Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

Ahli akademik dakwa fatwa Syiah ‘sesat’ untuk kepentingan agamawan

Nur Hasliza Mohd Salleh
-September 22, 2019 10:39 AM

Ahli akademik Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Syed Farid Al-Attas

PETALING JAYA: Fatwa mengatakan ajaran Syiah menyimpang daripada Islam disifatkan sebagai alat politik demi menjaga kepentingan segelintir pihak, dakwa Syed Farid Al-Attas.

Ahli akademik Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu berkata, fatwa itu dilihat mengikat pemikiran masyarakat Melayu Islam terhadap amalan mazhab tersebut sehingga timbul prasangka dan rasa tidak senang hati terhadap Syiah.

Syed Farid berkata konflik antara Syiah dan Sunnah menunjukkan kebencian yang semakin meningkat yang berasaskan kepada beberapa ciri.

“Kadang-kadang di antara ulama-ulama kita dan guru-guru agama kita, ada di antara mereka yang tidak memahami Syiah.

“Jadi mereka salah paham, contohnya, ada yang mengatakan Syiah itu punyai Quran (kitab) sendiri dan mereka benar-benar percaya sebab itu yang disebarkan oleh banyak orang.

“Jadi mereka sendiri tak tahu, mereka sendiri tidak baca buku Syiah, tidak pernah baca kitab yang berasal dari negeri Syiah, jadi mereka percaya Syiah ada Quran sendiri,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir agamawan yang mengetahui tentang Syiah, tetapi mempunyai niat jahat dengan memperalatkan Syiah dalam permainan politik mereka.

“Demi perjuangkan hak Melayu, dia ingat dia mesti memperjuangkan Islam.

“Dalam konteks mereka, perjuangkan Islam itu adalah perjuangkan Sunnah. Jadi, nak perjuangkan Sunnah kena bantah Syiah.”

Katanya, situasi itu berbeza pada era 80-an apabila fatwa kebangsaan mengatakan Syiah sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

“Tapi mula tahun 90-an, telah keluar fatwa yang menolak pendirian itu. Jadi, kita kena didik semula masyarakat mengenai masalah ini,” katanya.

Syiah, fahaman Islam kedua terbesar yang mempunyai banyak pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan.

Tetapi pihak berkuasa Islam negeri mengisytiharkan ajarannya sebagai “menyimpang”, dengan khutbah di Selangor sering mengutuk pengikutnya sebagai sesat.

Baru-baru ini, serbuan dibuat ke atas pengikut Syiah di Johor dan Selangor yang dikritik pelbagai pihak termasuk Suhakam yang menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak perlembagaan terhadap pengikut Syiah untuk bebas mengamalkan agama.

Ditanya apakah strategi terbaik untuk mendidik masyarakat Islam di Malaysia supaya tidak menyalah tafsir Syiah, Syed Farid mengesyorkan ulama Sunnah dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia.

Katanya, ia bertujuan untuk memberi penjelasan kepada mufti dan ulama Sunnah di Malaysia tentang sikap yang sewajarnya diberikan kepada pengikut Syiah.

Syed Farid menambah, Malaysia pernah dianggap sebagai model negara yang berakar umbi dalam tradisi Islam yang kemudiannya berkembang dan membangun dalam ekonomi, politik dan sosial walaupun mempunyai masyarakat majmuk.

Atas sebab itu, katanya, Malaysia dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada negara Islam yang lain.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu ternyata berbeza dengan situasi hari ini apabila negara dilihat semakin menjurus kepada negara yang ektremis agama berbanding negara Islam yang lain.

“Mana ada negara Islam yang Sunnah tak boleh kahwin dengan Syiah?

“Kalau ada sepasang Sunnah dan Syiah dan jabatan agama tahu, mereka tak dibenarkan kahwin, tidak sah. Itu terlalu ekstremis dan bahaya,” katanya.

Sunday, May 19, 2019

Akademik kritik ‘kepura-puraan’ kerajaan bertindak terhadap kumpulan Syiah

Ainaa Aiman
-May 19, 2019 9:47 AM

Ahmad Fauzi Abd Hamid. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengkritik kepura-puraan kerajaan melalui tindakannya terhadap kumpulan Syiah dan mempersoalkan jika prinsip Rahmatan lil ‘Alamin atau “belas kasihan kepada semua” digunapakai untuk semua umat Islam walaupun ada yang berbeza fahaman.

Adakah prinsip itu hanya bermakna belas kasihan kepada sesetengah orang Islam, dan bukan yang lain, kata Ahmad Fauzi Abd Hamid dari Universiti Sains Malaysia. Prinsip itu diperkenalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama.

Kenyataan Ahmad Fauzi dibuat sebagai maklum balas terhadap tindakan yang diambil terhadap kumpulan Syiah yang mengedarkan risalah bertajuk “Who is Hussain”, merujuk kepada cucu Nabi Muhammad dan watak penting dalam fahaman Syiah.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, baru-baru ini berkata polis bekerjasama dengan pihak berkuasa agama untuk mengekang kegiatan kumpulan itu yang dilihat mengembangkan fahaman Syiah.

“Kita akan pantau sebarang aktiviti yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ambil tindakan yang wajar,” kata Hamid.

Bagaimanapun Fauzi berkata pendirian itu mencerminkan “tiada konsisten dan kepura-puraan” dalam tadbir urus dan fatwa di negara ini.

“Kenapa saya katakan ini? Terdapat fatwa kebangsaan yang menggalakkan penyebaran Salafi-Wahabisme yang dianggap ‘tidak sesuai’ kepada Malaysia. Namun, ramai penceramah Salafi-Wahabi diberi kebebasan dalam Malaysia Baru,” katanya.

Melayu-Islam, bahkan beberapa pihak dalam kerajaan PH, diketahui menghormati penceramah kontroversi Zakir Naik sebagai tokoh selebriti. Mujahid menunjukkan sokongan kepada Naik dengan mengadakan pertemuan dengannya di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Mac. Dalam kiriman Facebook, Mujahid menggambarkan usaha Naik sebagai “inspirasi”.

Terdapat kritikan kuat terhadap Naik. Antara mereka yang mendesak pengusirannya ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy.

Naik, yang juga penduduk tetap di Malaysia, baru-baru ini didakwa secara “in absentia” berhubung pengubahan wang haram, menuduhnya memperoleh aset jenayah bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta). Beliau bagaimanapun dengan tegas menafikan dakwaan itu.

Tuesday, September 11, 2018

4 laporan polis terhadap jabatan agama Kelantan serbu Syiah

Bernama
-September 11, 2018

Sepasukan kakitangan JAHEAIK yang disertai pasukan polis menyerbu sebuah premis yang dipercayai dijadikan markas pengikut Syiah di Kota Bharu, 30 Ogos lalu.

KOTA BHARU: Empat laporan polis dibuat terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), dipercayai susulan operasi jabatan itu terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.

Beliau berkata, semua laporan polis itu dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 2 dan 3 September lalu.

“Berdasarkan laporan dibuat, kita mendapati pihak berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap JAHEAIK, selain beberapa individu tersebut kesal dituduh pengikut Syiah.

“Bagaimanapun, kesemua laporan yang diterima, kita rujuk kepada JAHEAIK untuk apa-apa tindakan susulan selepas ini,” katanya.

Pada 30 Ogos lalu, JAHEAIK menyerbu sebuah premis dipercayai menjadi markas pengikut Syiah dan menahan 43 individu, termasuk kanak-kanak dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang, di sini.

Serbuan bermula 10.30 malam itu dilakukan sepasukan kakitangan JAHEAIK yang disertai sepasukan anggota polis bagi mengawal keselamatan kakitangan agensi berkenaan.

Berdasarkan maklumat, sekumpulan lelaki dan wanita dikatakan sedang mengadakan satu upacara keagamaan yang meragukan dan bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tuesday, August 28, 2018

'Syiah itu dakwaan, saya pun boleh dakwa saudari bercinta'

Shakira Buang


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menolak serangan yang sekali lagi mengaitkannya dengan fahaman Syiah yang difatwakan sesat di negara ini.

“Itu saya tak perlu jawab (hadir ke penempatan Syiah).

“Saya melakukan ibadah korban di banyak tempat di Thailand pada setiap tahun dan itu adalah soal peribadi (lawatan) termasuk ke kem keamanan. Tetapi kali ini saya turut diiringi pegawai tentera.

“Itu dakwaan, saya pun boleh buat dakwaan saudari bercinta dengan siapa-siapa,” katanya berseloroh ketika menjawab soalan seorang soalan pemberita wanita hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan pendesak Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebelum ini mendakwa menteri itu secara senyap-senyap menyertai majlis korban Aidiladha di sebuah “markas Syiah” di selatan Thailand.

Mohamad bagaimanapun tidak berahsia dan berkongsi gambar-gambar ibadah korban di daerah Pathalung itu di Facebook beliau.

Beliau juga menjelaskan sudah menjadi kebiasaannya “menghubungkan silaturahim antara keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sempena perayaan”.

Pensyarah hadis terkenal Dr Ustaz Rozaimi Ramle turut menyentuh isu itu di laman sosialnya semalam apabila berkongsi gambar Mohamad di hadapan rak buku mempamerkan kitab-kitab syiah.

“Jika gambar ini tulen, mohon menteri berhati-hati,” tulisnya di Facebook.

Thursday, November 6, 2014

Video : Tentera Iraq lakukan Ritual Syiah sebelum berperang melawan Mujahiddin Sunni

Video : Tentera Iraq Lakukan Ritual Syiah Sebelum Berperang Melawan Mujahiddin Sunni


Sebuah rakaman video yang bocor dari salah satu kamp tentera Iraq semakin menegaskan bahwa perang yang kini melanda negeri kaya minyak tersebut adalah perang sekterian antara Sunni dan Syiah. 

Dalam rakaman video berdurasi sekitar 3 minit lebih, nampak para prajurit dan perwira melakukan ritual Syiah sebelum terjun dalam konfrontasi terhadap Mujahiddin Negara Islam Iraq dan Suriah (ISIS). 

Rakaman tersebut berisi nyanyian lagu-lagu keagamaan Syiah dengan pemukulan dada dengan salah satu baitnya “musuh-musuh ahlu bait dan nawasib akan mendapat siksaan yang amat pedih.”

Copy n Win at: http://bit.ly/copy_win

Monday, December 16, 2013

Ni ape cerite ni......??? Macam lagu 'Bangau oh bangau ............

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dah beri lampu hijau pade Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk ambil tindakan terhadap pemimpin nombor 2 dalam PAS kerang penglibatan nye dalam ajaran Syiah. Arahan tu sangat jelas kerane ianye di saksikan oleh manusie yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ianye juge telah tersebar keseluruh negare dan mungkin dunie melalui radio, TV dan internet.

Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni pule kate soal perkare ni kena serahkan pade Jabatan Agama Islam Negeri untuk ambil tindakan........

Marilah kite same2 tunggu ape pule Jabatan Agama Islam Negeri nak kate.........

Wak tak heran, kerane ini semue perangai UMNO.

Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu

 


Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

NONE"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya.

Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Monday, December 9, 2013

Saman! Jangan tak saman...........

Pade pandangan Wak ucapan Naib Presiden UMNO tu sangat memalukan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ianye telah di ucapkan dengan secare terbuke di dalam ucapan penggulung Naib Presiden UMNO pade Perhimpunan Agung UMNO.

Dengan tersebarnye ucapan yang menyatakan Mohamad Sabu penganut Syiah ianye bukan sahaje telah menjatuhkan reputasi Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS malahan ianye juge telah dengan secare langsung mencemarkan parti PAS khusus nye.

Jike sekire nye tuduhan ini benar, make sudah pasti parti PAS akan menerime bale bencane yang amat besar. Penyokong2 PAS yang menentang amalan Syiah sudah pasti akan meninggalkan PAS secare total selagi Mohamad Sabu tidak membersihkan name nye yang di terpalit kan kepade ajaran Syiah oleh Naib Presiden UMNO tu.

Mohamad Sabu sudah tiade jalan lain untuk membersihkan mane nye melainkan dengan menyaman Naib Presiden UMNO yang telah menuduh nye secare terang2 dan terbuke di dalam ucapan penggulungan nye pade Perhimpunan Agung UMNO tu.

Kini hidup atau mati nye parti PAS terletak di tangan Mohamad Sabu, Mohamad Sabu cume ade due pilihan, pertame berundur diri dan melepaskan jawatan nye dalam PAS, pilihan kedue mare kehadapan, bersihkan name dengan menyaman Naib Timbalan UMNO tu se kurang2 seratus ribu jute PM.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-