata keadaan kini berbeza.

"Cara autoritariannya dilihat terutama kebelakangan ini apabila dia membuat keputusan secara sendiri," katanya.
Beliau membangkitkan bagaimana lima senator Bersatu dilantik beberapa bulan lalu, walaupun Mahathir pada mulanya hanya setuju untuk dua senator ketika mesyuarat Majlis Presiden PH.

Selepas meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden PKR pada 2010, Syed Husin berkata beliau memilih untuk menjadi lebih 'low profile' dan menumpukan kepada penulisan.

Bagaimanapun beliau terpanggil untuk memberi pandangan selepas Mahathir terus membuat kenyataan bernada kabur berkenaan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau mengeluarkan kenyataan keras selepas Mahathir berkata ada masa tiga tahun untuk memegang jawatan itu, dan tidak boleh menjamin penggantinya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam wawancara itu, Syed Husin sekali lagi menggesa Mahathir untuk berundur.

Beliau juga berkata PRK Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November pada takat tertentu boleh menjadi referendum terhadap kepimpinannya.

Katanya, Mahathir mungkin ingin terus memegang jawatan itu sehingga Mei 2021 atau malah satu penggal penuh.

"(Jika begitu) saya rasa kepimpinan PH perlu menimbang untuk ambil tindakan tertentu bagi memujuknya untuk meletakkan jawatan dan memberi jalan kepada Anwar," katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak kaedah undi tidak percaya kerana ia berisiko memecahbelahkan PH.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-